Nota Cinta

Tuesday, July 22, 2003

Haid dan cara bersuci



PENGAJIAN KITAB BAHRULMAZI jilid 1 bab haid syarah ustaz Shamsuri 2003

STRATEGI SIASAH DAKWAH RASULULLAH SAW

28-01-03 Sahih Muttafakun Alai dari Abi Mas Ud ra (berjaya bunuh Abu Jahal dalam perang Badar) yang melaporkan tidak puas hati salah seorang tentang pembahagian harta rampasan perang kepada Rasulullah saw di mana yang miskin dapat kurang yang kaya daapat lebih. Sabda Nabi saw  “Siapa lebih adil dari Allah dan Rasul.” Tujuan melebihkan pembahagian kepada ketua suku Badwi walaupun kaya merupakan strategi dakwah siasah Islamiah kerana apabila ditarik ketua maka pengikutnya turut serta.

UJIAN DUNIA SEBAGAI PERLINDUNGAN DARI SEKSA NERAKA

Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Apabila Allah mahukan hambaNya dapat pahala, perlindungan rahmat kasih sayang dan hidayah kesedaran. Allah akan segerakan berikan balasan derita ujian peringatan dan lumrah hidup manusia. Tetapi sekiranya Allah mahukan hambaNya menerima azab dasyat seksaan hari akhirat. Allah membiarkan dan menambahkan lagi kelalaian hanyutnya dalam kehidupan kesedapan dunia.

Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw kepada Abu Talhah ra (10 sahabat dijamin syurga/ Syahid yang Hidup) yang diuji keguguran anak kecilnya meninggal dunia, “Allah akan menggantikan kamu dengan cahaya mata yang lebih baik”. Nabi saw menamakannya Abdullah bin Abu Talhah selepas majlis tahmid menyambut kelahiran kanak-kanak tersebut.

MUSLIM SUCI IKHTIKAD

Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Muslim bukan najis walaupun dalam keadaan junub. Huraian: Tiada nas Hadis Al-Quran mengatakn kanak-kanak muslim belum baligh itu najis melainkan terdapat najis kecil atau besar pada anggota tubuhnya. Menyentuh kanak-kanak muslim yang belum baligh tidak membatalkan wuduk dan sah solat melainkan kanak-kanak tersebut membawa najis.

TIDAK SEPENDAPAT TAPI TETAP MENGHORMATI GURU 

Imam Syafi’e berguru dengan Imam Malik tetapi Imam Syafi’e tidak sependapat dengan Imam Malek. Imam Syafi’e sangat menghormati imam Malik mazhab Maliki.

MANDI WAJIB SEBELUM SUBUH SEKALI DAN WUDUK SETIAP KALI SOLAT

Hasan Sahih AtTirmizi sabda nabi saw kepada Hamnah bt Jaqshim radiallahu anha kakak ipar baginda. Guna kapas sebagai pad atau penampan menutup darah haid yang keluar. Sekiranya terlalu banyak, mandi wajib ambil wuduk sebelum solat subuh diikuti solat fadhu yang lain cukup sekadar cuci najis dan ambil wuduk. Kekerapan mandi wajib itu lebih baik kerana darah haid yang keluar melebihi tempoh itu merupakan tendangan dari syaitan. Anggap selepas 6 hari haid itu adalah penyakit. Mandi dan terus solat atau puasa seperti biasa. Yang paling aku suka jika berkuasa, mandi wajib pada subuh, ketika hujung waktu zohor didekatkan waktu asar dan ketika maghrib didekatkan isyak.

HADIS TIDAK BOLEH DITERJEMAH DENGAN TAFSIRAN AKAL

Setiap hadis tidak boleh diterjemah dengan tafsiran akal mesti tengok huraian hadis. Sebagai contoh Hadis AtTirmizi mesti merujuk huraian dalam kitab Sunan AtTirmizi. Sahih Bukhari mesti merujuk huraian kitab Fathul Bari dan huraian bagi Sahih Muslim mesti merujuk huraian dalam kitab Syarah Muslim untuk penerangan yang jelas.

AL-QURAN TIDAK BOLEH DITAFSIR DENGAN AKAL 

Sebagai contoh maksud hadis = kafir ini najis. Huraian terjemahan hadis. Kafir najis dari segi ikhtikad.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Siapa tafsir Al-Quran ikut akal fikiran walaupun betul, ia tetap dianggap salah. Salah tafsir Al-Quran akan ke neraka jahanam. Sahabatku merupakan rujukan tafsir Al-Quran dan Hadis. Kemudian alim ulama yang paling faham tentang Al-Quran dan Hadis merupakan rujukan terjemahan nas dan makna.

