Nota Cinta

Saturday, July 29, 2023

Manusia Kesuntukan Masa Dalam Mencari Bekalan Akhirat

Ceramah Khas Dato' Shamsuri Hj Ahmad. Sahih Muslim, Pada zaman governor Al-Mughirah b Syu'bah, Said b Zaid ra(salah seorang 10 sahabat dijamin syurga)sabda Nabi s.a.w, "Allah SWT akan benamkan sesiapa yang mengambil tanah secara haram walaupun seluas sejengkal." Said b Zaid telah difitnah mengambil tanah secara haram dan doa beliau yang teraniaya itu dimakbulkan Allah sehingga si penuduh menjadi buta sebelum mati. Sahih Musnad Imam Ahmad, Said bersumpah dengan nama Allah, "sabda Rasulullah saw, debu amalan para sahabat yang berperang bersama baginda lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding seluruh amalan kebaikan yang manusia lakukan." Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji? (Al-'Ankabuut 29:2) Sahih Bukhari, Setelah Rasulullah saw dihina, dipukul dan dihalau dari Mekah, mala'ikat Jibril menjelma dalam gumpalan awan, bersamanya ialah mala'ikat penjaga gunung yang bersedia untuk terbalikkan 2 gunung kepada penduduk Ta'if. Sabda Rasulullah saw, jangan, kita berdoa agar mereka diberi hidayah tidak syirik Allah SWT." Sekadar renungan kata-kata akhir ikonik terkenal dunia. Saat ini aku berbaring di hospital, merenungi jalan kehidupanku, kekayaan, nama, dan kedudukan yang dikejar semasa hayatku itu tidak bermakna lagi, (kata-kata akhir Steve Jobs sebelum menemui ajalnya di usia 56 tahun akibat kanser pankreas) Saya mempunyai kereta termahal di dunia tetapi kini saya berkerusi roda. Rumah saya seperti istana penuh dengan pakaian berjenama lagi berharga. Tetapi kini, badan saya dibalut dengan cadar kecil hospital. (Kata-kata akhir Crisda Rodriguez sebelum menemui ajal di usia 40 tahun akibat kanser perut)
Sahih At Tirmizi dsri A'isyah ra, Rasulullah saw begitu susah ketika sakaratul maut baginda. Sabda Rasulullah saw, umur umatku antara 60 hingga 70 tahun dan tidak ramai berjaya melebihi 70 tahun Riwayat Abu Hurairah ra pesan Rasulullah saw. Jangan dengki, menipu, benci, saling menzalimi, nerendahkan dan menghina sesama muslim. Rasulullah saw mengulangi 3 kali, "Taqwa ada di hati tidak perlu menunjuk." Cukup dia adalah jahat sekiranya, menumpahkan darah, mengambil harta secara haram dan menjatuhkan maruah serta kehormatan sesama muslim. Sahih Muslim Riwayat Abu hurairah ra, sabda Nabi saw. muflis dalam Islam ialah seluruh pahala ibadahnya habis ditolak diberikan kepada orang yang disakitinya manakala lebihan dosa itu mencampakkan dirinya ke neraka.

Monday, July 17, 2023

Surah Nuh 71:14 Pendengaran dicipta kemudian penglihatan kemudian hati, Hadis Duit

