Nota Cinta

Monday, April 13, 2015

Al- Haqqah 69:26-52



Ustaz Shamsuri - TN 4 Tafsir Surah Al-Haaqqah Ayat 26-52,Surau Taman Kerian 13.4.2015

Sahih Muslim dari Zaid bin Sabit sabda Nabi s.a.w. minta berlindunglah dari azab neraka, azab kubur,  fitnah nampak dan tidak nampak dan fitnah dajal.  
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra. sabda Nabi s.a.w. Bercakap sesuatu yang diri sendiri tidak faham boleh menghumbankan diri ke neraka.
Sahih Muslim dari Ibnu Omar r anhuma sabda Nabi s.a.w. Setiap pagi petang hingga kiamat akan dinamppakkan tempat mayat bakal menduduki samada neraka atau syurga.

Sahih Muslim dari AnNuqman b Basyir ra sabda Nabi s.a.w. Paling rendah azab di neraka ialah sepasang kasut yang dipaksa pakai kepada ahli neraka sehingga mendidih otaknya sehingga dia menyangka dialah paling teruk diazab tetapi sebenarnya dia adalah paling ringan diazab.
Sahih Muslim dari Samurah ra sabda Nabi s.a.w. Di neraka, ada yang diazab sehingga paras buku lali kaki atau paras pinggang atau paras leher bergantung pada dosa mereka.

Sahih At Tirmizi dari Abdillah b Mas’Ud ra sabda Nabi s.a.w. Neraka dibawa dengan diheret 70’000 tali
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Neraka tidak akan pernah puas meminta ahlinya masuk ke dalamnya.
Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Tubuh ahli neraka dijadikan gergasi dengan jarak bahu ke bahu sebanyak 3 hari jarak perjalanan pacuan kuda paling laju di dunia.

Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Tebal kulit ahli neraka ialah 40 hasta untuk menanggung sakit yang sengsara. Sebiji gigi geraham ialah sebesar bukit uhud. Tempat untuk membakar ahli neraka sejauh Mekah dan Madinah.

Hadis riwayat dari Anaz b Malek ra. sabda Nabi s.a.w. Muslim yang pernah berbuat pahala walaupun sebesar beras akan dikeluarkan dari neraka setelah diazab dosanya.  


Tafsir Quran kibat Nurul Ihsan Jilid 4 surah 69 Al-Haaqqah ayat 25-52

69:25-26 Penerima rekod tangan kiri sangat menyesal kerana bagi mereka, alangkah lebih baik sekiranya tidak dapat buku rekod dari mengetahui nasib malang yang bakal dihadapi nanti.  
69:27 Dalam hati yang penuh penyesalan berbisik, alangkah indahnya sekiranya tiada kehidupan selepas mati di dunia.
69:28-29 Amat malang, kuasa dan harta semasa hidup di dunia tidak dapat membantu.

69:30-32 Malaikat Zabaniah memasukkan rantai neraka sepanjang 70 hasta dimulai dimasukkan ke dalam dubur ahli neraka kemudian menembusi hidung untuk dijadikan bahan bakar di neraka Jahim.
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas r a.)    
69:33-34 Itulah akibatnya sekiranya tidak beriman dan tidak mengagihkan harta pada golongan yang berhak.
69:35 Pada hari tu, adik beradik saudara mara dan rakan taulan tidak mampu membantu
69:36-37 Minuman manusia berdosa ialah nanah dikalangan penghuni neraka.
69:38-41 Allah bersumpah dengan seluruh makhluk ciptaanNya samada nyata atau ghaib bahawa Nabi Muhammad s.a.w. dan Mala’ikat Jibril itu pesuruhNya tetapi sayang sekali, hanya sedikit saja yang beriman.
69:42-43 Quran ini bukan kata-kata bomoh atau penyair tetapi ia Perkataan Allah yang turun dari Tuhan Sekelian Alam.

69:44-48 Sekiranya Quran ini diubahsuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. maka Aku akan matikan dia serta merta dan tiada siapa boleh selamatkan Muhammad itu.
69:49-50. Quran itu menjadi peringatan bagi yang takut akan pembalasan selepas mati di dunia tetapi Allah Maha Mengetahui tetap akan ada manusia yang ragu-ragu akan Quran.
69:51-52 Quran ini sangat benar dan sangat yakin maka bertasbihlah memuji Tuhanmu Yang Maha Besar. ........nukilan oleh Allah SWT

No comments:

Post a Comment