MAKSIAT PUNCA KELUAR YAKJUD MAKJUD

22-04-03 Sahih Muttafakun Alai dari Zainab bt Jaqsyim radialla hu anha sabda Nabi saw dalam keadaan pucat ketakutan. Yakjud dan Makjud dilepaskan apabila banyak berlaku maksiat dunia. Huraian beza pendapat ulama. Yakjud Makjud makan iman manusia menurut setengah atau makan semua benda hidup menurut setengah pendapat lain ulama.

HARAM LELAKI PAKAI EMAS

Sahih Muslim dari Ibni Abbas ra sabda Nabi saw. Lelaki memakai cincin emas sengaja mahukan dirinya dibakar di neraka.

TEMPOH HAID WANITA

Hasan Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Haid kebanyakan perempuan 6 atau 7 hari maka hari ke 8 puasalah bulan ramadhan dan wuduk setiap kali solat.  Mandikan waktu subuh wuduk dan solat Subuh. Himpunkan solat Zohor Asar dan Maghrib Isyak. Waktu siangnya puasa bulan ramadhan seperti biasa. 2 waktu solat sekali mandi wajib itu lebih cantik dan wuduk setiap untuk solat.

Gangguan sitem badan wanita akibat pemakanan tidak menentu dan stress bekerja. Wanita yang tidak boleh membezakan haid dan istihadzah.

CONTOH PENING MASYARAKAT TENTANG PERBAHASAN ULAMA MUJTAHID

Perbahasan Ulama antara Imam Syafie dan ulama-ulama dalam mazhab seperti Imam AnNawawi dan Imam Al-Ghazali serta lain-lainnya.
Contoh 1 pening masyarakat Islam tentang perbahasan pendapat. Pendapat Imam Syafie dan Pendapat Ulama-ulama Mazhab Syafie seperti imam AnNawawi dan lain-lain. Bahrulmazi ms 188
Pertama kali datang haid dalam hidup budak perempuan ini tak berhenti sampai 15 hari. Selama 15 hari semuanya haid. Jika lebih 15 hari, ia sah darah penyakit Istihadzah. Perlu diqadhakan 15 hari solat fardhu oleh Imam Syafi’e.

Menurut jumhur ulama-ulama Mazhab Syafi’e, tidak perlu solat 6-7 hari pertama Cuma wajib solat pada hari ke 7 dan seterusnya walaupun masih ada darah yang keluar.

SEDEKAH, DIZALIMI DAN MEMINTA-MINTA

27-05-03 Sahih AtTirmizi Allah SWT bersumpah 3 perkara atas lidah RasulNya. Harta tidak akan berkurang bila sedekah malah bertambah barakah. Sabar dizalimi akan ditambah kemuliaan disisi Allah. Meminta-minta akan menyebabkan kefakiran.

4 JENIS MANUSIA DI DUNIA

4 jenis manusia di dunia. Golongan terpuji ialah harta yang disedari bukan miliknya disebar.  Golongan kedua terpuji yang mengidamkan kekayaan harta untuk bersedekah. Golongan sangat keji ialah membelanjakan hartanya demi kepentingan diri. Golongan paling keji ialah miskin yang mengidamkan kekayaan untuk bersukaria.

NABI SAW BILA KAYA BERHARTA SEGERA BERSEDEKAH KESEMUANYA

Sahih Bukhari dari Jubair bin Mutt’aib ra sabda Nabi saw. Sekiranya aku berharta sekarang ini, aku akan segerakan sedekah semuanya pada kamu.

KESEDERHAAN HARTA RASULULLAH SAW 

Saidina Abu Bakar As Siddiq ra dan Saidina Omar Al-Khattab ra sedih dan menasihati Rasulullah saw bagaimana seorang pesuruh Allah tidur di atas tikar sedangkan Raja kafir Qaisar dan Basra tidur di atas tilam empuk.  Sabda Nabi saw. Yang empuk itu kesudahannya di neraka dan tikarku ini kesudahannya di syurga.

