Nota Cinta

Friday, May 4, 2007

PERTEMUAN AGUNG ANAZ BIN NADAR


Muqaddimah us Shamsuri 04-05-07 riwayat Anaz bin Malek Pakcik ku Anaz bin AnNadar menyesal kerana tidak turun perang Badar disaat Islam memerlukan. Beliau menebusnya sambil memberitahu Rasulullah saw akan janjinya. "Ya Rasulullah saw, aku janji akan turun dalam Uhud dan kali ini kamu akan tahu apa yang bakal akan aku lakukan." Ketika Uhud di ambang kekalahan. Anaz bin Annadar berjalan perlahan demi perlahan lalu menderaskan langkahnya untuk terus berlari menerpa ke pasukan musuh sambil berkata, "Ya Allah, ampunkan kami atas kesilapan perang Uhud ini dan atas keingkaran sahabat-sahabatku. Demi Allah. aku dapat menghidu bau syurga!" Setelah pakcik syahid, jasad pakcik dicincang-cincang dan dihancurkan kafir. Makcikku mengenali pakcik berdasarkan cebisan baki jari yang tinggal. Firman Allah Al-Ahzab 23 dalam Quran ini merujuk pakcikku menurut sabda Rasulullah saw iaitu Annaz AnNadar. Firman Allah berbunyi "Mukmin ini membenarkan janjinya pada Allah."

Huraian Ustaz Shamsuri: Cukup sekadar bandingkan kita dengan Anaz bin Nadar yang kurang dikenali dikalangan para sahabat ini. 

No comments:

Post a Comment