Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, November 18, 2008
Istikharah
18-11-08 Sahih Bukhari dari
Jabir ra sabda Nabi saw. Solat sunat 2 rakaat Istikharah minta petunjuk
samada baik atau sebaliknya. Segala masalah rumahtangga, anak degil, masalah rezeki, masalah kewangan, masalah kesihatan atau apa saja diseru Rasulullah saw minta pada Allah. Selepas istikharah, sekiranya tidak jadi atau jadi tetap bersyukur serah segalanya pada Allah kerana Allah saja yang tahu hikmah kebaikan.
Zikir Nabi saw
18-11-08 Sahih Bukhari dari Ubadah bin Assamiq ra sabda Nabi saw, apabila terjaga tengah malam, baca dan sebutkan.
La ila ha illallahhuwahdahu la syarikalah, lahulmulku, walakulhamdu, wa'ala kullisyai in qadir.
Alhamdulillah wasubhanallah wala ila ha illallah wallahu akbar walahaula walakuwata illa billa.
Sekiranya solat sunat dua rakaat, Allah pasti terima solatnya.
Allah perkenankan segala permintaannya.

Tuesday, November 11, 2008
PUASA & amalan sunnah
Pengajian bahrulmazi jilid 5 bab Puasa 8-5-07, 10-7-07, 12-08-08 & 11-11-08 syarah Ustaz Shamsuri.
Sahih Bukhari Abu Hurairah ra sabda Nabi Ayub as, Demi kemuliaanMu Ya Allah, belalang emas yang Engkau kurniakan ini memang beharga dan kaya. Bagiku kaya ialah mendapat keredhaan dan barakah dariMu Ya Allah.
Sahih Muttafakun Alai. Sahal bin Saad ra. Sisa makanan minuman Rasulullah saw mempunyai keberkatan.Nabi saw DAHULUKAN KANAN saf walaupun ahlinya seorang budak belum baligh.
Sahih Bukhari, Nabi saw menghadiahkan kain kesayangannya kepada sahabat yang berhasrat untuk dikebumikan dengan kain tersebut.
HR At Tirmizi. Malam sebelum berpuasa, segala syaitan dan jin akan dikurung dari menyakiti dan menghasut hanya orang beriman. Pintu syurga dibuka seluas-luasnya.
Sahih Muttafakun Alai Sekiranya tak boleh sedekah duit, sedekah tenaga atau sedekah gembirakan hati orang. Sekiranya tidak boleh, cukup sedekah kawal diri dari buat jahat.
Sahih Bukhari Abdullah bin Amru bin Al-Az r anhuma. Banyak jalan kebaikan dan selemah-lemah cara ialah alihkan benda yang boleh menyakiti orang lain.
HR At Tirmizi. Suara malaikat sepanjang malam Ramadhan menyeru manusia "Segerakan Kebaikan jauhi Kejahatan" Tetapi Allah menutup pendengaran manusia dan manusia tidak dapat dengar.
Bukhari Muslim Pembebasan demi pembebasan ahli solat dari penjara neraka sepanjang bulan ramadhan.
HR At Tirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Berjaga malam solat sunat, zikir dan baca Quran dengan hal keadaan percaya Allah dan harapkan pahala maka diampunkan dosa terdahulu.
Huraian ustaz Shamsuri: Bercanggah terang-terang nas dalil hadis apabila ada di kalangan tasawuf menyebut kita buat kerana Allah bukan kerana pahala sedangkan Rasulullah saw banyak bersabda dalam dalil sahih baginda menggalakkan tamakkan ganjaran pahala Allah.
Sabda Rasulullah saw kelebihan puasa:-
Rumah orang tua-tua dan anak yatim bila time bulan Ramadhan bukak diari sambil kata penuh sebab bukak puasa Equotorial sedangkan kita buat bukak posa balai raya. Dia kata kat kita, mintak maap tak boleh tolong kita. Yang kaya lebih berpeluang buat kebaikan seperti sabda Rasulullah saw. Perut juga merupakan punca penyakit. Tuan-tuan duk tengok perut saya buat apa, dengaq hadis sudahlah.
12-08-08 Sahih Bukhari Al-Qamah dari bapanya Wa'il. Pembunuh akan menanggung seluruh dosa si mati dan seluruh dosa si pemberi maaf sekiranya dimaafkan.
Hasan Sahih At Tirmizi. Amar bin Yasir ra sabda Nabi saw. 30 sya'ban hari syak itu haram puasa.
Syarah us Shamsuri "Kalau kurma tiada, Dato Yusof Tayyub takdan oder.
Hasan Sahih At Tirmizi Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Sekiranya tiada kurma, berbukalah bermula minum air sejuk kerana ia menyucikan perut, membantu proses pencernaan, menyegarkan tubuh, mencantikkan wajah dan menguatkan perut."
