Nota Cinta

Tuesday, August 5, 2008

Jangan sembang kuat/tinggi suara

Muqaddimah sebelum Pengajian bahrulmazi bab fitnah jilid 15 syarah us Shamsuri 8/8/8


Sahih Bukhari dari As Said bin Yazid ra sabda Rasulullah saw, "jangan tinggikan suara perbualan kosong ketika berada dalam masjid terutama di Masjid Nabawi ini."


Al-Hujarat "Jangan berbual tinggi suara lebih dari suara Rasulullah saw ketika berbual bersama baginda kerana Allah akan membatalkan segala pahala kamu."

Abu Bakar As-Sid'dieq

Sahih Bukhari dari Abu Sa'id Al-Qudri ra.

Ketika kutbah Rasulullah saw, hatiku berkata," kenapa orang tua ini menangis, kutbah Rasulullah saw itu amat biasa. Akhirnya aku menyedari yang Abu Bakar ini sebenarnya adalah genius kerana hanya beliau seorang menyedari yang Nabi saw akan wafat setelah baginda bersabda, Hamba Allah itu menolak dunia dengan cintakan akhirat mengejar keredhaan Allah. Tidak lama lagi, hamba Allah itu akan kembali menemui penciptaNya. Rasulullah saw menyedari Abu Bakar sedang menangis lalu bersabda, Wahai Abu Bakar, jangan menangis. Sekiranya aku dibenarkan Allah untuk memilih kekasih dikalangan umatku, tentulah aku pilih Abu Bakar kerana kecintaannya pada Islam. Tiada manusia dapat menandingi pengorbanan harta benda dan persahabatan silaturahim persaudaraan sesama Islam seperti Abu Bakar."

Muqaddimah sebelum Pengajian bahrulmazi bab fitnah jilid 15 syarah us Shamsuri 5 Ogos 2008

Pemerintah Zalim & Taat Pemimpin

Muqaddimah sebelum Pengajian bahrulmazi bab fitnah jilid 15 syarah us Shamsuri 5 Ogos 2008

Sahih AtTirmizi Bukhari Muslim dari Ibnu Mas'ud ra 

Sabda Nabi saw. "Pemerintah zalim ialah pemerintah yang mengambil hak rakyat dan membenarkan kemungkaran berlaku dibawah jajahannya menurut Islam. Menjelang kiamat, selagi mana pemerintah tidak menyuruh kamu buat kemungkaran, maka taatlah pemerintah tersebut. Sekiranya pemimpin zalim menyuruh melakukan kemungkaran, maka dibenarkan tidak taat. Hak yang dizalimi ialah minta doa pada Allah."

Tuesday, July 22, 2008

Pemilihan Imam


22-7-08 Sahih Bukhari Muslim utamakan lebih feqah, kemudian qari, kemudian umur lebih tua untuk imam solat.
 

Azan Subuh PUASA

22-7-08 Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar sabda Nabi saw. Azan masuk waktu subuh tidak boleh bersahur kerana akan membatalkan puasa.

Rasulullah saw CERIA di hari WAFAT

22-7-08 Sahih Bukhari Anaz b. Malek. Pagi sebelum detik kewafatan Rasulullah saw, Nabi saw bangun tersenyum berdiri dengan wajah yang amat ceria sehingga para sahabat yakin baginda akan kembali sembuh tetapi tidak berapa lama kemudian, baginda wafat.

Kenapa Solat tak kusyuk


Haram lintas kawasan sujud muslim solat.

22-7-08 Sahih Muslim solat yang kusyuk cegah mungkar seperti mulut cakap tidak elok, cakap bohong, sombong, ego, iri hati, dengki, khianat dan sebagainya.
 
Akhir zaman tiada kusyuk dalam solat dan ilmu diangkat ke langit yang bermaksud manusia tidak mengamal Quran Hadis.

