Nota Cinta

Monday, September 20, 2004

Al-baqarah 2:228-270 tahun 2004



KEJAHILAN MANUSIA

19-01-04 Sahih Muslim dari Abdillah bin Amru bin Al-Az ra sabda Nabi saw surah Ibrahim ayat 36. Sabda Nabi Ibrahim as, “Berhala dan tokong itu menyebabkan ramai manusia sesat, Sesiapa mengikutku di kalanganku.” Sabda Nabi saw surah Al-Ma’idah 118, Doa Nabi Isa as “Jika Engkau seksa mereka, mereka tetap hamba Engkau. Jika Engkau ampun mereka, seungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Bijaksana.” 

RUJUK

Nurul Ihsan jilid 1ms74 tafsir Al-Baqarah 228-231 syarah Utz Shamsuri

2:228) Firman Allah, Janda yang ingin berkahwin mesti selepas idah atau tempoh tahanan 3 kali suci dari hadi supaya rahim bersih dari benih bekas suami. Talak isteri dalam mengandung tetap sah tetapi idahnya sehingga selepas melahirkan anak. Manusia yang takut Allah tidak akan berbohong. Diharamkan berbohong tiada kandungan sekiranya mengandung. Haram meminang dalam tempoh idah.
2:229) Islam mengalu-alukan rujuk. Talak yang boleh dirujuk setakat 2 kali. Huhud dari segi bahasa bermaksud had atau sempadan Allah. Hudud dari segi syarak melibatkan hukuman potong tangan pencuri, rejam penzina dan sebagainya.  
2:230) Nikah rujuk talak 3 mesti melalui proses semulajadi selepas menjadi janda setelah bersetubuh dan habis idah dengan suami baru. Sekiranya dirancang nikahnya tidak sah. 231) Rujuk mesti selepas tamat idah atau tempoh tahanan 3 kali suci selepas haid. 

KERANA LIDAH BADAN NERAKA

16-02-04 SAHIH MUSLIM dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Syarat pahala ialah muslim yang buat kebaikan. Malu buat jahat itu cabang iman. Dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, tidak masuk syurga bagi orang yang jirannya sakit hati dari perangai buruknya.  Dari Abdullah bin Amru bin Al-Az sabda Nabi saw, muslim yang baik ialah menjaga lidah dan tangannya dari menyakiti orang lain.

PERATURAN TALAK

Nurul Ihsan jilid 1 ms76 tafsir Al-Baqarah 231-234

2:231) Jangan rujuk dengan niat memudaratkan dan Allah Maha Mengetahui isi hati manusia. 
2:232)Jangan sesiapa menghalang rujuk atau perdamaian kerana hanya Allah Maha Mengetahui baik jahat seseorang. 
2:233) Ibu yang diceraikan wajib menyusukan anak kandung selama 2 tahun kecuali keizinan suami disebabkan masalah kesihatan. Suami wajib menanggung nafkah anak isteri. 
2:234) Isteri kematian suami mesti berkabung mengelakkan hidup bermewah dan berhias selama 4 bulan 10 hari.

19-04-04 SAHIH MUSLIM Dari Jabir bin Abdillah ra sabda Nabi saw bahawa baginda diizinkan Allah untuk memberi syafaat mengeluarkan muslim dari neraka.  Dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Mati Islam berpeluang keluar dari neraka.  Dari Abdillah b Mas’Ud ra sabda Nabi saw, muslim terakhir yang keluar merangkak dari neraka diberikan Allah syurga yang sebesar  10 kali ganda dunia. 

Nurul Ihsan jilid 1 ms78 tafsir Al-baqarah 234-237

2:234) Janin ditiupkan roh selepas 4 bulan supaya dapat dipastikan bahawa perempuan yang kematian suami itu mengandung. 
2:235) Lelaki hanya boleh mengorat janda yang dalam idah dengan sindiran sopan dan dilarang secara terus terang. 
2:236) Wajib Mut’ah suami bayar saguhati pampasan sekiranya bercerai akibat suami tertipu dengan kecacatan fizikal isteri. 
2:237) Mukmin yang bertaqwa tidak suka pergaduhan dan suka perdamaian. Perceraian mesti dengan cara baik. Lelaki yang baik memberi saguhati pampasan dan perempuan yang baik menolak pampasan. Memaafkan itu hampir kepada taqwa. 

17-05-04 SAHIH MUSLIM dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, 3 perkara diangkat darjat dan digugurkan dosa iaitu rajin wuduk di saat malas, banyakkan langkah ke masjid dan tunggu waktu solat fardu akan datang selepas menunaikan solat fardu sebelumnya.
Sahih Muslim dari Nuaim ra ketika melihat Abu Hurairah ra mengambil wuduk sabda Nabi saw. Lebihkan kawasan wuduk kerana lebih bercahaya di hari akhirat.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw menurut firman Allah, kedekut ilmu dilaknat Allah. 

Nurul Ihsan jilid 1 ms 79 tafsir Al-baqarah 238-245

PEMANSUHAN HUKUM SELEPAS TURUN AYAT 
PADA RASULULLAH SAW DALAM USUL FIKH

2:238) Jaga solat fardu 5 waktu tertutamanya Solat Wusta. Sahih Bukhari dari Ali ra. "Wusto=Asar"
2:239) Solatlah kerana Allah mengikut situasi keadaan tertentu. 
2:240) Usul Fikh Rasulullah saw, ayat tentang wasiat pada isteri dan 1 tahun berkabung ini dimansuhkan hukum amalannya selepas turun ayat pusaka tetapi masih boleh dibaca. 
2:241) Mutaah ialah harus suami beri hadiah bergantung pada suami setelah bercerai.
2:242) Mengambil ikhtibar dari pengajaran. 