Hasan Sahih At Tirmizi Berbuka didahului buah tamar dijanjikan keberkatan oleh Allah.
Sahih At Tirmizi Muslim Bukhari dari Zaid bin Sabit ra sabda Nabi saw. Sahur habis 10 minit sebelum azan Subuh.
11-11-08 Sahih Bukhari sabda Nabi saw jangan lupa baca bila terjaga malam atau sebelum subuh selepas tidur.
Subhanallah Alhamdulillah Allahu'akbar 33x, La ila ha illa hu wahdahulasyarikalah lahulmulku walahulham wahua ala kullisyai-inqadir. Lahawlawalakuawata illa billah.
Solat sunat 2 rakaat akan diperkenankan baginya oleh Allah.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, denda setubuh bulan puasa sebelum berbuka mestilah beri makan sebungkus nasi untuk 60 fakir miskin atau lebih.
HR At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan khususkan ibadat pada malam Jumaat kerana ditegah syarak (makruh). Puasa sunat hari wukuf di padang Arafah dikifaratkan dosa selama 2 tahun. (Nabi saw sebut puasa wukuf Arafah bukan 9 zulhijjah)
Sahih Bukhari Abu Hurairah ra sabda Nabi Ayub as, Demi kemuliaanMu Ya Allah, belalang emas yang Engkau kurniakan ini memang beharga dan kaya. Bagiku kaya ialah mendapat keredhaan dan barakah dariMu Ya Allah.
Sahih Muttafakun Alai. Sahal bin Saad ra. Sisa makanan minuman Rasulullah saw mempunyai keberkatan.Nabi saw DAHULUKAN KANAN saf walaupun ahlinya seorang budak belum baligh.
gambar hiasan. Istiqamah mengamalkan sunnah |
HR At Tirmizi. Malam sebelum berpuasa, segala syaitan dan jin akan dikurung dari menyakiti dan menghasut hanya orang beriman. Pintu syurga dibuka seluas-luasnya.
Sahih Muttafakun Alai Sekiranya tak boleh sedekah duit, sedekah tenaga atau sedekah gembirakan hati orang. Sekiranya tidak boleh, cukup sedekah kawal diri dari buat jahat.
Sahih Bukhari Abdullah bin Amru bin Al-Az r anhuma. Banyak jalan kebaikan dan selemah-lemah cara ialah alihkan benda yang boleh menyakiti orang lain.
gambar hiasan beramal tanpa ilmu, takut yang diamal itu bukan pahala sebaliknya dosa bid'ah. nauzubillah. |
HR At Tirmizi. Suara malaikat sepanjang malam Ramadhan menyeru manusia "Segerakan Kebaikan jauhi Kejahatan" Tetapi Allah menutup pendengaran manusia dan manusia tidak dapat dengar.
Bukhari Muslim Pembebasan demi pembebasan ahli solat dari penjara neraka sepanjang bulan ramadhan.
HR At Tirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Berjaga malam solat sunat, zikir dan baca Quran dengan hal keadaan percaya Allah dan harapkan pahala maka diampunkan dosa terdahulu.
Huraian ustaz Shamsuri: Bercanggah terang-terang nas dalil hadis apabila ada di kalangan tasawuf menyebut kita buat kerana Allah bukan kerana pahala sedangkan Rasulullah saw banyak bersabda dalam dalil sahih baginda menggalakkan tamakkan ganjaran pahala Allah.
gambar hiasan sunnah minum air sejuk berbuka |
- Memerangi nafsu.
- Berpeluang berperangai mukmin.
- Latih sabar taat perintah Allah.
- Merasai kehidupan orang susah.
- Memelihara diri dari dosa
- Meransang golongan kaya menolong fakir.
- Menajam mata hati dan fikiran
- Perut punca segala penyakit.
- Munajat atau doa pada Allah yang menyentuh kalbu.
Rumah orang tua-tua dan anak yatim bila time bulan Ramadhan bukak diari sambil kata penuh sebab bukak puasa Equotorial sedangkan kita buat bukak posa balai raya. Dia kata kat kita, mintak maap tak boleh tolong kita. Yang kaya lebih berpeluang buat kebaikan seperti sabda Rasulullah saw. Perut juga merupakan punca penyakit. Tuan-tuan duk tengok perut saya buat apa, dengaq hadis sudahlah.
12-08-08 Sahih Bukhari Al-Qamah dari bapanya Wa'il. Pembunuh akan menanggung seluruh dosa si mati dan seluruh dosa si pemberi maaf sekiranya dimaafkan.
gambar hiasan kurma Yusof Taiyoob |
Syarah us Shamsuri "Kalau kurma tiada, Dato Yusof Tayyub takdan oder.
