Nota Cinta

Wednesday, November 7, 2007

Surah At-Thur / Haji / Sejarah Ka'bah / Azab Kubur

07-11-07 Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Beriman Allah & Rasul ialah paling baik iaitu dengan taat semua perintah & tinggal semua larangan. Kemudian jihad jalan Allah dan haji mabrur. 
HAJI & UMRAH RASULULLAH SAW

Sahih AtTirmizi dari Jabir ra. Nabi saw masuk masjidil haram kemudian sentuh hajarul aswad. Selepas itu tawaf keliling ka'bah 3 dengan berlari anak dan 4 pusingan berjalan biasa. Selepas itu, baginda menuju ke belakang makam Ibrahim untuk solat sunat tawaf 2 rakaat. Selepas itu, Nabi saw menyentuh hajarul aswad kali ke 2 sebelum beredar dari masjidil haram untuk Sa'ie Safa dan Marwah.

HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Batu hajarul aswad yang turun dari syurga itu bertukar dari warna putih bertukar hitam kerana dosa anak-anak Adam. Sahih Muslim Al-Baihaqi sabda Nabi saw. Menyentuh hajarul aswad boleh menyembuhkan apa-apa penyakit. Dari Seorang Alim Ulama Besar iaitu Ibnu Omar Al-Khattab. Apa yang Nabi saw buat, aku buat tanpa persoal dan kaji apa-apa. 

SEJARAH BENTUK KAABAH

Alhidayah walhinayah & kitab-kitab Muktabar. HR AtTirmizi. Sabda Nabi saw. Hijir Ismail sebahagian dari Ka'bah. Bentuk kaabah asal yang dibina Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as ialah disekalikan dengan hijir Ismail iaitu sebelah segi dan sebelah bujur. Pintu asal rapat ke penjuru Hajarul Aswad dan terletak di lantai. Pintu lagi satu ialah rapat dengan rukun yamani.

Zaman Quraisyh, ka'bah yang runtuh dimakan anai-anai dibina semula menjadi 4 segi seperti hari ini. Pintu telah diubah seperti hari ini. Zaman cucu Abu Bakar As Siddiq, Abdullah bin Zubair telah meruntuhkan ka'bah dan membina seperti bentuk yang dibina Ibrahim as. Akan tetapi, ia telah diruntuhkan oleh Hajaj dan dibina kembali seperti bentuk Quraisyh dan kekal hingga hari ini. Abdullah bin Zubair dihukum bunuh sula kerana dituduh meruntuhkan ka'bah. Manusia tidak layak menilai menghukum kerana Allah saja Maha Mengetahui peristiwa tersebut.

Jasa Hajaj gavenor Iraq ialah memerintahkan Abul Aswad Ad-Du'ali membuat ilmu nahu dalam Al-Quran. Huruf Al-Quran yang tiada titik ditambah titik untuk pengenalan bacaan semua orang Islam pada hari ini.

JANGAN MELAMPAU & AZAB KUBUR

02-01-08 Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw kepada para sahabat yang melaporkan tentang Abu Jahal yang terhoyong-hayang hampir jatuh apabila cuba memijak leher baginda yang sedang sujud solat ketika itu. "Malaikat akan koyak hancur sekiranya Abu Jahal memijak leherku." Firman Allah "jangan melampau kerana manusia akan melampau apabila merasa lebih dari orang lain. Sesungguhnya kepada Tuhan kamu, kamu akan kembali."

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Penghuni kubur diberi melihat bakal tempat dihuni samada syurga atau neraka setiap hari pagi dan petang sehingga hari kiamat besar. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Minta berlindunglah dari Allah dengan azab neraka dan azab kubur. Kalau tidak kerana manusia takut ke kubur bila mendengar azab seksa kubur, aku akan berdoa supaya manusia mendengar akan seksaan tersebut.

Sahih Abu Daud & AtTirmizi sabda Nabi saw. Surah 30 ayat Al-Mulk yang dihafaz boleh menjadi peguam bela atau penyelamat di alam kubur.

