Pengajian kitab Bahrulmazi bab 17 syarah Ust Shamsuri
PEMBALASAN ALLAH ITU PASTI YANG KEKAL NERAKA TETAP KEKAL SELAMANYA
06-01-04 Surah Hud ayat 102-106 Seperti kaum Samud, apabila
Tuhan mengambil tindakan menimpakan azab bencana alam ke atas penduduk sebuah
negeri yang terlibat maksiat, tiada siapa boleh menghalang. Begitulah kiamat
yang Allah tentukan. Manusia yang jahat bersedia menerima azab dan yang baik menerima
balasan baik setimpal dengan amalannya.
PELAJARI HADIS SUPAYA TIDAK SESAT
Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Siapa yang mencari sunnahku
untuk beramal, makan dari sumber halal, jaga lidah termasuk perbuatan anggotanya
dan tidak menzalimi akan mendapat syurga dan sebaliknya ke neraka.
Tetapi akan ada umatku selepas kewafatanku termasuk para sahabatku, mereka yang
makan benda haram dan melakukan kesesatan bid’ah. Dari Anaz bin malek ra. Sabda Nabi saw halal itu utama selepas
solat fardu dan halal merangkumi dari segi makanan dan pakaian.
DIDIKLAH DIRI DAN JANGAN CUAI MENDIDIK ANAK
21-01-04 Sahih Muslim dari Hisyam ra dari bapanya sabda Nabi
saw. Mayat tidak akan diazab akibat tangisan ahli kerabat keluarganya tetapi
akan diseksa akibat kecuaian mendidik anak yang melakukan larangan agama.
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Bila mati
seorang manusia akan terputus segalanya melainkan sedekah jariah, ilmu yang dimanfaat
dan doa anak soleh.
HR AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Hanya
muslim yang beriman kepada Allah boleh memasang angan-angan untuk masuk syurga.
HR AtTirmizi dari Syaibah ra dari bapa saudaranya sabda Nabi
saw. Jumpa memberi salam, mempersilakan luangkan masa dan panggilkan dengan
gelaran yang menyukakan.
HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Wajib
jawab salam, ziarah sakit, mengiringi jenazah, menghadiri majlis kahwin dan menjawab
bersin.
HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Pahala
syukur dengan apa yang ada seperti pahala berpuasa.
Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Berdoa kepada mereka yang
memberi sesuatu kebaikan kepada kita.
BUNUH DIRI KE NERAKA
18-02-04 Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Menjadi
ahli neraka apabila bunuh diri kerana tidak tahan kecederaan selepas
mempertahankan Islam.
TIDAK AMANAH KE NERAKA
Sahih Muslim dari Omar Al-Khattab ra ketika perang Khaibar sabda
Nabi saw. Menjadi ahli neraka apabila mengambil harta rampasan perang tanpa
persetujuan rasmi walaupun kelihatan mati syahid. Hanya masuk syurga sekiranya
betul-betul beriman.
Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Aku tidak menangkap syaitan
kerana menghormati doa Nabi Sulaiman as.
RENDAH DIRI DIJAUHKAN API NERAKA
Hasan gharib AtTirmizi dari Abdillah ibni Mas’ud ra sabda
Nabi saw. Mukmin yang mudah didekati dijauhkan dari api neraka.
NABI SAW BUAT KERJA RUMAH
Hasan Sahih AtTirmizi dari Al-Aswad ra dan Aisyah ra. Nabi
saw menjahit pakaian terkoyak, memerah susu kambing, menyapu sampah dan
mengemas rumah.
LAMAKAN SEDIKIT BILA BERJABAT TANGAN
HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Berjabat tangan dengan tempoh sedikit
lama akan menghapuskan dosa kecil antara pihak yang bersalam tangan.