Hasan Sahih At Tirmizi Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Sekiranya tiada kurma, berbukalah bermula minum air sejuk kerana ia menyucikan perut, membantu proses pencernaan, menyegarkan tubuh, mencantikkan wajah dan menguatkan perut."
Hasan Sahih At Tirmizi Berbuka didahului buah tamar dijanjikan keberkatan oleh Allah.
Sahih At Tirmizi Muslim Bukhari dari Zaid bin Sabit ra sabda Nabi saw. Sahur habis 10 minit sebelum azan Subuh.
11-11-08 Sahih Bukhari sabda Nabi saw jangan lupa baca bila terjaga malam atau sebelum subuh selepas tidur.
Subhanallah Alhamdulillah Allahu'akbar 33x, La ila ha illa hu wahdahulasyarikalah lahulmulku walahulham wahua ala kullisyai-inqadir. Lahawlawalakuawata illa billah.
Solat sunat 2 rakaat akan diperkenankan baginya oleh Allah.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, denda setubuh bulan puasa sebelum berbuka mestilah beri makan sebungkus nasi untuk 60 fakir miskin atau lebih.
HR At Tirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan khususkan ibadat pada malam Jumaat kerana ditegah syarak (makruh). Puasa sunat hari wukuf di padang Arafah dikifaratkan dosa selama 2 tahun. (Nabi saw sebut puasa wukuf Arafah bukan 9 zulhijjah)
Tuesday, November 4, 2008
DONNiA
4-11-08 bahrulmazi jilid 15 bab fitnah syarah Ustaz Shamsuri
Sahih AtTirmizi dari Abu Said Al-Qudri ra. Kutbah Rasulullah saw sehari suntuk seumur hidup baginda ini menceritakan pelbagai hadis dan antara isi kandungan:-
Dunia ini manis, amat sukar terdapat manusia yang menolak dunia. Allah melantik manusia sebagai Khalifah mewakili Allah untuk menguruskan bumi. Setidak-tidaknya berkuasa untuk menjadi khalifah mengurus diri. Kemudian BEBAN AMANAH meliputi soal menguruskan keluarga, kumpulan, organisasi, rakyat dan negara.

- Terpedaya dunia: riba, pusat kelab malam, pusat karaoke, minum arak, suka ria melampau
- Fitnah perempuan: 1)Mengikut kemahuan isteri 2) Sayang isteri melampau 3) Perempuan simpanan
- Jangan tidak berani bercakap benar kerana takut tekanan pemimpin.
- Pecah amanah akan dicacakkan bendera pecah amanah di padang mahsyar.
- Golongan manusia di dunia. 1)Lahir mukmin mati mukmin 2)Lahir kafir mati mukmin 3)Lahir mukmin mati kafir 4)Lahir kafir mati kafir.
- 3 jenis golongan. 1)Lambat marah cepat sejuk 2)Cepat marah cepat sejuk. 3) Cepat marah lambat sejuk. Golongan pertama yang terbaik, kedua sederhana dan yang ketiga bermasalah.
- Golongan berhutang 1)Bila berhutang bayar cepat 2)Bila beri hutang, tidak menekan menuntut hutang 3)Lambat bayar hutang tetapi menekan menuntut segerakan bayar hutang padanya. Golongan pertama dan kedua adalah baik dan ketiga tidak bagus.
- Umur dunia seperti matahari terbenam dan ini bermakna kiamat sudah dekat.
Angkat Tangan Doa
4-11-08 MUQADDIMAH sebelum pengajian bahrulmazi jilid 15 bab fitnah syarah Ustaz Shamsuri
Sahih Bukhari Anaz bin Malek. Ketika Madinah mengalami kemarau panjang, seorang Arab Badwi bangkit menegur Rasulullah saw ketika baginda sedang berkutbah solat Jumaat. "ya Rasulullah saw, kemarau panjang ini menyebabkan ramai kebuluran dan merosakkan harta benda. Tolonglah berdoa supaya Allah pelihara kita"
Kami melihat pertama kali Nabi saw mengangkat tangan berdoa lalu serentak dengan itu, awan bergumpalan umpama gunung menurunkan hujan lebat. Selang beberapa hari, hujan lebat tanpa henti menenggelamkan harta benda dan menyebabkan banjir. Salah seorang sahabat meminta baginda berdoa supaya menghentikan hujan dan selepas hujan berhenti, tanam-tanaman hidup subur.

