Nota Cinta

Tuesday, September 28, 2004

Suami Isteri 2004 Muhimmah


Pengajian kitab Muhimmah 2004 bab Suami Isteri syarah Ustaz Shamsuri

MENUNAIKAN SEMUA RUKUN ISLAM TENTU KE SYURGA

27-01-04 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Menunaikan semua rukun Islam tanpa meninggalkan mana-mana satu tentu akan masuk syurga.

PENGENALAN KITAB MUHIMMAH

Pengajian Muhimmah ms 1. Inilah kitab yang dinamakan muhimmah atau yang penting-penting pada ilmu hadis Nabi saw karangan Syeikh Abdullah Abr Rahim Ulama Fattani Selatan Thai. Mudah-mudahan Allah mengampunkan umat Islam yang membaca kitab ini. Isi penulisan kitab diperolehi dari Wali Allah yang tiada pertikaian ragu-ragu iaitu Maulana Syeikh Abdul Rauf Fansuri. Dicetak pada 1384H. Fokus kitab ialah tanggungjawab suami isteri dalam berumahtangga. Isteri derhaka suami merupakan derhaka Allah.

TANGGUNGJAWAB ISTERI IALAH TAAT SEPENUHNYA KEPADA SUAMI

Riwayat Saidatina A’isyah radiallahu anha “Sekiranya isteri mengetahui tanggungjawab mereka, mereka sanggup menyapu tapak kaki suami yang berdebu dengan muka mereka.” Hadis Riwayat Al-Hakim sabda Nabi saw , “Jika isteri jilat nanah dua lubang hidung suami yang berdarah, belum tentu tertunai tanggungjawab isteri. Sekiranya manusia dibenarkan sujud sesama manusia maka aku perintahkan isteri sujud pada suami. Hendaklah berumahtangga kerana taat suami akan beroleh syurga tanpa perlu berdakwah, bejihad fisabilillah, rombongan jenazah, dan banyak lagi tanggungan ke atas lelaki muslim.”

BUNUH DIRI DAN MENGAMBIL TANPA IZIN KE NERAKA

24-02-04 Sahih Muslim dari Al-Hasan ra sabda Nabi saw. Allah haramkan syurga kepada sesiapa yang bunuh diri. Sahih Muslim sabda Nabi saw. Pejuang yang dikatakan mati syahid ini sebenarnya ahli neraka kerana mengambil harta rampasan perang sebelum pembahagian.

HUKUM NUSYUZ ATAU DERHAKA SUAMI

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Isteri menolak ajakan suami akan dimurkai Allah dan para malaikat. Semua amalan tidak diterima sepanjang tempoh tidak redha suami. Nusyuz atau derhaka suami seperti menyakitkan hati suami. Nusyuz menggugurkan tanggungjawab nafkah suami. Suami hendaklah mengelak tidur bersama. Menurut Imam Nawawi, pukul kecuali bahagian muka perut dan kemaluan. Isteri menuntut cerai diharamkan masuk syurga kecuali suami yang menzaliminya dengan memukul teruk.

SEKSA KEPADA ISTERI DERHAKA

Sahih Bukhari Muslim dari A’isyah ra dan Fatimah ra sabda Nabi saw. Isteri-isteri yang derhaka suami dan perempuan yang melanggar perintah Allah di kalangan umatku di neraka nanti diseksa dengan digantung sambil otak dan isi perut mereka terburai setelah disumbat buah zakum.  Di badannya terdapat kala jengking dan ular yang sedang menggigitnya. Kulit mereka disiat dengan gunting neraka. Tubuh mereka hitam kehangusan. Api neraka menembusi kemaluan dan duburnya.

KERANA SOMBONG TERUS KE NERAKA

23-03-04 Sahih Muslim dari Abi Mas’Ud ra sabda Nabi saw. Firman Allah surah Hujarat. Jangan hina dan merendahkan orang lain kerana dikhuatiri orang yang dihina itu lebih baik dari penghina. Tidak masuk syurga walaupun hanya sedikit takabur atau sombong dan besar diri dalam hati. Menghina sesama saudara muslim seperti makan daging mayat rakannya.

SOLAT AWAL WAKTU DAN JANGAN LENGAHKAN SOLAT

Sahih Muslim dari Abi mas’Ud ra sabda Nabi saw lagi. Amalan paling afdal paling mulia di sisi Allah ialah solat di awal waktu kemudian diikuti menjaga baik ibubapanya dan seterusnya berjihad fisabilillah. Salah satu sifat munafik ialah melewatkan waktu solat.

HINA IBUBAPA SENDIRI ATAU IBUBAPA ORANG LAIN ADALAH DOSA PALING BESAR

Sahih Muslim dari Abdullah bin Amru Al-Az ra sabda Nabi saw. Antara dosa paling besar di kalangan dosa-dosa besar ialah maki atau hina ibubapa sendiri atau ibubapa orang lain.

BANTAH SUAMI DILAKNAT ALLAH

Pengajian Muhimmah  ms8 Sahih Bukhari Muslim dari Abu Hurairah ra. Isteri menolak ajakan suami untuk bersama akan dilaknat Allah dan para mala’ikat Al-Muqarrabun. Allah sentiasa marah pada isteri tersbut sehingga tiba redha suami. Amal manusia setiap hari naik ke langit. 3 golongan manusia yang tidak di angkat diamalnya naik ke langit. Hamba atau pekerja yang lari dari tuannya sehingga kembali pada tuannya. Isteri yang menyakitkan hati suami. Pemabuk sehingga taubat dari mabuknya.

SEDIKIT TAAT PADA SUAMI TIDAK AKAN CIUM BAU SYURGA

HR Abu Daud dan Ibnu Majah Haram sabda Nabi saw. Tidak mencium bau syurga kerana sedikit taat atau kurang taat pada Allah dan suaminya.  Isteri yang diredhai suami akan didoakan keampunan oleh malaikat dan segala makhluk Allah. Isteri yang tidak diredhai suami, keluar tanpa izin suami atau masam muka pada suami akan dilaknat Allah. Ada 4 jenis isteri yang menjadi isi neraka. 1) Perempuan zina dan mengeluarkan perkataan menyakitkan suaminya. 2) Perempuan yang meminta diluar kemampuan suami. 3) Perempuan tidak tutup aurat. 4) Perempuan yang hanya makan tidur.

ISLAM HADHARI

Penutup selepas pengajian Kitab Muhimmah syarah Ustaz Shamsuri. Sesi soalan Apa itu Hadhari? (Hadhari bermaksud Islam yang bertamadun dengan berpegang pada Al-Quran dan Hadis)iaitu Islam yang dibawa dari Nabi Muhammad saw. Dunia Islam hari ini ialah Islam yang tidak majukan diri dan kurang bertamadun dalam mendekatkan Al-Quran dan Hadis. Sekiranya Palestin mengamalkan Islam Bertamadun Memegang Al-Quran dan Hadis atau Hadhari maka ia mampu bersaing dengan Israel. Orang Saudi sendiri ramai yang buta huruf. Bayangkan Negara Islam yang mempunyai kelengkapan canggih teknologi tinggi, tiada berani akan penghinaan ke atas Islam. Doa muslim hari ini tumpul kerana kita kuat beribadat tapi yang Allah larang pun kita buat. Doa tak makbul bukan salah Tuhan, Salah kita sebab kita yang terlanggar hukum Allah. Ketika selepas kekalahan peperangan Uhud. Para sahabat berbincang. Allah berfirman dalam Al-Quran katakanlah wahai Muhammad, Kekalahan perang Uhud ini berpunca dari diri kamu sendiri.