TAWAKAL SAIDINA ALI KARAMULLA HUWAJ HA

Bahrulmazi jilis 1 ms 190 Ketika perang Siffin, tentera Muawiyah Abu Suffyan yang hampir kalah menjunjung Al-Quran. Tentera Islam diarah Saidina Ali supaya menghentikan peperangan seperti disebut Al-Quran iaitu mesti terima musuh yang cenderung ke arah perdamaian dan selebihnya bertawakal. Sebahagian yang tidak bersetuju ini bertindak melampau dan ekstrem dengan keluar dari tentera Islam lalu menderhaka Saidina Ali.

QADHA PUASA DAN TIDAK QADHA SOLAT FARDHU SELEPAS HAID

Hasan Sahih AtTirmizi dari Aisyah ra. Nabi saw membenarkan perempuan tidak perlu qadha solat fardhu yang tertinggal melainkan wajib qadha puasa yang tertinggal bulan Ramadhan.

HUKUM HAID BACA QURAN

Hadis Daif AtTirmizi dari Ibnu Omar sabda Nabi saw. Junub dan haid tidak boleh baca Quran. Jumhur Ulama mengharamkan baca Quran ketika junub dan haid. Mazhab Maliki mengharuskan haid baca Al-Quran kerana haid bukan kehendak diri dan dikhuatiri lupa hafaz ayat Quran. Junub wajib mandi wajib sebelum baca Quran. Imam AtTirmizi merujuk mazhab Syafi'e berpegang pada jumhur majoriti ulama.

BOM BERANI MATI

Fatwa rasmi Al-Azhar dan Yusof Al-Qardawi yang digezet
Tafsir Ibnu Qasir. Nabi saw amat memarahi sekiranya peperangan melibatkan kematian wanita atau orang awam yang tidak berdosa. Jangan melampau membunuh musuh yang menyerah dan tidak berdosa. Nabi saw terlalu amat marah apabila musuh kafir yang dibunuh oleh tentera Islam mengucap 2 kalimah syahadah.
Pengebom berani mati di markas tentera musuh yang berhasrat menghancurkan Islam sah mati syahid dan pengebom berani mati di tempat awam atau umum tidak sah syahid atau mati sia-sia atau mati bunuh diri. Takut jihad yang diperngaruhi emosi dan melampau dari jalan kesederhanaan Islam membawa kemudaratan di akhirat. melampau bukan jalan Allah. INI JALAN ISLAM BUKAN EMOSI SENTIMEN SEMANGAT MELULU. Wallahu'alam. 

ISLAM LENGKAP & SEMPURNA JALAN HIDUP MUSLIM

Firman Allah wahyu akhir pada Rasulullah saw. Wahai Muhammad, hari ini Aku lengkapkan bagi kamu agama kamu. Aku redha Islam menjadi nikimat dan rahmat kehidupan kamu.

PAKAIAN TAQWA ATAU PAKAIAN KEROHANIAN

24-06-03 Firman Allah Al-Araf ayat 26 Wahai bani Adam atau wahai manusia, Kami menjadikan manusia pandai menjahit pakaian untuk menutup aurat dan berhias dalam berpakaian. Walau bagaimanapun menurut Ibnu Abbas ra, pakaian kerohanian amal soleh itu lebih baik.

HR AtTirmizi & Abu Daud dari Asma' radiallahu anha. Nabi saw memakai baju dengan lengan panjang dan sunnah bagi umat baginda yang memakai lengan panjang merupakan tanda warak.

SUNNAH SERBAN LILIT NABI SAW ATAU IMAMAH

Sahih Muslim dari Amru bin Hurais ra atau gelaran Abi Said. Nabi saw kelihatan hebat apabila memakai serban lilitan bewarna hitam ketika pembukaan kota Mekah walaupun baginda paling suka memakai serban putih. Ekor serban Rasulullah saw dibiarkan turun di belakang.

KAIN PUTIH 3 HELAI MEMBALUTI JENAZAH 

Sahih Muttafakun Alai dari A’isyah radiallahu anha. Nabi saw dikafankan 3 helai kain putih dan tidak dipakaikan serban.

ETIKA BERSAMA WANITA HAID 

Bahrulmazi jilid 1 ms 198 Hasan Sahih AtTirmizi dari A’isyah, Salamah dan Maimunah ra ketika datang haid. Nabi saw memesan supaya kain menutup dari lutut sampai ke pusat hingga lutut ketika tidur sambil sekadar memeluk.
Hasan gharib AtTirmizi dari Abdillah bin Saad, makan bersama-sama isteri yang haid tiada masalah. 
Hukum Islam, diharamkan jimak isteri dalam haid. Menghalalkan yang haram murtad secara automatik menurut himpunan nas Al-Quran dan himpunan Hadis Sahih. Sekiranya jahil atau lupa maka bertaubat dan memohon pengampunan dari Allah.

