Nota Cinta

Wednesday, February 6, 2008

Surah An-Najm (Bintang)

Pengajian kitab tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 128, 130 & 131 surah AnNajm syarah Ustaz Shamsuri

An-Najm 53:1-4). Allah bersumpah demi bintang, percakapan Muhammad itu disuruh Kami.
5-6) Guru Muhammad itu malaikat Jibril yang bijak dan bersangatan kuat.
7-11) Rasulullah saw pengsan apabila Jibril menzahirkan dirinya yang satu iaitu seluas Timur dan Barat dengan 600 sayapnya bertatahkan mutiara serta luk-luk ketika di Gua Hiraq. Apabila Muhammad tersedar dari pengsan, Jibril mengecilkan kembali mengubah bentuknya menjadi manusia lalu memeluk Muhammmad untuk menenangkan baginda.
12) Kenapakah musyrikin Mekah masih tidak percayakan Muhammad?
13-18) Muhammad sekali lagi melihat rupa asal Jibril semasa ke Sidratul Muntaha. Di sebelah Sidratul terdapat syurga Jannatul Maqwa. Di situ, Nabi saw menundukkan pandangannya sebagai tanda hormat walaupun di sekeliling baginda terdapat burung-burung syurga, belalang emas dan para malaikat. 
19-22) Perbuatan Musyrik Mekah mengatakan 3 berhala tersebut anak perempuan Allah itu tidak adil kerana mereka sendiri benci anak perempuan.
23) Berhala yang direka nama itu langsung tidak dapat membantu penyembahnya, apatah lagi membantu dirinya sendiri.
24) Hakikat Manusia adalah lemah.
25) Semua yang wujud milik Allah.
26) Hanya pemberi syafaat seperti Nabi saw dapat menolong hari akhirat dengan izin Allah.
27-28) Rekaan adat itu merosakkan agama dan hati-hati kerana setiap sangkaan adalah dusta.
29) Tinggalkan kafir ini kerana mereka mengejar dunia.
30) Dunia adalah tempat amal untuk akhirat.
31) Manusia hanya pemegang amanah hak Allah di dunia.
32) Mengelak dosa besar akan dimaafkan dosa kecil. Jangan sesekali ada perasaan sudah banyak amalan sedangkan Allah mengetahui setiap apa yang telah atau bakal manusia lakukan.
33-38) Tiada tanggung beban dosa orang lain seperti tertulis dalam Quran termasuk kitab samawi terdahulu seperti Suhud Nabi Ibrahim, Zabur Nabi Daud, Taurat Nabi Musa, Injil Nabi Isa.
39-44) Kesimpulannya, bertaubatlah atas segala perkara kerana suka duka kehidupan dunia sementara semuanya akan kembali pada Allah.
45-48) Allah cipta setiap satunya berpasangan bermula titisan mani lelaki ke atas rahim perempuan dan Allah jualah pemberi rezeki.
49) Bintang Syikra yang jahiliah sembah itu juga Allah yang cipta.
50-52) Allah jualah pembinasa kaum Ad, kaum Samud dan kaum Nuh kerana kezaliman mereka.
53-54) Bencana kehancuran gempa bumi menunjukkan manusia tidak dapat lari bersembunyi dari pengajaran kekuasaan Allah.
55-57) Jangan kufur dengan Muhammad ini kerana akan dibinasakan seperti kaum terdahulu, maka bersiap sedialah menghadapi hari kematian atau hari kiamat besar kehancuran bumi.
A05858) Tiada siapa tahu akan kiamat kecil atau kematian manusia kecuali Allah.
59-61) Setelah kamu (manusia) dengar semua ini, adakah kamu (manusia) masih tidak takut dan masih lalai?
A06262) Sujudlah dan beribadah pada Allah.
Sujud sajdah, apabila baca ayat ini maka pandanglah kiblat dan sujud menghadap kiblat tanda kebesaran Allah.

Soalan kuliah 06-02-08 dari Interior Designer : Gambaran illustrasi Quran Hadis sebagai mesej dakwah. Jawapan dari ustaz Shamsuri: Lukis lah benda lainlah, risau pulak nanti saya. Jangan terlalu fikirkan sangat Al-Quran, cukup sekadar pemahaman minda.


wallahu alam...





No comments:

Post a Comment