DOA SELEPAS WUDUK SEMPURNA DAN KUSYUK SOLAT DIMASUKKAN KE SYURGA

27-04-04 Sahih Muslim dari Saidina Osman bin Affan ra sabda Nabi saw. Allah janji keampunan dosa dari wuduk yang sempurna.  (Ulama hadis berpendapat dosa kecil dan dosa besar memerlukan taubat. ) Sahih Muslim dari Uqbah bin Amir ra sabda Nabi saw. Syurga wajib ke atas solat yang kusyuk.
Sahih Muslim dari Saidina Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw. Berdoa selepas wuduk “Ash hadu alla ila ha illallah, wa anna muhammaddan abduhuwarasuluh” akan dibuka mana-mana pintu syurga.

BANTAH POLIGAMI MENJADI PENGHUNI NERAKA

Muhimmah ms 10. Membantah syarak seperti memarahi suami yang mampu adil berpoligami akan dimasukkan ke neraka bersama syaitan dan iblis yang dilaknat Allah. Nabi saw Firman Allah. Sekiranya mampu berlaku adil, maka kahwinilah samada 2,3 atau 4 isteri.

MATI DALAM KEADAAN TIDAK REDHA SUAMI WAJIB KE ATASNYA NERAKA

Dari Ali Karamulla huwaj ha sabda Nabi saw. Bercakap seperti mengakibatkan suami marah dan sakit hati menyebabkan putus segala amal dan dilaknat Allah termasuk para malaikat. Mati dalam keadaan tidak redha suami wajib ke atasnya neraka.

SETIAP NIKMAT DAN REZEKI AKAN DITANYA ALLAH DI AKHIRAT

25-05-04 HR Abu Daud dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Majlis atau perbualan 2 orang yang tiada unsur memperingati Allah merupakan penyesalan besar di akhirat. HR AtTrimizi sabda Nabi saw. Majlis yang tiada langsung peringatan pada Allah dan selawat pada Nabi saw boleh menyebabkan Allah murka dan mengazab mereka. Sahih AtTirmizi Doa Tazbih kafarah dapat menebus kesilapan dlam majlis. “Subhanaqalla hummawabihamdiq, Ash ha du alla ila ha illa anta astaqfiruqa wa atubu ilaiq. Mudah-mudahan Allah mengampuni mana-mana kesilapan dalam majlis sebentar tadi.”

SOLAT 5 WAKTU, PUASA & TAAT SUAMI CUKUP BAGINYA SYURGA

Muhimmah ms 11. Hadis Nabi saw. Solat, puasa, jaga kehormatan diri dan taat suami  dijanjikan Allah memilih mana-mana pintu syurga. Masuk syurga apabila mati dalam redha suami. Di kalangan umatku. Sebaik-baik lelaki ialah melayani baik isterinya dan sebaik-baik wanita ialah baik dengan suaminya. Tidak dianggap tertunai hak Allah sehingga isteri menunaikan hajat suami.
Mengutamakan suami melebihi adik beradik dan hak dirinya. Menuntut kesukaaan suami akan segala perbuatannya. Jangan mengkhianati suami dan harta suaminya. Sentiasa bersih dan selesa apabila suami mendekatinya. Jangan hina suami akan kemiskinan hidup. Jangan menunjukkan kelakuaan menyakitkan hati suami.

Dari Asma’ bt Abu Bakar As Siddiq radiallahu anha yang berkahwin dengan Zubair seorang miskin fakir.  Asma’ merupakan adik ipar Rasulullah saw. Asma’ memelihara suaminya dengan menjaga suaminya, menjaga unta suaminya, menjahit dan membasuh pakaian, memasak, menjamu makanan, mengambil upah menjunjung kurma, mengambil upah mengerjakan kebun orang.  

LARANGAN ISTERI KELUAR TANPA IZIN KECUALI BELAJAR ISLAM

22-06-04 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Haram suami melarang isteri keluar mempelajari kelas pengajian Islam.  Membangkang sabda Nabi saw amat dimarahi baginda dan para sahabat.  Sahih Muslim dari Zainab Assaqafiah ra sabda Nabi saw. Dilarang wanita berwangian keluar ke masjid.  Sahih Muslim dari Amrah bt Abr Rahman ra dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Dilarang wanita keluar rumah dengan menarik perhatian lelaki melalui pakaian, perhiasan dan wangian.

BINASA PEMIMPIN KELUARGA AKIBAT KEJAHILAN AHLI KELUARGA

Muhimmah ms 15. HR Al-Baihaqi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Akan sampai satu zaman di mana sukar mengamalkan 100% Al-Quran dan Hadis sehingga terpaksa melakukan perkara yang dimurkai Allah akibat dipengaruhi mana-mana ahli keluarganya, kawan dan jirannya. Kesempitan hidup juga faktor terpaksa melakukan larangan Allah sehingga membinasakan dirinya dan ahli keluarganya.  Para malaikat di padang mahsyar akan memberitahu “malangnya orang ini walaupun amal ibadahnya sebesar gunung tetapi semuanya ditolak oleh dosa yang tidak disedarinya.” Akhirnya bakal penghuni syurga ini ditarik ke neraka bersama anak isterinya yang kejahilan agama. Wajib ke atas suami sebagai pemimpin mengajar isi rumahnya tentang tauhid, aqidah,  aqidatul iman, adab akhlak dan semua yang berkait termasuk pemeliharaan tatacara basuhan najis. Suami wajib faham dan mengajar haid, nifas, istihadah, wiladah dan segala berkaitan dengan kebersihan diri.  Saling memahami kehendak pasangan mengikut syariat merupakan faktor kebahagian.

PERKARA PERTAMA HIJRAH NABI SAW IALAH BELI TANAH BINA MASJID

27-07-04 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra. Abu Bakar membonceng di belakang Rasulullah saw ketika mula-mula hijrah sampai di Madinah. Perkara pertama dilakukan baginda Nabi saw ialah solat fardu sebelum perbincangan urusan jual beli tanah kebun kurma. Bani Najar menolak tawaran beli Rasulullah saw dengan menghadiahkan tanah tersebut untuk pembinaan masjid kerana mengharapkan balasan baik Allah. Batang kurma diletak mengarah kiblat. Batu disusun untuk pintu masuk.  Ketika pembinaan masjid, para sahabat bernasyid. “Ya Allah tolonglah kami orang-orang Ansar dan Muhajirin yang sama-sama berhijrah.”

BERMULA KEBINASAAN SUAMI DAN RUMAH TANGGA

Muhimmah ms 16 Firman Allah wahai orang yang beriman. Jangan kerana harta dan keluarga,  melalaikan dari mengingati Allah. Sabda Nabi saw. Bermula kebinasaan rumah tangga pada anak isteri rakan dan jiran. Sabda Nabi saw. Binasa dan jahat suami apabila membiarkan dirinya diperhambakan isterinya. Firman Allah. Lelaki memimpin wanita dan wanita dimiliki lelaki bukan lelaki dimiliki wanita. Sabda Nabi saw. Salah satu dari 15 benda turun bala Allah ialah suami taat isteri.

