Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, July 21, 2009
RasulullahSAW pakar ortopedik 1400 tahun dahulu
Muqaddimah sebelum pengajian Bahrulmazi jilid 13 ustaz Shamsuri 21-07-09. Sahih Muslim dari Aisyah Radiallahu Anha sabda NabiSAW 1400tahun dahulu sesungguhnya dicipta tiap manusia atau anak adam itu dari 360 ruang tulang sama bilangan hari dalam setahun dan disahkan pakar Ortopedik zaman sekarang. Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah Radiallahu anhu sabda NabiSAW Setiap amalan zikir, berbuat kebaikan dan mengelak kejahatan merupakan sedekah dan akan memperolehi ganjaran seperti pahala sedekah.
Tuesday, July 14, 2009
Adat vs Petunjuk NabiSAW yang Allah Suruh
Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-07-09. Ikut yang NabiSAW lebih baik dari rekaan adat turun temurun kerana Petunjuk NabiSAW adalah paling sempurna kerana ia ditunjuk sendiri oleh Allah kepada RasulNya. Sahih Bukhari dari Aisyah radiallahu anha sabda NabiSAW "Allah melaknat yahudi nasrani kerana menjadikan kubur para ambia dan ulama mereka sebagai tempat ibadah atau duduk berdoa." Sekiranya adat amalan segelintir masyarakat di kubur seperti duduk berdoa, menuang air, menabur bunga atau membina tebing batu maka ia seperti dilaknat Allah dan jika tidak tahu mungkin diringankan dosanya atau dimaafkan Allah menurut para ulama. Sahih Bukhari & Sahih Muslim Sabda NabiSAW "Bohong atas nama aku maka tempatnya telah siap di neraka". Tarawih tiada dalam hadis kecuali sunat malam Ramadhan. Berkata tarawih sabda NabiSAW akibat tidak tahu mungkin diringankan dosanya atau dimaafkan oleh Allah menurut para ulama. Hadis Sahih dari setiap 10 orang sahabat dijamin syurga sabda NabiSAW jangan buat bohong atas namaku
3 perkara manusia tidak dapat dengki
Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-07-09. Sabda NabiSAW.
3 perkara yang dapat menyebabkan manusia tidak dapat berdengki dengannya iaitu :-
3 perkara yang dapat menyebabkan manusia tidak dapat berdengki dengannya iaitu :-
- Ikhlas semata-mata Allah seperti membersihkan tandas surau tanpa dibayar sehingga pengunjung surau merasai keharuman tandas surau dan selesa menggunakannya.
- Memberi nasihat atas kapasiti sebagai Ulama kepada pemerintah negeri supaya tidak menggunakan jawatan untuk kesenangan diri, membuat maksiat dan menzalimi rakyat.
- Berjemaah atau bermaksud duduk dalam kumpulan yang mengikut Hadisku "
Dermawan Pemurah vs Bakhil Kedekut
Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-07-09.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah radiallahu anhu. Dermawan Pemurah umpama memakai jubah yang longgar dan selesa menderma manakala Bakhil Kedekut umpama memakai baju perisai besi ketat yang seolah-olah ketat dadanya apabila membuat baik contohnya bila menderma 10 baginya lebih baik 5, apabila menderma 5 baginya lebih baik 1 dan apabila menderma 1 baginya tidak derma pun tidak apa.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah radiallahu anhu. Dermawan Pemurah umpama memakai jubah yang longgar dan selesa menderma manakala Bakhil Kedekut umpama memakai baju perisai besi ketat yang seolah-olah ketat dadanya apabila membuat baik contohnya bila menderma 10 baginya lebih baik 5, apabila menderma 5 baginya lebih baik 1 dan apabila menderma 1 baginya tidak derma pun tidak apa.
Pahala Berganda vs Dosa berganda
Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 14-07-09.
Sahih Muslim sabda NabiSAW, "sesiapa yang membuat kebaikan diikuti oleh orang lain akan mendapat pahala berganda tetapi awas begitu juga dengan dosa."