Wednesday, July 2, 2008

Al-Qamar

02-07-08, 06-08-08, 05-11-08 Nurul Ihsan jilid 4 Dato' Ust Shamsuri SURAH AL-QAMAR makiah

Sahih Bukhari dari Ibnu Mas'Ud ra. "malang sekali aku tidak mampu menghalang orang-orang Abu Jahal yang meletakkan bangkai perut unta busuk di atas belakang Rasulullah saw yang sedang sujud solat. Kelihatan baginda bangun dari sujud dan berdoa, Ya Allah binasakan Quraish, Ya Allah binasakan Quraish, Ya Allah binasakan Quraish. Ya Allah binasakan Abu Jahal, Uqbah bin Rabi'ah, Syaiba bin Rabi'ah, Walid bin Uqbah, Umaiyah bt Kalam, Abi Mu'aih & Uqbah Abi Mu'aih. Tidak lama selepas itu, Kesemua mereka mati ketika dalam perang Badar. 

Sahih Bukhari dari Ubadah bin Assamir ra sabda Nabi saw, Janji denganku jangan syirik Allah, jangan zina, jangan mencuri, jangan bunuh orang kecuali cara halal dan jangan bunuh diri. Sekiranya terlanggar, hanya hudud dapat membersihkan dosa tersebut. Jika bertaubat, ia terpulang kepada Allah samada menerima atau tidak taubat tersebut kerana hudud itu sudah ditetapkan oleh Allah. 

Sahih Bukhari dari Anaz bin Malek ra. Rasulullah saw melaksanakan hudud dengan memotong tangan kanan dan kaki kiri penjenayah sehingga cacat sebelum dijemur hingga mati. Mata mereka dicungkil keluar sebagai balasan Qisas kerana mangsa samun juga dibunuh sedemikian. Oleh kerana penjenayah murtad menjadi kafir, mereka rugi di akhirat.    

Sahih Bukhari dari Aisyah ra Rasulullah saw berkahwin pada usia 25 tahun dengan Khadijah yang berusia 40 tahun dan mereka hidup bersama selama 25 tahun. Selepas Khadijah meninggal dunia, baginda mengahwini Saodah yang berumur 55 tahun. Abu Bakr As Siddiq sentiasa menangis apabila setiap kali membaca Al-Quran sehinggakan Musyrikin Quraish mengatakan Abu Bakr adalah muslim luar biasa.


semua gambar sekadar hiasan
Al-Qamar 54:1-3. BukhariMuslim. Ketika di Mina, kafir Quraisyh menuduh mukjizat Rasulullah saw membelah bulan itu sihir.
4-5. Sedangkan kafir mengakui Muhammad itu seorang yang benar lagi amanah semasa baginda belum menerima wahyu Islam. 
6-7. Ketika manusia tidak berani mengangkat kepala di mahsyar. Kafir ketika itu membenarkan Islam dan mereka menyesal sambil menanti untuk diseksa.

9-10. RasulKu Nuh as juga dituduh gila lalu berdoa menyerahkan kepada Kami untuk tindakan selanjutnya.
11-12. Allah gabungkan langit dan bumi mengeluarkan air menenggelamkan dunia.
13-14. Kami kuatkan bahtera Nuh bagi menyelamatkan pengikut Rasul Kami yang beriman dan melenyapkan kafir.
15-16. Masihkah tidak mahu ambil pengajaran dari azabKu yang dasyat itu?
17. Kami jadikan Quran itu mudah dihafal dan dipelajari.

18. Kaum Ad juga binasa atas lidah RasulKu Hud as.
19-21. Lihatlah betapa dasyatnya azab Allah bermula dari hantaran angin sehingga menerbangkan jasad manusia sebelum dihempas ke tanah sehingga berkecai anggota tubuh badan. 

22.Kami mudahkan Quran supaya mudah difahami tentang kedasyatan azab Kami.