KESABARAN RASULULLAH SAW

28-09-04 Sahih Muttafakun Alai dari Ibni Mas’Ud ra. Nabi saw menyapu darah akibat cedera dibelasah umatnya sambil berdoa “Ya Allah, ampunkanlah umatku kerana umatku tidak memahami, semua nabi-nabi sebelumku juga mengalami nasib sepertiku dan nabi-nabi tersebut berdoa mengampunkan umat masing-masing.”

Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra. Tiba-tiba datang seorang badwi meminta zakat dengan kasar lalu menarik selendang di leher Rasulullah saw sehingga kesan merah di leher baginda. Nabi saw tersenyum sambil mengarahkan sahabat memberikan zakat pada pemuda tersebut.
Sahih Muslim dari A’isyah radiallahu anha. Nabi saw tidak pernah memukul isterinya dengan tangan walaupun diperuntukkan dalam Islam.

Selepas kematian Khadijah, Rasulullah saw ke Taif tetapi melarikan diri akibat dihalau dengan balingan batu penduduk Ta’if. Jibril muncul memberitahu bahawa Allah mendengar dan melihat kesengsaraan kamu. Selepas Jibril berundur muncul 2 malaikat Jabal ingin terbalikkan bukit bagi menghempap penduduk Ta’if. Nabi saw menghalang dan meminta sama-sama berdoa agar semua penduduk Ta’if beriman kepada Allah. Allah makbulkan permintaan kekasihNya.   

KEWAJIPAN CEMBURU ATAU TIDAK SUKA DAN SEDERHANA DALAM CEMBURU

Muhimmah ms 18 Sabda Nabi saw. Lelaki yang tiada cemburu umpama tiada perasaan. Allah sangat cemburu pada hambaNya yang melanggar perintahNya.  Cemburu suami disuruh agama apabila terdapat tanda syak pada isteri. Cemburu berlebihan sehingga memudaratkan dan dipengaruhi syaitan ditegah syarak. Kesederhanaan dalam cemburu amat dititik beratkan menurut syarak. Allah akan mengazab suami yang tiada perasaan cemburu. Merelakan mata melihat yang haram akan dibakar mata dengan bara api neraka. Menurut imam Al-Ghazali pada zamannya, perempuan muda tidak digalakkan ke masjid kerana semakin ramai pemuda jahat yang melepak dan menegur di jalanan. Sabda Nabi saw lagi. Puasa, solat 5 waktu, pegang amanah suami, jaga kehormatan faraj dan mendidik anak akan dimasukkan ke syurga tanpa perlu berjihad fisabilillah, berdakwah, rombongan jenazah dan pelbagai kewajipan bagi lelaki. HR Imam Ahmad, Annasa’e dan Hakim. Allah telah mengharamkan 3 golongan masuk syurga. 1) Tidak bertaubat dari minum arak. 2) Derhaka ibu bapa 3) Suami Dayyus yang membenarkan isteri zina. 


Monday, September 20, 2004

Al-Ahzab 28-37

Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra. Nabi saw. seorang manusia yang tidak takut miskin apabila bersedekah. Baginda sedekahkan kepada golongan miskin sekandang kambing 

Al-Ahzab surah 33:28-37

Pengajian tafsir Al-Quran Surah 33, Al-Ahzab ayat 28 kitab Nurul Ihsan ms 262 syarah Ustaz Shamsuri 

33:28 wahai nabi, katakan kepada para isteri kamu sekiranya berhajat kepada perhiasan dunia(harta mewah dihormati), bercerai dengan cara baik.

33:29 tetapi sekiranya mahu keredhaan Allah dan Rasul, Allah akan beri ganjaran di akhirat. 

33:30 Isteri-isteri Rasulullah saw merupakan terhormat dan sekiranya melakukan dosa, maka pembalasannya adalah dua kali ganda azab berbanding wanita biasa. 

33:31 Begitu juga dengan setiap ketaatan akan digandakan pahalanya. 

33:32 Darjat para isteri Nabi Muhammad saw itu lebih tinggi dari wanita biasa. Semua wanita tidak boleh berbual lembut manja selain dari suami. 

33:33 Perempuan sesuai di rumah. Jangan berpakaian menarik perhatian lelaki. Tujuannya untuk mengelakkan maksiat. 

33:34 Solat 5 waktu, Kebersihan rumah para isteri Nabi saw perlu bersih kerana ia menjadi tempat turunnya ayat-ayat Al-Quran. 

33:35 Janji keampunan dosa dan ganjaran pahala besar bagi lelaki dan wanita yang taat Allah dan Rasul. 

33:36 Setiap keputusan dari Allah dan Rasul tidak boleh dipersoal. 

33:37 Takutlah kepada Allah kerana walaupun talak itu halal tetapi ia paling dimurkai Allah.

Zainab bt Jahsyim ra adalah sepupu Rasulullah saw semenjak mereka masih kecil. Beliau merupakan isteri baginda yang paling cantik. Pada mulanya, Rasulullah saw meminang Zainab untuk anak angkat kesayangannya Zaid b Haritsah tetapi pinangan tersebut ditolak oleh Zainab kerana sistem kasta suku kaum Arab pada masa itu dimana Zaid dari keturunan hamba. (Al-Ahzaab 33:36) Atas perintah Allah, Zainab dinikahi Zaid bin Haritsah dan dikurniakan cahayamata bernama Usamah b Zaid yang kemudiannya juga menjadi anak angkat Rasulullah saw. (Al-Ahzaab 33:37 Zaid mendapat 3 nikmat iaitu 1- Dimerdekakan ketika dalam tawanan perang 2- Diislamkan 3- Dijadikan anak angkat Rasulullah saw. Rumahtangga Zaid dan Zainab tidak kekal lama akibat tidak sefahaman diantara mereka berdua. Ketika Zaid ingin melafaz cerai, Allah menahan lafaz tersebut dengan turunnya ayat "Takutlah kepada Allah kerana walaupun talak itu halal tetapi ia amat paling dimurkai oleh Allah." Turun perintah Allah, sekiranya Zaid dan Zainab mahu bercerai juga maka Allah memerintahkan Rasulullah saw menikahi Zainab tanpa menghiraukan kecaman penduduk setempat. Allah takdirkan mereka bercerai secara baik sebagai pengajaran untuk umat akhir zaman dan Zainab akhirnya dinikahi Rasulullah saw berwalikan Allah "tanpa akad, tanpa mahar, tanpa syarat" khusus untuk baginda sahaja tetapi bukan untuk umat Muhammad. Pernikahan berlangsung tahun ke-5 Hijrah. 

Al-baqarah 2:228-270 tahun 2004



KEJAHILAN MANUSIA

19-01-04 Sahih Muslim dari Abdillah bin Amru bin Al-Az ra sabda Nabi saw surah Ibrahim ayat 36. Sabda Nabi Ibrahim as, “Berhala dan tokong itu menyebabkan ramai manusia sesat, Sesiapa mengikutku di kalanganku.” Sabda Nabi saw surah Al-Ma’idah 118, Doa Nabi Isa as “Jika Engkau seksa mereka, mereka tetap hamba Engkau. Jika Engkau ampun mereka, seungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Bijaksana.” 