Monday, July 13, 2009
NabiSAW benci sifat pemalas & suka minta tolong tanpa berdikari
![]() |
| tiada rezeki.. |
Allah tanya Manusia
(58-62)Kenapa kamu wahai manusia berkata kamu tahu buat anak dengan air mani kamu sedangkan Kami boleh merubah kamu menjadi binatang jika Kami berkehendak dan menghidupkan kamu kembali itu perkara mudah bagi Kami.(63-67)Kamukah manusia yang menanam dan menumbuhkan sayuran buahan itu padahal Kami boleh menyebabkan kerugian dan tanaman kamu tidak berhasil.
(68-71)Adakah kamu buat air yang kamu gunakan sumber kehidupan itu sedangkan kami boleh mengekalkan semua air di dunia menjadi masin. (72-74)Api yang Kami keluarkan dari gesekan kayu untuk kamu gunakan itu sebagai peringatan api neraka maka sebutlah "Subha narabbial azim" seperti bacaan rukuk dalam solat.
Sebutan spontan pada jenazah
Muqaddimah sebelum pengajian tafsir Nurul Ihsan 4 Al-Waaqiah 13 Julai 09.
Sahih Bukhari dari Omar Al-Khattab radiallahu anhu sabda NabiSAW, sekiranya melebihi 2 orang Islam yang menyebut ikhlas tentang kebaikan kematian seseorang itu maka dia ke syurga. Imam Nawawi menjelaskan maksud keikhlasan menyebut itu adalah ilham dari Allah.
Sedih tangis vs Meraung tangis

Muqaddimah sebelum pengajian tafsir Nurul Ihsan 4 Al-Waaqiah 13 Julai 09.
Sahih Bukhari dari Usamah bin Zaid bin Harithah (dia dan bapanya anak angkat Rasulullah SAW bukan cucu angkat Rasulullah SAW) sabda NabiSAW
"Yang penting ialah sabar apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana Allah mengambil balik hakNya, sedih mengalirkan air mata ialah rahmat Allah dan meraung menangis tidak dapat menerima takdir kematian dimarahi Allah."
Monday, July 6, 2009
Alam kubur melihat Wajah RasulullahSAW
Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 2 ms 248 Ust Shamsuri 06-07-09
surah Yusof ayat 56-57. Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari dari Anaz bin Malek radiallahu
anhu sabda NabiSAW
Sekiranya ikhlas beriman dengan Allah dan sentiasa mencari
mendengar Hadisku maka mulutnya pasti diizinkan Allah menjawab soalan kubur dan kenal aku ketika di alam kubur. Manakala Jawab mereka yang ketika di dunia tidak berusaha mencari mendengar mempelajari Hadisku. Ketika mati
dinampakkan wajahku dan Allah jadikannya berkata aku tak kenal wajah ini, aku mengikut sahaja apa yang orang lain kata tentang wajah ini.
![]() |
| gambar hiasan imaginasi pemukul dengan Cemeti Besi |
Malaikat dengan nada amat marah."Kamu tidak kenal orang ini! pesan orang ini!"
Dengan tongkat cemeti besi, malaikat membalun di antara kedua telinganya yang tidak pernah dengar Al-Quran Hadis Islam. Mayat menjerit dengan jeritan cukup kuat akibat tidak kenal NabiSAW sehingga semua makhluk Allah boleh mendengarnya melainkan jin dan manusia.
Pengakhiran
menyebut kalimah syahadah ketika nazak kematian bergantung pada kesungguhan
amalan pada Allah.
Kenapa Kafir Neraka? Takdir Baik vs Takdir Jahat
Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 2 ms 248 Ust Shamsuri 06-07-09 surah Yusof ayat 56-57. Sahih Bukhari dari Ali Ibni Talib radiallahu anhu ketika pengalaman bersama Rasululllah SAW menghadiri pengkebumian jenazah di Baqi' Madinah. NabiSAW ditangannya ada tongkat bukan kerana tidak larat tetapi kerana sunnah baginda. Sabda NabiSAW sambil duduk dilaluan yang tidak ditanam kubur di bawahnya.