Pengajian tafsir kitab Nurul Ihsan jilid 4 ms 122 & 125 surah AtThur Makiah syarah ustaz Shamsuri

SUMPAH-SUMPAH ALLAH

(52:1-8) Allah bersumpah. Demi bukit Thursina, Demi kitab-kitabNya Al-Quran-Injil-Taurat-Zabur, Demi Baitulmaqmur langit ke 7 yang ditawaf 70'000 malaikat diikuti 70'000 malaikat lain dan 70'000 yang lain seterusnya bersilih ganti tanpa henti, Demi langit yang di angkat tanpa bergoncang dan Demi laut di dasarnya ada sumber minyak, Azab Allah untuk kafir tidak dapat dielakkan.

Huraian Ustaz. Seperti maksud Hadis, para malaikat terbang merayau mengepakkan sayap dan hinggap di surau taman Kerian yang sekarang berlangsung di majlis ilmu. Para malaikat tengah duduk antara jemaah surau tengah membisikkan sesama mereka sekarang ini.

KIAMAT BESAR MENAMATKAN KEMEWAHAN KAFIR DI DUNIA

(52:9-16)Tiba kiamat besar, langit bergoncang, bukit-bukau gunung ganang pecah menjadi debu beterbangan. Yang kufur, yang bermaksiat, yang kafir dan yang ingkar Nabi Muhammad saw dilayan kasar di neraka setelah dilayan senang semasa hidup di dunia.

BERIMAN KE SYURGA

17-27) Yang beriman akan menghuni syurga setelah bersungguh susah payah menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah sebagai tanda taqwa atau takut Allah semasa di dunia. Sabda Nabi saw. Syurga Allah berupa nikmat istana, hidangan, layanan, bidadari dan pelbagai nikmat yang tidak terfikir oleh manusia.

TERUSKAN DAKWAH WALAUPUN DIUJI

28-29) Allah Maha Mengasihani wahai Muhammad, teruskan kerja dakwah dan serahkan selebihnya padaKu. Wahai Muhammad, engkau bukan kahin atau bomoh atau seseorang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib atau tidak nampak. Sesungguhnya Allah sangat murka kepada mereka yang mendakwa mengetahui perkara ghaib sedangkan mereka tidak menerima wahyu.
30-31) Wahai Muhammad, jawab kembali kepada penuduh yang mengatakan engkau penyair itu, sepertimana mereka mahu engkau mati cepat begitu juga Allah mahukan mereka mati cepat.

DEGIL

32-33) Mereka kenal Muhammad sebagai Al-Amin amanah tiada pernah berbobong tetapi mereka menafikannya. Di mulut mereka menolak kebenaran Quran tetapi hati mereka mengakui kebenaran Quran, sesungguhnya mereka menzalimi diri mereka sendiri.
35) Jawab Abal Walid yang dipilih mereka sebagai penyair agung untuk bersaing dengan Muhammad. "bahasa Quran yang Muhammad sebut itu bukan bahasa manusia." Terus mereka balas. "Sah, kamu juga berjaya disihir Muhammad."

SIAPA BUAT DIRI ANDA WAHAI MANUSIA?

36-38) Tidak logik manusia cipta manusia. Hanya Allah cipta manusia. Tidak logik gunung ganang langit laut matahari bulan terjadi dengan sendirinya. Hanya Allah ciptakannya. Kenapa manusia  langgar perintah Allah dan tidak beriman dengan Rasul? Tanya mereka lagi wahai Muhammad, merekakah? atau bapa merekakah? atau datuk nenek merekakah? yang buat tanah yang mereka pijak itu?
39) Mereka sendiri tidak mengiktiraf anak perempuan tetapi mereka menuduh malaikat itu anak perempuan Allah.
40) Muhammad tidak pernah minta duit, tetapi manusia tetap tidak ikut, Apa nak jadi manusia ini?


Perangai makhluk bernama "manusia" ciptaanNya

41-42) Perangai manusia sejak azali bila tidak suka seseorang akan menolak sampai bila-bila manakala manusia apabila suka seseorang, sepanjang masa diceritakan kebaikan seseorang tersebut.

 ALLAH MELINDUNGI NABI MUHAMMAD SAW SERTA MUKMIN 
BERIMAN YANG TAAT SEPENUHNYA AL-QURAN HADIS

43-47) Kafir sentiasa bersatu merencanakan pergaduhan, perpecahan, pergolakan demi menjatuhkan Islam tetapi Allah selamatkan kekasihNya (Rasulullah Nabi Muhammad saw) daripada rancangan jahat tersebut.
48-49)Sentiasalah bertasbih bermula bangun subuh supaya menjadi muslim berkualiti.

No comments:

Post a Comment