DOA NABI HAZKIL UNTUK MENGHIDUPKAN MANUSIA 
YANG MATI DIPERKENANKAN ALLAH

2:243)Yahudi beramai-ramai melarikan diri kerana takut mati penyakit wabak. Sabda Nabi saw. Sekiranya negeri itu mengalami wabak jangan sesiapa memasukinya dan sekiranya sesiapa dalam negeri wabak jangan kamu lari keluar menyebarkannya. Firman Allah “Mutu” atau “Mati” iaitu 2 kumpulan malaikat yang turun dari langit dan muncul dari bawah tanah menghamburkan kata “Mati” maka mati kesemua Yahudi tersebut. Selepas 8 hari 70’000 Yahudi itu mati, Khalifah ke 3 kepada Nabi Musa as iaitu Nabi Hazkil yang melalui kawasan tersebut memohon doa dan diperkenankan Allah mayat-mayat kemudian dicantum dihidupkan kembali.  Khalifah pertama ialah Yusyak bin Nun dan khalifah kedua ialah Khalid bin Yufina. Itulah tanda kekuasaan Allah menghidupkan kembali yang mati.  
2:244)Tujuannya sebagai peringatan kepada manusia mati mempertahankan agama lebih baik dari mati sia-sia seperti bani Israel ini. Ada hikmah setiap doa tidak diperkenankan kerana Allah saja Maha Mengetahui mana yang baik untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa. 
2:245)Pemberian tujuan agama itu hanya Allah Maha Mengetahui gandaan yang bakal diterima muslim yang bersedekah. 

MANUSIA BERLUMBA BERBUAT KEBAIKAN SEKIRANYA MEREKA NAMPAK PAHALA

21-06-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw, sekiranya manusia tahu besarnya kelebihan pahala saf pertama, melaungkan azan dan segerakan solat fardu tentu mereka sanggup berebut untuk melakukannya. Demikian juga sekiranya mereka tahu kelebihan subuh dan isyak berjemaah, manusia takkan melepaskan 2 waktu berjemaah ini walaupun terpaksa merangkak.  

Sahih Muslim dari Abi Said Al-Qudri sabda Nabi saw. Hati-hati kepada yang sengaja suka duduk saf belakang, jangan sampai Allah membelakangkan kamu kerana kamu bakal bermasalah di akhirat. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Sebaik-baik saf lelaki di depan sekali dan seburuk-buruk saf lelaki di belakang sekali. Tetapi bagi wanita sebaik-baik saf wanita ialah di belakang sekali. 

NABI SYAMUEL MENGUMUMKAN THALUT SEORANG FAKIR MISKIN LAGI HINA DILANTIK ALLAH MENJADI RAJA PEMIMPIN PERANG BANI ISRAEL. ISRAEL MEMPERLEKEHKAN TINDAKAN ALLAH.

Nurul Ihsan jilid 1 ms 82 tafsir Al-baqarah 246-250 syarah ustaz Shamuri
2:246) Bani Israel selepas kewafatan Musa as mendesak Nabi Syamuel supaya Kami melantik seorang ketua dikalangan mereka berperang ke jalan Allah. Nabi Syamuel mempersoalkan adakah mereka benar-benar ingin berperang dengan jalan Allah sedangkan ramai di kalangan mereka tetap tidak beriman setelah berbagai cara Musa memuaskan hati mereka. Mereka menjawab mana mungkin kami tidak patuh sedangkan kampung kami diserang, kami dihalau, anak kami ditawan serta dibunuh.  Sesungguhnya musuh kami Jalut itu memang kejam lagi zalim. Kami memerlukan ketua seperti Nabi Musa itu. 
2:247) Allah memperkenankan permintaan Nabi Shamuel dengan melantik Thalut menjadi raja atau pemimpin di kalangan mereka tetapi mereka mempersoalkan lantikan Allah kerana Thalut itu bukan keturunan raja atau nabi malah dia seorang gembala fakir miskin lagi hina. Nabi Syamuel menegaskan sekali lagi bahawa itu bukan pilihannya itu pilihan Allah, tiada siapa boleh mempertikai walaupun dengan bangkangan majoriti. 

ASSOBIRIN “TENTERA KEMENANGAN’ & PETI THABUT 
PENINGGALAN MUSA & HARUN

2:248) Thalut budak miskin yang dipilih Allah menjadi ketua dan Allah turunkan peti thabut sebagai bukti perlantikan Thalut.  Di dalam peti thabut terdapat barang tinggalan selepas kewafatan Musa dan Harun iaitu kasut Nabi Musa, tongkat Nabi Musa, serban Nabi Harun dan sumpit serta cebisan Taurat dari peti thabut tersebut menolak sebarang pertikaian tentang perlantikan Thalut sebagai raja. Di dalam tentera Raja Thalut terdapat seorang pemuda yang belum menjadi Nabi iaitu Daud as.
2:249-250) Ketika menuju medan peperangan pada musim kemarau. Bani Israel tidak tahan dahaga. Kata Thalut, Allah akan menguji kamu dengan sungai Jordan bedekatan Palestin Baitulmaqdiz. Barangsiapa minum tiada siapa akan mengikutiku berperang nanti maka janganlah kamu meminum berlebihan. Ditakdirkan Allah sebagai mengingati umat akhir zaman yang kekenyangan setelah berbuka puasa. Hanya tinggal 313 dari 70,000 seperti angka perang Badar yang masih taat dengan saranan Raja Thalut. Iaitu golongan Assobirin atau orang-orang yang sabar. Mereka percaya dengan keajaiban kekuasaan Allah bahawa yang sedikit berupaya memenangi bilangan jumlah besar. 

SYAFAAT HARI AKHIRAT

19-07-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw tentang 6 kelebihan Allah kepada baginda dan umat baginda berbanding nabi dan umat nabi lain. 1)Diturunkan bersamaku dengan dilebihkan padaku berbanding para nabi Rasul sebelumku iaitu Al-Quran yang kitabnya satu ayat pendek mempunyai maksud huraian yang besar. 2) Allah menanamkan rasa gerun takut pada hati musuh yang cuba mengancam baginda. 3)Harta rampasan perang yang diharamkan untuk para nabi sebelumku dihalalkan padaku dan umatku 4)Seluruh bumi disucikan Allah khas pada Nabi saw dan umat baginda untuk sujud atau menunaikan solat.  5)Mana-mana makhluk, kaum, bangsa yang masuk Islam semuanya menjadi umat Muhammad saw. 6)Tiada para nabi lain selepas Nabi Muhammad saw. 

Sahih Muslim dari Jabir Abdillah ra sabda Nabi saw. Allah berikanku 5 kelebihan khas tanpa diberikan pada Nabi lain iaitu:- 1)Setiap Nabi dibangkitkan untuk satu kaum tapi aku diutus untuk semua manusia tanpa mengira warna kulit 2)Harta rampasan perang yang diharamkan untuk para nabi dihalalkan padaku. 3)Seluruh bumi disucikan buat umatku dan boleh solat di mana saja. 4)Musuh gerun apabila disebut nama pemimpin Islam. 5)Aku dibolehkan memberi syafaat kepada penghuni neraka muslim untuk keluar dari neraka. SEMUA Para Nabi telah menggunakan seluruh kelebihan doa mustajab TETAPI AKU MENYIMPAN SEMUA MUSTAJAB DOA TERSEBUT KHAS BUAT UMATKU!

NABI DAUD AS DITABAL RAJA

Nurul Ihsan jilid 1 ms 85 tafsir Al-baqarah 250-255 syarah ustaz Shamuri

2:250)Ketika peperangan, tentera Thalut yang sedikit istiqamah sambil sentiasa memohon doa pada Allah agar diberikan kemenangan pada mereka.
2:251)Jhalut sememangnya dikenali ramai di kalangan bani Israel dengan kehebatan kekuatannya tampil mewakili tenteranya untuk sesi 1 lawan 1. Daud as yang belum menjadi Nabi terpilih di kalangan tentera Thalut. Raja Thalut membuat tawaran kepada Daud sekiranya berjaya membunuh Jhalut akan dikahwinkan dengan anak perempuannya dan berkongsi pemerintahannya. Daud as menggerakkan langkah sambil mengutip 3 biji batu sebagai senjata untuk dibaling kepada Jhalut. Dengan kehendak Allah, lontaran-lontaran batu tersebut menembusi topi besi Jhalut dan 30 pengikut Jhalut di belakangnya. Setelah Daud as berjaya membunuh Jhalut, Daud dilantik menjadi Raja memerintah selama 40 tahun selepas kematian Thalut. Daud as kemudian dilantik Allah menjadi Nabi. Nabi Allah Daud as boleh berkomunikasi dengan binatang disamping melenturkan besi dengan jari jemarinya.
2:252)Sesungguhnya engkau wahai Muhammad adalah sebenarnya Rasul menolak tuduhan orang-orang kafir. 
2:253)KAMI kuatkan Isa dengan ruhul quddus atau Jibril as disamping mukjizat seperti menghidupkan orang mati, mencelikkan orang buta dan mengubati penyakit kulit dengan sekali sapuan.
2:254)Orang kafir itu menzalimi diri mereka sendiri kerana tidak memeluk Islam. 

AYATUL KURSI

255) 19-07-04 Nurul Ihsan jilid 1 ms 85 tafsir Al-baqarah 250-255 syarah ustaz Shamsuri
Sahih Bukhari Abu Yaqla dan Al-Hakim dari Ubai bin Kaap ra sabda Nabi saw. Pemuda yang mencuri di gudang kurma dengan memberitahu amalan ayat Qursi sebagai halangan kepadanya itu adalah jin jahat.
Sahih Muslim sabda Nabi saw kepada Abu Hurairah ra. Orang tua yang mencuri dan kamu tangkapnya 3 kali itu adalah syaitan dan amalan baca ayat Qursi yang diberitahunya itu adalah benar. 
Dari Abi Hurairah sabda Nabi saw. Sekiranya baca suratul Baqarah ayat Qursi, pasti syaitan keluar. Sesiapa yang mengamal ayat Qursi di setiap selepas solat fardu, dia pasti masuk syurga. Amalan qursi juga akan menjadikan dirinya seorang yang sentiasa bercakap benar dan kuat beribadah.

Tuhan itu hanya Allah yang satu, Yang Tidak Tidur Tidak Mengantuk. Nabi Musa as pernah mempersoalkan adakah Allah itu tidur. Allah memerintahkan malaikat menyuruh Isa as memegang2  botol kaca selepas 3 hari baginda tidak dibenarkan tidur. Apabila botol tersebut pecah berlaga, Allah berfirman, Sekiranya Allah tidur atau terlelap. LANGIT TELAH BERLANGGAR ANTARA SATU SAMA LAIN. Allah Maha Mengetahui Perkara yang bakal berlaku, akan datang dan telah berlaku. Manusia tidak boleh menandingi ilmu Allah walau sepandai sebijak mana sekalipun. Melainkan dengan perkhabaran maklumat oleh para Rasul. Qursi Allah seluas 7 petala langit. Tiada masalah bagi Tuhan untuk memelihara langit dan bumi. Dialah Tuhan amat Besar.

16-08-04 Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan kelam kabut berlari untuk mendapatkan saf, solat dengan tenang. Seseorang yang berniat solat itu bermakna telah mula solat dan disempurnakan kemudian. 

Sahih Muslim dari Abdullah bin Abi Qatadah dari bapanya sabda Nabi saw. Jangan gopoh solat kerana untuk menghadap raja yang kekal biarlah kita dalam keadaaan yang tenang. 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Siapa yang hanya dapat satu rakaat kemudian masuk waktu solat lain. Dia dikira dapat solat lengkap seluruhnya. 

AMAT MUDAH KEGELINCIRAN IMAN

Nurul Ihsan jilid 1 ms 88 tafsir Al-baqarah 256-259 syarah ustaz Shamsuri

2:256) Sahih Bukhari sabda Nabi saw kepada Abdullah bin Salam berdasarkan mimpinya memanjat tiang ke langit dan bergantung di gelang besi. Tiang ke langit itu Islam dan kamu akan mati setelah memeluk Islam.  2:257) Bimbingan syaitan bermula apabila tidak mengikut seruan Islam dan amat mudah bagi kegelinciran muslim ke arah kegelapan. 
2:258) Hujah Ibrahim as mematikan hujah Namrud sehingga mati akal sekalian kafir “kalau betul mengaku Tuhan, naikkan matahari sebelah barat kerana Allah menaikkan matahari sebelah timur.” 
2:259) Allah membangkitkan Uzair selama seratus tahun setelah menidurkan beliau selepas serangan Raja Buhtanassar membunuh semua penghafaz Taurat di Baitulmaqdiz. Uzair yang umur sebenarnya 140 tahun tetapi masih kelihatan berumur 40 tahun itu disahkan anaknya sendiri yang berumur 118 tahun sebagai membuktikan kebesaran Allah. Malangnya bani Israel yang mempercayai kebesaran Allah itu tetap tidak beriman atau tergelincir dengan mengatakan Uzair itu anak tuhan. 

3 GOLONGAN YANG HALAL DIBENARKAN MINTA TOLONG

20-09-04 Sahih Muslim dari Abi Bisyh Kabisah AlMulharith ra sabda Nabi saw. 3 golongan yang boleh meminta tolong ialah 1) yang menghabiskan duit untuk meleraikan pergaduhan 2)yang bencana memusnahkan semua hartanya dan 3)yang miskin susah yang sekurang-kurangnya 3 orang dalam kampungnya mengatakannya susah. Selain 3 golongan ini, haram bagi mereka yang dapat dari hasil meminta.  
Sahih Muslim sabda Nabi saw, siapa meminta untuk banyakkan hartanya menempah ketulan bara api.
Sahih AtTirmizi dari Samurah bin Jundub ra sabda Nabi saw. Perangai suka meminta seperti mencakar muka sendiri melainkan meminta haknya seperti meminta dari pemerintah akan harta rampasan perang setelah melibatkan diri berperang. 

Nurul Ihsan jilid 1 ms 90 tafsir Al-baqarah 260-271 syarah ustaz Shamsuri

2:260)Nabi Ibrahim as meminta Allah membuktikan kekuasaanNya menghidupkan yang mati sebagai menunjuk ajar pada umat baginda. Firman Allah pada Ibrahim hancurkan burung merak, merpati, gagak & ayam bapak dan campurkan kesemuanya. Kemudian Allah menghidupkan kembali kesemuanya seperti sedia kala.



SEDEKAH PERANG TABUK

2:261-262)Ketika Saidina Osman bersedekah dalam Perang Tabuk. Sabda Nabi saw. Osman tidak miskin malah Allah akan menggandakan lebih 700 gandaan dengan syarat tidak mengungkit pemberian atau menyakiti orang yang diberi.
Selepas sabda Nabi saw tentang Allah turun ayat memberitahu akan sedekah Osman, Omar bangkit menginfakkan separuh hartanya untuk perang Tabuk. Abu Bakar pula bangkit memberikan seluruh hartanya. Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar,”Kamu tinggal apa untuk kamu dan keluarga kamu?” Jawab Abu Bakar”Aku tinggalkan Allah dan Rasul.”
2:263)Tolak permintaan orang yang meminta tolong dengan cara baik tanpa menyakitkan hati sekiranya tidak berkemampuan. 
2:264-266)Sedekah bukan kerana Allah atau riak adalah sia-sia dan merugikan akhirat.  
2:267)Pastikan zakat terdahulu dan utamakan sedekah korban berkualiti sebelum digunakan hasil. 
2:268)Awas, syaitan akan berusaha membisikkan supaya kedekut.  

TINGGI ILMU TETAPI TIDAK BERAMAL

2:269)Ramai tinggi ilmu hukum hakam agama tetapi tidak beramal kerana tidak faham agama. 
2:270)Tayang derma tujuan motivasi kepada orang lain dengan syarat tidak riak itu digalakkan.  






Tuesday, September 7, 2004

Kiamat 2004


Pengajian kitab Bahrulmazi bab 17 syarah Ust Shamsuri

PEMBALASAN ALLAH ITU PASTI YANG KEKAL NERAKA TETAP KEKAL SELAMANYA


06-01-04 Surah Hud ayat 102-106 Seperti kaum Samud, apabila Tuhan mengambil tindakan menimpakan azab bencana alam ke atas penduduk sebuah negeri yang terlibat maksiat, tiada siapa boleh menghalang. Begitulah kiamat yang Allah tentukan. Manusia yang jahat bersedia menerima azab dan yang baik menerima balasan baik setimpal dengan amalannya.

 PELAJARI HADIS SUPAYA TIDAK SESAT

Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Siapa yang mencari sunnahku untuk beramal, makan dari sumber halal, jaga lidah termasuk perbuatan anggotanya dan tidak menzalimi akan mendapat syurga dan sebaliknya ke neraka. Tetapi akan ada umatku selepas kewafatanku termasuk para sahabatku, mereka yang makan benda haram dan melakukan kesesatan bid’ah. Dari Anaz bin malek ra. Sabda Nabi saw halal itu utama selepas solat fardu dan halal merangkumi dari segi makanan dan pakaian.  

 DIDIKLAH DIRI DAN JANGAN CUAI MENDIDIK ANAK

21-01-04 Sahih Muslim dari Hisyam ra dari bapanya sabda Nabi saw. Mayat tidak akan diazab akibat tangisan ahli kerabat keluarganya tetapi akan diseksa akibat kecuaian mendidik anak yang melakukan larangan agama.
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Bila mati seorang manusia akan terputus segalanya melainkan sedekah jariah, ilmu yang dimanfaat dan doa anak soleh.
HR AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Hanya muslim yang beriman kepada Allah boleh memasang angan-angan untuk masuk syurga.
HR AtTirmizi dari Syaibah ra dari bapa saudaranya sabda Nabi saw. Jumpa memberi salam, mempersilakan luangkan masa dan panggilkan dengan gelaran yang menyukakan.
HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Wajib jawab salam, ziarah sakit, mengiringi jenazah, menghadiri majlis kahwin dan menjawab bersin.
HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Pahala syukur dengan apa yang ada seperti pahala berpuasa.
Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Berdoa kepada mereka yang memberi sesuatu kebaikan kepada kita.

BUNUH DIRI KE NERAKA

18-02-04 Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Menjadi ahli neraka apabila bunuh diri kerana tidak tahan kecederaan selepas mempertahankan Islam.

TIDAK AMANAH KE NERAKA

Sahih Muslim dari Omar Al-Khattab ra ketika perang Khaibar sabda Nabi saw. Menjadi ahli neraka apabila mengambil harta rampasan perang tanpa persetujuan rasmi walaupun kelihatan mati syahid. Hanya masuk syurga sekiranya betul-betul beriman.
Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Aku tidak menangkap syaitan kerana menghormati doa Nabi Sulaiman as.

RENDAH DIRI DIJAUHKAN API NERAKA

Hasan gharib AtTirmizi dari Abdillah ibni Mas’ud ra sabda Nabi saw. Mukmin yang mudah didekati dijauhkan dari api neraka.

NABI SAW BUAT KERJA RUMAH

Hasan Sahih AtTirmizi dari Al-Aswad ra dan Aisyah ra. Nabi saw menjahit pakaian terkoyak, memerah susu kambing, menyapu sampah dan mengemas rumah.    

LAMAKAN SEDIKIT BILA BERJABAT TANGAN 

HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Berjabat tangan dengan tempoh sedikit lama akan menghapuskan dosa kecil antara pihak yang bersalam tangan.

PUASA SUNAT ASYURA

02-03-04 Sahih Muslim dari Ibnu Abbas ra. Sabda Nabi saw kepada Bani Israel berpuasa dan merayakan hari Asyura sempena memperingati Fir Aun ditenggelami laut merah. Sepatutnya kami berpuasa kerana Nabi Musa as itu nabi kami. 10 Muharam dijadikan puasa Asyura dalam Islam kerana memperingati hari kemenangan Nabi Musa as bukan kerana Yahudi. Nabi saw mengelakkan perbezaan dengan menetapkan 9 & 10 Muharam sebagai puasa sunat Asyura.
Sahih Muslim dari Abi Qatadah ra sabda Nabi saw. Allah mengampunkan mereka dari tahun ini sehingga tahun lepas untuk yang berpuasa Asyura dan Arafah.

AMALAN ZINA AKAN ALLAH JADIKANNYA FAKIR

Al-Baihaki dari Ibni Omar ra sabda Nabi saw, Amalan zina akan Allah jadikannya fakir iaitu diselubungi sempit rezeki dan sentiasa tidak cukup walaupun kelihatan kaya pada mata kasar.

LAKUKAN SEMUA KEBAIKAN DEMI IKHLAS KERANA ALLAH

Firman Allah manusia disuruh buat apa jua amal kebaikan dengan ikhlas kerana Allah. Taubat itu awal segala makam dan ikhlas itu penyudahnya. Jangan beribadah kerana Allah bercampur kerana disebabkan selain agama.

HR ATRirmizi dari Ali Abi Talib Karamullahuwajha, jangan susah hati tentang amal yang sedikit tetapi fikirkan samada Allah terima amalan tersebut atau tidak. Dari Muaz bin Jabal ra sabda Nabi saw. Ikhlaskan apa jua kerana Allah. Sedikit amal ikhlas sudah cukup dari banyak amal yang tidak ikhlas.


HUKUMAN KISAS DAN DIATH UNTUK PEMBUNUH

06-04-04 Sahih Muslim dari AlQamah bin Wa’il dari bapanya sabda Nabi saw. Seorang sahabat telah membunuh rakannya kerana bercakap menyakitkan hati. Hukum Kisas untuk pembunuh ialah dibunuh atau membayar Diath iaitu harta yang setimpal penebus nyawa. Pembunuh akan menanggung seluruh dosa yang dibunuh dan dosa pihak yang memaafkannya.

AnNisa 93 Sengaja bunuh muslim beriman akan:
  1.  kekal neraka jahanam  
  2. amat dimurkai Allah 
  3. dilaknat Allah selamanya
  4. dijanjikan azab besar lagi dasyat

Al-Ma’ idah 31 Bunuh satu nyawa manusia tidak mengira agama tanpa sebab wajib bunuh, ia seperti bunuh ramai manusia. 


JANGAN CAMPURKAN NIAT IKHLAS KERANA ALLAH DENGAN
 NIAT LAIN YANG MELIBATKAN KEDUNIAAN

06-04-04 Pengajian Bahrulmazi jilid 17 ms 224 syarah Ust Shamsuri  bab Mujahadah Ikhlas vs Lintasan Syaitan. Kisah seorang pemuda yang kuat beribadah pada Allah bernama Abib pada zaman Bani Israel. Abib terdengar akan kesesatan orang kampungnya yang menyembah pokok kayu lalu mengambil tindakan ingin menebang pokok tersebut. Iblis segera menyamar sebagai orang tua bagi menghalang tindakan Abib.

Iblis berkata “Jangan susahkan diri masuk campur, teruskan menumpukan ibadah pada Allah. Jaga diri sendiri dan keluarga itu sudah cukup. Lagipun mereka yang buat mungkar itu bukan ahli keluarga dan kerabat kamu.” Jawab Abib. “Mencegah kemungkaran itu kewajipan ibadah.” Abib pun bertarung dengan iblis dan Allah memberi kemenangan pada Abib.

Iblis tertewas dan merayu meminta Abib bersabar. “Aku akan berikan harta kekayaan bagi meringankan kesusahan kamu dengan syarat batalkan niat menebang pokok tersebut. Apabila senang nanti, dapatlah berniaga, menolong orang susah dan seagama.” Setelah Abib puas berfikir akhirnya dia bersetuju dengan perjanjian iblis dan membatalkan niat menebang pokok tersebut.

Seperti yang dijanjikan, Abib diberikan duit 2 dinar setiap pagi selama 3 hari berturut-turut tetapi hari seterusnya dia sedar iblis berjaya memperdayakannya dan duit tidak diberikan lagi. Kemungkiran janji iblis menyebabkan Abib marah dan bangkit membawa kapak untuk menebang pokok yang disembah orang kampungnya. Pertempuran kali ini dimenangi iblis dan iblis akhirnya berkata:

“Dahulu kamu menang kerana kamu mencari akhirat tetapi kali ini kamu tewas kerana niat dicampuri mencari dunia dan Allah tidak memberimu kekuatan.” Abib menyesali dirinya kerana ikhlas dan ketetapan iman tanpa dicampur niat lain itu merupakan syarat segala ibadah. SEDAYA UPAYA IKHLASKAN NIAT SEPENUHNYA KERANA ALLAH.

Sahih Muslim 3 sahabat terkurung dalam gua memohon kepada Allah supaya dilepaskan dengan menyebut sekiranya ada amalan ikhlas kerana Allah. Akhirnya pintu gua terbuka dengan 3 gerakan. 

PASTIKAN SUCI DARI HADAS

21-04-04 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Solat tidak diterima sekiranya tidak suci dari hadas. 


JANGAN MENCARI REZEKI DARI SUMBER TIDAK ELOK KERANA 
SEDEKAHNYA & AMALANNYA JUGA TIDAK DITERIMA

21-04-04 Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Tidak diterima sedekah dan kebaikan dari hasil seperti mencuri, merompak, duit bunga, rasuah dan lain-lain yang tidak elok. 

WUDUK NABI SAW

Sahih Muslim dari Humran ra dan Osman bin Affan ra. Nabi saw mengambil wuduk bermula 3x basuhan tapak tangan depan belakang, kumur dan sedut sedikit air ke dalam hidung. Basuhan muka 3x Tangan ke siku 3x diikuti kiri 3x kemudian kepala. Kaki kanan ke buku lali 3x diikuti kiri 3x. Sabda Nabi saw. Wuduk dan kusyuk solat akan mengampunkan dosa-dosa kecil.

SOMBONG, ANGKUH & BESAR DIRI DIHUMBAN KE NERAKA

Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Allah pernah memerintahkan bumi menelan orang yang sombong, angkuh, besar diri dan seangkatan dengannya suatu masa dahulu. Siapa yang langkahnya sombong atau hatinya sombong ditempatkan di penjara yang paling azab di kalangan neraka.

Sombong ialah merasakan dirinya lebih berkuasa atau lebih berharta atau lebih pandai atau lebih tinggi darjat atau lebih hebat dari orang lain. Sombong merupakan suntikan permulaan syaitan memperdayakan manusia. Sifat membongkarkan keburukan dan aib seseorang merupakan konflik diri.

Allah telah memberi petanda kepada manusia akhir zaman tentang azabNya ke atas golongan angkuh dan sombong seperti Laut Mati yang tersirat kisah trajedi yang menenggelamkan penduduk Negara yang rata-ratanya angkuh dan sombong dengan Allah dengan mengingkari perintahNya. Kini Laut Mati sedalam kira-kira 400 meter itu tiada sebarang hidupan yang mampu hidup termasuk mikro organisma kecil tetapi berombak.

TAHAN MARAH DIKURNIAKAN BIDADARI

Riwayat AtTirmizi sabda Nabi saw. Menahan kemarahan di dunia akan dikurniakan bidadari di akhirat.
Riwayat Abu Daud sabda Nabi saw. Memendam kemarahan dibangga  oleh Allah.


KETEGASAN NABI SAW DALAM HUKUM KUDUD

Sahih Muslim dari Usamah ra. sabda Nabi saw. Kalau yang mencuri itu anakku Fatimah, aku sendiri memotong tangannya kerana Allah membinasakan umat terdahulu dengan menurunkan bencana alam kepada Negara yang mengamalkan orang kenamaan dilepaskan dan yang susah dihukum.

KEDEGILAN YAHUDI, PENENTUAN JANIN DAN 
SAMBUTAN KEPADA YANG MELEPASI SIRAT

19-05-04 Sahih Imam Muslim Thauban ra. Sabda Nabi saw kepada pendita yahudi bagi membuktikan kerasulannya seperti tersebut dalam kitab Taurat. Ketika seluruh manusia yang pernah hidup di dunia berhimpun di kawasan gelap di hari akhirat. Mereka disuruh melintas titi siratul mustaqim. Kumpulan yang berjaya akan disambut dengan hidangan hati ikan dan daging anak kambing yang disembelih di tepian syurga. Minuman mereka ialah mata air salsabila. Kejadian manusia selepas Adam ialah campuran air mani lelaki dan wanita. Sekiranya yang dominan itu air mani lelaki yang bewarna putih maka akan terbentuk anak lelaki dan jika air mani wanita yang kekuningan itu lebih dominan maka akan terjadi anak perempuan dengan izin Allah. Setelah pendita yahudi itu berpuas hati dengan jawapan pembuktian kerasulan Nabi saw, dia akhirnya pulang tetapi masih tetap dengan agama tauratnya. Sabda Nabi saw, sebentar tadi aku tidak tahu langsung soalan yang ditanyakannya tetapi Allah telah memberi jawapan kepadaku bagi menjawab semua persoalan tersebut.


Firman Allah: Hadis Qudsi Selagi manusia tidak dipimpin wahyu Allah maka manusia berada dalam kesesatan. MERUJUK HADIS PENERANGAN AYAT TERSEBUT: SENGAJA BUAT ATAU TERSILAP ITU SESAT DARI SEGI SYARAK. Untuk selamat mesti ikut petunjuk agama iaitu Al-Quran dan Hadis. Betapa ramai manusia di dunia ini dalam kesesatan melainkan amat terlalu sangat sedikit yang benar-benar beramal.

Firman Allah hadis Qudsi. Mintalah padaKu kerana hanyaKu yang boleh memberi. Yang dikatakan Allah ini, manusia yang tidak solat fardu juga diberi rezeki.  Sekiranya semua manusia seluruh alam mengaku beriman memeluk Islam bermula dari zaman Adam sehingga kiamat, sedikit pun tidak menambahkan kebesaranKu walaupun sebesar sayap nyamuk. Sekiranya kamu taat padaKu, kamu selamat dan sekiranya kamu memilih kufur, sengsara kamu. Sekiranya kamu semua memilih derhaka padaKu, Aku sikit pun tidak terjejas bahkan kamu yang menerima azabKu.
Allah iaitu aku Tuhan yang Maha Pemurah. Apabila Aku katakana azab padanya. Kun Faya Kun Maka azab kepadanya. Minta ampunlah sepanjang hayat kamu iaitu selagi kamu tidak mati.







Wednesday, September 1, 2004

11 Isteri Rasulullah saw

Pengajian tarikh 01-09-04 muqaddimah sebelum syarah kitab Nurul Ihsan jilid surah At Jaatsiyah 21-26 syarah ustaz Shamsuri & 21-09-04 muqaddimah Nurul Ihsan jilid 3 ms 259 tafsir Al-Ahzab 28-37 syarah ustaz Shamsuri

Sahih Muslim dari Yazid b Hayyad, Hussain dan Amru (3 tabi'in) daripada Zaid bin Arqam ra pesan Nabi saw, Cintailah Quran kerana Al-Quran adalah petunjuk cahaya dan Jaga seluruh keluarga Rasulullah saw termasuk Ali, Jaafar, Abbas, Zaid b Haritsah, Salman Al-Farisi. Mariyah Al-Qibtiyah@hamba, 11 isteri baginda 1) Khatijah bt Khuulaid, 2) Sa'odah bt Zam'ah, 3) A'isyah bt Abi Bakar. 4) Habsah bt Omar Al-Khattab, 5) Zainab bt Jahshim, 6) Zainab bt Huzaimah, 7) Ummu Salamah@Hindon bt Umaiyah, 8) Ummu Habibah@Ramlah bt Abu Sufian, 9) Maimunah bt Haris Al-Hilaliyah, 10) Juwairoyah bt Haris 11) Safiyah b Huyai kerana isteri-isteri baginda memperjuangkan Islam bersama. 

Firman Allah Al-Ahzab ayat 28, wahai nabi, katakan kepada para isteri kamu sekiranya berhajat kepada perhiasan dunia(harta mewah dihormati), bercerai dengan cara baik. 

11 isteri Nabi saw Ummul Mukminin atau Para ibu seluruh penganut Islam yang beriman
  1. Khadijah bt Khuwailid radiallahu anha merupakan wanita yang paling disayangi Rasulullah saw dan beliau pernah mempunyai 2 suami sebelum dinikahi Nabi saw sebagai suaminya ke 3 ketika umur baginda 25 tahun dan Khadijah ketika itu juga berusia 40 tahun. Suami isteri ini hidup berumahtangga selama 25 tahun. Khadijah banyak mengorbankan harta kekayaannya demi pembangunan Islamiah. Khadijah juga satu-satunya penyokong kuat baginda ketika semua orang menentang permulaan Islam.
    gambar hiasan
    Khadijah wafat pada usia 65 tahun. sabda Nabi saw. Tiada wanita di dunia ini sebaik Khadijah  
  2. Isteri kedua Rasulullah saw ialah Sa'odah bt Zam’ah ra dinikahi Nabi saw ketika umur baginda 50. Sa'odah merupakan janda miskin kematian suami dan umurnya 55 tahun. Nabi saw meminang Sa'odah untuk menyelamatkan Sa'odah dari desakan masuk Kristian. 
  3. A’isyah bt Abi Baqr as Siddiq ra merupakan wanita yang paling alim di dunia. Beliau paling disayangi baginda Rasulullah saw selepas Khadijah. 
  4. Habsah bt Omar Al-Khattab ra. Habsah merupakan janda kematian suami yang tiada tempat bergantung. Omar Al-Khattab menawarkan peminangan untuk anaknya kepada Abu Bakar As Siddiq dan Osman b Affan tetapi mereka berdua menolak peminangan dari Omar kerana ada mendengar Rasulullah saw juga berkenan kepada Habsah. Akhirnya peminangan tersebut diterima Rasulullah saw. 
  5. Zainab bt Huzaimah ra menjadi isteri Nabi saw ke-5 ketika beliau berusia 60 tahun dan selama 2 tahun kemudian beliau meninggal dunia. Nabi saw berkahwin dengannya kerana wanita tua ini tiada tempat bergantung hidup dan kehidupannya amat susah. 
  6. Zainab bt Jahsyim ra adalah sepupu Rasulullah saw semenjak mereka masih kecil. Beliau merupakan isteri baginda yang paling cantik. Pada mulanya, Rasulullah saw meminang Zainab untuk anak angkat kesayangannya Zaid b Haritsah tetapi pinangan tersebut ditolak oleh Zainab kerana sistem kasta suku kaum Arab pada masa itu dimana Zaid dari keturunan hamba. (Al-Ahzaab 33:36) Atas perintah Allah, Zainab dinikahi Zaid bin Haritsah dan dikurniakan cahayamata bernama Usamah b Zaid yang kemudiannya juga menjadi anak angkat Rasulullah saw. (Al-Ahzaab 33:37 Zaid mendapat 3 nikmat iaitu 1- Dimerdekakan ketika dalam tawanan perang 2- Diislamkan 3- Dijadikan anak angkat Rasulullah saw. Rumahtangga Zaid dan Zainab tidak kekal lama akibat tidak sefahaman diantara mereka berdua. Ketika Zaid ingin melafaz cerai, Allah menahan lafaz tersebut dengan turunnya ayat "Takutlah kepada Allah kerana walaupun talak itu halal tetapi ia amat paling dimurkai oleh Allah." Turun perintah Allah, sekiranya Zaid dan Zainab mahu bercerai juga maka Allah memerintahkan Rasulullah saw menikahi Zainab tanpa menghiraukan kecaman penduduk setempat. Allah takdirkan mereka bercerai secara baik sebagai pengajaran untuk umat akhir zaman dan Zainab akhirnya dinikahi Rasulullah saw berwalikan Allah "tanpa akad, tanpa mahar, tanpa syarat" khusus untuk baginda sahaja tetapi bukan untuk umat Muhammad. Pernikahan berlangsung tahun ke-5 Hijrah. 
  7. Ummu Salamah @ Hindon bt Umaiyah ra. Suami beliau syahid di medan perang Uhud dan ditinggalkan 4 anak yatim serta kehidupannya amat fakir lagi susah. Wanita tua ini mempunyai sifat buruk iaitu kuat cemburu tetapi sifat buruk cemburu itu dihilangkan oleh Allah berkat doa Rasulullah saw. Akhirnya Ummu Salamah berkahwin dengan Nabi saw.
  8. Ummu Habibah @ Ramlah bt Abi Sufyan ra
  9. Juwairiyah bt Haris ra isteri ke-9
  10. Safiyah bt Huyaih ra isteri ke-10
  11. Maimunah bt Harith Al-Hilaliyah ra merupakan isteri ke-11 dan beliau merupakan wanita yang paling bertaqwa di kalangan isteri-isteri baginda. @Menurut A'isyah r anha. 11 isteri-isteri Rasulullah saw ini paling solehah dan taqwa di kalangan mukminah di muka bumi ini. 

Saidatina Aisyah Berusia 19 Tahun Ketika Tinggal Bersama Nabi Muhammad SAW.

Seorang ulama Pakistan, Allama Habibul Rahman Kandhalwi telah membuat kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah usia Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar r.a. ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan juga beliau mengkaji usia Saidatina Khatijah ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan usia anak perempuan Nabi SAW ketika berkahwin dengan Saidina Ali k.wj.

Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli bagi menolak pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berpunca daripada propaganda Syiah yang mahu merosakkan pemikiran umat Islam. Syiah banyak membuat pemalsuan di atas sejarah Islam terutama umur isteri-isteri Rasulullah SAW yang dikahwini oleh baginda SAW.

Melalui pembuktian baru ini, beliau menghidangkan fakta baru kepada seluruh umat Islam bahawa:
1. Saidatina Aisyah r.ha telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya Muhammad SAW ketika umurnya 19 tahun (bukannya 9 tahun) selepas peristiwa hijrah ke Madinah.

2. Umur Saidatina Khatijah r.ha ialah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad SAW yang mana ketika itu juga baginda berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkahwinan mereka berdua dikurniakan empat cahaya mata perempuan dan tiga orang lelaki.

3. Saidatina Fatimah r.ha telah dilahirkan di Makkah sebelum Nabi SAW dilantik sebagai rasul dan berkahwin dengan Saidina Ali k.wj di Madinah pada usia 19 tahun (bukannya 9 tahun).

Maulana Habibul Rahman menulis kerta kerja pada mulanya dalam bahasa urdu dan kini sudah ada terjemahan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bagi membetulkan tanggapan salah sejarah.

Maulana Asri Yusuf seorang ahli hadis Malaysia turut bersetuju dengan cara pemikiran Maulana Habibul Rahman dan beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar hujah Habibul Rahman dan sesiapa yang berminat boleh membaca di Darul Kautsar atau melalui youtube di bawah tajuk umur Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah.

Semenjak kita sekolah kita didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Khatijah ketika beliau berusia 40 tahun, sedangkan sejarah turut menyatakan Rasulullah SAW mendapat tujuh atau sesetengah riwayat menyatakan lapan anak.
Bolehkah seseorang berusia 40 tahun ke atas kemudian sempat melahirkan anak tujuh orang?

Kita juga didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika beliau berusia enam tahun, sebuah perkahwinan bawah umur.
Perawi dalam hadis umur Aisyah iaitu Hisham bin Urwah tersangat berusia ketika dicatatkan hadis berkenaan. Banyak ulama mempertikaikan hadis Hisham ketika beliau terlalu berusia (melebihi 70 tahun) dan waktu itu tinggal di Iraq.

Sesetengah ulama menyatakan Hisham Urwah telah tersilap mendengar enam belas kepada enam, dan sembilan belas kepada sembilan.

Setelah dibuat kajian bahawa umur Aisyah bukan 6 tahun semasa dikahwini oleh Rasulullah SAW. dan bukan 9 tahun ketika bersama dengan Baginda SAW.

Telah diberi beberapa hujah untuk membuktikan penemuan baru dalam sirah Nabi SAW iaitu :

Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia
Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras
Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas
Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.
Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru
Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini
Hujah Ketujuh – Aishah r.ha Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan
Hujah Kelapan – Aishah r.ha Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a.. Ke Habshah
Hujah Kesembilan – Aishah r.ha. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid r.a.. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya.
Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin Aisyah r.ha. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar.

Hujah Ke-11 – Aishah r.ha. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang.

Hujah Ke-12 – Aishah r.ha. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma r.ha. Berumur 27 Atau 28 Tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah r.ha. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah r.ha. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar r.a. Bercadang Mengahwinkan Aishah r.ha. Sebelum Berhijrah Ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah r.ha. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah SAW.

Hujah Ke-17 – Rasullulah SAW Tidak Tinggal Bersama Aishah r.ha Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur.

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luar biasa Aishah r.ha Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau . Lahir Di Zaman Jahiliyah.

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam.

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur.

Hujah Ke-22- Aishah r.ha. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud.

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan.

Marilah kita kembali memahami , meneliti dan mengkaji bukti-bukti sejarah Nabi SAW yang benar lagi sahih yang mana ianya telah di selewengkan oleh puak-puak Syiah dahulu hingga mengelirukan umat Islam seluruh dunia daripada dahulu hingga sekarang.

Musuh-musuh Islam telah menggunakan fakta-fakta yang salah dan menggunakan fakta tersebut untuk mengecam peribadi Rasulullah SAW. Oleh itu para ulama Islam, sarjana Islam dalam bidang sejarah dan pakar ilmu hadis perlulah bersatu dan membukukan buku sejarah dan sirah Rasulullah SAW dan para sahabat yang betul dan sahih dan menolak sebahagian daripada fakta-fakta yang salah yang terdapat di dalam buku-buku sejarah Islam sekarang ini.




Tuesday, August 31, 2004

Surah Al-Jaathiyah ayat 21-26

Al-Jaathiyah ayat 45:21-26

Pengajian Tafsir Quran kitab Nurul Ihsan jilid 4 Surah AtJasiyah ms 69  syarah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad bertarikh 1 September 2004

gambar hiasan
45:21 Tidak sama muslim dan tidak muslim, mukmin(muslim beriman) dan muslim tidak beriman.

45:22 Allah pencipta langit dan bumi semestinya memberi ganjaran kepada mukmin di akhirat.

45:23 Manusia yang memilih menyembah sesuatu selain Allah sebenarnya mengikut nafsu dan mereka ini akan disesatkan. Segala kebenaran tidak berkesan lagi kepada mereka kerana pendengaran, penglihatan dan hati mereka telah dimatikan. Sekiranya mereka percaya Al-Quran, sudah tentu mereka beriman.

45:24 Mereka beranggapan mati itu penutup kehidupan dan tiada kehidupan akhirat. Mereka juga mengatakan biar masa yang menentukan. Hakikatnya. Allah yang menentukan. 

45:25 Mereka cabar hidupkanlah manusia yang telah mati sekiranya benar kehidupan akhirat. 

45:26 Hanya Allah penentu hidup mati manusia.