Al-Qamar 54-25). Kaum Samud dianugerahkan kehebatan senibina kediaman dalam gunung.  
26) Kerana kesombongan itu, mereka memperlekeh Nabi Saleh as gila dan sesat. 
27) Allah makbulkan doa Nabi Saleh as dengan mengeluarkan unta betina dan anak unta tersebut sebagai bukti kekuasaan Allah seperti yang dicabar oleh kaum Samud.
28) Atas perintah Allah, Nabi Saleh as menyeru kepada penduduk kampungnya agar minum air telaga secara bergiliran dengan untanya setiap selang sehari. 
29) Tetapi mereka dengan sengaja membunuh unta mukjizat Nabi Saleh itu. 
30-31) Allah turunkan azab bencana sehingga mereka yang terlibat tidak ubah seperti rumput kering dipijak binatang ternakan.
32. Demikian pembalasan Allah direkodkan dalam Quran dalam bentuk mudah difahami dan dihafaz.
33-36. Kaum Nabi Lut as yang memperjuangkan homoseksual pula diterbalikkan negeri mereka oleh
Jibril dan selebihnya Kami hantar batu-batuan neraka menembusi tubuh saki baki yang berjaya melarikan diri kecuali pengikut Lut yang bersyukur Kami lepaskan.
37.Ketika Jibril, Mikail dan Izrail menjadi tetamu Nabi Lut as, kaum gay yang kemaruk seks ini cuba menerjah masuk tetapi Jibril melibaskan sayapnya sehingga buta setiap seorang.
38-39. Menjelang Subuh waktu sahur, Kami menyuruh Lut dan pengikut beriman keluar untuk Kami timpakan azab lalu menjadi laut mati tasik Jordan.

40. Sekiranya tidak mampu hafaz Quran yang Kami mudahkan ini, setidak-tidaknya, ambillah pengajaran.

Al-Qamar 54:41-42) Allah telah menenggelamkan Fir Aun dan pengikutnya di dasar laut.
43. Adakah kafir Mekah rasa mereka lebih kuat dari kafir bala tentera Fir Aun?
44. Abu Jahal melaungkan “Kesatuan kami pasti menewaskan Islam”.

45. Allah takdirkan muslim menang dalam Perang Badar walaupun 313 vs 950. 
46-48. 70 bangkai kafir selepas Perang Badar diseret dengan muka disembamkan ke lantai neraka sambil diherdik oleh para mala'ikat penjaga neraka.
49-50. Allah boleh mengubah takdir sekelip mata walaupun segalanya tersurat di Luh Mahfuz.
51. Adakah manusia mengambil ikhtibar dari pengajaran tersebut?
52-53. 
Setiap kelakuan setiap manusia setiap detik dicatat oleh malaikat hafazah dan rekod ini disimpan di Luh mahfuz.
54-55. Hanya yang takut kepada Allah SWT akan bergembira di syurga. 

Huraian Ustaz Shamsuri..........
Tuan-tuan tak rasa apa-apa dengaq saya baca? Saya rasa sakit kerongkong la, sebab duk keriau suara. Tuan-tuan kena rasa Tuhan boleh tolong macam Tuhan tolong Nabi saw dengan syarat kita kena buat kerja seumpama Nabi saw. Ada yang suka lowyar buruk, tolong jangan. Esok nanti Allah hantaq malaikat pi lowyar burok dengan kita. Naya saja. Tuan-tuan, jangan buat main-main na.

Tuesday, July 1, 2008

Pemerintah zalim

1-7-08 BM15 Fitnah Ustaz ShamsuriSahih AtTirmizi riwayat Ali bin Abi Talib, Abi Said Al-Qudri & Abi Zar sabda Rasulullah saw. “Akan datang akhir zaman, golongan muda jahat yang hujah Quran guna akal bukan dari hati. Banyak ilmu tetapi AKHLAK TIDAK DIAMAL SEPERTI DISURUH QURAN. Ada pendakwah yang boleh murtad secara tanpa sedar dan tinggalkan agama.” Na’uzubillah. Huraian Ustaz Shamsuri. Golongan Khawarij asalnya Islam mahir Quran dan Hadis tiba-tiba sesat tertolak akidah dari ahlul sunnah wal jamaah.

