Nota Cinta

Tuesday, July 18, 2006

Jangan zalim binatang!



18-07-06 Sahih Muslim. Binatang ternakan yang tidak diberi hak mengawan, tidak perah susu bila sampai tempoh dan pelbagai lagi akan menyeksa tuannya dengan tanduk dan kuku yang ditumbuhkan Allah di akhirat. 

Wednesday, July 12, 2006

SUNNAH MISAI NIPIS JANGGUT TEBAL



12-07-06 Sahih Muslim sunnah Nabi saw. misai nipis janggut lebat.  
Sahih Muslim tabe'in Ibnu Sirin. Janggut beberapa helai uban, Rambut uban tidak di inai manakala Abu Bakar diinai rambutnya. (Sunnah juga-Rasulullah saw tidak larang Abu Bakr.)
Sahih Muslim Anaz bin Malek ra. makruh cabut uban dan cukur janggut.
Sahih Muslim Al-Barra ra. Jiwa tenang bila melihat wajah Rasulullah saw. Tubuh Nabi saw sederhana tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Wednesday, July 5, 2006

Surah Al-HUJARAT

05-07-06 Muqaddimah Tafsir nurul Ihsan jilid 4 Hujarat syarah ustaz Shamsuri KATA RASUL
Sahih muslim Omar Al-Khattab ra. SUATU PEMBERIAN HARUS DIAMBILSahih muslim Aus bin Malek ra sabda Nabi saw. JANGAN SUKA MEMINTA
HR AtTirmizi Abi Hurairah ra. LANGSAIKAN HUTANG SEBELUM MATI
02-08-06 Sahih Muslim Zainab bt Jahsyim ra. Pintu yakjud makjud sudah terbuka sedikit untuk membinasakan orang-orang soleh. Sahih Muslim. Kiamat kehancuran langit gunung-ganang berlaku ketika manusia asyik keseronokan.  

49:1) AL-HUJARAT  Jangan ubah hukum Quran Hadis yang Aku khaskan pada manusia.
2-3) Jangan tinggi suara supaya tidak dihapuskan pahala.
49:4-5) Allah Maha Pengampun bagi yang tersedar dari kesilapan.
6) Jangan hukum setelah mendapat berita yang belum pasti. 
7) Tidak suka buat dosa itu "Tanda Kasih Allah."
8) Nikmat sayang Allah itu ialah di hati mengingati waktu Solat dan membuat amal soleh.  
9) Damaikan dua puak muslim yang bergaduh.
10) Mana-mana muslim pelbagai warna kulit adalah satu naungan AlQuran dan Hadis.
11) Siapa pandang hina akan dipandang hina oleh Allah.  
49:12) Sangka buruk, mengumpat dan buka aib seseorang dihumban ke neraka.
13) Diciptakan pelbagai bangsa semuanya dari Adam untuk dikenali tetapi jangan sampai merosakkan akidah Islam. 
14) Allah Maha Pengampun bagi mukmin bertaubat.
15-16) Benar-benar beriman ialah taat ikut hukum Al-Quran 100% bukan sekadar di mulut.
17) Jangan ungkit kebaikan yang dibuat, kerana hanya ALLAH boleh ungkit.
18) Allah sentiasa lihat isi hati kamu sepanjang detik saat! 

"wallahu-alam, ISLAM tiket masuk syurga"

Tuesday, June 20, 2006

Hudud



RASULULLAH SAW PASTIKAN HUDUD DALAM ISLAM DILAKSANAKAN
20-06-06 Sahih Muslim AlBarra sabda Nabi saw selepas pendita yahudi mengubah hukum penzina.Ya Allah, aku tegakkan hukum Taurat yang asal melalui Islam akan hukum rejam sampai mati pada penzina. Sahih Muslim Aisyah r.ha. sabda Nabi saw. Umat-umat terdahulu dibinasakan Allah kerana tidak melaksanakan hudud. 

Tuesday, May 16, 2006

Telaga Rasulullah saw





TELAGA KAUTSAR  


16-05-06 


Sahih Muslim Uqbah bin Amir sabda Nabi saw. Telaga Kautsar Rasulullah saw seluas jarak dari Israel ke Jordan. Cebuk yang disediakan sebanyak bintang di langit. Sekali teguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya. Hanya terpilih boleh minum.