Khalifah diri & Amanah pimpin itu Beban
4-11-08 bahrulmazi jilid 15 bab fitnah syarah Ustaz Shamsuri
Sahih AtTirmizi dari Abu Said Al-Qudri ra. Kutbah Rasulullah saw sehari suntuk seumur hidup baginda ini menceritakan pelbagai hadis dan antara isi kandungan:-
Dunia ini manis, amat sukar terdapat manusia yang menolak dunia. Allah melantik manusia sebagai Khalifah mewakili Allah untuk menguruskan bumi. Setidak-tidaknya berkuasa untuk menjadi khalifah mengurus diri. Kemudian BEBAN AMANAH meliputi soal menguruskan keluarga, kumpulan, organisasi, rakyat dan negara. Segala tanggungjawab yang dibebankan akan disoal Allah di akhirat.

Monday, November 3, 2008
Surah Hud
25/05/05 Pengajian Surah Hud ayat 1-12 yang diturunkan di Mekah syarah Ust
Shamsuri berpandukan kitab Nurul Ihsan
SYAHID PERTAMA UHUD
Sahih Bukhari dari Jabir ra.
Mayat bapaku, syahid pertama Uhud seperti sabda Nabi saw tidak reput setelah
sekian lama dikebumikan ketika aku mengorek kembali untuk mengasingkan kubur. Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Hendaklah suci dari
dosa sebelum turun ke dalam liang kubur ketika pengkebumian.
Keajaiban ciptaan Allah |
CIPTAAN LANGIT BUMI 6 HARI MENUNJUKKAN
ISLAM BUKAN BUDAYA
TERBURU-BURU
11:1)Al-Quran kekal ayat serta makna sehingga kiamat besar.
2)Sentiasalah minta ampun dan taubat.
3)Allah mengetahui isi hati manusia walaupun munafik mengaku Islam tetapi menentang Islam. 4)Manusia mati, kembali pada Allah untuk pembalasan.
5)Allah juga Maha Mengetahui bilangan secara tepat setiap helaian rambut samada bakal tumbuh atau telah luruh setiap manusia di muka bumi. 6)Allah tahu kesudahan hidup manusia dan segalanya tertulis di Luh Mahfuz.
7)Ciptaan langit bumi 6 hari untuk tujuan tempoh tertentu sedangkan Allah boleh mencipta sekelip mata. Budaya kerja Islam bukan terburu-buru.
8)Jangan cakap besar, azab bencana Allah itu telalu amat dasyat.
9-11)Manusia marah bila ditarik rezeki dan lupa mati bila dikurniakan rezeki.
12)Kafir Quraisyh sindir Nabi saw, “Kalau kamu utusan Tuhan, berilah kekayaan dan panggil malaikat sekali turut serta dakwah.”

25/05/05 Pengajian Surah Hud ayat 13-24 yang diturunkan di Mekah syarah Ust
Shamsuri berpandukan kitab Nurul Ihsan jilid 2 ms 208
IKHLAS & JANGAN CAMPUR NIAT AMAL UNTUK
ORANG LAIN DENGAN
NIAT UNTUK ALLAH
Sahih Muttafakun Alai dari Jundub ra sabda Nabi saw. Tidak ikhlas di dunia Allah akan tunjuk ketidak ikhlasan tersebut di akhirat. Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw firman Allah Hadis Qudsi. Jangan campur aduk niat kerana Allah dengan niat kerana lain. Jangan campur aduk niat untuk Allah dengan niat untuk orang lain. Firman Allah Batal pahala sedekah bila mengungkit atau menyakitkan hati yang disedekah. Sahih Muslim dari Abu Zar ra sabda Nabi saw. Niat amal ikhlas yang tidak mengharapkan pujian tetapi dipuji itu tidak salah.
Hud 18) YANG PALING JAHAT IALAH YAHUDI DAN KRISTIAN KERANA TUDUH
ALLAH ADA ANAK & Hud 24)KAFIR IBARAT MATA BUTA DAN ANGGAP BENCANA ALAM
MANAKALA BERIMAN IBARAT DEPAN MATA NAMPAK KEBENARAN KEKUASAAN ALLAH DAN
MENGAMBIL IKHTIBAR DARI BENCANA ALAM
HUD 11.13)Ketika Nabi saw yang buta huruf tidak pandai menulis
dituduh mencipta Al-Quran, Allah mencabar
Peristiwa gempa bumi yang ditakdirkan Allah |
15)Mereka tetap menidakkan kebenaran kerana mempertahankan keseronokan kesenangan. 16)Mereka inilah penerima azab di akhirat. 17)Saksi kenabian Ahmad atau Muhammad tertulis dalam Zabur Daud, Injil Isa dan Taurat Musa. Jangan terlintas hati ragu-ragu Quran kerana ia ke neraka.
18)Yang paling jahat ialah yahudi dan kristian kerana menuduh Allah itu ada anak. Marahnya bumi hingga hampir terbelah, marahnya langit hingga hampir pecah dan marahnya gunung hingga hampir runtuh disebabkan yahudi kristian.
19)Yang menolak Islam samada mengaku Islam atau kafir dikenakan laknat Allah di akhirat.
20)Mengajak untuk tidak beriman akan digandakan azab.
21)Mati kafir di neraka selamanya
22)Sembah selain Allah, wajib kekal neraka serta haram syurga selamanya
23)Taat semua perintah larangan Allah baginya syurga.
24)Perumpamaan kafir ialah mata buta telinga tuli manakala beriman mata nampak kebenaran kuasa Allah dan telinga mengambil ikhtibar dari peristiwa bencana alam.
07-07-05
Tafsir Nurul Ihsan surah Hud jilid 2 ayat 25-44 ms 210
JANGAN SESEKALI ADA PERASAAN SOMBONG
Sahih Muslim dari Salamah bin Al-Aqwa'. Akibat sikap sombong tidak mengendahkan nasihat Nabi saw makan guna tangan kanan, Allah melumpuhkan kedua tangannya.
Sahih Muttafakun Alai dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah telah memerintah bumi menelan seorang dari umat terdahulu yang berjalan sombong megah dengan pakaian mahal.
Hadis Riwayat AtTirmizi dari Salamah bin Al-Aqwa' sabda Nabi saw. Sentiasa sombong akan dicatat Allah namanya bersama golongan yang bakal ditimpakan sengsara.
NUH AS
HUD 11:25) Sebelum banjir besar, Nuh ketika
berumur 40 tahun dan dari keturunan Idris as dilantik Allah menjadi Rasul untuk
memulakan dakwah. Beza jarak zaman Nuh dan Idris selama 1000 tahun. 26)Pembesar-pembesar
kenamaan yang kaya pada zaman tersebut tidak mahu menyertai Nuh dan memperlekehkan
Nuh kerana para pengikut baginda miskin tiada harta.
27)Jawab Nuh, yang dipandang lekeh hina itulah bakal ahli syurga.
28)Di akhirat, Allah beri mereka peluang balas dendam atas kehinaan mereka ketika di dunia. 29)Disebabkan kejahilan kaya sombong ini, maka tempatnya neraka.
30)Sekiranya aku menghalau pengikutku yang miskin demi mengambil hati orang kaya seperti kamu semua, nescaya Allah mengazabku nanti.
31)Jangan tanyaku benda ghaib kerana aku bukan malaikat, aku manusia seperti kamu semua. Bezanya ialah aku dilantik menjadi Rasul dan Allah bekalkan aku mukjizat.
32)Beginilah Nuh, jika benar kamu Rasul, turunkan azab sekarang.
33)Itu urusan Tuhan, bukan kerjaku tetapi kamu semua tidak terlepas azab.
34)Terima atau tidak, Allah tetap Tuhan kita dan pembalasan selepas mati di dunia itu pasti.
35)Nuh ni memang pandai reka cerita, mana ada Tuhan dan wahyu.
36)Sepanjang 900 tahun menjalan kerja dakwah baginda, Nuh selalu dipukul samseng upahan. Kali pertama dicekik pengsan dan dicampak ke rumah, Nuh berdoa agar Allah membalas perbuatan mereka tetapi kedua dan seterusnya Nuh berdoa supaya mereka diampuni. Yang peliknya, semakin ramai pula yang ingin membunuh baginda.
37)Selepas 950 tahun Nuh menderita, Allah menjawab doa Nuh as. Nuh diajar membina kapal oleh Allah. 38)Sepanjang pembinaan kapal, Nuh diperli ubah kerjaya dari seorang pendakwah kemudian menjadi tukang kayu. Mereka mengesahkan memang Nuh ni dah gila.

Miniature diorama gambaran bahtera Nuh as. |
39)Nuh diperintahkan Allah supaya memberitahu mereka, kamu
semualah yang akan jadi gila dan mati lemas nanti.
40)Allah memberi tanda amaran selepas siap pembinaan kapal supaya perhatikan dapur rumah Nuh yang bocor dimasuki air. Selama 40 hari 40 malam hujan tanpa henti, dihimpun Allah segala binatang untuk menaiki bahtera Nuh. Allah memperingati Nuh agar tidak melupai ahli keluarga Nuh iaitu isterinya Wani’ah, 3 anaknya Sam bapa arab, Ham bapa kulit hitam dan Yafid bapa turki serta pengikut yang beriman. Seorang lagi isteri baginda dan seorang lagi anaknya Kan’An menolak pelawaan Nuh. 40 lelaki dan 40 wanita menaiki bahtera.
41)Bahtera Nuh bergerak merentasi ombak setinggi bukit.
