Nota Cinta

Tuesday, July 22, 2003

Haid dan cara bersuci



PENGAJIAN KITAB BAHRULMAZI jilid 1 bab haid syarah ustaz Shamsuri 2003

STRATEGI SIASAH DAKWAH RASULULLAH SAW

28-01-03 Sahih Muttafakun Alai dari Abi Mas Ud ra (berjaya bunuh Abu Jahal dalam perang Badar) yang melaporkan tidak puas hati salah seorang tentang pembahagian harta rampasan perang kepada Rasulullah saw di mana yang miskin dapat kurang yang kaya daapat lebih. Sabda Nabi saw  “Siapa lebih adil dari Allah dan Rasul.” Tujuan melebihkan pembahagian kepada ketua suku Badwi walaupun kaya merupakan strategi dakwah siasah Islamiah kerana apabila ditarik ketua maka pengikutnya turut serta.

UJIAN DUNIA SEBAGAI PERLINDUNGAN DARI SEKSA NERAKA

Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Apabila Allah mahukan hambaNya dapat pahala, perlindungan rahmat kasih sayang dan hidayah kesedaran. Allah akan segerakan berikan balasan derita ujian peringatan dan lumrah hidup manusia. Tetapi sekiranya Allah mahukan hambaNya menerima azab dasyat seksaan hari akhirat. Allah membiarkan dan menambahkan lagi kelalaian hanyutnya dalam kehidupan kesedapan dunia.

Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw kepada Abu Talhah ra (10 sahabat dijamin syurga/ Syahid yang Hidup) yang diuji keguguran anak kecilnya meninggal dunia, “Allah akan menggantikan kamu dengan cahaya mata yang lebih baik”. Nabi saw menamakannya Abdullah bin Abu Talhah selepas majlis tahmid menyambut kelahiran kanak-kanak tersebut.

MUSLIM SUCI IKHTIKAD

Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Muslim bukan najis walaupun dalam keadaan junub. Huraian: Tiada nas Hadis Al-Quran mengatakn kanak-kanak muslim belum baligh itu najis melainkan terdapat najis kecil atau besar pada anggota tubuhnya. Menyentuh kanak-kanak muslim yang belum baligh tidak membatalkan wuduk dan sah solat melainkan kanak-kanak tersebut membawa najis.

TIDAK SEPENDAPAT TAPI TETAP MENGHORMATI GURU 

Imam Syafi’e berguru dengan Imam Malik tetapi Imam Syafi’e tidak sependapat dengan Imam Malek. Imam Syafi’e sangat menghormati imam Malik mazhab Maliki.

MANDI WAJIB SEBELUM SUBUH SEKALI DAN WUDUK SETIAP KALI SOLAT

Hasan Sahih AtTirmizi sabda nabi saw kepada Hamnah bt Jaqshim radiallahu anha kakak ipar baginda. Guna kapas sebagai pad atau penampan menutup darah haid yang keluar. Sekiranya terlalu banyak, mandi wajib ambil wuduk sebelum solat subuh diikuti solat fadhu yang lain cukup sekadar cuci najis dan ambil wuduk. Kekerapan mandi wajib itu lebih baik kerana darah haid yang keluar melebihi tempoh itu merupakan tendangan dari syaitan. Anggap selepas 6 hari haid itu adalah penyakit. Mandi dan terus solat atau puasa seperti biasa. Yang paling aku suka jika berkuasa, mandi wajib pada subuh, ketika hujung waktu zohor didekatkan waktu asar dan ketika maghrib didekatkan isyak.

HADIS TIDAK BOLEH DITERJEMAH DENGAN TAFSIRAN AKAL

Setiap hadis tidak boleh diterjemah dengan tafsiran akal mesti tengok huraian hadis. Sebagai contoh Hadis AtTirmizi mesti merujuk huraian dalam kitab Sunan AtTirmizi. Sahih Bukhari mesti merujuk huraian kitab Fathul Bari dan huraian bagi Sahih Muslim mesti merujuk huraian dalam kitab Syarah Muslim untuk penerangan yang jelas.

AL-QURAN TIDAK BOLEH DITAFSIR DENGAN AKAL 

Sebagai contoh maksud hadis = kafir ini najis. Huraian terjemahan hadis. Kafir najis dari segi ikhtikad.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Siapa tafsir Al-Quran ikut akal fikiran walaupun betul, ia tetap dianggap salah. Salah tafsir Al-Quran akan ke neraka jahanam. Sahabatku merupakan rujukan tafsir Al-Quran dan Hadis. Kemudian alim ulama yang paling faham tentang Al-Quran dan Hadis merupakan rujukan terjemahan nas dan makna.