RUJUK

Nurul Ihsan jilid 1ms74 tafsir Al-Baqarah 228-231 syarah Utz Shamsuri

2:228) Firman Allah, Janda yang ingin berkahwin mesti selepas idah atau tempoh tahanan 3 kali suci dari hadi supaya rahim bersih dari benih bekas suami. Talak isteri dalam mengandung tetap sah tetapi idahnya sehingga selepas melahirkan anak. Manusia yang takut Allah tidak akan berbohong. Diharamkan berbohong tiada kandungan sekiranya mengandung. Haram meminang dalam tempoh idah.
2:229) Islam mengalu-alukan rujuk. Talak yang boleh dirujuk setakat 2 kali. Huhud dari segi bahasa bermaksud had atau sempadan Allah. Hudud dari segi syarak melibatkan hukuman potong tangan pencuri, rejam penzina dan sebagainya.  
2:230) Nikah rujuk talak 3 mesti melalui proses semulajadi selepas menjadi janda setelah bersetubuh dan habis idah dengan suami baru. Sekiranya dirancang nikahnya tidak sah. 231) Rujuk mesti selepas tamat idah atau tempoh tahanan 3 kali suci selepas haid. 

KERANA LIDAH BADAN NERAKA

16-02-04 SAHIH MUSLIM dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Syarat pahala ialah muslim yang buat kebaikan. Malu buat jahat itu cabang iman. Dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, tidak masuk syurga bagi orang yang jirannya sakit hati dari perangai buruknya.  Dari Abdullah bin Amru bin Al-Az sabda Nabi saw, muslim yang baik ialah menjaga lidah dan tangannya dari menyakiti orang lain.

PERATURAN TALAK

Nurul Ihsan jilid 1 ms76 tafsir Al-Baqarah 231-234

2:231) Jangan rujuk dengan niat memudaratkan dan Allah Maha Mengetahui isi hati manusia. 
2:232)Jangan sesiapa menghalang rujuk atau perdamaian kerana hanya Allah Maha Mengetahui baik jahat seseorang. 
2:233) Ibu yang diceraikan wajib menyusukan anak kandung selama 2 tahun kecuali keizinan suami disebabkan masalah kesihatan. Suami wajib menanggung nafkah anak isteri. 
2:234) Isteri kematian suami mesti berkabung mengelakkan hidup bermewah dan berhias selama 4 bulan 10 hari.

19-04-04 SAHIH MUSLIM Dari Jabir bin Abdillah ra sabda Nabi saw bahawa baginda diizinkan Allah untuk memberi syafaat mengeluarkan muslim dari neraka.  Dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Mati Islam berpeluang keluar dari neraka.  Dari Abdillah b Mas’Ud ra sabda Nabi saw, muslim terakhir yang keluar merangkak dari neraka diberikan Allah syurga yang sebesar  10 kali ganda dunia. 

Nurul Ihsan jilid 1 ms78 tafsir Al-baqarah 234-237

2:234) Janin ditiupkan roh selepas 4 bulan supaya dapat dipastikan bahawa perempuan yang kematian suami itu mengandung. 
2:235) Lelaki hanya boleh mengorat janda yang dalam idah dengan sindiran sopan dan dilarang secara terus terang. 
2:236) Wajib Mut’ah suami bayar saguhati pampasan sekiranya bercerai akibat suami tertipu dengan kecacatan fizikal isteri. 
2:237) Mukmin yang bertaqwa tidak suka pergaduhan dan suka perdamaian. Perceraian mesti dengan cara baik. Lelaki yang baik memberi saguhati pampasan dan perempuan yang baik menolak pampasan. Memaafkan itu hampir kepada taqwa. 

17-05-04 SAHIH MUSLIM dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, 3 perkara diangkat darjat dan digugurkan dosa iaitu rajin wuduk di saat malas, banyakkan langkah ke masjid dan tunggu waktu solat fardu akan datang selepas menunaikan solat fardu sebelumnya.
Sahih Muslim dari Nuaim ra ketika melihat Abu Hurairah ra mengambil wuduk sabda Nabi saw. Lebihkan kawasan wuduk kerana lebih bercahaya di hari akhirat.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw menurut firman Allah, kedekut ilmu dilaknat Allah. 

Nurul Ihsan jilid 1 ms 79 tafsir Al-baqarah 238-245

PEMANSUHAN HUKUM SELEPAS TURUN AYAT 
PADA RASULULLAH SAW DALAM USUL FIKH

2:238) Jaga solat fardu 5 waktu tertutamanya Solat Wusta. Sahih Bukhari dari Ali ra. "Wusto=Asar"
2:239) Solatlah kerana Allah mengikut situasi keadaan tertentu. 
2:240) Usul Fikh Rasulullah saw, ayat tentang wasiat pada isteri dan 1 tahun berkabung ini dimansuhkan hukum amalannya selepas turun ayat pusaka tetapi masih boleh dibaca. 
2:241) Mutaah ialah harus suami beri hadiah bergantung pada suami setelah bercerai.
2:242) Mengambil ikhtibar dari pengajaran. 

DOA NABI HAZKIL UNTUK MENGHIDUPKAN MANUSIA 
YANG MATI DIPERKENANKAN ALLAH

2:243)Yahudi beramai-ramai melarikan diri kerana takut mati penyakit wabak. Sabda Nabi saw. Sekiranya negeri itu mengalami wabak jangan sesiapa memasukinya dan sekiranya sesiapa dalam negeri wabak jangan kamu lari keluar menyebarkannya. Firman Allah “Mutu” atau “Mati” iaitu 2 kumpulan malaikat yang turun dari langit dan muncul dari bawah tanah menghamburkan kata “Mati” maka mati kesemua Yahudi tersebut. Selepas 8 hari 70’000 Yahudi itu mati, Khalifah ke 3 kepada Nabi Musa as iaitu Nabi Hazkil yang melalui kawasan tersebut memohon doa dan diperkenankan Allah mayat-mayat kemudian dicantum dihidupkan kembali.  Khalifah pertama ialah Yusyak bin Nun dan khalifah kedua ialah Khalid bin Yufina. Itulah tanda kekuasaan Allah menghidupkan kembali yang mati.  
2:244)Tujuannya sebagai peringatan kepada manusia mati mempertahankan agama lebih baik dari mati sia-sia seperti bani Israel ini. Ada hikmah setiap doa tidak diperkenankan kerana Allah saja Maha Mengetahui mana yang baik untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa. 
2:245)Pemberian tujuan agama itu hanya Allah Maha Mengetahui gandaan yang bakal diterima muslim yang bersedekah. 

MANUSIA BERLUMBA BERBUAT KEBAIKAN SEKIRANYA MEREKA NAMPAK PAHALA

21-06-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, sekiranya manusia tahu besarnya kelebihan pahala saf pertama, melaungkan azan dan segerakan solat fardu tentu mereka sanggup berebut untuk melakukannya. Demikian juga sekiranya mereka tahu kelebihan subuh dan isyak berjemaah, manusia takkan melepaskan 2 waktu berjemaah ini walaupun terpaksa merangkak.  

