20-10-03 Surah Taha ayat 124-127
Siapa yang tidak mahu ikut Al-Furqan/Al-Zikr/QuranKu, sesungguhnya hidupnya sempit walaupun pada pandangan kasar kelihatan mewah. Di padang mahsyar, dia kritik Tuhan kenapa matanya buta. Firman Allah "Dahulu kamu lupakanKu, hari ini Aku lupakanmu. Demikian Kami balas orang melampau yang tidak pedulikan Quran, guna nikmatKu tetapi bantahKu. Ini akibatnya tidak beriman dengan Quran yang diturunkan oleh Tuhannya."
Ar-Rad 34 Bagi yang tidak mahu Quran ini, sesungguhnya azab Allah amatlah berat dan tiada siapa dapat menolong.
Al-Waqiah Quran ini amat mulia antara kitab terpelihara hingga kiamat besar. Sekiranya ingin faham Quran maka hendaklah hatinya suci dan bersih dari sifat syirik.
Sekiranya dibacakan perintah Quran. Zahir kelihatan intelektual ada ijazah ada sarjana tetapi dibacakan Quran. Yang haram dilakukannya juga. Kenapa? Kerana dia bukan golongan mutahharun yang suci dari fasik, syirik dan pelbagai negatif.
Dia kata semua Ulama ni pembohong saja. Mereka belajar dari negara-negara Arab yang dah disesatkan barat. Katanya kalau profesor Hamka saya respect. Kita bawa tafsir Quran yang ditafsir prof Hamka, dia tetap tolak juga. Sambutan Maulidul rasul ni kelihatan sayang Nabi s.a.w. hakikatnya bila dibacakan ayat Quran, dia pandang tempat lain dan tidak pedulikannya.
AtTahrim ayat 6 Jaga diri kamu dan pelihara keluarga kamu dari api neraka.
Adakah kita dah penuhi kehendak ayat ni? Bagaimana dengan anak-anak kita?
At Taghabur ayat 14 Isteri dan anak-anak jadi punca ke neraka.
Isteri perlekeh suami, abang ni pangkat lagi tinggi dari jiran sebelah. Tengok apa ada dalam rumahnya.
No comments:
Post a Comment