SahihBukhari Abi Musa ra sabda Nabi saw sebelum Abu Bakar, Omar dan Osman satu-persatu melangkah masuk ke kebun. "Mereka ini ahli syurga dan Osman, kamu diminta bersabar atas bala yang menimpa kamu."
Sahih Bukhari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw pada bukit Uhud yang mula bergoncang. Diam kamu bukit Uhud, di atas kamu ini seorang Nabi (Muhammad saw), seorang Siddiq (Abu Bakar As Siddiq) dan 2 orang bakal syahid (Omar dan Osman.) Serentak dengan itu, bukit berhenti bergegar.
HR Ibnu Majah dari A'isyah ra dan Abu Sahla ( hamba merdeka Saidina Osman), sabda Nabi saw bersendirian bersama Osman bin Affan ra sebelum baginda wafat. "wahai Osman, kamu akan syahid dibunuh rakyat kamu sendiri yang memberontak."
Abdullah bin Sabak munafik yang menyebarkan berita palsu meracuni fikiran masyarakat supaya membenci Osman.
Osman dituduh:-
- Tidak solat jamak ketika musafir sedangkan beliau duduk berdekatan rumahnya sendiri.
- Bid'ah bukukan Al-Quran sedangkan ia bemula sejak zaman Abu Bakar As Siddiq ra.
- Melantik pegawai muda berkebolehan sedangkan Nabi saw pernah melantik Usamah bin Zaid anak angkat baginda sebagai pegawai terlalu muda disamping mengetuai pasukan perang.
- Kaya selepas menjadi khalifah sedangkan beliau merupakan orang terkaya sebelum menjadi khalifah.
No comments:
Post a Comment