Sahih Muslim dari Abi Said Al-Qudri sabda Nabi saw. Hati-hati kepada yang sengaja suka duduk saf belakang, jangan sampai Allah membelakangkan kamu kerana kamu bakal bermasalah di akhirat. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Sebaik-baik saf lelaki di depan sekali dan seburuk-buruk saf lelaki di belakang sekali. Tetapi bagi wanita sebaik-baik saf wanita ialah di belakang sekali. 

NABI SYAMUEL MENGUMUMKAN THALUT SEORANG FAKIR MISKIN LAGI HINA DILANTIK ALLAH MENJADI RAJA PEMIMPIN PERANG BANI ISRAEL. ISRAEL MEMPERLEKEHKAN TINDAKAN ALLAH.

Nurul Ihsan jilid 1 ms 82 tafsir Al-baqarah 246-250 syarah ustaz Shamuri
2:246) Bani Israel selepas kewafatan Musa as mendesak Nabi Syamuel supaya Kami melantik seorang ketua dikalangan mereka berperang ke jalan Allah. Nabi Syamuel mempersoalkan adakah mereka benar-benar ingin berperang dengan jalan Allah sedangkan ramai di kalangan mereka tetap tidak beriman setelah berbagai cara Musa memuaskan hati mereka. Mereka menjawab mana mungkin kami tidak patuh sedangkan kampung kami diserang, kami dihalau, anak kami ditawan serta dibunuh.  Sesungguhnya musuh kami Jalut itu memang kejam lagi zalim. Kami memerlukan ketua seperti Nabi Musa itu. 
2:247) Allah memperkenankan permintaan Nabi Shamuel dengan melantik Thalut menjadi raja atau pemimpin di kalangan mereka tetapi mereka mempersoalkan lantikan Allah kerana Thalut itu bukan keturunan raja atau nabi malah dia seorang gembala fakir miskin lagi hina. Nabi Syamuel menegaskan sekali lagi bahawa itu bukan pilihannya itu pilihan Allah, tiada siapa boleh mempertikai walaupun dengan bangkangan majoriti. 

ASSOBIRIN “TENTERA KEMENANGAN’ & PETI THABUT 
PENINGGALAN MUSA & HARUN

2:248) Thalut budak miskin yang dipilih Allah menjadi ketua dan Allah turunkan peti thabut sebagai bukti perlantikan Thalut.  Di dalam peti thabut terdapat barang tinggalan selepas kewafatan Musa dan Harun iaitu kasut Nabi Musa, tongkat Nabi Musa, serban Nabi Harun dan sumpit serta cebisan Taurat dari peti thabut tersebut menolak sebarang pertikaian tentang perlantikan Thalut sebagai raja. Di dalam tentera Raja Thalut terdapat seorang pemuda yang belum menjadi Nabi iaitu Daud as.
2:249-250) Ketika menuju medan peperangan pada musim kemarau. Bani Israel tidak tahan dahaga. Kata Thalut, Allah akan menguji kamu dengan sungai Jordan bedekatan Palestin Baitulmaqdiz. Barangsiapa minum tiada siapa akan mengikutiku berperang nanti maka janganlah kamu meminum berlebihan. Ditakdirkan Allah sebagai mengingati umat akhir zaman yang kekenyangan setelah berbuka puasa. Hanya tinggal 313 dari 70,000 seperti angka perang Badar yang masih taat dengan saranan Raja Thalut. Iaitu golongan Assobirin atau orang-orang yang sabar. Mereka percaya dengan keajaiban kekuasaan Allah bahawa yang sedikit berupaya memenangi bilangan jumlah besar. 

SYAFAAT HARI AKHIRAT

19-07-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw tentang 6 kelebihan Allah kepada baginda dan umat baginda berbanding nabi dan umat nabi lain. 1)Diturunkan bersamaku dengan dilebihkan padaku berbanding para nabi Rasul sebelumku iaitu Al-Quran yang kitabnya satu ayat pendek mempunyai maksud huraian yang besar. 2) Allah menanamkan rasa gerun takut pada hati musuh yang cuba mengancam baginda. 3)Harta rampasan perang yang diharamkan untuk para nabi sebelumku dihalalkan padaku dan umatku 4)Seluruh bumi disucikan Allah khas pada Nabi saw dan umat baginda untuk sujud atau menunaikan solat.  5)Mana-mana makhluk, kaum, bangsa yang masuk Islam semuanya menjadi umat Muhammad saw. 6)Tiada para nabi lain selepas Nabi Muhammad saw. 

Sahih Muslim dari Jabir Abdillah ra sabda Nabi saw. Allah berikanku 5 kelebihan khas tanpa diberikan pada Nabi lain iaitu:- 1)Setiap Nabi dibangkitkan untuk satu kaum tapi aku diutus untuk semua manusia tanpa mengira warna kulit 2)Harta rampasan perang yang diharamkan untuk para nabi dihalalkan padaku. 3)Seluruh bumi disucikan buat umatku dan boleh solat di mana saja. 4)Musuh gerun apabila disebut nama pemimpin Islam. 5)Aku dibolehkan memberi syafaat kepada penghuni neraka muslim untuk keluar dari neraka. SEMUA Para Nabi telah menggunakan seluruh kelebihan doa mustajab TETAPI AKU MENYIMPAN SEMUA MUSTAJAB DOA TERSEBUT KHAS BUAT UMATKU!

NABI DAUD AS DITABAL RAJA

Nurul Ihsan jilid 1 ms 85 tafsir Al-baqarah 250-255 syarah ustaz Shamuri

2:250)Ketika peperangan, tentera Thalut yang sedikit istiqamah sambil sentiasa memohon doa pada Allah agar diberikan kemenangan pada mereka.
2:251)Jhalut sememangnya dikenali ramai di kalangan bani Israel dengan kehebatan kekuatannya tampil mewakili tenteranya untuk sesi 1 lawan 1. Daud as yang belum menjadi Nabi terpilih di kalangan tentera Thalut. Raja Thalut membuat tawaran kepada Daud sekiranya berjaya membunuh Jhalut akan dikahwinkan dengan anak perempuannya dan berkongsi pemerintahannya. Daud as menggerakkan langkah sambil mengutip 3 biji batu sebagai senjata untuk dibaling kepada Jhalut. Dengan kehendak Allah, lontaran-lontaran batu tersebut menembusi topi besi Jhalut dan 30 pengikut Jhalut di belakangnya. Setelah Daud as berjaya membunuh Jhalut, Daud dilantik menjadi Raja memerintah selama 40 tahun selepas kematian Thalut. Daud as kemudian dilantik Allah menjadi Nabi. Nabi Allah Daud as boleh berkomunikasi dengan binatang disamping melenturkan besi dengan jari jemarinya.
2:252)Sesungguhnya engkau wahai Muhammad adalah sebenarnya Rasul menolak tuduhan orang-orang kafir. 
2:253)KAMI kuatkan Isa dengan ruhul quddus atau Jibril as disamping mukjizat seperti menghidupkan orang mati, mencelikkan orang buta dan mengubati penyakit kulit dengan sekali sapuan.
2:254)Orang kafir itu menzalimi diri mereka sendiri kerana tidak memeluk Islam. 