02-03-04 Sahih Muslim dari Ibnu Abbas ra. Sabda Nabi saw kepada Bani Israel berpuasa dan merayakan hari Asyura sempena memperingati Fir Aun ditenggelami laut merah. Sepatutnya kami berpuasa kerana Nabi Musa as itu nabi kami. 10 Muharam dijadikan puasa Asyura dalam Islam kerana memperingati hari kemenangan Nabi Musa as bukan kerana Yahudi. Nabi saw mengelakkan perbezaan dengan menetapkan 9 & 10 Muharam sebagai puasa sunat Asyura.
HR ATRirmizi dari Ali Abi Talib Karamullahuwajha, jangan susah hati tentang amal yang sedikit tetapi fikirkan samada Allah terima amalan tersebut atau tidak. Dari Muaz bin Jabal ra sabda Nabi saw. Ikhlaskan apa jua kerana Allah. Sedikit amal ikhlas sudah cukup dari banyak amal yang tidak ikhlas.
Sombong ialah merasakan dirinya lebih berkuasa atau lebih berharta atau lebih pandai atau lebih tinggi darjat atau lebih hebat dari orang lain. Sombong merupakan suntikan permulaan syaitan memperdayakan manusia. Sifat membongkarkan keburukan dan aib seseorang merupakan konflik diri.
PUASA SUNAT ASYURA
02-03-04 Sahih Muslim dari Ibnu Abbas ra. Sabda Nabi saw kepada Bani Israel berpuasa dan merayakan hari Asyura sempena memperingati Fir Aun ditenggelami laut merah. Sepatutnya kami berpuasa kerana Nabi Musa as itu nabi kami. 10 Muharam dijadikan puasa Asyura dalam Islam kerana memperingati hari kemenangan Nabi Musa as bukan kerana Yahudi. Nabi saw mengelakkan perbezaan dengan menetapkan 9 & 10 Muharam sebagai puasa sunat Asyura.
Sahih Muslim dari Abi Qatadah ra sabda Nabi saw. Allah mengampunkan mereka dari tahun ini sehingga tahun lepas untuk yang berpuasa Asyura dan Arafah.
AMALAN ZINA AKAN ALLAH JADIKANNYA FAKIR
Al-Baihaki dari Ibni Omar ra sabda Nabi saw, Amalan zina akan Allah jadikannya fakir iaitu diselubungi sempit rezeki dan sentiasa tidak cukup walaupun kelihatan kaya pada mata kasar.
LAKUKAN SEMUA KEBAIKAN DEMI IKHLAS KERANA ALLAH
Firman Allah manusia disuruh buat apa jua amal kebaikan dengan ikhlas kerana Allah. Taubat itu awal segala makam dan ikhlas itu penyudahnya. Jangan beribadah kerana Allah bercampur kerana disebabkan selain agama.
HUKUMAN KISAS DAN DIATH UNTUK PEMBUNUH
06-04-04 Sahih Muslim dari AlQamah bin Wa’il dari
bapanya sabda Nabi saw. Seorang sahabat telah membunuh rakannya kerana bercakap
menyakitkan hati. Hukum Kisas untuk pembunuh ialah dibunuh atau membayar Diath
iaitu harta yang setimpal penebus nyawa. Pembunuh akan menanggung seluruh dosa
yang dibunuh dan dosa pihak yang memaafkannya.
AnNisa 93 Sengaja bunuh muslim beriman
akan:
- kekal neraka jahanam
- amat dimurkai Allah
- dilaknat Allah selamanya
- dijanjikan azab besar lagi dasyat
Al-Ma’ idah 31 Bunuh satu nyawa manusia tidak
mengira agama tanpa sebab wajib bunuh, ia seperti bunuh ramai manusia.
JANGAN CAMPURKAN NIAT IKHLAS KERANA ALLAH DENGAN
NIAT LAIN YANG
MELIBATKAN KEDUNIAAN
06-04-04 Pengajian Bahrulmazi jilid 17
ms 224 syarah Ust Shamsuri bab Mujahadah
Ikhlas vs Lintasan Syaitan. Kisah seorang pemuda yang
kuat beribadah pada Allah bernama Abib pada zaman Bani Israel. Abib
terdengar akan kesesatan orang kampungnya yang menyembah pokok kayu lalu
mengambil tindakan ingin menebang pokok tersebut. Iblis segera menyamar sebagai
orang tua bagi menghalang tindakan Abib.
