Nota Cinta

Monday, April 24, 2017

MAKMUM DIAM DENGAR IMAM

Syarah Dato' Shamsuri 24-4-2017 Masjid Padang Temusu
Sahih At Tirmizi dari Muaz b Jabal ra, sabda Nabi saw. Untuk ke syurga mestilah abdikan diri pada Allah, solat 5 waktu, puasa ramadhan, zakat dan haji. Pintu kebaikan ialah puasa sunat, sedekah dan solat sunat. Pengawalan diri ialah taat Islam. Tiang Islam ialah solat. Kemuncak pengorbanan ialah jihad ke jalan Allah. Akhir sekali jaga lidah percakapan kerana ia penghumban manusia ke neraka.
gambar hiasan
Sahih Ibnu Majah, Huzaifah Al Yaman sabda Nabi saw@penyimpan rahsia Rasulullah saw sabda Nabi saw. Islam akan luntur ditelan zaman sehingga Al-Quran ditarik oleh Allah. Syahadah yang ikhlas membawa ke syurga.
Sahih Muslim, Abi Hurairah ra, Rasulullah saw bertanya apakah amalan yang kamu lakukan sehingga mimpiku di Syurga, bunyi kasutmu mendahuluiku. Bilal memberitahu wuduk dan solat dengan tertib.
Sahih Bukhari, Abu Bakar membenarkan Bilal ke Syam setelah berhenti menjadi tukang azan selepas kewafatan Rasulullah saw.
Hasan At Tirmizi, Fatimah bt Hussein b Ali b Abi Talib cicit Rasulullah saw dari Fatimah Al Qubro bt Nabi Muhammad saw. Nabi saw berselawat, doa  dan solat sunat 2 rakaat sebagai adab masuk masjid.
Bahrulmazi ms 231 masalah 433
Sahih At Tirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan baca apa-apa surah termasuk fatihah bila jadi makmum kerana ia mengganggu imam. Fatihah wajib dibaca tetapi di dalam hati bila mengikut imam.

Mazhab Syafi'e, Imam AnNawawi, Subuh Maghrib Isyak, hanya mendengar bacaan imam. Zohor dan Asar imam baca fatihah perlahan, dibenarkan baca surah pendek.

Tuesday, April 18, 2017

Ubat guna inai

Syarah Dato' Shamsuri 18-4-2017 Masjid Muttaqin Jitra
Sahih muslim. Abdillah b Mas'ud ra sabda Nabi saw. Allah laknat mereka yang terlibat mengubah ciptaan Allah seperti tatu dan cabut bulu kening.

gambar hiasan
At Taghabun ayat 14, Wahai mukmin, kadang kala anak isteri punca suami atau bapa difitnah.
Pengajian kibat Bahrulmazi jilid 14 ms 74 bab Berubat dengan inai.
Hasan Gharib AtTirmizi. Salma r.anha. Nabi saw guna inai rawat bisul dan lain-lain penyakit kulit.
Sahih Ibnu Majah, Abi Dzar ra. Nabi saw guna inai mewarnakan rambut beruban.
Sahih Bukhari, Osman b. Abdullah b. Mauhah  ra. Nabi saw menginaikan rambutnya.
Sahih Muslim, Anaz b Malek ra. Para sahabat menadah tangan ketika Nabi saw sedang potong rambut.
Kesimpulan Feqah dari himpunan hadis.
1. Hukum warna rambut harus
2. Pewarna mestilah tidak kekal kerana yang kekal dilaknat Allah.
3. Pewarna mestilah tidak jejaskan kesihatan.
4. Fatwa Malaysia, harus sekiranya untuk wanita bakal kahwin. Warna tidak kekal. Ukiran flora dibenarkan kecuali fauna atau motif sembahan.

Hasan Sahih AtTirmizi dari Al Mughirah b Syubbah sabda Nabi saw. Berubat atau jampi dengan niat mesti akan sembuh dianggap tidak tawakkal.

HR At Tirmizi dari Imran b. Hussein ra sabda Nabi saw. Ruqyah jampi sangat digalakkan bagi merawat sengatan berbisa dan Penyakit Ain atau hasad dengki manusia.

Monday, April 17, 2017

Al Maidah 93-96 Haram memburu ketika Ihram

Ustaz Shamsuri - TN 1 Tafsir Nurul Ihsan jilid 1 ms241 Surah Al Maidah Ayat 93-96, Masjid Taman Brown 17.4.2017
Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra. Abu Talhah ra serta-merta memusnahkan tong-tong arak kesayangannya setelah turun ayat Quran mengharamkan arak.
Sahih Bukhari dari Jabir b Abdillah ra. Para sahabat resah kerana ramai muslim yang telah syahid pernah minum arak semasa hayat mereka. 
Al Ma’idah 5:93 Tidak berdosa sekiranya belum turun ayat Quran tentang pengharaman.
5:94 Tiada manusia tidak diuji  Al-Baqarah 155 Allah uji rasa takut pada muslim dan berilah khabar gembira kepada mereka yang sabar.
5:95 Dilarang berburu semasa ihram kerana ia adalah ujian taqwa. Sekiranya dilanggar neraka tempatnya tetapi Allah Maha Pengampun memberi kemudahan membayar dam.  Burung unta damnya unta, rusa damnya lembu, kijang damnya kambing, mana-mana setaraf atau lebih nilai dengan binatang yang dibunuh. Penentu dam ialah yang dipercayai agamanya. Bayar dam hanya di Mekah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Kafarah sekiranya tidak bayar dam ialah harga seekor kambing digunakan untuk membeli makanan dengan 1 cupak 1 orang miskin. Sekiranya tidak bayar kafarah diwajibkan puasa 1 hari menggantikan 1 cupak. Tujuannya agar pengajaran akibat derhaka Allah. Barangsiapa mengulangi kesalahan akan diseksa di neraka.
5:96 Dihalalkan memburu binatang laut. Haram binatang dua alam. Haram binatang laut beracun. Haram memburu binatang darat ketika dalam ihram melainkan yang memburu itu bukan dalam ihram dan halal dimakan binatang buruan tersebut. Oleh tu, taatlah perintah Allah dengan sedaya upaya.

Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi s.a.w. 5 binatang yang halal dibunuh apa jua keadaan iaitu gagak, helang, kala jengking, tikus dan anjing gila. 

Tuesday, April 4, 2017

7 MUSLIM PERTAMA DUNIA - BILAL B RABBAH

7 muslim pertama di Dunia. Syarah Dato' Shamsuri 4-4-2017 Masjid Sultanah Bahiyah

Sahih Riwayat Az Zahabi. Ibni Mas Ud ra menyenaraikan 7 muslim pertama dunia yang menzahirkan Islam dimulai 1 Rasulullah saw 2 Abu Bakar As Siq 3 Amar b Yaser 4 Sumayyah 5 Suhaib b Sinan Ar Rumi 6 Bilal b Rabah@Muazzin Rasulullah saw 7 Al Miqdad ra.

Sahih Muslim. Abu Bakar melaporkan Salman Al Farisi, Bilal dan Suhaib mempersenda bekas ketua musuh perang Uhud iaitu Abu Sufian yang masih belum memeluk Islam ketika itu kepada Rasulullah saw. Sabda Nabi saw. aku takut Allah murka dengan kamu. Abu Bakar segera kembali berjumpa  3 sahabat untuk memohon kemaafan.

TUKANG AZAN WAJIB KE SYURGA
Hasan Sahih Ibnu Majah sabda Nabi saw. Tukang azan akan dikurniakan keampunan Allah sejauh kedengaran suaranya. Setiap mahkluk dunia yang mendengar azannya memohon keampunan pada tukang azan tersebut.


Sahih Ibnu Majah, sabda Nabi saw, tukang azan selama 12 tahun akan diwajibkan syurga ke atasnya.

Sahih Muslim, Abi Hurairah ra. Rasulullah saw bertanya Bilal tentang amalan yang dilakukan sehingga baginda bermimpi bunyi tapak kasut Bilal mendahului baginda di syurga. Bilal hanya menerangkan tentang kesempurnaan wuduk dan solatnya.

Bahrulmazi jilid 12 ms 215 bab makan binatang yang makan kotoran.

Hasan Gharib At Tirmizi dari Ibni Omar ra. Nabi saw menegah makan binatang yang makan najis dan menegah meminum sekiranya susu binatang tersebut busuk.
Mazhab Syafi'e Imam Nawawi, makruh

Hasan At Tirmizi dari Zahdam dari Abi Musa Al Ash'ari ra. Nabi saw makan ayam.

Monday, April 3, 2017

An-Nahl 118-121 SYURGA ALLAH HARAM UNTUK BUKAN ISLAM

Dato' Shamsuri 3-4-2017 Masjid simpang 4

Sahih Bukhari, Abi Hurairah ra sabda Nabi SAW. Nabi Ibrahim as memohon agar bapa baginda dipindahkan dari neraka ke syurga. Firman Allah SWT. Haram syurgaKu untuk kafir.

Allah cipta dunia & Allah sayang muslim
Sahih Muslim, Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Di akhirat, seorang lelaki berpenampilan hebat apabila ditimbang amalannya tidak melebihi sayap nyamuk. Al Kahfi 105 Allah tidak akan membantu golongan ini.

Sahih Muslim, Abi Mas'Ud ra sabda Nabi SAW Solat 5 waktu memadamkan dosa.

Sahih Muslim, Anaz b Malek ra sabda Nabi saw kepada pemuda yang sakit tenat. Doalah, "Rabbana atina fiddunia hasanah, wa fil ahiratihasanah waqina azabannar." Ya Allah, kurniakanlah kebaikan dunia akhirat kepadaku. Akhirnya pemuda tersebut sembuh.

Tafsir Nurul Ihsan jilid 2 ms321 surah An Nahl ayat 118-121
16:118 Al-An Am 146 Yahudi diharamkan makan binatang berkuku, berkaki itik termasuk kambing dan lembu kerana derhaka pada Allah.
16:119 Allah Maha Menerima taubat dari hambaNya yang insaf dari kejahilan lampau.
16:220 Nabi Ibrahim as merupakan contoh ikutan kerana taatnya pada Allah tidak berbelah bagi lagi tidak pernah syirik.
16:221 Baginda sentiasa bersyukur dan dipelihara Allah.