AYATUL KURSI

255) 19-07-04 Nurul Ihsan jilid 1 ms 85 tafsir Al-baqarah 250-255 syarah ustaz Shamsuri
Sahih Bukhari Abu Yaqla dan Al-Hakim dari Ubai bin Kaap ra sabda Nabi saw. Pemuda yang mencuri di gudang kurma dengan memberitahu amalan ayat Qursi sebagai halangan kepadanya itu adalah jin jahat.
Sahih Muslim sabda Nabi saw kepada Abu Hurairah ra. Orang tua yang mencuri dan kamu tangkapnya 3 kali itu adalah syaitan dan amalan baca ayat Qursi yang diberitahunya itu adalah benar. 
Dari Abi Hurairah sabda Nabi saw. Sekiranya baca suratul Baqarah ayat Qursi, pasti syaitan keluar. Sesiapa yang mengamal ayat Qursi di setiap selepas solat fardu, dia pasti masuk syurga. Amalan qursi juga akan menjadikan dirinya seorang yang sentiasa bercakap benar dan kuat beribadah.

Tuhan itu hanya Allah yang satu, Yang Tidak Tidur Tidak Mengantuk. Nabi Musa as pernah mempersoalkan adakah Allah itu tidur. Allah memerintahkan malaikat menyuruh Isa as memegang2  botol kaca selepas 3 hari baginda tidak dibenarkan tidur. Apabila botol tersebut pecah berlaga, Allah berfirman, Sekiranya Allah tidur atau terlelap. LANGIT TELAH BERLANGGAR ANTARA SATU SAMA LAIN. Allah Maha Mengetahui Perkara yang bakal berlaku, akan datang dan telah berlaku. Manusia tidak boleh menandingi ilmu Allah walau sepandai sebijak mana sekalipun. Melainkan dengan perkhabaran maklumat oleh para Rasul. Qursi Allah seluas 7 petala langit. Tiada masalah bagi Tuhan untuk memelihara langit dan bumi. Dialah Tuhan amat Besar.

16-08-04 Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan kelam kabut berlari untuk mendapatkan saf, solat dengan tenang. Seseorang yang berniat solat itu bermakna telah mula solat dan disempurnakan kemudian. 

Sahih Muslim dari Abdullah bin Abi Qatadah dari bapanya sabda Nabi saw. Jangan gopoh solat kerana untuk menghadap raja yang kekal biarlah kita dalam keadaaan yang tenang. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Siapa yang hanya dapat satu rakaat kemudian masuk waktu solat lain. Dia dikira dapat solat lengkap seluruhnya. 

AMAT MUDAH KEGELINCIRAN IMAN

Nurul Ihsan jilid 1 ms 88 tafsir Al-baqarah 256-259 syarah ustaz Shamsuri

2:256) Sahih Bukhari sabda Nabi saw kepada Abdullah bin Salam berdasarkan mimpinya memanjat tiang ke langit dan bergantung di gelang besi. Tiang ke langit itu Islam dan kamu akan mati setelah memeluk Islam.  2:257) Bimbingan syaitan bermula apabila tidak mengikut seruan Islam dan amat mudah bagi kegelinciran muslim ke arah kegelapan. 
2:258) Hujah Ibrahim as mematikan hujah Namrud sehingga mati akal sekalian kafir “kalau betul mengaku Tuhan, naikkan matahari sebelah barat kerana Allah menaikkan matahari sebelah timur.” 
2:259) Allah membangkitkan Uzair selama seratus tahun setelah menidurkan beliau selepas serangan Raja Buhtanassar membunuh semua penghafaz Taurat di Baitulmaqdiz. Uzair yang umur sebenarnya 140 tahun tetapi masih kelihatan berumur 40 tahun itu disahkan anaknya sendiri yang berumur 118 tahun sebagai membuktikan kebesaran Allah. Malangnya bani Israel yang mempercayai kebesaran Allah itu tetap tidak beriman atau tergelincir dengan mengatakan Uzair itu anak tuhan. 

3 GOLONGAN YANG HALAL DIBENARKAN MINTA TOLONG

20-09-04 Sahih Muslim dari Abi Bisyh Kabisah AlMulharith ra sabda Nabi saw. 3 golongan yang boleh meminta tolong ialah 1) yang menghabiskan duit untuk meleraikan pergaduhan 2)yang bencana memusnahkan semua hartanya dan 3)yang miskin susah yang sekurang-kurangnya 3 orang dalam kampungnya mengatakannya susah. Selain 3 golongan ini, haram bagi mereka yang dapat dari hasil meminta.  
Sahih Muslim sabda Nabi saw, siapa meminta untuk banyakkan hartanya menempah ketulan bara api.
Sahih AtTirmizi dari Samurah bin Jundub ra sabda Nabi saw. Perangai suka meminta seperti mencakar muka sendiri melainkan meminta haknya seperti meminta dari pemerintah akan harta rampasan perang setelah melibatkan diri berperang. 

Nurul Ihsan jilid 1 ms 90 tafsir Al-baqarah 260-271 syarah ustaz Shamsuri

2:260)Nabi Ibrahim as meminta Allah membuktikan kekuasaanNya menghidupkan yang mati sebagai menunjuk ajar pada umat baginda. Firman Allah pada Ibrahim hancurkan burung merak, merpati, gagak & ayam bapak dan campurkan kesemuanya. Kemudian Allah menghidupkan kembali kesemuanya seperti sedia kala.



SEDEKAH PERANG TABUK

2:261-262)Ketika Saidina Osman bersedekah dalam Perang Tabuk. Sabda Nabi saw. Osman tidak miskin malah Allah akan menggandakan lebih 700 gandaan dengan syarat tidak mengungkit pemberian atau menyakiti orang yang diberi.
Selepas sabda Nabi saw tentang Allah turun ayat memberitahu akan sedekah Osman, Omar bangkit menginfakkan separuh hartanya untuk perang Tabuk. Abu Bakar pula bangkit memberikan seluruh hartanya. Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar,”Kamu tinggal apa untuk kamu dan keluarga kamu?” Jawab Abu Bakar”Aku tinggalkan Allah dan Rasul.”
2:263)Tolak permintaan orang yang meminta tolong dengan cara baik tanpa menyakitkan hati sekiranya tidak berkemampuan. 
2:264-266)Sedekah bukan kerana Allah atau riak adalah sia-sia dan merugikan akhirat.  
2:267)Pastikan zakat terdahulu dan utamakan sedekah korban berkualiti sebelum digunakan hasil. 
2:268)Awas, syaitan akan berusaha membisikkan supaya kedekut.  

TINGGI ILMU TETAPI TIDAK BERAMAL

2:269)Ramai tinggi ilmu hukum hakam agama tetapi tidak beramal kerana tidak faham agama. 
2:270)Tayang derma tujuan motivasi kepada orang lain dengan syarat tidak riak itu digalakkan.  






Tuesday, September 7, 2004

Kiamat 2004


Pengajian kitab Bahrulmazi bab 17 syarah Ust Shamsuri

PEMBALASAN ALLAH ITU PASTI YANG KEKAL NERAKA TETAP KEKAL SELAMANYA


06-01-04 Surah Hud ayat 102-106 Seperti kaum Samud, apabila Tuhan mengambil tindakan menimpakan azab bencana alam ke atas penduduk sebuah negeri yang terlibat maksiat, tiada siapa boleh menghalang. Begitulah kiamat yang Allah tentukan. Manusia yang jahat bersedia menerima azab dan yang baik menerima balasan baik setimpal dengan amalannya.