42)Wahai anak kesayanganku kam’an naik lah bersamaku. Maafkan aku ayah, aku akan selamat di sebalik bukit sana. Tiba-tiba satu ombak besar datang mendindingi 2 beranak lantas menenggelamkan kam’an. 43)Allah Maha Mengasihani tetapi tidak mengasihani yang membantah para Nabi dan RasulNya. Firman Allah, wahai langit hentikan hujan, wahai bumi telan banjir.
44)Selepas banjir besar, kapal baginda tersangkut di bukit Judi di Iraq. Umur Nuh ketika wafat 1050 tahun. Selepas banjir besar menenggelamkan dunia, Nuh mempunya baki masa 60 tahun untuk berdakwah.

28-09-05 Surah Hud ayat 45-68 Tafsir
Nurul Ihsan syarah Ustaz Shamsuri
Sahih Muslim dari Ubai bin Kaap ra sabda Nabi saw. Setiap langkah pergi balik ke
masjid diganjarkan pahala. Hadis riwayat AtTirmizi dan
Abu Daud dari Buraidah ra sabda Nabi saw. Ke masjid pada waktu malam
dijanjikan Allah cahaya sempurna. Sahih Muslim
dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. 3 perbuatan akan memadam dosa-dosa kecil manakala
darjatnya diangkat iaitu wuduk sempurna, perjalanan ke masjid dan menunggu
waktu solat.
BERMULA ERA PERADABAN MANUSIA KETURUNAN NUH AS
HUD 11:45) Nuh menuntut janji Allah
memelihara keluarganya dengan menuntut mengembalikan anaknya yang mati lemas.
46) Allah memberi amaran yang dimaksudkan keluarga itu ialah yang beriman di atas bahtera dan yang tidak beriman pada Allah dan Rasul itu bukan keluarga.
47) Nuh bertaubat dan memohon keampunan kerana meminta mengembalikan anak kesayangannya yang derhaka Allah.

Gambar hiasan, bencana alam dari Allah |
48) Pelayaran bahtera 10 Rejab mengambil masa 5 bulan atau 150 hari
akhirnya berhenti di bukit judi pada 10 muharram. Nuh dan pengikutnya berpuasa
10 muharam tanda kesyukuran menurut Hadis. Mereka turun dari kapal mebina
perkampungan memulakan hidup baru. Nuh beri nama kampung 80 sempena 80
penumpang yang terdiri 40 lelaki 40 perempuan. Mereka pandai pelbagai bahasa merangkumi
80 jenis bahasa termasuk bahasa Arab.
49) Dari 80 hanya 3 anak Nuh yang Allah
izin melahirkan anak menjadi manusia memenuhi muka bumi hingga hari ini. Beza
antara Nuh dan Adam 1000 tahun. Zaman silih berganti, sebahagian kekal beriman
dan sebahagian lagi tidak. Kami meminta Muhammad saw menyampaikan kisah berita benar
ini secara terperinci.
NABI HUD AS YANG DITENTANG ADAT PENINGGALAN NENEK MOYANG KAUM
AD
gambar hiasan "Adat vs Islam" |
50-51)Hud dan Nuh beza 800 tahun. Era Hud
464 tahun. Seruan Hud! Sembahlah Allah dan aku langsung tiada kepentingan dalam
dakwah ini. 52)JANGAN BANTAH ALLAH! ALLAH HENTI HUJAN, SEMUA MANUSIA MATI.
JANGAN BANTAH ALLAH, ALLAH TIDAK HENTIKAN HUJAN, SEMUA MANUSIA MATI TENGGELAM.
JANGAN BANTAH ALLAH! ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA. AMBILLAH PENGAJARAN DARI KAUM
NUH ITU.
53) Balas mereka pada Hud.”Lebih baik diam
dari bercakap merepek.
54-55)Disebabkan merepek kamu ini maka tuhan kami sudah marah dan sumpah kamu jadi orang tidak betul.
56)Hud menjawab“Aku berserah pada Allah.
57)Allah akan menggantikan dengan keturunan yang beriman dari kamu nanti.”
58-60)Firman Allah. Turun laknat Allah ribut taufan yang menghancurkan seluruh kawasan. Laknat ke atas mereka diteruskan selepas dihidupkan kembali di akhirat selama-lamanya.
Hud dan orang beriman diselamatkan.

NABI SOLEH AS MENENTANG AJARAN SYIRIK ADAT NENEK MOYANG KAUM
SAMUD
61) Beza Hud dan Saleh 100 tahun. Era Nabi
Soleh as 280 tahun. Manusia dijadikan dari tanah dan dikuburkan kembali dari
tanah bermula dari Nabi Adam as. Allah dekat dengan hambaNya. 62)Kata
mereka”Wahai Soleh, kamu dilahirkan terpilih, baik, bijak dan cerdik sejak dari
kecil, kami mengharapkan kamu menjadi pemimpin kepada keturunan kami. Sayangnya, kami amat dukacita kerana kamu menyuruh kami
tinggal ajaran nenek moyang kami semata-mata menyuruh kami sembah Allah, Tuhan
baru kamu itu.”
