ZALIM KEJAM DUNIA DIJANJIKAN DIZALIMI DI AKHIRAT
01-08-07 Sahih Muttafakun Alai dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Allah laknat kepada yang menjadikan mana-mana makhluk hidup roh bernyawa sebagai sasaran anak panah.
Sahih Muslim dari Hisyam bin Hakim bin Hizam ra sabda Nabi saw. Penzalim di dunia dijanjikan dizalimi oleh Allah di akhirat.
Sahih Muslim dari Abi Mas'Ud Al-Badri ra sabda Nabi saw. Kekejaman di dunia dibalas lebih kejam di akhirat. Hebatnya wajah Nabi saw sehingga sesiapa yang tengah marah melihat akan berubah menjadi lembut hati.
KEDEKUT AKAN MAKIN BAKHIL
05-09-07 HR AtTirmizi. Nabi saw berdoa kepada umatnya sekiranya kedekut akan menjadi kaya mudarat semakin bakhil manakala pemurah akan dikurniakan rezeki mencukupi.
Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 4 ms 116-120 syarah Ustaz Shamsuri tafsir surah ke-51 surah Adz Dzaariyaat Makiah mengandungi 60 ayat, diturunkan di Mekah dan bermaksud angin yang diterbangkan.
7-11) Allah kembali menyambung sumpah, Demi Langit laluan cakerawala. Pendapat menolak penerimaan Islam dan Muhammad saw itu sesungguhnya tenggelam dalam kejahilan sendiri.
12-14) Malaikat mengejek di akhirat "Rasalah kembali balasan mengejek Nabi saw dahulu semasa di dunia." 15-17) Penghuni syurga merupakan orang beriman yang redha dengan menjalankan kerja dakwah semasa di dunia. 18) Orang beriman ini juga semasa di dunia sentiasa beristighfar dan bangun 1/3 akhir malam untuk beribadah. 19) Dari hasil pendapatan bakal penghuni syurga, dia telah mengagihkan untuk orang susah dan sekiranya dia susah dia tidak meminta. 20-21) Dalil kebesaran Allah ialah kejadian alam dan yang paling hampir cukup sekadar lihat diri sendiri.
22-37) Hujan merupakan rahmat Allah menghidupkan seluruh punca kehidupan. Jangan sesiapa mempunyai syak apa yang Allah katakan ini. Nabi Ibrahim as yang terlalu tua dan mandul tidak menyangka apabila diberitahu malaikat anugerah cahayamata kepada baginda. Ibrahim juga diberitahu oleh mailaikat yang menziarahi baginda bahawa malaikat tersebut juga petugas pembawa bencana gempa pada kaum Lut as.
38-40) Musa as dilantik untuk berdakwah pada Fir'Aun sebaliknya baginda dituduh penyihir dan diburu. Kerana itu, Fir'Aun ditenggelamkan ke dasar laut.
40-42) Demikian bencana angin menghapuskan seluruh kaum Ad sehingga menjadi debu akibat memperlekehkan Hud as.
43-45) Penduduk Samud dihujani petir sehingga menjadi rentung akibat mengejek Nabi Soleh as.
46) Kaum Nuh yang fasik ditenggelami lautan yang menenggelamkan dunia.
47-49) Kami jadikan berpasangan jantan betina langit bumi siang malam panas sejuk dan sebagainya kecuali Kami hanya Satu sebagai menunjuk perbezaan antara Tuhan Pencipta dan makhluk Dicipta.
50-51) Sabda Nabi saw. "Aku tidak mahu semuanya, wang atau pujian yang hanya aku mahu sembahlah Allah iaitu terima seluruh 100% Al-Quran dan Hadis tanpa menolak satu ayat pun.
52-55) Firman Allah pada Muhammad saw. Itu biasa kerana semua Rasul terdahulu sebelum Nabi terakhir juga menerima tuduhan gila, maka tabahkan diri dalam berdakwah.
56-58) Allah tidak mengharapkan sebarang balasan dari kurniaan nikmat rezeki sihat, rezeki kemudahan, rezeki anak dan pelbagai rezeki lain yang Allah diberikan. Yang Allah mahukan ialah beriman taat menyembahNya.
59-60) Jangan cabar Allah dan Rasul dengan meminta segerakan azab kerana apabila tiba azab, sengsara dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment