Nota Cinta

Tuesday, February 26, 2008

MIMPI 3 Jenis

26-02-08 

Sahih At Tirmizi 

Mimpi ada 3 jenis iaitu:
 
1) mimpi benar dari Allah yang merupakan mimpi mukmin soleh,
2) mimpi mainan tidur kerana terlalu memikirkan perkara tersebut dan
3) mimpi dari syaitan yang pelik-pelik.

Dunia memperdaya

 
26-02-08 

Sahih Muslim dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw.

Dunia ini memperdaya seperti disebut Al-Quran, jangan seperti bani Israel yang rosak kerana wanita. Rosak apabila derhaka ibu, tidak didik isteri dan anak perempuan. Rosak apabila tergoda dan bergaduh kerana wanita.

Kepupusan Ulama

26-02-08 Sabda Rasulullah saw.

Dahulukan wajib kemudian sunat.

Sahih Bukhari menjelang akhir zaman, ulama semakin kepupusan. Yang tinggal hanya hampas ulama yang tidak disukai Allah iaitu ilmuan yang berbalah.
Fiqah Aulawiyad mengikut keutamaan. Perlukah pertahankan sunat pakai serban sehingga bercerai nyawa kununnya mati syahid kerana Allah sedangkan di sekolah terdapat undang-undang melarang pemakaian sunnah serban.

Wednesday, February 6, 2008

Surah An-Najm (Bintang)

Pengajian kitab tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 128, 130 & 131 surah AnNajm syarah Ustaz Shamsuri

An-Najm 53:1-4). Allah bersumpah demi bintang, percakapan Muhammad itu disuruh Kami.
5-6) Guru Muhammad itu malaikat Jibril yang bijak dan bersangatan kuat.
7-11) Rasulullah saw pengsan apabila Jibril menzahirkan dirinya yang satu iaitu seluas Timur dan Barat dengan 600 sayapnya bertatahkan mutiara serta luk-luk ketika di Gua Hiraq. Apabila Muhammad tersedar dari pengsan, Jibril mengecilkan kembali mengubah bentuknya menjadi manusia lalu memeluk Muhammmad untuk menenangkan baginda.
12) Kenapakah musyrikin Mekah masih tidak percayakan Muhammad?
13-18) Muhammad sekali lagi melihat rupa asal Jibril semasa ke Sidratul Muntaha. Di sebelah Sidratul terdapat syurga Jannatul Maqwa. Di situ, Nabi saw menundukkan pandangannya sebagai tanda hormat walaupun di sekeliling baginda terdapat burung-burung syurga, belalang emas dan para malaikat. 
19-22) Perbuatan Musyrik Mekah mengatakan 3 berhala tersebut anak perempuan Allah itu tidak adil kerana mereka sendiri benci anak perempuan.
23) Berhala yang direka nama itu langsung tidak dapat membantu penyembahnya, apatah lagi membantu dirinya sendiri.
24) Hakikat Manusia adalah lemah.
25) Semua yang wujud milik Allah.
26) Hanya pemberi syafaat seperti Nabi saw dapat menolong hari akhirat dengan izin Allah.
27-28) Rekaan adat itu merosakkan agama dan hati-hati kerana setiap sangkaan adalah dusta.
29) Tinggalkan kafir ini kerana mereka mengejar dunia.
30) Dunia adalah tempat amal untuk akhirat.
31) Manusia hanya pemegang amanah hak Allah di dunia.
32) Mengelak dosa besar akan dimaafkan dosa kecil. Jangan sesekali ada perasaan sudah banyak amalan sedangkan Allah mengetahui setiap apa yang telah atau bakal manusia lakukan.
33-38) Tiada tanggung beban dosa orang lain seperti tertulis dalam Quran termasuk kitab samawi terdahulu seperti Suhud Nabi Ibrahim, Zabur Nabi Daud, Taurat Nabi Musa, Injil Nabi Isa.
39-44) Kesimpulannya, bertaubatlah atas segala perkara kerana suka duka kehidupan dunia sementara semuanya akan kembali pada Allah.
45-48) Allah cipta setiap satunya berpasangan bermula titisan mani lelaki ke atas rahim perempuan dan Allah jualah pemberi rezeki.
49) Bintang Syikra yang jahiliah sembah itu juga Allah yang cipta.
50-52) Allah jualah pembinasa kaum Ad, kaum Samud dan kaum Nuh kerana kezaliman mereka.
53-54) Bencana kehancuran gempa bumi menunjukkan manusia tidak dapat lari bersembunyi dari pengajaran kekuasaan Allah.
55-57) Jangan kufur dengan Muhammad ini kerana akan dibinasakan seperti kaum terdahulu, maka bersiap sedialah menghadapi hari kematian atau hari kiamat besar kehancuran bumi.
A05858) Tiada siapa tahu akan kiamat kecil atau kematian manusia kecuali Allah.
59-61) Setelah kamu (manusia) dengar semua ini, adakah kamu (manusia) masih tidak takut dan masih lalai?
A06262) Sujudlah dan beribadah pada Allah.
Sujud sajdah, apabila baca ayat ini maka pandanglah kiblat dan sujud menghadap kiblat tanda kebesaran Allah.

Soalan kuliah 06-02-08 dari Interior Designer : Gambaran illustrasi Quran Hadis sebagai mesej dakwah. Jawapan dari ustaz Shamsuri: Lukis lah benda lainlah, risau pulak nanti saya. Jangan terlalu fikirkan sangat Al-Quran, cukup sekadar pemahaman minda.


wallahu alam...





SOLAT Jangan Dongak

06-02-08 Sahih Muttafakun Alai dari Abu Hurairah ra. Jangan mendahului imam dalam solat kerana muka akan menjadi muka binatang.
Sahih Muslim dari Aisyah radiallahu anha. Solat tidak sempurna apabila tidak makan bila makanan telah dihidang. Solat juga tidak sempurna apabila menahan diri dari membuang air.
Sahih Bukhari dari Anaz bin Malek ra.
Jangan dongak bila solat kerana mata akan menjadi buta.
Sahih Muslim dari Abi Mattaq ra.
Jangan solat menghala kubur dan jangan duduk atas kubur.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra. Lebih baik bakar diri dari duduk atas kubur.
Sahih Muttafakun Alai dari Abi Juhaim ra. Jangan lintas tempat sujud mukmin tengah solat.

02-04-08 Sahih Muslim dari Uqbah bin Amir radiallahu anhu.
Elokkan wuduk kemudian solat sunat 2 rakaat dijanjikan syurga.  
Sahih Muslim dari Omar Al-Khattab ra.
Doa 2 kalimah syahadah selepas wuduk akan dibuka 8 pintu syurga.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra.
Wuduk meluruhkan dosa yang berpunca dari mata, mulut, tangan dan kaki.

07-05-08 Sahih Bukhari dari Ibnu Omar radiallahu anhuma.
Lebih baik bangun sunat malam daripada asyik bermimpi dalam tidur. Dari Saidina Ali bin Abi Talib Karamullahuwajha. bapa mertua@sepupunya Rasulullah saw selalu mengetuk pintu rumah supaya solat sepertiga malam akhir.

Tuesday, February 5, 2008

Tanda Besar Kiamat besar

Pengajian kitab Bahrulmazi bab fitnah  jilid 15 oleh Ustaz Shamsuri 5-2-08

HR AtTirmizi sabda Rasulullah saw
1) Matahari terbit dari barat dan turun di timur
2) Keluar Dajal yang berkuasa dan mengaku sebagai Tuhan. 
3) Keluar Ya'jud Ma'jud makan semua makhluk dunia.
4) Keluar binatang gergasi 4 kaki yang dinamakan Dabbah dan ia boleh bercakap
5) Gempa bumi menimpa penduduk yang ada didalam negerinya maksiat berleluasa di Barat.
6) Gempa bumi menimpa penduduk maksiat berleluasa di Asia Timur
7) Gempa bumi menimpa penduduk maksiat berleluasa di Semenanjung Arab. Selain gempa bumi ketiga-tiga kawasan, wajah penduduk yang negeri maksiat berleluasa tersebut kemudian dirupakan kera, beruk, kinzir dan dihujani batuan neraka.
8) Api yang keluar dari Adan(ibu negara Yaman Selatan) menghalau manusia
9) Bumi Mekah akan menelan tentera yang memusnahkan ka'bah.
10) Turun Nabi Isa membunuh Dajal. 

Nabi saw BELAH BULAN

Pengajian kitab Bahrulmazi bab fitnah  jilid 15 oleh Ustaz Shamsuri 5-2-08


...Dan telah TERBELAH BULAN. (Quran Surah Al-Qamar 54:1)

Hasan lagi Sahih AtTirmizi , Sahih Bukhari Muslim & Sahih Sunan Ibnu Hambal


Berdekatan gua Hira', peristiwa Rasulullah saw membelah bulan sebagai membuktikan mukjizat kenabian kerana cabaran para kafir Quraisyh.
Dari Ibnu Omar Al-Khattab r anhum, Ibnu Mas'Ud, Anaz bin Malek ra sabda Rasulullah saw, "Naik saksi lah sekalian kamu di atas mukjizat kenabianku ini."

Binatang & Pokok bercakap

Pengajian kitab Bahrulmazi bab fitnah  jilid 15 oleh Ustaz Shamsuri 5-2-08
 
Hasan lagi gharib At-Tirmizi
Dari Abi Hurairah ra sabda Rasulullah saw "Menjelang kiamat, makhluk seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan bercakap."

Disahkan hadis ini oleh para ulama hadis, Al-Kassim Al-Qadal, Yahya Said Al-Qassan dan Abdurrahman bin Mahzi.

JANGAN PILIH KASIH

Muqaddimah sebelum pengajian kitab Bahrulmazi bab fitnah  jilid 15 oleh Ustaz Shamsuri 5-2-08

Sahih Muttafakun Alai
Dari Nuqman bin Basyir ra sabda Rasulullah saw "Takutlah pada Allah dengan berlaku adil pada anak-anak."

Tuesday, January 22, 2008

Ummul Muqminin

gambar hias
22-01-08  

Riwayat-riwayat Abdullah bin Kais ra

Sahih Muslim Para isteri Rasulullah saw taraf ibu kandung untuk setiap muslim atau Ummul Mukminin.
Sahih Muslim Para isteri Rasulullah saw bertudung.

Adab Ziarah Kubur

22-01-08 Riwayat Abdullah bin Kais ra dalam Sahih Muslim

Nabi saw disuruh Allah ke perkuburan Bakiq' untuk mendoakan keampunan dosa pada semua ahli kubur tersebut. Assalamualakum ya'ahladdiar lil mukminin, wainna insya'allah hubikumlafiqun. 

Sahih Muslim: Jangan duduk kawasan perkuburan kerana seperti duduk atas bara api neraka kerana menyakiti ahli kubur. Jangan jadikan kubur sebagai masjid seperti doa angkat tangan menghadap kubur dan baca Quran.  

Ibu Nabi saw mati kafir

Gambar Hias

22-1-08 Riwayat Abi Hurairah dalam Sahih Muslim,  

Allah mengizinkan Rasulullah saw menziarahi kubur ibu baginda tetapi dilarang mendoakan keampunan ibu baginda yang mati kafir dan tidak mati atas jalan tauhid. 


Monday, January 7, 2008

Zuhud Jaga LIDAH

01-07-08 Sahih Muslim Ibnu Omar ra sabda Nabi saw, lelaki haram pakai sutera.
Sepakat Jumhur Ulama, Istilah bahasa jangan dalam Hadis = Mungkin haram, mungkin makruh tetapi bila ada ancaman maka Haram.

Hasan Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw pada Sufian As Sauri ra. Tidak beriman bila percakapannya tidak elok.
Sahih At Tirmizi sabda Nabi saw, sekiranya mahu aman dunia akhirat, jaga lidah.
HR AtTirmizi 
  1. Pesan Rasulullah saw pada Ibnu Mas'Ud ra. Sekiranya tidak dapat menahan kemarahan, Allah juga tidak menahan kemarahan sambil mengazab kamu di akhirat. Maka takutlah Allah seolah-olah dihadapan kamu ialah Allah yang sentiasa memerhatikan kamu. Kebanyakan dosa disebabkan mulut. 
  2. Pesan Nabi saw pada Muaz bin Jabal ra. Ibadah seolah-olah kamu akan mati esok dan paling utama jaga lidahmu. 
  3. Pesan Nabi saw pada Safuan bin Salim ra. Diam dan baik perangai.  
04-02-08 Sahih Muttafakun Alai, Bukhari, Muslim laporan Ibnu Abbas ra dari Abr Rahman bin Auf ra sabda Nabi saw. Jangan masuk ke tempat wabak tetapi sekiranya ditakdirkan telah berada dalam kawasan wabak maka KUARANTIN
AnNisa 78 Dimana jua berada, tiada siapa dapat lari dari takdir. 
Hasan At Tirmizi sabda Nabi saw. KERAS HATI jauh DARI ALLAH.
Gharib At Tirmizi sabda Nabi saw. Semua cakap itu dosa kecuali ajak kebaikan.

07-04-08 Sahih Muslim laporan Anaz bin Malek ra. Nabi saw memberi makan 70 sahabat walaupun makanan sebenar hanya cukup untuk 2-3 orang. 
Sahih Muslim Amalan harian makan 7 biji kurma Ajwah, akan dijaga Allah dari sebarang racun.
Sahih Bukhari Jangan melampau ibadah sunat sehingga memudaratkan yang wajib dan yang hak.

Al-Anfal 27 Jangan khianati Allah & Rasul dengan khianat amanah.
At Taubah 104 Allah penerima taubat dan maha penyayang.

05-05-08 Sahih Bukhari dari Abu Zar ra. Apa yang menurut kemampuan kamu bekerja, makan, pakai maka itulah juga hak hamba pekerja kamu.

Sahih Bukhari dari Ibni Abbas ra. Sifat cepat emosional adalah sifat bakal ahli neraka dan kebanyakan yang memiliki sifat ini terdiri dari kaum wanita.








MUSLIM Pantang Larang

Pengajian kuliah kitab bahrulmazi jilid 16 bab Zuhud tahun 2008

07-01-08 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Lelaki diharamkan memakai sutera.

Sahih Muslim dari Umi Salamah ra sabda Nabi saw. Diharamkan minum dari bekas perak atau emas kerana perutnya akan panas menggelegak di neraka.

Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Sufian bin Abdillah AsSaqafi ra sabda Nabi saw. Dalam apa jua keadaan termasuk kecemasan, ugutan dan darurat maka sebut dengan istiqamah tuhanku Allah dan tiada tuhan selainNya. Setiap pagi, seluruh makhluk dalam tubuh manusia merayu kepada lidah supaya tidak bercakap sesuatu yang dimurkai Allah kerana disebabkan lidah kesemua mereka akan menanggung azab neraka.

Riwayat AtTirmizi sabda Nabi saw. Seorang itu tidak dianggap beriman sehingga hatinya tiada dendam, riak, dengki, sakit hati, lidah bercakap fitnah, memperlekehkan, merendahkan dan menghina orang lain. Tiada syurga sakiti hati jiran.

