Pengajian kitab Bahrulmazi jilid 4 bab Solat syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad.
UJIAN
27-01-03 Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Allah mengurniakan kebaikan
dengan menimpakan musibah ke atas dirinya.
Sahih
Bukhari sabda Nabi saw. Sabar dengan musibah dan jangan tergesa-gesa. Umat
nabi-nabi terdahulu ditanam paras pinggang dan digergaji badannya hingga
terbelah dua. Manakala kulit mereka disiat dengan sikat besi tetapi mereka
tetap tidak meninggalkan agama Allah.
ISLAM SEMPURNA IALAH PEMERINTAH AMBIL HUKUM ISLAM 100%
Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Aku bersumpah dengan nama Allah, Apabila
Islam disempurnakan (Keseluruhan pemerintahan akan mengamalkan 100% Al-Quran
dan Sunnah) maka tidak akan berlaku ketakutan melainkan takut kepada
Allah.
JANGAN MENDAHULUI IMAM
Hasan Sahih AtTirmizi
dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah mengubah kepala makmum menjadi
kepala keldai sekiranya mendahului Imam dalam solat berjemaah.
CARA MASUK SOLAT JEMAAH
Menurut mazhab Syafi’e. Ketika imam sujud dan rukuk. Makmum yang
datang menurut Imam dengan terus rukuk dan sujud itu tidak dikira mendapat
rakaat tetapi mendapat berjemaah kecuali berdiri betul. Mengikut imam dengan
berdiri betul mendapat rakaat dan mendapat berjemaah.
Sahih Attirmizi dari Jabir
bin Abdillah ra sabda Nabi saw. Boleh mengimamkan solat berjemaah 2 kali di
masjid dan kemudian di rumah untuk keluarga.
Menurut mazhab Syafi’e. Harus
dan sah berjemaah solat zohor kerana menyangka imam tengah solat zohor padahal
tengah solat asar. Harus dan sah makmum
yang solat fardu mengikuti solat sunat imam. Walaupun sah tetapi tidak bermakna
disuruh.
MASIH BOLEH SEGERAKAN SOLAT WALAUPUN TERLEPAS WAKTU
Sahih Muslim dari Abu
Qatadah ra. Nabi saw pernah solat subuh berjemaah dengan para sahabat yang
musafir di luar waktu akibat kesemua mereka ditakdirkan Allah tertidur sehingga
terlepas waktu Subuh.
Sahih Muslim dari Ibnu
Abbas ra. Nabi saw menjamakkan zohor bersama asar dan maghrib bersama isyak
walaupun bukan musafir atau hujan lebat kerana memberi kelapangan pada umatnya.
Sahih Bukhari dari Imran
bin Husain ra sabda Nabi saw. Sekiranya tidak mampu solat berdiri maka duduk
dan sekiranya tidak mampu duduk maka baring.
JANGAN MELAMPAU ATAU BERLEBIH-LEBIH
24-03-03 Sahih Muslim dari Abdullah bin Amru bin Al-Az sabda Nabi saw.
Jangan melampau atau berlebihan sehingga memudaratkan diri kerana cukup sekadar
memenuhi kewajipan kerana satu ibadah 10 pahala.
Sahih Bukhari dari Ibnu
Abbas ra ketika Nabi saw berkhutbah. Disebabkan Abu Israil bernazar dengan nama
Allah untuk komited Islam, dia berpuasa setiap hari dan berdiri di tengah panas
untuk tidak mahu bercampur demi menjaga lidah. Sabda Nabi saw kepada Abu
Israil, sempurnakan puasa untuk hari ini saja, duduk dibawah teduhan dan
bercampur dengan orang lain.
JANGAN BEBANI MAKMUM / JANGAN BEBANI RAKYAT
Sahih Muslim dari Jabir
bin Samurah ra. Solat dan kutbah Nabi saw ringkas dan tidak membebankan makmum.
Al-Baqarah: 186 Beritahu
umatmu wahai Muhammad, Aku dekat dengan hambaKu maka berdoa/bersolatlah
kepadaku. Hendaklah mereka beriman kepadaku agar berada dalam kebenaran.
PEMIMPIN ADALAH IKUTAN RAKYAT
Bukhari Muslim sabda Nabi
saw. Dijadikan imam untuk diikuti.
HORMATI IMAM / PEMIMPIN
HR AtTirmizi. Ketika
selepas azan, disunatkan duduk tidak berdiri dan bilal mengintai-ngintai kedatangan
imam sebelum qamat.
JANGAN BERTENGKAR SESAMA MUSLIM
28-04-03 Sahih Bukhari. Nabi
saw bersumpah celakalah dikalangan umatku yang menumpahkan darah sesama muslim
kerana ia akan mengakibatkan kafir.
JANGAN BUAT ZALIM
Sahih Muslim sabda Nabi
saw. Jangan menzalimi atau menganiayai manusia dan binatang kerana Allah akan membalas
menzaliminya lebih dasyat di akhirat. Jangan bakhil, kedekut dan berkira kerana
ia membinasakan diri.