Sahih AtTirmizi & Bukhari dari Usaid bin Ubair ra sabda Nabi saw. “Setiap jawatan itu menepati syarak dan bahagian posisi bersesuaian dengan bidang. Taat selagi mana pemimpin itu tidak menyuruh buat maksiat. Jangan lawan dan jadikan huru-hara. Tiada apa sekiranya boleh berubah tanpa berlaku huru-hara dan pertumpahan darah. Sabar dan kita jumpa di kolamku di Padang Mahsyar dimana ia adalah tempat terima balasan jahat bagi siapa yang zalim.”

Solat Sunat Ramadhan

1-7-08 BM15 Fitnah Ustaz Shamsuri
Sahih Bukhari dari Ali bin Abi Talib Karamullahuwajah. Nabi saw mengejutkan ahli keluarga tengah malam untuk solat sunat.
Sahih Bukhari dari A’isyah ra. Setiap kelakuan Nabi saw diikuti para sahabat. Sabda Nabi saw, “aku tidak mahu orang mengatakan solat sunat malam Ramadhan ini adalah fardu dan aku takut Allah memfardukan solat sunat malam Ramadhan ini.”

 HARI INI LAIN-DIKALANGAN USTAZ SALING MENYALAHKAN MASING-MASING.  Masalah kita hari ini, 15 Ustaz ada 15 pe'el, yang ni mengaji Mesir, yang tu ngaji Jordan, Moroco, Siria, Yaman, Ngaji pondok masing2 dengan cara tersendiri. Yang ustaz ini pun masing-masing duk menyalahkan masing-masing. Zaman Nabi saw senang, ikut Nabi sorang saja.

3 ikatan syaitan

1-7-08 BM15 Fitnah Ustaz Shamsuri Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Syaitan mengikat 3 tambatan ketika manusia sedang tidur sambil berkata pada tiap ikatan, “tidurlah lena dengan sedap sepanjang malam ni, tidurlah.”

Sebutan zikrullah sekiranya terjaga tengah malam akan merungkai 1 ikatan, diikuti wuduk meleraikan ikatan ke 2 dan solat sunat malam meleraikan seluruh ikatan.
Sekiranya tidak berbuat demikian apabila terjaga tengah malam maka dia akan jadi pemalas.

Monday, May 26, 2008

SOLAT (AZAN & BERJEMAAH)

22-01-08 Hasan At Tirmizi Ibni Abbas ra. Nabi saw hanya solat sunat sekali seumur hidup baginda baghdiah zohor waktu Asar kerana ada urusan terlalu amat penting ketika itu. Namun begitu, baginda menegah solat sunat selepas waktu Asar. Sekiranya dibuat juga maka tiada pahala.  

26-02-08 Sahih Muslim, Antara azan dan qamat ada solat sunat qabliah bagi siapa yang mahu. 

HR At Tirmizi dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Sengaja mengambil keringanan tanpa sebab dilarang Rasulullah saw. Dibenarkan jamak apabila hujan bagi jemaah masjid dan yang uzur sakit

Riwayat Abi Mas’ud ra doa Nabi saw. Allahumma inni as allukal huda, wattuqa, wal afaz, walgrhina. Ya Allah, aku minta padaMu hidayah, takut paMu (taqwa), ketahanan dari perkara larangan dan hati yang bersyukur dengan apa yang ada.


AZAN SOLAT
 
HR AtTirmizi.

Bila datang waktu solat, seorang mesti azan. Azan mesti seorang jangan lebih dari seorang.

Rasulullah saw memilih Bilal ra untuk tukang azan kerana suara beliau yang sedap, nyaring dan beralun walaupun yang bermimpi wahyu contoh azan ialah Abu Bakar As Siddieq dan Abdullah bin Zaid.


Hasan At Tirmizi Ibni Abbas ra. Nabi saw hanya solat sunat sekali seumur hidup baginda baghdiah zohor waktu Asar kerana ada urusan terlalu amat penting ketika itu. Namun begitu, baginda menegah solat sunat selepas waktu Asar. Sekiranya dibuat juga maka tiada pahala. 

22-04-08 HR AtTirmizi Jarakkan masa antara azan dan qamat. Hukum tarjiq harus.