Riwayat AtTirmizi. Dari Muaz bin Jabbal ra sabda Nabi saw, sembahlah Allah seolah-olah kamu nampak Allah dan jaga lidah kerana lidah boleh merosakkan segalanya. Dari Safuan bin Salil ra sabda NabiSAW, diam dan berperangai baik merupakan kebajikan pahala besar.  Dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, diam atau berkatalah hanya perkara baik sekiranya percaya Allah. Dari Al-Barra’ bin Aziq ra sabda Nabi saw, berilah makan kepada orang susah dan miskin.

04-02-08 Sahih Muttafakun Alai , Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dari Ibni Abbas r.a. Sabda Nabi saw jangan masuk ke kawasan wabak penyakit dan sekiranya telah dijangkiti jangan keluar ke kawasan lain.

Riwayat  AtTirmizi dari Ibni Omar ra sabda Nabi saw jangan banyak bercakap selain perkara mengingati Allah atau zikrullah kerana ia akan mengakibatkan hati semakin keras, jauh dari Allah dan bertambah degil.

Riwayat AtTirmizi dari Umu Habibah ra sabda Nabi saw diam itu mulia dalam Islam dan lebih baik dari banyak bercakap kerana akan membawa kemudaratan pada orang lain.

07-04-08 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra. Nabi saw menggunakan mukjizatnya sehingga keluar makanan dari celahan jari baginda bertujuan menjamu tetamu yang ramai.

Sahih Muslim dari Amir bin Saad Abi Waqas ra. sabda Nabi saw. Sesiapa yang makan 7 biji kurma ajwah setiap pagi, Allah menjaminnya selamat dari sebarang racun.

Riwayat AtTirmizi, Sahih Muslim dan Sahih Bukhari sabda Nabi saw kepada Abu Dardak ra. Jangan melampau ibadah sunat sehingga memudaratkan diri seperti sakit berlapar, kurang tidur ,meninggalkan ibadah wajib dan mengabaikan tanggungjawab kekeluargaan serta hak dunia.

Sahih Bukhari sabda Nabi saw kepada Abdullah bin Amru Al-Az. Jangan melampau ibadah sunat seperti solat sepanjang malam dan tidak berbuka puasa sedangkan Islam hanya menyuruh bangun sekejap waktu malam untuk solat sunat dan berbuka puasa.

05-05-08 Sahih Bukhari dari Al-Makrur ra sabda Nabi saw menegur Abu Zar Al-Ghifari ra, jangan merendahkan atau menghina saudara sesama Islam kerana akan dihina lebih teruk oleh Allah.

Sahih Bukhari dari Ibni Abbas ra sabda Nabi saw. Kufur nikmat seperti tidak bersyukur dengan takdir Allah atau isteri membantah suami atau tidak pandai berterima kasih dengan suami akan menjadi penghuni neraka.

Riwayat AtTirmizi dari Aisyah radiallahu anha kepada Muawiyah radiallahu anhu selaku Khalifah negeri Syam. Perkataan “salam” bermaksud “ucapan selamat sunnah Muhammad saw.”

Tuesday, January 1, 2008

Penyakit gaya hidup Non-Muslim

1-1-08 PESAN RASULULLAH SAW,



Pengajian kitab bahrulmazi jilid 15 ms 54 syarah Ustaz Shamsuri

Hasan Sahih AtTirmizi. "Menjelang kiamat. matahari naik dari timur dan turun ke barat. Matahari merupakan makhluk yang taat perintah Allah. Penyakit menjelang akhir zaman yang menimpa umatku ialah bangga dengan cara hidup orang bukan Islam." 
Hasan Sahih AtTirmizi Abi Waqi' allaisi ra sabda Nabi saw. Jangan meniru gaya hidup kafir kerana ia perangai seperti umat Nabi Musa yang meminta Musa zahirkan Tuhan seperti Tuhan kafir.

Huraian Ustaz Shamsuri "Sekarang bukan zaman kita bawa cerita panglipulara kerana setaip yang diceritakan mesti berlandaskan dalil. Kita tidak mahu maklumat berkaitan Islam menjadi bahan gelak bukan Islam."