AKTIVITI BEBAS SELEPAS SALAM SOLAT BERJEMAAH
Sahih AtTirmizi sabda
Nabi saw selepas mengakhiri salam selepas solat berjemaah. Masing-masing bebas
berdoa, baca quran, wirid atau sebagainya mengikut kehendak sendiri.
PASTIKAN BERSIH RUANG SOLAT
Sahih AtTirmizi dari
Aisyah ra sabda Nabi saw. Bina dan bersihkan masjid untuk setiap perkampungan dan
disunatkan wangikannya.
DUNIA KUBUR KITA GELAP
Sahih Bukhari Muslim AtTirmizi
Sabda Nabi saw. Kubur gelap untuk manusia maka aku solatkan jenazah tukang
bersih masjid yang meninggal dunia ini supaya kuburnya terang.
BELAS KASIHANLAH SESAMA MUSLIM
26-05-03 Sahih Mutafakun Alai dari Nukman bin Basyir ra sabda
Nabi saw. Sesama mukmin seumpama satu anggota
badan. 1 anggota sakit maka berjangkit kepada anggota badan lain dengan panas
dan tidak selesa.
Sahih Muttafakun Alai
dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah tidak belas kasihan kepada mereka
yang tiada belas kasihan.
RINGKASKAN SOLAT BILA JADI IMAM
Sahih Muttafakun Alai
dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Ringkaskan solat seperti contoh bacaan surah pendek
apabila menjadi imam solat berjemaah.
KELONGGARAN KES DALAM SOLAT
Hasan gharib AtTirmizi dari
Aisyah ra. Nabi saw ketika solat sunat membuka pintu untuk Aisyah masuk
kemudian menyambung kembali solatnya.
WARNA SUNNAH IAITU HITAM /PUTIH /HIJAU /MERAH
23-06-03 Sahih Muttafakun Alai. Sunnah Nabi saw biasa
memakai baju warna putih, hitam dan hijau. Kadang-kadang memakai warna
merah.
Sahih Muslim dari Abu
Said ra. Nabi saw pakai serban berlilit dan berikat bewarna hitam dengan
membiarkan ekor serban di tengah tulang belikatnya.
JANGAN BANYAK WARNA CORAK KERANA IA TIDAK
TENANG
Zuhud 2004 Sahih Muslim dari Saidatina Aisyah radiallahu anha
sabda NabiSAW "kusyuk merupakan roh solat jadi bawakan baju yang tidak
berserabut dengan corak dan warnanya kosong"
LANGKAH SOLAT
Sahih Muslim sabda Nabi
saw. Setiap langkah jauh dengan niat solat dijanjikan satu darjat, satu tempat
syurga dan dibatalkan dosanya.
Sahih Bukhari Muslim
sabda Nabi saw. Malaikat berhenti berdoa apabila batal air wuduk ketika
beriktikaf di dalam masjid.
7 GOLONGAN MENDAPAT TEDUHAN DI MAHSYAR
Sahih Bukhari Muslim dari
Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Di padang mahsyar yang tiada teduh itu akan
terdapat 7 golongan yang mendapat naungan Arasyh iaitu:-
- 1. Pemerintah yang menjalankan 100% perlembagaan Al-Quran dan menjadikan panduan petunjuk Hadis sebagai ikutan.
- 2. Pemuda yang menolak nafsu demi mentaati segala perintah Allah.
- 3. Hati yang bergantung pada tempat sujud.
- 4. Berkasih dan berpisah kerana Allah.
- 5. Menolak ajakan zina perempuan cantik.
- 6. Menyembunyikan sedekah dan kebaikan.
- 7. Menyendiri dengan menangis menyesali dosa kejahilan lampau.
SABAR BUAT BAIK
14-07-03 Sahih Muslim sabda
Nabi saw. Allah memelihara mereka yang sabar melakukan kebaikan walaupun
ditekan oleh pihak lain.
Sahih Muttafakun Alai
sabda Nabi saw. Memelihara silaturahim kekeluargaan akan dikurniakan Allah,
murah rezeki dan panjang umur.
Sahih Muttafakun Alai
dari Abdullah bin Amru Al-Az sabda Nabi saw. Buat baik kepada kedua ibubapa
sekiranya mahu keredhaan Allah.
SUNAT PAGI RAYA
HR AtTirmizi dari Saidina
Ali Abi Talib Karamalla Huwajha. Sunnah Nabi
saw berjalan kaki dan jangan gopoh, makan dahulu atau minum air sebelum ke
masjid menunaikan solat hari raya puasa. Dari Ibnu Omar ra. Nabi saw dan
khulafa ArRashidin berkhutbah selepas solat aidilfitri.
JIRAN
28-07-03 Sahih Muttafakun Alai sabda
Nabi saw. Demi Allah tidak beriman x3 ulangan kepada mereka yang jirannya
samada muslim atau kafir tidak aman dengan kejahatannya.
Sahih Muslim sabda Nabi
saw. masaklah berlebihan untuk diberi pada jiran.
Sahih Muttafakun Alai sabda
Nabi saw. Buat baik dan jaga hati jiran.