64)Baiklah, Ini unta pelik membuktikan kekuasaan Allah dan kerasulanku, sesiapa menyakitinya dalam masa 3 hari akan binasa.” Yang dilarang itu yang dibuat. Mereka yang terlibat membunuh unta Nabi Soleh itu diazab seperti yang dijanjikan. Pagi Rabu, muka jadi kuning, Khamis menjadi merah menyala dan Jumaat berubah hitam legam.
65)Subuh
Sabtu, Soleh dan 4000 pengikut baginda yang taat keluar dari negeri tersebut
kerana Allah akan mendatangkan azab.
66)Dengan sekali jerkahan suara Jibril, kesemuanya mengalami serangan jantung rebah mati sambil duduk melutut tahyat awal.
67) Diikuti gempa bumi menelan gelimpangan mayat mereka.
68) Begitulah kesudahan kaum Samud yang Kami azab sebagai PERINGATAN UMAT AKHIR ZAMAN [ADAT (peninggalan resapan nenek moyang jin) VS SYARIAT AL-QURAN & HADIS (peninggalan Allah untuk Muhammad saw dan umat baginda)]

07-07-08 Sahih Bukhari. 2 kubur diazab ini ialah buang air kecil merata dan penyebar berita fitnah.
Sahih Bukhar. Lebihan air wuduk Rasulullah direbuti para sahabat kerana baraqah.
LUT PERANGI GOLONGAN HOMOSEKSUAL NEGERI SODDOM
70) Rupanya tetamu tersebut adalah malaikat Jibril, Mikail dan Izrail dengan 2 berita iaitu kehancuran negeri Lut dan bakal kelahiran anak cucu mereka Nabi Ismail as dan Nabi Yaakob as.
71) Dari hamba jariah Ibrahim pula, Hajar bakal melahirkan Nabi Ishak as.
72-73) Keajaiban tersebut atas kehendak Allah sebagai rahmat pada KekasihNya Ibrahim as.
74-76) Nabi Ibrahim yang lemah lembut bersopan santun itu risau kerana 3 malaikat yang akan mengambil tindakan azab ke atas negeri tersebut dihuni oleh anak saudaranya Nabi Lut as.
77) Kedatangan 3 tetamu tampan mengecewakan Lut kerana kaumnya gay perogol lelaki.
78) Kaum Lut mengerumuni rumah baginda setelah isteri Lut memberitahu orang kampung akan kedatangan 3 tetamu tampan, Lut memarahi mereka, "wahai kaumku, tidakkah ada salah seorang dari kamu berakal?" Mereka balas,"Mustahil kamu tidak tahu yang selera kami dubur lelaki. Kami mahukan mereka bertiga tetamu engkau yang kacak itu."
79) Malaikat berkata "wahai Lut, biar kami uruskan."Apabila mereka serbu masuk, sekali libasan sayap Jibril terus butakan mata mereka.
80) Mereka marah sambil lari bertempiaran kerana mengatakan itu sihir, Lut.hari ini hari kamu, esok kamu tahulah nanti.
81) Melihat ugutan ancaman kaum homoseksual, Allah perintahkan Lut membawa 2 anak perempuannya keluar dari negeri tersebut kerana bala Allah akan turun selepas Subuh.
82) Negeri Soddom diterbalikkan Jibril tiada seorangpun yang hidup.
83) Batu-batuan neraka Sijjin diutus Allah dengan tulisan nama mengikut mangsa masing-masing mengejar yang terlepas.
Gambar hiasan. Bala azab dari Allah ketika di dunia |
94-95) Bila tiba hari diazab, dengan sekali jerkahan Jibril, berkecai hancur setiap penduduk seolah-olah tiada berpenghuni.
Hari ini cuba tuan-tuan tanya mangsa rogol, mangsa anak kena rogol, mangsa kecurian, mangsa anak mati dibunuh. Mereka ini semua sokong undang-undang hudud Islam. Takkan nak tunggu kita jadi salah satu mangsa baru nak sokong?
03-11-08 Sahih Bukhari pahala sepanjang duduk di masjid sama seperti pahala sedang solat.
Sahih Bukhari haram tinggi suara dalam masjid.
HUD 11:96-97) Musa utusan Allah dibekalkan mukjizat dan taurat untuk bedakwah Fir Aun dan para
pembesarnya yang mengakui Fir Aun sebagai Tuhan.
98-99) Fir Aun mendahului senarai ke neraka iaitu tempat yang sehabis sengsara buat manusia.