"Setiap manusia telah tertulis takdirnya samada neraka atau syurga dan baik atau jahat manusia" Seorang sahabat keliru dan bertanya "Kalau begitu, lebih baik duduk sahaja kerana segalanya ditentukan dan ditetapkan oleh Allah. Orang baik tentu tidak dapat jadi baik kerana ditakdirkan dia orang jahat" Pertanyaan tersebut seolah-olah sekiranya ditakdirkan kafir, kenapa dibuat mereka untuk diletakkan di neraka? Jawab NabiSAW "Bukan begitu, sekiranya seseorang hendak membuat baik maka Allah memudahkan pintu ke arah kebaikan dan pengakhirannya di syurga. Allah kurniakan akal fikiran, sekiranya pilihannya ke arah kejahatan maka Allah takdirkan dirinya terus ke arah kejahatan dan pengakhirannya di neraka sesuai dengan pilihannya." Kemudian RasulullahSAW membaca surah Ah Lail ayat 5-10
Orang yang mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya kerana yakin akan pahala dan dosa azab, Allah pasti memudahkan lagi dia untuk lebih mendekati Islam dan membanyakkan menderma. Tetapi sekiranya orang yang kurang yakin akan pahala dan azab ke atasnya, maka Allah takdirkan dirinya kedekut menderma apatah lagi tidak solat.
"Setiap manusia telah tertulis takdirnya samada neraka atau syurga dan baik atau jahat manusia" Seorang sahabat keliru dan bertanya "Kalau begitu, lebih baik duduk sahaja kerana segalanya ditentukan dan ditetapkan oleh Allah. Orang baik tentu tidak dapat jadi baik kerana ditakdirkan dia orang jahat" Pertanyaan tersebut seolah-olah sekiranya ditakdirkan kafir, kenapa dibuat mereka untuk diletakkan di neraka? Jawab NabiSAW "Bukan begitu, sekiranya seseorang hendak membuat baik maka Allah memudahkan pintu ke arah kebaikan dan pengakhirannya di syurga. Allah kurniakan akal fikiran, sekiranya pilihannya ke arah kejahatan maka Allah takdirkan dirinya terus ke arah kejahatan dan pengakhirannya di neraka sesuai dengan pilihannya." Kemudian RasulullahSAW membaca surah Ah Lail ayat 5-10
Orang yang mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya kerana yakin akan pahala dan dosa azab, Allah pasti memudahkan lagi dia untuk lebih mendekati Islam dan membanyakkan menderma. Tetapi sekiranya orang yang kurang yakin akan pahala dan azab ke atasnya, maka Allah takdirkan dirinya kedekut menderma apatah lagi tidak solat.
Tuesday, June 16, 2009
Perpaduan & Cara tegur pesalah
Muqaddimah BahrulMazi bab 13 16Jun09 Ust Shamsuri. Sahih Muslim Abi Mas Ud RA sabda NabiSAW. Balasan deraan Allah jauh lebih dasyat ke atas manusia yang mendera khadam suruhannya. Haram menggunakan api membunuh binatang apatah lagi bom manusia kerana yang hanya layak menggunakan api hanya Tuhan api iaitu Allah.Sahih AtTirmizi Abi Musa Al-Ash'ari sabda NabiSAW. Persaudaraan Islam ibarat ikatan batu-bata bangunan. Pada akhir zaman nanti, perpaduan Islam seperti buih air yang berpecah menanti hidangan musuh Islam. Perpaduan ini bermula dari merapatkan saf solat berjemaah.

Diriwayatkan Abu Hurairah RA sabda NabiSAW Cermin diri keburukan seseorang muslim terletak pada apa yang diri sendiri melihat pada muslim yang lain. Menegur kesalahan mestilah sopan seperti berdua tanpa orang lain mengetahui kerana disuruh syarak menutup aib saudaranya. Meringankan kesusahan orang lain akan dibalas Allah meringankan kesusahannya. Allah berjanji akan sentiasa menolong muslim yang menolong saudaranya. Dilarang muslim bermusuh, menolong kerja maksiat dan membantu melepaskan orang jahat.