Fatwa Dr.Yusof Al-Qardawi berdasarkan nas kukuh Al-Quran dan Hadis. Masjid Surau Madrasah Sekolah Agama dalam kumpulan penerima zakat.

DILARANG WANITA HAID MASUK MASJID 

Hasan AtTurmuzi dari Al-Kasim bin Muhammad ra. Ketika Nabi saw sedang beriktikaf di dalam masjid, baginda menyuruh A'syah mengambil sejadah walaupun A'isyah dalam keadaan haid. Sabda Nabi saw. Jangan melangkah masuk dalam masjid, berikan padaku dari luar masjid kerana dikhuatiri darah haid terjatuh  dalam masjid.

PUKUL ANAK TIDAK SOLAT BILA ANAK BERUMUR 10 TAHUN

22-07-03 Hadis Riwayat Abu Daud sabda Nabi saw. Suruh anak mula solat ketika berumur 7 tahun. Pisahkan bilik anak ketika berumur 10 tahun. Pukul anak yang tidak mahu solat sekiranya berumur 10 tahun.

Firman Allah surah Taha ayat 132 Sebagai suami pastikan isteri solat. Sebagai isteri pastikan suami solat. Sebagai ibu bapa suruh anak solat. Bersabar di atas tindakan menyuruh solat.

SERIUS RASULLAH SAW TENTANG MEMAKAN HASIL YANG BUKAN HAK

Sahih Muttafakun Alai dari Abu Hurairah ra. Cucu kecil Rasulullah saw yang bernama Hasan anak Saidina Ali merangkak mengambil kurma yang dikhaskan untuk sedekah lalu memakannya. Nabi saw segera berusaha meluahkan cucunya kerana sabda baginda, diharamkan keturunan Nabi memakan hasil sedekah.

Huraian Hadis. Sesuatu yang bukan hak seperti rasuah akan merosakkan keturunan. Allah akan tunjuk pembalasan ujian sebagai balasan kerana tidak menjaga keturunan makan hasil yang bukan hak.

HARAM BERJIMAK MELALUI DUBUR ATAU KETIKA HAID

Pengajian bahrulmazi jilid 1 ms 203 HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Berjimak dengan isteri atau wanita ketika haid, berjimak melalui dubur atau liwat dan bertanyakan sesuatu ramalan pada bomoh akan menjadi kufur dengan Allah dan Al-Quran.

ETIKA CUCI NAJIS

Menurut mazhab Sya'fie Bersih najis guna air mutlak sehingga hilang warna, bau dan rasa. Rasa ialah menggunakan jari tangan merasakan permukaan mengesan najis. Islam itu mudah. Apabila yakin bersih maka sah solat puasa dan amalan yang lain. Sekiranya masih berbau maka ia masih najis.

MENYUCI NAJIS YANG TERKENA

Hasan Sahih AtTirmizi dari Asma' bt Abi Bakar As Siddiq ra sabda Nabi saw. Cuci najis seperti darah haid dan tahi cicak yang terkena tanpa perlu berwuduk semula. Huraian. Sekiranya betul-betul mengikut pendapat ijtihad mazhab Syafi'e dalam kes wuduk. Ia akan menyusahkan apabila terjadi kes bersentuhan dengan jemaah wanita bukan mahram ketika tawaf di ka'bah. Boleh memegang pendapat mazhab lain apabila berlaku keadaan seperti ini. Imam Syafi'e berijtihad sekiranya langsung tiada kain untuk solat atau tiada air maka solat tanpa pakaian. Ustaz Shamsuri menghurai peendapat imam Syafi'e memandangkan zaman sekarang dikhuatiri masyarakat memandang serong, maka elok di elakkan pendapat ijtihad imam Syafi'e ini.

Sahih Muslim Bukhari AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra. Nabi saw berjimak dengan semua isterinya dalam satu malam atas keizinan penggiliran semua isteri baginda. Kemudian Nabi saw mengakhiri dengan hanya sekali wuduk setelah selesai.


