Nota Cinta

Tuesday, May 22, 2007

SOLAT 2007

Muqaddimah oleh Ustaz Shamsuri

22-5-7 Sahih Muslim dari Abi Mas'ud ra kata Rasulullah saw, "Mala'ikat Jibril telah mengajarku cara besolat 5 waktu dan Jibril menjadi imam serta aku menjadi makmum"
Sulaiman Buraidah ra, kaedah mengenali waktu solat juga ditunjukkan pada Rasulullah saw.
A'isyah r ha dan Ibnu Omar r anhuma, I'syak terbaik pada waktu malam.

26-6-7 Sahih Muttafakqn Alaigh dari Abu Talhah bin Ubaidillah ra sabda Nabi saw. Islam ialah solat 5 waktu, Puasa sebulan ramadhan dan Zakat. Sahih Muttafaqn Alaigh dari Abu Bakar As Siddiq ra. Sedekah sepasang binatang ternakan pada jihad sabilillah akan dipanggil seluruh pintu syurga yang dikhaskan pada ahli solat, ahli jihad, ahli puasa, ahli sedekah. "ya Rasulullah saw, adakah seseorang yang dipanggil semua pintu tersebut. Aku harap kamu ya Abu Bakar. " 

24-6-7 Sahih Muttafakqn Alaigh Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Ketika zaman bani Israel, Juraish yang sedang solat sunat tidak menghiraukan panggilan ibunya. Akibat tindakan tersebut, ibunya telah berdoa dan akhirnya Juraish ditimpakan fitnah zina serta dipukul orang kampung. Juraish telah memohon pertolongan Allah dan akhirnya bayi zina yang baru lahir itu bercakap memberitahu perkara sebenar.

28-8-7 Al-MunafiqunAyat 9-11 Sesiapa yang lalai dengan harta dunia dan anak-anak dari mengingati Allah maka dia dalam kerugian. Pastikan infak sebahagian pendapatan ke jalan Islam kerana sekiranya mati tiada gunanya.
Al-Mukminun 99-115 Manusia selagi tidak sampai detik kematian, selagi itu mereka menangguhkan buat kebaikan. Apabila mati menjemput, barulah manusia meminta kembali ke dunia untuk membuat amal soleh. Apabila ditiupkan sangkakala, manusia masing-masing tidak dapat berhubung kerana sibuk urusan akhirat. Siapa amal baiknya berat maka dia oang yang berjaya. Siapa sikit amal baik maka dia merugikan dirinya sendiri. Bahkan lebih merugikan apabila sebahagian kekal neraka. Muka mereka yang bantah ini dibakar dengan api. Tidakkah di dunia dahulu, manusia dengar ayat-ayat Quran? Maka inilah padahnya mereka yang mendustakan Quran atau ayatKu.

Sahih Bukhari dari Ibnu Omar r anhuma sabda Nabi saw. Sebelum datang sakit, siapkan bekalan sebelum mati.

27-11-7 Muttafakun Alaigh sabda Nabi saw. Buat haji tanpa buat dosa samada mulut perbuatan seumpama lahir semula ke dunia. Haji Mabrur atau haji baik sempurna tiada cacat maka dijanjikan syurga.

HR AtTirmizi dari Jabir ra Nabi saw melontar di Jamratul Aqabah  dengan menaiki unta pada pagi 10 Zulhijjah waktu Duha. Selain dari 10 Zulhijjah, Nabi saw melontar pada 11, 12, 13 di Jamratul Ula, Wusto dan Aqabah 7 biji setiap Jamratul selepas waktu Zohor.

HR AtTirmizi dari Udamah bin Abdillah ra. Rasulullah saw melontar dari atas unta pada 10 Zulhijjah pagi Duha dan 11,12,13 di Jamratul Ula, Wusto dan Aqabah dengan berjalan kaki.

Imam Nawawi syarah Al-Muhazzaf dari A'isyah ra. Kurang adab tiada hormat apabila muslim mengaku Islam tetapi mendongak ke atas ketika masuk ke dalam Ka'bah kerana Rasulullah saw sentiasa hormat Allah dan sentiasa tunduk bila melalui dalam Ka'bah.

22-5-07 Pengajian Bahrulmazi jilid 2 bab solat syarah Ustaz Shamsuri ms30


Gharib AtTirmizi dari Ali Abi Talib ra. Menangguhkan pengkebumian itu akan menyeksa jenazah. Segerakan solat selepas masuk waktu itu disukai Allah. Segerakan nikah anak perempuan dan kakak janda kerana firman Allah, jangan halang berkahwin sekiranya saling diredhai kedua pasangan. (Imam Sya'fie kitab Al-Om)

26-6-07 Sahih Bukhari Muslim Waktu Fadhilat ialah awal waktu solat. Jaga adab di makam Rasulullah saw dengan perlahankan suara.
Hasan AtTirmizi dan Sahih Muslim dari Abu Zar Al-Ghifari ra sabda Nabi saw, solat awal waktu, segerakan solat bila terjaga waktu apa sekalipun. Imam Syafie berkata boleh ulang solat fardu. Gantirugi mesti dibayar sekiranya ahli keluarga yang gila merosakkan harta benda orang. 

24-6-07 Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Terlupa solat wajib solat sekiranya ingat. Fatwa dari Imam Syafi'e sendiri mewajibkan qada solat fardu yang tertinggal bermula akhir baligh. Sahih Bukhari Muslim Rasulullah saw qada solat fardu yang tertinggal kemudian solat fardu yang masuk waktu. Solat sunat dibolehkan qada menurut Sunnah Nabi saw

28-8-07  Mazhab Maliki Imam Malek tidak mengapa muslim bela anjing. Sumpah untuk meyakinkan dan menyatakan kebenaran tidak apa seperti kebanyakan hadis sahih dan quran.

27-11-07 Bahrulmazi jilid 2 ms47
Sahih AtTirmizi dari Abdillah bin Mas'Ud ra sabda Nabi saw. Solat Wusto ialah Asar.
Hasan AtTirmizi Solat Wusto ialah Asar bagi majoriti sahabat periwayat Hadis kecuali Zaid bin Sabit dan A'isyah ra yang mengatakan solat Wusto ialah Zohor. Manakala Ibnu Abbas, Solat Wusto ialah solat Subuh. 

Hasan Sahih At Tirmizi Sahih Bukhari Muslim Ibnu Abbas dari kalangan sahabat Nabi yang amat menyayangi beliau ialah Omar Al-Khattab ra. Rasulullah saw memesan lepas dilarang solat sunat selepas waktu Subuh dan Asar.  Mazhab Syafi'e Senarai solat sunat bersebab ialah Tahyattul Masjid dan Sujud Syukur, Solat jenazah, Solat sunat Aidilfitri.

Dari A'isyah ra. Nabi saw memakai wangian sebelum masuk zon Ihram dan niat Ihram. Apabila di dalam zon ihram, memakai wangian tidak dibenarkan lagi. Rasulullah saw menjelaskan tidak apa menunaikan haji untuk ibubapa yang uzur.

Ketika Ibnu Abbas berumur 13 tahun, Rasulullah saw membacakan doa Allahumma Faqqihhu fiddin wa'allimhu taqwim.


.

No comments:

Post a Comment