Doa amalan Rasulullah saw
Muqaddimah Nurul Ihsan surah AnNisa ayat 86-91 Us Shamsuri 15/6/09 Sahih sunan AtTirmizi dari Muawiyah RA sabda NabiSAW Allah bangga dengan mereka yang duduk bersyukur mengingati Allah. Zikrullah terbahagi dua iaitu duduk berzikir dan Zikrullah juga bermaksud duduk bersyukur mengingati Allah. Sahih Muslim AbiHurairah RA sabda Nabi SAW A'Uzubikalimatillahittammat Minsyarrima Halaq (Aku minta berlindung dari kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan dunia) Sekiranya membacanya sebelum masuk malam maka tidak akan kena mudarat. Sahih Abu Daud dan AtTirmizi dari Abdillah bin Zubair sabda NabiSAW 3 Qul x3 waktu pagi dan petang sudah cukup tanpa perlu baca yang lain. Sahih sunan Abu Daud dan Sahih sunan AtTirmizi dari Osman bin Affan RA sabda NabiSAW baca 3x sempadan malam dan siang Allazi layadurru maasmihisyai'unfil ardiwalafissama ewahuassami ul alim (Dengan nama Allah yang kita besarkan samada langit dan bumi tiada makhluk yang boleh memudaratkan kita.)
Monday, June 15, 2009
Kenapa Abu Talib dan Kelahiran Kafir tidak diberi HIDAYAH

Tafsir AnNisa ayat 86-91 UsShamsuri 15/06/09. Soalan"semua agama pun sama, semua buat kebaikan" Jawapan "Islam tidak sama agama lain dan tidak boleh tolak ansur kerana Firman Allah=> Tuhan manusia itu hanya Aku, semua manusia akan Aku himpunkan di padang mahsyar. Kalimah Allah tidak boleh langsung dipakai oleh agama lain."
Soalan"Orang bukan Islam teraniaya sebab Allah takdirkan mereka dilahirkan kafir." Jawapan. "Terlalu banyak di dada akhbar internet sebagainya kebenaran Islam." mereka yang berusaha mencari hidayah Allah, Allah takdirkan dia akan Islam. Masalahnya dia tidak mahu Islam. Kesalahan kuasa memilih yang Allah kurniakan pada mereka ialah memilih gambar seksi berbanding penceritaan dakwah Islamiah.
Abu Talib tidak ditolong Allah kerana seumur hidupnya dia memilih kufur walaupun membantu Rasulullah SAW. Maka di akhir hayatnya Allah takdirkan dia tidak boleh menyebut kalimah syahadah. Rujukan Sahih Bukhari kuliah AnNisa 58-63 UsShamsuri, Firman Allah AtTaubah 113 tidak sewajarnya mana-mana orang beriman meminta ampun kepada manusia yang mati kafir walaupun yang mati itu adik beradik setelah jelas kepada mereka yang mati ini ahli neraka.
.
Allah sokong Omar larang NabiSAW solat jenazah munafik
Kuliah Nurul Ihsan surah AnNisa 71-81, surah AnNisa 86-91 Ust Sahmsuri 15/6/09 & 21/4/10 muqaddimah bahrulmazi jilid 13 part 3. Perangai dan kata-kata munafik direkod dalam Al-Quran. Apabila Allah perintah hijrah, sebahagian munafik pura-pura masuk Islam untuk merosakkan Islam dengan mempengaruhi muslim melanggar akidah dan lari dari perang. Perbuatan seperti mereka ini boleh dibunuh menurut Al-Quran. Jalan Islam ialah mempertahankan akidah dan kesucian agama Allah dari dirosakkan. Abdulah Ubai bin Salul merupakan munafik dan penghasut muslim dalam zaman Rasulullah SAW. Permintaan terakhir Abd Ubai Salul ialah meminta NabiSAW solat jenazahnya. Ketika Nabi SAW ingin menunaikan solat jenazah Abdullah Ubai bin Salul, perbuatan baginda dihalang oleh Omar Al-Khattab. Turun Firman Allah menyokong Saidina Omar Al-Khattab RA, akhirnya RasulullahSAW akur tidak solat jenazahnya. Peristiwa tersebut menunjukkan betapa Allah mengajar RasulullahSAW dan umatnya tentang larangan keras sifat munafik. NabiSAW sayangkan umatnya walaupun jahat jadi kita mesti sayangkan NabiSAW
Subscribe to:
Posts (Atom)