Sahih Muslim sabda Nabi saw. HARAM DUDUK ATAU BERSILA ATAS KUBUR. Lebih baik hangus dibakar api isi punggung dari duduk di atas kubur.

Sahih Bukhari sabda Nabi saw. HARAM LINTAS HADAPAN MELALUI TEMPAT SUJUD MUSLIM YANG TENGAH SOLAT.

Sahih Muslim sabda Nabi saw. JANGAN BIAR DAN HALANG ORANG MELINTAS TEMPAT SUJUD KETIKA SOLAT. sesungguhnya yang melintas itu adalah syaitan.






Tuesday, July 8, 2003

Jenazah 2003


Syarahan kitab Bahrulmazi jilid 7 bab Jenazah 2003 oleh Ust Shamsuri.

7 SURUHAN DAN LARANGAN SESAMA MUSLIM

08-07-03 Sahih Muttafakun Alai dari Al-Barra’ ra sabda Nabi saw menyuruh membuat 7 benda dan melarang 7 benda.

1.       Disuruh kaum lelaki ziarah orang sakit supaya mengambil iktibar dari musibah takdir.
2.       Disuruh kaum lelaki mengiringi mayat ke kubur supaya mengingati hari kematian diri sendiri.
3.       Disuruh kaum lelaki mendoakan orang yang bersin.
4.       Disuruh menolong orang yang bersumpah supaya lepas azab sumpah Allah ke atasnya.
5.       Disuruh menolong orang yang dizalimi dan dianiaya.
6.       Disuruh kaum lelaki munaikan jemputan kenduri kahwin.
7.       Disuruh kaum lelaki sebarkan salam sesama saudara Islam.

1.       Haram kaum lelaki pakai cincin emas
2.       Diharamkan makan minum dari bekas perak atau emas
3.       Haram guna hamparan kain sutera merah
4.       Haram campuran sutera bagi kaum lelaki
5.       Haram kaum lelaki memakai kain sutera
6.       Haram kaum lelaki memakai sutera tebal
7.       Haram kaum lelaki memakai sutera halus

Hadis isnad yang Hasan AtTirmizi dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Penat hasil kerja akan dikifaratkan dosa kecil. Ujian bala merupakan anugerah kurniaan pahala oleh Allah.

BUKA 3 IKATAN SYAITAN KETIKA BANGUN 
SUBUH IAITU SEBUT ALLAH, WUDUK DAN SOLAT 

14-10-03 Sahih Muttafakun Alai dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Syaitan melakukan 3 ikatan sambil supaya manusia teus tidur sampai ke pagi. Sesiapa yang bangun tengah malam sambil menyebut mana-mana perkataan di dalamnya mempunyai sebutan Allah maka lerai 1 ikatan. Kemudian sekiranya mengambil wuduk akan meleraikan ikatan ke 2. Sekiranya solat sunat tengah malam akan lerai seluruh ikatan dan keesokannya akan lebih cergas, rajin dan sangat bertenaga.

Sahih Muttafakun Alai dari Ibnu Mas’ud ra sabda Nabi saw. Syaitan kencing pada 2 lubang telinga manusia supaya sukar bangun pagi.
Sahih Muttafakun Alai dari Abdullah bin Amru bin Al-Az sabda Nabi saw. Amat dikesali dahulu baik sekarang sebaliknya.

HIDUPKAN DAN MATIKAN DIRI INI KERANA ALLAH

Hasan lagi Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW mengajarkan pada para sahabat, “hanya satu doa melibatkan kematian dibenarkan iaitu Ya Allah, hidupkanku dan matikanku sekiranya ia baik bagiku.”

Sahih Muslim sabda Nabi saw setiap penawar atau ubat ada yang sesuai dan ada yang tidak sesuai dengan pesakit.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA 

Riwayat Abu Daud, AtTirmizi, AnNasa’i, Ibnu Majah dan lain-lain. Sabda Nabi saw. Setiap ubat ada yang sesuai dan ada yang tidak sesuai dengan sakit tersebut. Sakit yang tidak boleh diubati ialah sakit tua.

DOA RINGKAS GUNA PENAWAR MADU LEBAH UBATI PENYAKIT

Sahih Muslim Bukhari sabda Rasulullah saw kepada seorang sahabat yang asyik berulang alik 4 kali berjumpa Nabi saw kerana sakit perut abangnya semakin menjadi-jadi. “Surah AnNahlu ayat 69, Allah menyebut “fihi syifa ullinaz” madu lebah penawar penyakit dan perut abang kamu yang berbohong.” Akhirnya kali ke 4 diizinkan Allah sembuh.  