MAKSIAT PUNCA KELUAR YAKJUD MAKJUD

22-04-03 Sahih Muttafakun Alai dari Zainab bt Jaqsyim radialla hu anha sabda Nabi saw dalam keadaan pucat ketakutan. Yakjud dan Makjud dilepaskan apabila banyak berlaku maksiat dunia. Huraian beza pendapat ulama. Yakjud Makjud makan iman manusia menurut setengah atau makan semua benda hidup menurut setengah pendapat lain ulama.

HARAM LELAKI PAKAI EMAS

Sahih Muslim dari Ibni Abbas ra sabda Nabi saw. Lelaki memakai cincin emas sengaja mahukan dirinya dibakar di neraka.

TEMPOH HAID WANITA

Hasan Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw. Haid kebanyakan perempuan 6 atau 7 hari maka hari ke 8 puasalah bulan ramadhan dan wuduk setiap kali solat.  Mandikan waktu subuh wuduk dan solat Subuh. Himpunkan solat Zohor Asar dan Maghrib Isyak. Waktu siangnya puasa bulan ramadhan seperti biasa. 2 waktu solat sekali mandi wajib itu lebih cantik dan wuduk setiap untuk solat.

Gangguan sitem badan wanita akibat pemakanan tidak menentu dan stress bekerja. Wanita yang tidak boleh membezakan haid dan istihadzah.

CONTOH PENING MASYARAKAT TENTANG PERBAHASAN ULAMA MUJTAHID

Perbahasan Ulama antara Imam Syafie dan ulama-ulama dalam mazhab seperti Imam AnNawawi dan Imam Al-Ghazali serta lain-lainnya.
Contoh 1 pening masyarakat Islam tentang perbahasan pendapat. Pendapat Imam Syafie dan Pendapat Ulama-ulama Mazhab Syafie seperti imam AnNawawi dan lain-lain. Bahrulmazi ms 188
Pertama kali datang haid dalam hidup budak perempuan ini tak berhenti sampai 15 hari. Selama 15 hari semuanya haid. Jika lebih 15 hari, ia sah darah penyakit Istihadzah. Perlu diqadhakan 15 hari solat fardhu oleh Imam Syafi’e.

Menurut jumhur ulama-ulama Mazhab Syafi’e, tidak perlu solat 6-7 hari pertama Cuma wajib solat pada hari ke 7 dan seterusnya walaupun masih ada darah yang keluar.

SEDEKAH, DIZALIMI DAN MEMINTA-MINTA

27-05-03 Sahih AtTirmizi Allah SWT bersumpah 3 perkara atas lidah RasulNya. Harta tidak akan berkurang bila sedekah malah bertambah barakah. Sabar dizalimi akan ditambah kemuliaan disisi Allah. Meminta-minta akan menyebabkan kefakiran.

4 JENIS MANUSIA DI DUNIA

4 jenis manusia di dunia. Golongan terpuji ialah harta yang disedari bukan miliknya disebar.  Golongan kedua terpuji yang mengidamkan kekayaan harta untuk bersedekah. Golongan sangat keji ialah membelanjakan hartanya demi kepentingan diri. Golongan paling keji ialah miskin yang mengidamkan kekayaan untuk bersukaria.

NABI SAW BILA KAYA BERHARTA SEGERA BERSEDEKAH KESEMUANYA

Sahih Bukhari dari Jubair bin Mutt’aib ra sabda Nabi saw. Sekiranya aku berharta sekarang ini, aku akan segerakan sedekah semuanya pada kamu.

KESEDERHAAN HARTA RASULULLAH SAW 

Saidina Abu Bakar As Siddiq ra dan Saidina Omar Al-Khattab ra sedih dan menasihati Rasulullah saw bagaimana seorang pesuruh Allah tidur di atas tikar sedangkan Raja kafir Qaisar dan Basra tidur di atas tilam empuk.  Sabda Nabi saw. Yang empuk itu kesudahannya di neraka dan tikarku ini kesudahannya di syurga.

TAWAKAL SAIDINA ALI KARAMULLA HUWAJ HA

Bahrulmazi jilis 1 ms 190 Ketika perang Siffin, tentera Muawiyah Abu Suffyan yang hampir kalah menjunjung Al-Quran. Tentera Islam diarah Saidina Ali supaya menghentikan peperangan seperti disebut Al-Quran iaitu mesti terima musuh yang cenderung ke arah perdamaian dan selebihnya bertawakal. Sebahagian yang tidak bersetuju ini bertindak melampau dan ekstrem dengan keluar dari tentera Islam lalu menderhaka Saidina Ali.