24-06-08 Sahal Sa'idi ra Sahih Bukhari Abu Bakar As-Siddiq menjadi imam apabila ketiadaan Rasulullah saw yang sibuk urusan luar Madinah. TEGUR IMAM bagi lelaki ialah tasbih Subhanallah manakala bagi wanita ialah tepuk telapak tapak tangan atas telapak depan tangan.

Hasan lagi Sahih At Tirmizi dari Abu Juhaifah ra. Sunnah Rasulullah saw membenarkan Bilal menutup telinga dengan jari sambil melaungkan azan. 
Sabda Nabi saw pada Bilal ra "Assolahtuhairunminannaun" itu dikhaskan untuk waktu Subuh. 

Adab azan mazhab Sya'fi'e. Azan menghadap kiblat,
Hasan AtTirmizi, Sahih Bukhari Muslim Qamat mesti menunggu isyarat dari imam.

Haram lintas kawasan sujud muslim solat.

22-7-08 Sahih Bukhari Muslim utamakan lebih feqah, kemudian qari, kemudian umur lebih tua untuk imam solat.
 
Sahih Bukhari sabda Nabi saw. bakar rumah mereka yang tidak datang masjid bila dengar azan.
Penjelasan Imam Syafi’e, berjemaah di rumah bersama keluarga juga baik.
Penjelasan ustaz Shamsuri. Jangan dengar hadis ini, ada yang salah faham pergi bakar rumah orang.

Imam Syafi'e syarah kitab Al-Om, azan qamat sebelum solat untuk setiap solat berjemaah dan qamat saja bagi solat individu. Haram 1 bumbung masjid dijalankan lebih 1 solat berjemaah serentak.

MASYARAKAT KUAT SEMANGAT AGAMA TAPI JAHIL ILMU. Huraian ustaz Shamsuri: Di surau RNR Tapah ada lebih 3-4 jemaah setiap imam lawan masing-masing baca kuat, berserabut kepala otak kita ni. Itulah dia, masyarakat kita hari ini semangat agama tinggi tetapi tiada pengetahuan.




Tuesday, May 20, 2008

Senarai DOSA PALING BESAR

20-5-08 Kuliah us Shamsuri. Sahih Muslim sabda Rasulullah saw akan DOSA PALING BESAR dikalangan dosa besar MERANGKAP DOSA YANG DILAKNAT ALLAH. Dari Abi Baqra ra (1-3), Anaz bin Malek ra (1-4), Abu Hurairah ra (1 & 5-10) & Abdullah bin Amru bin  Al-As ra (2 & 11)
  1. Syirik / Pertikai / Ragu-ragu Allah
  2. Derhaka atau bantah ibubapa / suami
  3. Saksi palsu / Sumpah Palsu
  4. Bunuh diri atau bunuh orang lain kecuali mempertahan hak dan dalam peperangan. (Qisas)
  5. Sihir 
  6. Ambil bukan hak atau rasuah
  7. Makan harta anak yatim
  8. Makan riba
  9. Lari dari jihad Islam
  10. Tuduh palsu zina
  11. Kerana diri, ibubapa dimaki
  12. Dosa besar lain menurut Allah & Rasul serta ancaman dari Quran Hadis: 
  1. zina (had sebatan / rejam sampai mati)
  2. menipu / bohong
  3. mencuri (had potong tangan)
  4. merompak (had potong tangan dan potong kaki)
  5. broker zina / rekemen zina
  6. homoseksual, lesbian, liwat, gay
  7. judi / tenung nasib / nombor ekor
  8. minum arak / mabuk / khayal 
  9. tolak ajakan suami hubungan bersama, 
  10. lelaki pakai sutera dan emas, 
  11. fitnah / hasutan 
  12. tidak bayar zakat, tidak solat, tidak buat haji bila mampu, tidak puasa
  13. seksa / bunuh binatang dengan api, 
  14. makan babi / bangkai apabila, tidak darurat / tidak akibatkan mati

    Tuesday, May 6, 2008

    Zul'Kar'nain vs Ya'jud Ma'jud

    6-5-8 BM15 Fitnah UsShamsuri

    HR AtTirmizi, Zainab bt Ja'syim r ha sabda Nabi saw tafsir Surah Al-Khafi 83. Wali Allah Zulkarnain sepertimana Nabi Sulaiman ra bukan setakat manusia tetapi pemerintah dikalangan makhluk ghaib. 