 PELAJARI HADIS SUPAYA TIDAK SESAT

Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Siapa yang mencari sunnahku untuk beramal, makan dari sumber halal, jaga lidah termasuk perbuatan anggotanya dan tidak menzalimi akan mendapat syurga dan sebaliknya ke neraka. Tetapi akan ada umatku selepas kewafatanku termasuk para sahabatku, mereka yang makan benda haram dan melakukan kesesatan bid’ah. Dari Anaz bin malek ra. Sabda Nabi saw halal itu utama selepas solat fardu dan halal merangkumi dari segi makanan dan pakaian.  

 DIDIKLAH DIRI DAN JANGAN CUAI MENDIDIK ANAK

21-01-04 Sahih Muslim dari Hisyam ra dari bapanya sabda Nabi saw. Mayat tidak akan diazab akibat tangisan ahli kerabat keluarganya tetapi akan diseksa akibat kecuaian mendidik anak yang melakukan larangan agama.
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Bila mati seorang manusia akan terputus segalanya melainkan sedekah jariah, ilmu yang dimanfaat dan doa anak soleh.
HR AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Hanya muslim yang beriman kepada Allah boleh memasang angan-angan untuk masuk syurga.
HR AtTirmizi dari Syaibah ra dari bapa saudaranya sabda Nabi saw. Jumpa memberi salam, mempersilakan luangkan masa dan panggilkan dengan gelaran yang menyukakan.
HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Wajib jawab salam, ziarah sakit, mengiringi jenazah, menghadiri majlis kahwin dan menjawab bersin.
HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Pahala syukur dengan apa yang ada seperti pahala berpuasa.
Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Berdoa kepada mereka yang memberi sesuatu kebaikan kepada kita.

BUNUH DIRI KE NERAKA

18-02-04 Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Menjadi ahli neraka apabila bunuh diri kerana tidak tahan kecederaan selepas mempertahankan Islam.

TIDAK AMANAH KE NERAKA

Sahih Muslim dari Omar Al-Khattab ra ketika perang Khaibar sabda Nabi saw. Menjadi ahli neraka apabila mengambil harta rampasan perang tanpa persetujuan rasmi walaupun kelihatan mati syahid. Hanya masuk syurga sekiranya betul-betul beriman.
Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Aku tidak menangkap syaitan kerana menghormati doa Nabi Sulaiman as.

RENDAH DIRI DIJAUHKAN API NERAKA

Hasan gharib AtTirmizi dari Abdillah ibni Mas’ud ra sabda Nabi saw. Mukmin yang mudah didekati dijauhkan dari api neraka.

NABI SAW BUAT KERJA RUMAH

Hasan Sahih AtTirmizi dari Al-Aswad ra dan Aisyah ra. Nabi saw menjahit pakaian terkoyak, memerah susu kambing, menyapu sampah dan mengemas rumah.    

LAMAKAN SEDIKIT BILA BERJABAT TANGAN 

HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Berjabat tangan dengan tempoh sedikit lama akan menghapuskan dosa kecil antara pihak yang bersalam tangan.

PUASA SUNAT ASYURA

02-03-04 Sahih Muslim dari Ibnu Abbas ra. Sabda Nabi saw kepada Bani Israel berpuasa dan merayakan hari Asyura sempena memperingati Fir Aun ditenggelami laut merah. Sepatutnya kami berpuasa kerana Nabi Musa as itu nabi kami. 10 Muharam dijadikan puasa Asyura dalam Islam kerana memperingati hari kemenangan Nabi Musa as bukan kerana Yahudi. Nabi saw mengelakkan perbezaan dengan menetapkan 9 & 10 Muharam sebagai puasa sunat Asyura.
Sahih Muslim dari Abi Qatadah ra sabda Nabi saw. Allah mengampunkan mereka dari tahun ini sehingga tahun lepas untuk yang berpuasa Asyura dan Arafah.

AMALAN ZINA AKAN ALLAH JADIKANNYA FAKIR

Al-Baihaki dari Ibni Omar ra sabda Nabi saw, Amalan zina akan Allah jadikannya fakir iaitu diselubungi sempit rezeki dan sentiasa tidak cukup walaupun kelihatan kaya pada mata kasar.

LAKUKAN SEMUA KEBAIKAN DEMI IKHLAS KERANA ALLAH

Firman Allah manusia disuruh buat apa jua amal kebaikan dengan ikhlas kerana Allah. Taubat itu awal segala makam dan ikhlas itu penyudahnya. Jangan beribadah kerana Allah bercampur kerana disebabkan selain agama.

HR ATRirmizi dari Ali Abi Talib Karamullahuwajha, jangan susah hati tentang amal yang sedikit tetapi fikirkan samada Allah terima amalan tersebut atau tidak. Dari Muaz bin Jabal ra sabda Nabi saw. Ikhlaskan apa jua kerana Allah. Sedikit amal ikhlas sudah cukup dari banyak amal yang tidak ikhlas.


HUKUMAN KISAS DAN DIATH UNTUK PEMBUNUH

06-04-04 Sahih Muslim dari AlQamah bin Wa’il dari bapanya sabda Nabi saw. Seorang sahabat telah membunuh rakannya kerana bercakap menyakitkan hati. Hukum Kisas untuk pembunuh ialah dibunuh atau membayar Diath iaitu harta yang setimpal penebus nyawa. Pembunuh akan menanggung seluruh dosa yang dibunuh dan dosa pihak yang memaafkannya.

AnNisa 93 Sengaja bunuh muslim beriman akan:
  1.  kekal neraka jahanam  
  2. amat dimurkai Allah 
  3. dilaknat Allah selamanya
  4. dijanjikan azab besar lagi dasyat

Al-Ma’ idah 31 Bunuh satu nyawa manusia tidak mengira agama tanpa sebab wajib bunuh, ia seperti bunuh ramai manusia. 


JANGAN CAMPURKAN NIAT IKHLAS KERANA ALLAH DENGAN
 NIAT LAIN YANG MELIBATKAN KEDUNIAAN

06-04-04 Pengajian Bahrulmazi jilid 17 ms 224 syarah Ust Shamsuri  bab Mujahadah Ikhlas vs Lintasan Syaitan. Kisah seorang pemuda yang kuat beribadah pada Allah bernama Abib pada zaman Bani Israel. Abib terdengar akan kesesatan orang kampungnya yang menyembah pokok kayu lalu mengambil tindakan ingin menebang pokok tersebut. Iblis segera menyamar sebagai orang tua bagi menghalang tindakan Abib.

Iblis berkata “Jangan susahkan diri masuk campur, teruskan menumpukan ibadah pada Allah. Jaga diri sendiri dan keluarga itu sudah cukup. Lagipun mereka yang buat mungkar itu bukan ahli keluarga dan kerabat kamu.” Jawab Abib. “Mencegah kemungkaran itu kewajipan ibadah.” Abib pun bertarung dengan iblis dan Allah memberi kemenangan pada Abib.