QADHA PUASA DAN TIDAK QADHA SOLAT FARDHU SELEPAS HAID

Hasan Sahih AtTirmizi dari Aisyah ra. Nabi saw membenarkan perempuan tidak perlu qadha solat fardhu yang tertinggal melainkan wajib qadha puasa yang tertinggal bulan Ramadhan.

HUKUM HAID BACA QURAN

Hadis Daif AtTirmizi dari Ibnu Omar sabda Nabi saw. Junub dan haid tidak boleh baca Quran. Jumhur Ulama mengharamkan baca Quran ketika junub dan haid. Mazhab Maliki mengharuskan haid baca Al-Quran kerana haid bukan kehendak diri dan dikhuatiri lupa hafaz ayat Quran. Junub wajib mandi wajib sebelum baca Quran. Imam AtTirmizi merujuk mazhab Syafi'e berpegang pada jumhur majoriti ulama.

BOM BERANI MATI

Fatwa rasmi Al-Azhar dan Yusof Al-Qardawi yang digezet
Tafsir Ibnu Qasir. Nabi saw amat memarahi sekiranya peperangan melibatkan kematian wanita atau orang awam yang tidak berdosa. Jangan melampau membunuh musuh yang menyerah dan tidak berdosa. Nabi saw terlalu amat marah apabila musuh kafir yang dibunuh oleh tentera Islam mengucap 2 kalimah syahadah.
Pengebom berani mati di markas tentera musuh yang berhasrat menghancurkan Islam sah mati syahid dan pengebom berani mati di tempat awam atau umum tidak sah syahid atau mati sia-sia atau mati bunuh diri. Takut jihad yang diperngaruhi emosi dan melampau dari jalan kesederhanaan Islam membawa kemudaratan di akhirat. melampau bukan jalan Allah. INI JALAN ISLAM BUKAN EMOSI SENTIMEN SEMANGAT MELULU. Wallahu'alam. 

ISLAM LENGKAP & SEMPURNA JALAN HIDUP MUSLIM

Firman Allah wahyu akhir pada Rasulullah saw. Wahai Muhammad, hari ini Aku lengkapkan bagi kamu agama kamu. Aku redha Islam menjadi nikimat dan rahmat kehidupan kamu.

PAKAIAN TAQWA ATAU PAKAIAN KEROHANIAN

24-06-03 Firman Allah Al-Araf ayat 26 Wahai bani Adam atau wahai manusia, Kami menjadikan manusia pandai menjahit pakaian untuk menutup aurat dan berhias dalam berpakaian. Walau bagaimanapun menurut Ibnu Abbas ra, pakaian kerohanian amal soleh itu lebih baik.

HR AtTirmizi & Abu Daud dari Asma' radiallahu anha. Nabi saw memakai baju dengan lengan panjang dan sunnah bagi umat baginda yang memakai lengan panjang merupakan tanda warak.

SUNNAH SERBAN LILIT NABI SAW ATAU IMAMAH

Sahih Muslim dari Amru bin Hurais ra atau gelaran Abi Said. Nabi saw kelihatan hebat apabila memakai serban lilitan bewarna hitam ketika pembukaan kota Mekah walaupun baginda paling suka memakai serban putih. Ekor serban Rasulullah saw dibiarkan turun di belakang.

KAIN PUTIH 3 HELAI MEMBALUTI JENAZAH 

Sahih Muttafakun Alai dari A’isyah radiallahu anha. Nabi saw dikafankan 3 helai kain putih dan tidak dipakaikan serban.

ETIKA BERSAMA WANITA HAID 

Bahrulmazi jilid 1 ms 198 Hasan Sahih AtTirmizi dari A’isyah, Salamah dan Maimunah ra ketika datang haid. Nabi saw memesan supaya kain menutup dari lutut sampai ke pusat hingga lutut ketika tidur sambil sekadar memeluk.
Hasan gharib AtTirmizi dari Abdillah bin Saad, makan bersama-sama isteri yang haid tiada masalah. 
Hukum Islam, diharamkan jimak isteri dalam haid. Menghalalkan yang haram murtad secara automatik menurut himpunan nas Al-Quran dan himpunan Hadis Sahih. Sekiranya jahil atau lupa maka bertaubat dan memohon pengampunan dari Allah.