Iblis berkata “Jangan susahkan
diri masuk campur, teruskan menumpukan ibadah pada Allah. Jaga diri sendiri dan
keluarga itu sudah cukup. Lagipun mereka yang buat mungkar itu bukan ahli
keluarga dan kerabat kamu.” Jawab Abib. “Mencegah kemungkaran itu kewajipan
ibadah.” Abib pun bertarung dengan iblis dan Allah memberi kemenangan pada
Abib.
Iblis tertewas dan merayu
meminta Abib bersabar. “Aku akan berikan harta kekayaan bagi meringankan
kesusahan kamu dengan syarat batalkan niat menebang pokok tersebut. Apabila
senang nanti, dapatlah berniaga, menolong orang susah dan seagama.” Setelah
Abib puas berfikir akhirnya dia bersetuju dengan perjanjian iblis dan
membatalkan niat menebang pokok tersebut.
Seperti yang dijanjikan, Abib
diberikan duit 2 dinar setiap pagi selama 3 hari berturut-turut tetapi hari
seterusnya dia sedar iblis berjaya memperdayakannya dan duit tidak diberikan
lagi. Kemungkiran janji iblis menyebabkan Abib marah dan bangkit membawa kapak
untuk menebang pokok yang disembah orang kampungnya. Pertempuran kali ini
dimenangi iblis dan iblis akhirnya berkata:
“Dahulu kamu menang kerana kamu
mencari akhirat tetapi kali ini kamu tewas kerana niat dicampuri mencari dunia
dan Allah tidak memberimu kekuatan.” Abib menyesali dirinya kerana ikhlas dan
ketetapan iman tanpa dicampur niat lain itu merupakan syarat segala ibadah. SEDAYA UPAYA IKHLASKAN NIAT SEPENUHNYA KERANA ALLAH.
Sahih Muslim 3 sahabat terkurung dalam gua
memohon kepada Allah supaya dilepaskan dengan menyebut sekiranya ada amalan
ikhlas kerana Allah. Akhirnya pintu gua terbuka dengan 3 gerakan.
PASTIKAN SUCI DARI HADAS
21-04-04 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi
saw. Solat tidak diterima sekiranya tidak
suci dari hadas.
JANGAN MENCARI REZEKI DARI SUMBER TIDAK ELOK KERANA
SEDEKAHNYA & AMALANNYA JUGA TIDAK DITERIMA
21-04-04 Sahih
Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Tidak diterima sedekah dan
kebaikan dari hasil seperti mencuri, merompak, duit bunga, rasuah dan lain-lain
yang tidak elok.
WUDUK NABI SAW
Sahih Muslim dari Humran ra dan Osman bin
Affan ra. Nabi saw mengambil wuduk bermula 3x basuhan tapak tangan depan
belakang, kumur dan sedut sedikit air ke dalam hidung. Basuhan muka 3x Tangan
ke siku 3x diikuti kiri 3x kemudian kepala. Kaki kanan ke buku lali 3x diikuti
kiri 3x. Sabda Nabi saw. Wuduk dan kusyuk solat akan mengampunkan dosa-dosa
kecil.
SOMBONG, ANGKUH & BESAR DIRI DIHUMBAN KE NERAKA
Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Allah pernah memerintahkan bumi menelan orang yang sombong, angkuh, besar diri dan seangkatan dengannya suatu masa dahulu. Siapa yang langkahnya sombong atau hatinya sombong ditempatkan di penjara yang paling azab di kalangan neraka.
Sombong ialah merasakan dirinya lebih berkuasa atau lebih berharta atau lebih pandai atau lebih tinggi darjat atau lebih hebat dari orang lain. Sombong merupakan suntikan permulaan syaitan memperdayakan manusia. Sifat membongkarkan keburukan dan aib seseorang merupakan konflik diri.