Kejar dunia hancur akhirat



BERHATI-HATI JANGAN SEBAB DUNIA, HILANG SEGALA-GALANYA. 
16-05-06 Sahih Muslim Uqbah bin Amir sabda Nabi saw. Aku tidak takut umatku syirik pada Allah sebab kalau jadi pun tak ramai, tetapi apa yang paling aku takut ialah apabila ada dikalangan umatku menjadi gila pangkat, jawatan, kuasa,  kemewahan, duit, dan wanita. maka akan hancur umatku seperti mana binasa umat terdahulu.

Tuesday, May 2, 2006

ADAB

Bahrulmazi jilid 15 syarah us Shamsuri. 

2-5-06 Sahih Muslim ADAB MINTA IZIN Omar Al-Khattab ra minta izin Rasulullah saw menunaikan umrah tanda adab pada pemimpin. Kata Omar, tiada lebih berharga di dunia ini melainkan sebutan Nabi saw RENDAH DIRI iaitu pesan jangan lupa doakan baginda.

Sahih Muslim Omar dan Abu Bakar turut menangis sedih apabila Ummu Aiman SANGAT SAYANG ALLAH menangis kerana wahyu Allah sudah tidak turun lagi.

Sahih Muslim Uwaiz bin Amir datang ketika pemerintahan Khalifah Omar Al-Khattab dan Omar tidak lepaskan peluang minta Uwaiz DOAKAN KEAMPUNAN seperti yang disabdakan Rasulullah saw.  

Hasan Gharib AtTirmizi Yazid ibnu Said sabda Nabi saw. Jangan gurau menyorok sesuatu.
Sahih AtTirmizi Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Gurau benda tajam dilaknat Allah.
HR AtTirmizi dari Abdullah bin Am ra sabda Nabi saw. Memandang gaya samseng akan ditakutkan Allah di akhirat. 
Hasan Gharib AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan sakiti ahli subuh berjemaah kerana mereka dalam lindungan Allah dan yang menyakiti pasti binasa.

4-4-06 Sahih Muttafakun Alai PEMIMPIN DIFITNAH Penuduh Saad Abi Waqaz akhirnya menjadi gila akibat tuduhan palsu jatuhkan maruah pemimpin.

Sahih Bukhari & Sahih Muslim
Hukum Qisas Islam ialah bunuh balas bunuh, simbah asid balas simbah asid, seksa balas seksa.
Hukum Islam Hudud ialah potong tangan mencuri, potong tangan kanan dan potong tangan kiri bagi rompakan samun terang-terangan dan suami isteri zina rejam sampai mati.
Hukum Islam pancung bagi yang murtad.



RENDAH DIRI & ADAB GURAU

CONTOH IKUTAN RENDAH DIRI SAHABAT DAN NABI MUHAMMAD SAW

Sahih Abu Daud & AtTirmizi ketika Omar Al-Khattab meminta izin Nabi saw untuk menunaikan umrah. Sabda Nabi saw yang berkedudukan tinggi di sisi Allah kepada Omar "jangan lupa doakan kami di sini." Kata Omar penulis hadis ini. "kalimah tersebut lebih mahal jika dibandingkan dengan kemewahan harta dunia."

Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra. Ummu Aiman menangis apabila diziarahi Abu Bakar dan Omar kerana dua sahabat ini sentiasa di sisi Nabi saw sebelum baginda wafat. Kata Ummu Aiman, pembantu rumah yang menjaga Muhammad saw. "aku sedih kerana wahyu sudah tidak turun lagi."  Abu Bakar dan Omar turut menangis.

Dari Usair bin Jabir ra sabda Nabi saw. "Suatu hari nanti selepas kewafatanku, sekiranya siapa ada rezeki jumpa Uwaiz bin Omar, jangan lepaskan peluang minta Uwaiz berdoa ampunkan dosa utk kita kerana dia sangat sayangkan ibunya." Setelah Nabi saw wafat diikuti Abu Bakar meninggal dunia. Omar ditakdirkan Allah berjumpa Uwaiz dan Omar tidak lepaskan peluang yang dimaksudkan Rasulullah saw itu.

Bahrulmazi jilid 15 ms10 bab Tidak harus mengugut atau mengusik seseorang muslim. Syarah Ustaz Shamsuri Kuliah pengajian 02-05-06

Hasan Gharib AtTirmizi dari Yazid Ibnu Said ra disokong riwayat Sulaiman bin Sar, Jad'dah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, sabda Nabi saw. Jangan mengugut walaupun niat sekadar bergurau.

 PENCIPTA ADAT VS ALLAH MAHA PENCIPTA, ISLAM, ALQURAN HADIS

Amat rugi orang yang jahil tidak mencari memahami ilmu agama apabila mendengar kemudian menolak hadis kerana mempertahankan adat yang diamal sekian lama.


BERGURAU MENYAKITKAN HATI ----> DISEKSA DI NERAKA

Hasan Sahih Gharib AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Gurau mengacu senjata dilaknat malaikat. Jangan bergurau menakutkan dan mengejutkan sesama muslim. Gurau menyembunyikan hakmilik seseorang muslim itu berdosa besar diseksa di neraka. Renung pandangan yang menyebabkan yang direnung tidak selesa dicabut perasaan sakinah oleh Allah di akhirat.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan bergurau mengacu benda tajam.

Hadis Qudsi. Sayangkan Allah akan digandakan sayang Allah pada kita.

KUMPULAN YANG DIPELIHARA ALLAH IALAH KUMPULAN PENGAMAL AL-QURAN HADIS YANG SAYANG ALLAH DAN RASUL






Tuesday, April 25, 2006

Salam Persaudaraan Islam

Bahrulmazi Jilid 19 syarah us Shamsuri. 25-04-06 Sahih Muslim dari Muaz bin Jabal ra. Mata air sebesar tali kasut ditadah oleh Rasulullah saw kemudian dituang kembali di tempat tersebut. Air tersebut melimpah sehingga semua tentera Tabuk minum sepuas-puasnya. Wajib jawab salam dengan jelas didengar.

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, Assalamualaikum (10 pahala) warahmatullah (10 pahala) hiwabarakatuh (10 pahala). HR AtTirmizi dari Abi Musa Al-Ash'ari ra sabda Nabi saw. tunggu sampai izin masuk tetapi sekiranya 3 KALI TIADA JAWAB SALAM, MAKA BALIKLAH.

23-05-06 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra. Nabi saw sekiranya sakit, sakitnya 2 ganda manusia biasa dan pahala Nabi saw juga 2 kali ganda. Muslim yang sabar sakit akan gugur dosa sebelum.

Sahih Muslim dari Abu Said Al-Qudri & Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Mukmin yang SABAR MUSIBAH contoh susah hati, dukacita, sakit biasa atau berat dan pelbagai kesusahan akan DIKIFARATKAN DOSA sebelum ini.

Sahih AtTirmizi dari A'isyah r ha sabda Nabi saw, "Jibril KIRIM SALAM pada kamu wahai A'isyah," dan LEBIH PAHALA siapa lebih dahulu beri salam kerana Rasulullah saw sentiasa terdahulu beri salam apabila terserempak sesama muslim walaupun berlumba-lumba para sahabat beri salam pada baginda.
A'isyah menjawab, salam ke atas dia juga. Sunnah beri salam pada kanak-kanak.

27-06-06 Sahih Muslim dari Ummu Salamah, HASIL TIPU BAHAGIAN NERAKA
Sahih Muslim Abi Hurairah ra. Sedekah sekiranya terdapat lebihan perbelanjaan.

HR AtTirmizi. Kafir Harbi boleh diperangi kerana menghina muslim, Kafir Zimni Ahlul Zummah menghormati muslim dan mematuhi perundangan Islam. Tidak dibenarkan beri salam dan jawab salam pada mana-mana kafir. Sahih AtTirmizi. Jawab salam kafir "Mualaik". Sunnah salam didahului dari lalu kepada duduk, kenderaan kepada pejalan kaki, muda kepada yang tua.

25-07-06 Sahih Muslim dari Abi Zar ra sabda Nabi saw. "kaya suka menolong akan dikayakan di akhirat. Dentuman sangat kuat tadi ialah turunnya Jibril as. Jibril menyampaikan padaku supaya jangan sesekali syirik Allah kerana syirik itu kafir."

Hasan Sahih At Tirmizi. Nabi saw mejolok anak panah ke lubang mengendap di rumah baginda sehingga nyaris buta orang yang cuba mengendap. Dari Sahal bin Saad As Sa'idi. Nabi saw memberi amaran kepada pengintai supaya haram mengintai dan sekiranya ingin melihat milik peribadi maka minta izin terlebih dahulu. Mata yang melihat adalah anak panah Iblis.