Fatwa Dr.Yusof Al-Qardawi berdasarkan nas kukuh Al-Quran dan Hadis. Masjid Surau Madrasah Sekolah Agama dalam kumpulan penerima zakat.

DILARANG WANITA HAID MASUK MASJID 

Hasan AtTurmuzi dari Al-Kasim bin Muhammad ra. Ketika Nabi saw sedang beriktikaf di dalam masjid, baginda menyuruh A'syah mengambil sejadah walaupun A'isyah dalam keadaan haid. Sabda Nabi saw. Jangan melangkah masuk dalam masjid, berikan padaku dari luar masjid kerana dikhuatiri darah haid terjatuh  dalam masjid.

PUKUL ANAK TIDAK SOLAT BILA ANAK BERUMUR 10 TAHUN

22-07-03 Hadis Riwayat Abu Daud sabda Nabi saw. Suruh anak mula solat ketika berumur 7 tahun. Pisahkan bilik anak ketika berumur 10 tahun. Pukul anak yang tidak mahu solat sekiranya berumur 10 tahun.

Firman Allah surah Taha ayat 132 Sebagai suami pastikan isteri solat. Sebagai isteri pastikan suami solat. Sebagai ibu bapa suruh anak solat. Bersabar di atas tindakan menyuruh solat.

SERIUS RASULLAH SAW TENTANG MEMAKAN HASIL YANG BUKAN HAK

Sahih Muttafakun Alai dari Abu Hurairah ra. Cucu kecil Rasulullah saw yang bernama Hasan anak Saidina Ali merangkak mengambil kurma yang dikhaskan untuk sedekah lalu memakannya. Nabi saw segera berusaha meluahkan cucunya kerana sabda baginda, diharamkan keturunan Nabi memakan hasil sedekah.

Huraian Hadis. Sesuatu yang bukan hak seperti rasuah akan merosakkan keturunan. Allah akan tunjuk pembalasan ujian sebagai balasan kerana tidak menjaga keturunan makan hasil yang bukan hak.

HARAM BERJIMAK MELALUI DUBUR ATAU KETIKA HAID

Pengajian bahrulmazi jilid 1 ms 203 HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Berjimak dengan isteri atau wanita ketika haid, berjimak melalui dubur atau liwat dan bertanyakan sesuatu ramalan pada bomoh akan menjadi kufur dengan Allah dan Al-Quran.

ETIKA CUCI NAJIS

Menurut mazhab Sya'fie Bersih najis guna air mutlak sehingga hilang warna, bau dan rasa. Rasa ialah menggunakan jari tangan merasakan permukaan mengesan najis. Islam itu mudah. Apabila yakin bersih maka sah solat puasa dan amalan yang lain. Sekiranya masih berbau maka ia masih najis.

MENYUCI NAJIS YANG TERKENA

Hasan Sahih AtTirmizi dari Asma' bt Abi Bakar As Siddiq ra sabda Nabi saw. Cuci najis seperti darah haid dan tahi cicak yang terkena tanpa perlu berwuduk semula. Huraian. Sekiranya betul-betul mengikut pendapat ijtihad mazhab Syafi'e dalam kes wuduk. Ia akan menyusahkan apabila terjadi kes bersentuhan dengan jemaah wanita bukan mahram ketika tawaf di ka'bah. Boleh memegang pendapat mazhab lain apabila berlaku keadaan seperti ini. Imam Syafi'e berijtihad sekiranya langsung tiada kain untuk solat atau tiada air maka solat tanpa pakaian. Ustaz Shamsuri menghurai peendapat imam Syafi'e memandangkan zaman sekarang dikhuatiri masyarakat memandang serong, maka elok di elakkan pendapat ijtihad imam Syafi'e ini.

Sahih Muslim Bukhari AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra. Nabi saw berjimak dengan semua isterinya dalam satu malam atas keizinan penggiliran semua isteri baginda. Kemudian Nabi saw mengakhiri dengan hanya sekali wuduk setelah selesai.


Sahih Muslim sabda Nabi saw. HARAM DUDUK ATAU BERSILA ATAS KUBUR. Lebih baik hangus dibakar api isi punggung dari duduk di atas kubur.

Sahih Bukhari sabda Nabi saw. HARAM LINTAS HADAPAN MELALUI TEMPAT SUJUD MUSLIM YANG TENGAH SOLAT.

Sahih Muslim sabda Nabi saw. JANGAN BIAR DAN HALANG ORANG MELINTAS TEMPAT SUJUD KETIKA SOLAT. sesungguhnya yang melintas itu adalah syaitan.






No comments:

Post a Comment