17-07-2023 Ustaz Dato' Hj Shamsuri Hj Ahmad: Tafsir Surah Nuh, Ayat 14-20 | Tafsir Nurul Ehsan Jld 4 Sahih Muslim dari Hakim b Hizam ra sabda Nabi saw. duit jika dicari dan dibelanjakan ke jalan ibadah akan diberkati Allah tetapi akan merosakkan diri jika dicari dan dibelanjakan ke jalan nafsu serakah. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Sahih At Tirmizi dari Kaap b Iyad ra sabda Nabi saw. Setiap umat para Nabi ada ujian berbeza tetapi ujian umatku ialah harta. Sahih At Tirmizi riwayat Kaap b Malek ra sabda Nabi saw. Manusia lebih dasyat memburu duit berbanding serigala yang menerkam mangsanya. Sahih Bukhari, sabda Nabi saw. Suatu masa nanti, manusia tidak mempedulikan halal haram dalam mencari dan membelanjakan duit. Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Uqbah b Amir ra, sabda Nabi saw. Surah Al-An'Am ayat 6:44, (Istidraj - Kemewahan yang dilimpahkan kepada manusia yang dilupakan oleh Allah SWT) Tafsir Surah Nuh ayat 14-20 (Nuh 71:14) : Manusia diciptakan berperingkat (An Nahl 16:78 Al-Mukminun 23:78 As-Sajdah 32:9 Al-Mulk 27:23) keluar dari kandungan ibu dimulai pendengaran kemudian penglihatan dan seterusnya hati. (Surah At-Tin 95:1-8) Diciptakan cantik sebaik-baik kejadian tetapi kemudian manusia menyalahinya (Al-Hujuraat 49:13) diciptakan lelaki dan perempuan pelbagai suku bangsa supaya berkenal berdakwah (Nuh 71:15) : Langit diciptakan 7 lapis tingkatan (Nuh 71:16) : Bulan diciptakan sebagai biasan cahaya manakala Matahari sebagai punca lampu (Nuh 71:17) : Manusia hidup dari makanan sumber tanah iaitu tumbuhan (Nuh 71:18) : Manusia mati kembali kepada tanah kubur dan menanti dihidupkan semula untuk hari pembalasan (Nuh 71:19) : Bumi diperlihatkan hamparan rata (Nuh 71:20) : Agar manusia boleh berjalan di atasnya

Wednesday, July 12, 2023

Ahli Syahid atau Para Syuhada

LIVE 120723 Bahrul Mazi jilid 21 Siri 60    syarah Dato Shamsuri Hj Ahmad, Masjid Abd Fahim Kepala Batas Seberang Perai Utara Pu;au Pinang

Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. dalam Hadis Qudsi, Firman Allah, Surah Sajadah, Para solehin mendapat nikmat yang tiada di dunia. 

gambar hiasan
Sahih Imam Abu Daud, sabda Nabi saw. Allah hiasi syurga dengan amal soleh dan neraka dengan keseronokan nafsu. Jawab mala'ikat Jibril as, "Demi kebesaranMu ya Allah, semua manusia masuk neraka." 

Sahih An Nasa'i dari Uqbah b Amir ra. sabda Nabi saw. Allah befirman kepada para mala'ikat, "Lihatlah hambaKu yang azan, iqamah dan solat berseorangan ini. Oleh kerana ketakukannya kepadaKu, dosanya diampunkan dan dia bakal ke syurga." 

Pengajian kitab Bahrul Mazi mukasurat 154, "Tuhan bercakap depan Para Syuhada"

Riwayat Jabir ra sabda Nabi saw. Allah SWT berbual dengan para Syuhada secara berhadapan (ayat tafsir mutasyabiha)

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi saw. Selain syahid peperangan, mati ikhlas beribadah, mati redha ujian wabak, mati sabar penyakit perut, mati lemas dan mati ditimpa runtuhan bangunan juga mati syahid. 

Sahih Abu Daud, mati mempertahankan nyawa, keluarga, harta dan agama juga mati syahid.

WARNING! AMARAN! Aliran Pemikiran Salaf (300 tahun generasi selepas kewafatan Rasululullah saw) Pendirian ulama Salaf ialah Allah SWT berbeza dari mahluk ciptaanNya & Pendirian ulama Khalaf pula mentaqwilkan ayat mutasyabiha bagi mengelakkan salah faham generasi terkemudian yang baru mempelajari ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw.  YANG SALAH IALAH MUSLIM YANG BERGADUH SESAMA SENDIRI