JAMPI JIBRIL UBATI NABI

Hasan lagi Sahih ArTirmizi Bacaan Jibril ketika ziarah dan menyembuhkan Nabi saw yang sedang sakit. “Bizmillahi arqi’ wallahu yashfiq.” Dengan nama Allah aku jampi engkau kerana Allah sahaja yang menyembuh engkau.

GELARAN DAN DOA PADA NAMA PARA SAHABAT

Gelaran Abu Hurairah (bapa anak kucing)=Abu =bapa dan Hurairah = anak kucing kerana Abu Hurairah selalu memanjakan dan menyayangi kucing.
Saidina Ali Karamulla huwajha=Allah memuliakan wajah Saidina Ali kerana tidak pernah menyembah berhala ketika hayatnya dan baginda merupakan kanak-kanak yang mula-mula memeluk Islam.

JAMPIAN NABI SAW UNTUK RAWAT PENYAKIT

Sahih AtTirmizi, Anaz bin Malek ra menjampi pesakit dengan jampian Rasulullah saw Allahumma rabbannaz muzhibalba’ ashfi anta syafi la shafi illa anta shifa an la yughadiru saqaman.” Wahai Tuhanku yang memulihkan lagi menghilang kesakitan manusia. Sembuhkanlah penyakit kerana Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada yang menyembuhkan melainkan Engkau yang menyembuhkan sakit itu.  

Monday, July 7, 2003

Seksa neraka tiada tandingan deraan paling dasyat dunia



7-7-03 SENGSARA AKHIRAT TIADA BANDINGAN SEKSA CEDERA PARAH DUNIA

Hasan gharib AtTirmizi dari Abi Zar, Siti Aisyah, Abi Hurairah, Anaz bin Malek dan Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Seluruh malaikat sujud pada Allah memenuhi segenap lapisan ruang langit. Demi Allah, sekiranya manusia dapat melihat neraka seperti Allah beri lihat padaku nescaya semuanya gentar takut kepada Allah.

Monday, June 9, 2003

Suami Isteri 2003



Kuliah pengajian Bahrulmazi jilid 9 Suami Isteri 2003 syarah Ustaz Shamsuri

ALLAH GEMBIRA SEKIRANYA HAMBANYA BERTAUBAT

13-1-03 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Allah sangat gembira apabila umatnya bertaubat padaNya.

Sahih Muslim dari Abi Musa bin Kais al-Ash’ari ra sabda Nabi saw. Allah sentiasa membuka pintu taubatNya sepanjang kehidupan di dunia kecuali mati dan kiamat.

HARAM MINTA CERAI

Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Haram minta cerai.

BERLUMBALAH DAN SEGERAKAN BERBUAT BAIK

10-3-03 Sahih Muttafakun Alai dari Jabir ra. Al-Imran 133 Berlumbalah membuat kebaikan kerana syurga disediakan pada muslim yang bertaqwa. Setelah sabda Nabi saw tentang janji syurga Allah ketika perang Uhud. Para sahabat segera berjuang habis-habisan sehingga syahid. 

Sahih Bukhari dari Uqbah bin Al-Harith ra sabda Nabi saw. Para sahabat terkejut apabila Nabi saw bangun tergesa-gesa pulang ke rumah dari tempat imam setelah selesai memberi salam dalam solat berjemaah. Aku sangat tidak selesa apabila emas yang dihadiahkan padaku itu disimpan di rumahku lalu aku segerakan sedekah untuk keperluan fakir miskin. 

TEMPOH IDAH KEMATIAN SUAMI

Hasan AtTirmizi dari Abi Sanabil ra sabda Nabi saw. Tempoh Idah perempuan yang mengandung akibat kematian suami ialah setelah melahirkan anak atau 4 bulan 10 hari.
Hasan AtTirmizi dari Zainab bt Jaqsyim ra sabda Nabi saw. Jangan berhias walaupun sakit dalam tempoh idah selama 4 bulan 10 hari.

MUHASABAH DIRI ADAKAH CUKUP PERSEDIAAN AKHIRAT

14-4-03 Sahih Muslim dari Jarir bin Abdillah ra sabda Nabi saw merujuk Al-Quran. Takutlah kepada Tuhan kamu yang asal kejadian setiap dari kamu itu dari seorang manusia iaitu Adam as. Muhasabahlah diri tentang persediaan akhirat.