Sahih Muslim Bukhari sabda
Nabi saw. Tiada berkat rumah yang tiada ibadah. Jangan jadikan rumah sebagai
kubur.
BEZAKAN FARDU DAN SUNAT
Sahih Muslim Bukhari dari
Zaid bin Sabit ra sabda Nabi saw solat fardu afdal di masjid, solat sunat afdal
di rumah.
Sahih Muslim dari
Muawiyah Abu Sufyan ra sabda Nabi saw ubah tempat solat fardu dan solat sunat di
masjid supaya dapat mewujudkan perbezaan afdal.
TANDAS & WUDUK
HR AtTirmizi sabda Nabi
saw. Disunatkan membaca bizmillah sebelum masuk tandas kerana mendindingi diri
dari pandangan jin.
Menurut mazhab Syafi’e.
Menyalahi solat sunat di masjid dan hukumnya Harus.
Sahih AtTirmizi Bukhari Muslim
sabda Nabi saw. Nabi saw kenal umatnya di padang mahsyar melalui cahaya wuduk
anggota badan.
HR AtTirmizi dari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw. Inilah wuduk ku dan Nabi-nabi terdahulu. Muka
bermula kawasan tumbuh rambut tepi cuping telinga. Tangan lebihkan melepasi
siku. Kaki hingga pertengahan betis. Ada waktu ambil sekali ada waktu 2x atau 3x
mengikut keadaan.
SUNAT
13-08-03 Al-Isra’ 79 Jadikan sunat tahajud sebagai amalan
kerana mudah-mudahan akan diangkat darjat untuk mereka yang menunaikannya.
Sahih Muttafakun Alai
dari Aisyah ra sabda Nabi saw yang solat sunat sehingga bengkak kakinya. Tak
bolehkah saya nak jadi hamba yang bersyukur pada Allah.
Sahih Muttafakun Alai
dari Ali Abi Talib Karamulla Huwajha sabda Nabi saw ketika menziarahi keluarga.
Kamu semua belum solat sunat malam?
Sahih AtTirmizi Bukhari Muslim
dari Ibnu Abbas ra. Nabi saw keluar pada hari raya fitrah untuk solat 2 rakaat
tanpa sunat kabliah dan bagdiah.
Sahih AtTirmizi Bukhari Muslim
dari Umi Athiyah ra. Nabi saw mengajak semua muslim keluar rumah ke padang yang
luas untuk solat dan kutbah hari raya.
NABI SAW SEORANG YANG ROMANTIS
Sahih AtTirmizi Bukhari Muslim
Muttafakun Alai dari Abu Bakar As Siddiq dan Aisyah ra ketika sambutan
hari raya. Nabi saw dan isterinya berseronok sehingga puas tetapi pada batasan
syarak di pesta persembahan tarian, nyanyian, pertunjukan senjata dan lain-lain
persembahan. Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar yang melarang kerana ia ibarat
pesta syaitan. Setiap kaum ada hari raya dan hari ini apa salahnya kita
berseronok sedikit. Nabi saw dan Aisyah ra berpelukan mesra sehingga bertemu
pipi mereka berdua ketika menonton persembahan sehingga puas.
AMALAN SUNAT HARI RAYA
Sahih Muttafakun Alai
sabda Nabi saw. Solat hari raya dihadiri semua makhluk Allah termasuk jin dan
penghuni langit.
Sahih AtTirmizi dan Bukhari
dari Anaz bin Malek ra. Nabi saw makan buah kurma sebelum keluar rumah solat
hari raya.
Mazhab Syafi’e. Penduduk
setempat mesti datang solat Jumaat sekiranya hari Jumaat itu hari raya kecuali
musafir.
TINGGAL FARDU KE NERAKA
22-09-03 Sahih Muslim dari Jundub bin Abdillah ra sabda
Nabi saw. Menunaikan solat fardu akan dipelihara Allah dan meninggalkannya akan
dicampak dan disembamkan mukanya ke neraka.
CARA MENENTANG PEMERINTAH ZALIM
HR AtTirmizi sabda Nabi
saw. Pemerintah baik mendidik rakyat mentaati Allah dan yang jahat itu lalai
kesedapan dunia serta tidak kisahkan hukum Allah. Siapa yang tidak menegur
mengikut kemampuan samada dari segi kuasa jawatan atau lidah atau hati
sekiranya tidak menerima ancaman maka dia bukan kalanganku yang mengamalkan
hadisku. Orang seperti ini dilarang minum malah dihalau dari datang ke kolamku
di hari akhirat nanti. Allah memerintah muslim bunuh kafir sekiranya berlaku
ancaman peperangan. Semua perbuatan baik itu sedekah dan menghapuskan dosa. Menetang
pemerintah zalim akan mendapat janji baik dari Allah.
SEKIRANYA MAHU SYURGA, BUAT WAJIB TINGGALKAN HARAM
Sahih AtTirmizi sabda
Nabi saw. Sekiranya mahu syurga maka lakukan yang fardu seperti solat, puasa,
zakat dan taat kepada pemerintah. Jauhilah haram dan lakukan semua yang wajib.