Allah telah memberi petanda kepada manusia akhir zaman tentang azabNya ke atas golongan angkuh dan sombong seperti Laut Mati yang tersirat kisah trajedi yang menenggelamkan penduduk Negara yang rata-ratanya angkuh dan sombong dengan Allah dengan mengingkari perintahNya. Kini Laut Mati sedalam kira-kira 400 meter itu tiada sebarang hidupan yang mampu hidup termasuk mikro organisma kecil tetapi berombak.
TAHAN MARAH DIKURNIAKAN BIDADARI
Riwayat AtTirmizi sabda Nabi saw. Menahan kemarahan
di dunia akan dikurniakan bidadari di akhirat.
Riwayat Abu Daud sabda Nabi saw. Memendam
kemarahan dibangga oleh Allah.
KETEGASAN NABI SAW DALAM HUKUM KUDUD
Sahih Muslim dari Usamah ra. sabda Nabi
saw. Kalau yang mencuri itu anakku Fatimah, aku sendiri memotong tangannya
kerana Allah membinasakan umat terdahulu dengan menurunkan bencana alam kepada Negara
yang mengamalkan orang kenamaan dilepaskan dan yang susah dihukum.
KEDEGILAN YAHUDI, PENENTUAN JANIN DAN
SAMBUTAN KEPADA YANG MELEPASI
SIRAT
19-05-04 Sahih Imam Muslim Thauban ra. Sabda Nabi saw
kepada pendita yahudi bagi membuktikan kerasulannya seperti tersebut dalam
kitab Taurat. Ketika seluruh manusia yang pernah hidup di dunia berhimpun di
kawasan gelap di hari akhirat. Mereka disuruh melintas titi siratul mustaqim.
Kumpulan yang berjaya akan disambut dengan hidangan hati ikan dan daging anak
kambing yang disembelih di tepian syurga. Minuman mereka ialah mata air
salsabila. Kejadian manusia selepas Adam ialah campuran air mani lelaki dan
wanita. Sekiranya yang dominan itu air mani lelaki yang bewarna putih maka akan
terbentuk anak lelaki dan jika air mani wanita yang kekuningan itu lebih
dominan maka akan terjadi anak perempuan dengan izin Allah. Setelah pendita
yahudi itu berpuas hati dengan jawapan pembuktian kerasulan Nabi saw, dia akhirnya
pulang tetapi masih tetap dengan agama tauratnya. Sabda Nabi saw, sebentar tadi
aku tidak tahu langsung soalan yang ditanyakannya tetapi Allah telah memberi
jawapan kepadaku bagi menjawab semua persoalan tersebut.
Firman Allah: Hadis
Qudsi Selagi
manusia tidak dipimpin wahyu Allah maka manusia berada dalam kesesatan. MERUJUK HADIS PENERANGAN AYAT TERSEBUT: SENGAJA BUAT ATAU
TERSILAP ITU SESAT DARI SEGI SYARAK. Untuk selamat mesti ikut petunjuk agama
iaitu Al-Quran dan Hadis. Betapa ramai manusia di dunia ini dalam kesesatan
melainkan amat terlalu sangat sedikit yang benar-benar beramal.
Firman
Allah hadis Qudsi.
Mintalah padaKu kerana hanyaKu yang boleh memberi. Yang dikatakan Allah ini,
manusia yang tidak solat fardu juga diberi rezeki. Sekiranya semua manusia seluruh alam mengaku
beriman memeluk Islam bermula dari zaman Adam sehingga kiamat, sedikit pun
tidak menambahkan kebesaranKu walaupun sebesar sayap nyamuk. Sekiranya kamu
taat padaKu, kamu selamat dan sekiranya kamu memilih kufur, sengsara kamu. Sekiranya
kamu semua memilih derhaka padaKu, Aku sikit pun tidak terjejas bahkan kamu
yang menerima azabKu.
Allah iaitu aku
Tuhan yang Maha Pemurah. Apabila Aku katakana azab padanya. Kun Faya Kun Maka azab
kepadanya. Minta ampunlah sepanjang hayat kamu iaitu selagi kamu tidak mati.
No comments:
Post a Comment