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Siapa yang membuat dosa dan perbuatan dosanya itu diikuti oleh orang lain.  Orang yang memulakan benda jahat itu akan menanggung dosa perbuatan jahat orang lain yang mengikutnya.


HARAM BERSETUBUH DENGAN ISTERI YANG DISAMAKAN DENGAN MAHRAM DAN DIHUKUM ZIHAR

Hasan Gharib lagi Sahih AtTirmizi dari Ibnu Abbas sabda Nabi saw. Haram bersetubuh dengan isteri yang diziharkan iaitu menyamakan bentuk fizikal isterinya dengan mahramnya melainkan setelah membayar denda. 

Hasan AtTirmizi sabda Nabi saw sekiranya tidak mampu puasa 2 bulan berturut-turut maka berikan 60 bungkus makanan yang mengenyangkan untuk orang miskin.  

ALLAH MENERIMA TAUBAT KECUALI ORANG 
YANG BANGGA DENGAN KEJAHATANNYA

12-5-03 Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw Tuhan akan mengampunkan umatku yang bertaubat melainkan manusia yang bangga kejahatannya.  

TUTUP KEBURUKAN ORANG LAIN DAN JANGAN HINA

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Allah menutup keburukan manusia di akhirat sekiranya manusia itu menutup keburukan orang lain ketika di dunia. 

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw jangan hina pesalah yang telah dihukum kerana ia membantu syaitan. 

KAFARAH LANGGAR SUMPAH

HR AtTirmizi dari Aisyah ra Nabi saw pernah melanggar sumpah tidak menyentuh isteri-isterinya kerana ingin menumpukan ibadah untuk tempoh tertentu. Baginda telah membayar kafarah sumpah. 

Mazhab Syafie, Hambali dan Maliki. Suami yang bersumpah dengan nama Allah  tidak menyetubuhi isterinya lebih 4 bulan, mahkamah berhak menahannya samada balik kepada isteri atau disuruh cerai. 

JANGAN TUDUH ZINA MELAINKAN CUKUP SAKSI

Li’an atau sumpah menyebut wallahi 5 kali menuduh isteri zina tanpa saksi. 

HR AtTirmizi sabda Nabi saw kepada Abu Dardak atau Uwaimir ra dan isterinya. Suami isteri mesti bersumpah 4 kali atas pertuduhan zina isteri dan sumpah ke 5 menyebut. “Wallahi, laknat Allah akan timpa kepadaku sekiranya aku salah.” Sabda Nabi saw lagi. Hukuman rejam sampai mati itu lebih ringan dari azab Allah di akhirat.  Haram rujuk atau berkahwin selama-lamanya selepas hukuman li’an.  Hudud digugurkan kerana ada syubhat. Menuduh zina tanpa 4 saksi yang melihat hubungan seks di hadapan mata akan disebat 80 kali.  

SETIAP PEKERJAAN TIDAK DILAKUKAN SEORANG DIRI

09-6-03 Sahih Bukhari dari Mus’ab bin Saad Abi Waqas ra sabda Nabi saw. Sesuatu kerja tidak dapat dilakukan seorang diri walau sehebat mana sekalipun. Orang yang kita pandang hina itu adalah yang banyak menolong kita. 

HR Abu Daud dari Abu Dardak ra sabda Nabi saw. Carilah aku dikalangan orang-orang yang lemah. 

HR AnNasa’i dari Abu Syuraisyh sabda Nabi saw. Jangan sia-siakan 2 golongan daif  iaitu anak yatim dan wanita. 

Sahih Muttafakun Alai ari A’isyah ra sabda Nabi saw. Membesarkan anak perempuan dengan sabar dan baik akan masuk ke syurga.

HR AtTirmizi dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw kepada Hilal yang menuduh isterinya berzina. Hadirkan 4 saksi yang melihat zakar dimasukkan ke faraj atau disebat 80 kali. Sabda Nabi saw kepada Hilal dan isterinya lagi, kali ke 5 ini sekiranya bersumpah, Allah pasti menurunkan bala kepada mereka yang bohong. 

Sahih AtTirmizi dari Ibnu Omar ra. Hukum Li’an isteri dan suami bercerai secara automatik. Wanita yang kematian isteri tinggal di rumah suaminya sehingga habis idah.