    gambaran hiasan

    Penduduk sebuah negeri antara 2 celah bukit meminta pertolongan Zulkarnain dan tenteranya kerana terdapat 2 kaum Ya'jud & Ma'jud yang amat kuat dan merampas harta mereka, mereka meminta buatkan tembok supaya jangan benarkan Ya'jud Ma'jud tersebut kembali. Zulkarnain amat kehairanan dan ingin tahu akan kekuatan yang diberitahu penduduk teraniaya tersebut.

    Zulkarnain kemudian menyelinap masuk berseorangan untuk menyiasat ke tempat Ya'jud Ma'jud. Kelihatan ada yang bertubuh besar tegap sasa dengan mudah melambung batu besar dan ada yang telinga amat besar sehingga boleh menjadi permaidani. Ada pula yang misai labuh sehingga ke lantai dan berbagai-bagai rupa pelik lagi. (himpunan riwayat sahih+gharib+daif)

    gambaran hiasan
    Zulkarnain meminta menyediakan keperluan membuat tembok. Teknologi tembok dinding yang didirikan Zulkarnain bermula dari dasar lautan sehingga ke puncak gunung. Batu tembaga dicairkan dileburkan kemudian didindingkan. Setelah dinding tersebut siap, Ya'jud Ma'jud seperti rutin biasa mereka, mereka ingin keluar menunjuk kuasa. Mereka tersedar bahawa mereka telah didindingi Zulkarnain kemudian cuba menggerudi keluar agar dapat menembusi dunia luar. 

    Sabda Nabi saw, "celakalah umat manusia kerana ada satu kejahatan mendekati mereka. Sunnatullah ketetapan Allah, setiap hari makhluk ini menggali sehingga menembusi lubang kecil tetapi ditutup semula oleh Allah sehingga Allah membenarkan mereka keluar di hari KIAMAT DUNIA, bala Allah akan turun membinasakan termasuk orang soleh kerana maksiat dibiar berleluasa."

     

    SYAHIDNYA OSMAN dibunuh rakyatnya yang memberontak

    6-5-8 BM15 Fitnah UsShamsuri

    SahihBukhari Abi Musa ra sabda Nabi saw sebelum Abu Bakar, Omar dan Osman satu-persatu melangkah masuk ke kebun. "Mereka ini ahli syurga dan Osman, kamu diminta bersabar atas bala yang menimpa kamu."
    Sahih Bukhari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw pada bukit Uhud yang mula bergoncang. Diam kamu bukit Uhud, di atas kamu ini seorang Nabi (Muhammad saw), seorang Siddiq (Abu Bakar As Siddiq) dan 2 orang bakal syahid (Omar dan Osman.) Serentak dengan itu, bukit berhenti bergegar.
    HR Ibnu Majah dari A'isyah ra dan Abu Sahla ( hamba merdeka Saidina Osman), sabda Nabi saw bersendirian bersama Osman bin Affan ra sebelum baginda wafat. "wahai Osman, kamu akan syahid dibunuh rakyat kamu sendiri yang memberontak."

    Abdullah bin Sabak munafik yang menyebarkan berita palsu meracuni fikiran masyarakat supaya membenci Osman.

    Osman dituduh:-
    1. Tidak solat jamak ketika musafir sedangkan beliau duduk berdekatan rumahnya sendiri.
    2. Bid'ah bukukan Al-Quran sedangkan ia bemula sejak zaman Abu Bakar As Siddiq ra.
    3. Melantik pegawai muda berkebolehan sedangkan Nabi saw pernah melantik Usamah bin Zaid anak angkat baginda sebagai pegawai terlalu muda disamping mengetuai pasukan perang.
    4. Kaya selepas menjadi khalifah sedangkan beliau merupakan orang terkaya sebelum menjadi khalifah.
    Jawapan tuduhan tidak dihiraukan, akhirnya Osman syahid dibunuh.