100) Cerita 7 Nabi, Nuh Hud Saleh Ibrahim Lut Syuaib Musa dalam surah Hud ini terdapat bukti peninggalan yang masih kekal hingga hari ini.
101) Tidakkah pelik ada manusia yang belajar tinggi sehingga Phd tetapi masih sembah berhala.
102-103) Azab ke atas manusia syirik itu sebagai pengajaran untuk manusia terkemudian.
104-105) Jangan minta cepatkan kiamat kerana akhirat hanya pengetahuan Allah.
106-107) Mati muslim ditebus dosa di neraka manakala mati kafir kekal neraka.
108-110) Wahai Muhammad, apa yang engkau alami sama dengan para nabi terdahulu. Sekiranya Aku tidak berpegang pada JanjiKu akan kedatangan ketetapan Kiamat, nescaya Aku telah musnahkan kesemua yang menentang kamu dengan sekelip mata.
111-112) Sederhana, jangan melampau beramal atau buat jahat. Manusia 4 macam. 1)Dilahirkan islam mati islam. 2)Dilahirkan islam mati kafir. 3)Dilahirkan kafir mati islam. 4)Dilahirkan kafir mati kafir.
113) Neraka akan jilat muslim yang redha perbuatan sesat kafir atau bersetongkol melanggar perintah Allah.
BERAMAL TAPI JAHIL TIADA ILMU Syarah Ustaz Shamsuri. Ada yang Konfius, muslim bercakap "mati kafir tidak semestinya neraka dan berpeluang ke syurga."Ada juga Konfius bercakap "manusia ada dilahirkan selain asal Nabi Adam as." Konfius-konfius ni beramal tapi jahil ilmu tak cukup ilmu. Tidak bertepatan AlQuran Hadis itu tidak benar. Injil Barnaba, Injil Mathiew, Injil Luke dan manakah satu Injil Isa? Mana satu Taurat Original? Kita rasa selesa Islam hari ini, sedangkan musuh Islam dengan pelbagai fakta menyerongkan akidah muslim. Tiada guna menangis air mata darah kalau dah nama Allah digunakan untuk murtadkan lebih ramai muslim yang kecundang.
cabaran Dakwah Ustaz Shamsuri.
Takut tuan-tuan, mintak jangan jumpa sembang dengan geng-geng macam ini. katanya."Adakah kamu pasti Hadis ini selama 1400 tahun. Malangnya muslim yang ada phd ini akhirnya kecundang akidah akibat website kekeliruan memakai nama Islam menyerongkan akidah secara halus."
Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 2 surah Hud ayat 114 ms231 bab Solat 5 waktu Ustaz Shamsuri 5-01-09. Sahih Muslim sabda NabiSAW Turun ayat (Hud 114)merujuk peristiwa seorang pemuda yang hampir berzina dan seterusnya untuk seluruh umat Islam sehingga akhir zaman bahawa Allah akan menghapuskan dosa kecil melalui amalan kebaikan.
(Hud 115)Sabar merangkumi ujian beribadah, kemewahan, kemiskinan, kedudukan dan dugaan kehidupan.
(Hud 116)Allah merasa kesal sepatutnya orang yang Aku beri kuasa, ilmu , wang, harta dan pangkat melaksanakannya ke jalanKu sebaliknya mereka kejar dunia. Mereka menzalimi diri sendiri kerana tenggelam dengan keseronokan sedangkan mereka tidak sedar mereka golongan berdosa.
(Hud 117)Balasan azab kepada mana-mana negara akibat dosa mereka.
(Hud 118)Sedangkan Aku boleh jadikan seluruh manusia di dunia beragama Islam tetapi Aku tidak buat begitu kerana telahKu beri pilihan melalui anugerah akal fikiran.
(Hud 119)Sabda NabiSAW "Yahudi berpecah 71 puak. Nasrani berpecah 72 puak, Islam berpecah 73 puak dan dalam kalangan setiap agama hanya 1 puak dari tiap agama yang masuk syurga iaitu mereka yang benar-benar dengan agama samawi yang tidak meminda agama Allah. Bagi Islam, muslim yang beramal dengan jalanKu dan jalan para sahabatKu iaitu Al-Quran dan Hadis akan masuk syurga dan muslim yang lain masuk neraka melainkan mereka yang dikasihi Allah dengan jalan lurus agama Islam sebenar. Aku bersumpah dengan namaku sendiri Allah! akan penuhi nerakaKu dikalangan jin dan manusia.
(Hud 120)Quran berita sebenar sebagai peringatan untuk yang beriman.
(Hud 121)Yang tidak beriman, kejarlah dunia, akhirat nanti sama-sama kita lihat
(Hud 122)Di akhirat akan terbukti siapa yang mendapat balasan bahagia dan siapa yang mendapat balasan celaka (123)Allah mengetahui segalanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)