Iblis tertewas dan merayu meminta Abib bersabar. “Aku akan berikan harta kekayaan bagi meringankan kesusahan kamu dengan syarat batalkan niat menebang pokok tersebut. Apabila senang nanti, dapatlah berniaga, menolong orang susah dan seagama.” Setelah Abib puas berfikir akhirnya dia bersetuju dengan perjanjian iblis dan membatalkan niat menebang pokok tersebut.

Seperti yang dijanjikan, Abib diberikan duit 2 dinar setiap pagi selama 3 hari berturut-turut tetapi hari seterusnya dia sedar iblis berjaya memperdayakannya dan duit tidak diberikan lagi. Kemungkiran janji iblis menyebabkan Abib marah dan bangkit membawa kapak untuk menebang pokok yang disembah orang kampungnya. Pertempuran kali ini dimenangi iblis dan iblis akhirnya berkata:

“Dahulu kamu menang kerana kamu mencari akhirat tetapi kali ini kamu tewas kerana niat dicampuri mencari dunia dan Allah tidak memberimu kekuatan.” Abib menyesali dirinya kerana ikhlas dan ketetapan iman tanpa dicampur niat lain itu merupakan syarat segala ibadah. SEDAYA UPAYA IKHLASKAN NIAT SEPENUHNYA KERANA ALLAH.

Sahih Muslim 3 sahabat terkurung dalam gua memohon kepada Allah supaya dilepaskan dengan menyebut sekiranya ada amalan ikhlas kerana Allah. Akhirnya pintu gua terbuka dengan 3 gerakan. 

PASTIKAN SUCI DARI HADAS

21-04-04 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Solat tidak diterima sekiranya tidak suci dari hadas. 


JANGAN MENCARI REZEKI DARI SUMBER TIDAK ELOK KERANA 
SEDEKAHNYA & AMALANNYA JUGA TIDAK DITERIMA

21-04-04 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Tidak diterima sedekah dan kebaikan dari hasil seperti mencuri, merompak, duit bunga, rasuah dan lain-lain yang tidak elok. 

WUDUK NABI SAW

Sahih Muslim dari Humran ra dan Osman bin Affan ra. Nabi saw mengambil wuduk bermula 3x basuhan tapak tangan depan belakang, kumur dan sedut sedikit air ke dalam hidung. Basuhan muka 3x Tangan ke siku 3x diikuti kiri 3x kemudian kepala. Kaki kanan ke buku lali 3x diikuti kiri 3x. Sabda Nabi saw. Wuduk dan kusyuk solat akan mengampunkan dosa-dosa kecil.

SOMBONG, ANGKUH & BESAR DIRI DIHUMBAN KE NERAKA

Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Allah pernah memerintahkan bumi menelan orang yang sombong, angkuh, besar diri dan seangkatan dengannya suatu masa dahulu. Siapa yang langkahnya sombong atau hatinya sombong ditempatkan di penjara yang paling azab di kalangan neraka.

Sombong ialah merasakan dirinya lebih berkuasa atau lebih berharta atau lebih pandai atau lebih tinggi darjat atau lebih hebat dari orang lain. Sombong merupakan suntikan permulaan syaitan memperdayakan manusia. Sifat membongkarkan keburukan dan aib seseorang merupakan konflik diri.

Allah telah memberi petanda kepada manusia akhir zaman tentang azabNya ke atas golongan angkuh dan sombong seperti Laut Mati yang tersirat kisah trajedi yang menenggelamkan penduduk Negara yang rata-ratanya angkuh dan sombong dengan Allah dengan mengingkari perintahNya. Kini Laut Mati sedalam kira-kira 400 meter itu tiada sebarang hidupan yang mampu hidup termasuk mikro organisma kecil tetapi berombak.

TAHAN MARAH DIKURNIAKAN BIDADARI

Riwayat AtTirmizi sabda Nabi saw. Menahan kemarahan di dunia akan dikurniakan bidadari di akhirat.
Riwayat Abu Daud sabda Nabi saw. Memendam kemarahan dibangga  oleh Allah.


KETEGASAN NABI SAW DALAM HUKUM KUDUD

Sahih Muslim dari Usamah ra. sabda Nabi saw. Kalau yang mencuri itu anakku Fatimah, aku sendiri memotong tangannya kerana Allah membinasakan umat terdahulu dengan menurunkan bencana alam kepada Negara yang mengamalkan orang kenamaan dilepaskan dan yang susah dihukum.

KEDEGILAN YAHUDI, PENENTUAN JANIN DAN 
SAMBUTAN KEPADA YANG MELEPASI SIRAT

19-05-04 Sahih Imam Muslim Thauban ra. Sabda Nabi saw kepada pendita yahudi bagi membuktikan kerasulannya seperti tersebut dalam kitab Taurat. Ketika seluruh manusia yang pernah hidup di dunia berhimpun di kawasan gelap di hari akhirat. Mereka disuruh melintas titi siratul mustaqim. Kumpulan yang berjaya akan disambut dengan hidangan hati ikan dan daging anak kambing yang disembelih di tepian syurga. Minuman mereka ialah mata air salsabila. Kejadian manusia selepas Adam ialah campuran air mani lelaki dan wanita. Sekiranya yang dominan itu air mani lelaki yang bewarna putih maka akan terbentuk anak lelaki dan jika air mani wanita yang kekuningan itu lebih dominan maka akan terjadi anak perempuan dengan izin Allah. Setelah pendita yahudi itu berpuas hati dengan jawapan pembuktian kerasulan Nabi saw, dia akhirnya pulang tetapi masih tetap dengan agama tauratnya. Sabda Nabi saw, sebentar tadi aku tidak tahu langsung soalan yang ditanyakannya tetapi Allah telah memberi jawapan kepadaku bagi menjawab semua persoalan tersebut.


Firman Allah: Hadis Qudsi Selagi manusia tidak dipimpin wahyu Allah maka manusia berada dalam kesesatan. MERUJUK HADIS PENERANGAN AYAT TERSEBUT: SENGAJA BUAT ATAU TERSILAP ITU SESAT DARI SEGI SYARAK. Untuk selamat mesti ikut petunjuk agama iaitu Al-Quran dan Hadis. Betapa ramai manusia di dunia ini dalam kesesatan melainkan amat terlalu sangat sedikit yang benar-benar beramal.

Firman Allah hadis Qudsi. Mintalah padaKu kerana hanyaKu yang boleh memberi. Yang dikatakan Allah ini, manusia yang tidak solat fardu juga diberi rezeki.  Sekiranya semua manusia seluruh alam mengaku beriman memeluk Islam bermula dari zaman Adam sehingga kiamat, sedikit pun tidak menambahkan kebesaranKu walaupun sebesar sayap nyamuk. Sekiranya kamu taat padaKu, kamu selamat dan sekiranya kamu memilih kufur, sengsara kamu. Sekiranya kamu semua memilih derhaka padaKu, Aku sikit pun tidak terjejas bahkan kamu yang menerima azabKu.
Allah iaitu aku Tuhan yang Maha Pemurah. Apabila Aku katakana azab padanya. Kun Faya Kun Maka azab kepadanya. Minta ampunlah sepanjang hayat kamu iaitu selagi kamu tidak mati.