Nota Cinta

Wednesday, March 11, 2015

Solat 5 waktu memadamkan dosa



Riawayat Abi Umamah ra sabda Nabi s.a.w. Pahala mengambil wuduk terdahulu kemudian ke masjid untuk menunaikan solat dhuha seperti pahala menunaikan umrah. Menunggu di dalam masjid selepas menunaikan solat untuk solat berikutnya telah ditulis pahala di sisi Allah. 

Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. Tertib solat 5 waktu itu memadamkan dosa.

Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. kepada imam solat yang  hanya baca Qullhuwallah pada rakaat pertama dan kedua. Allah sayang kamu sekiranya benar kamu suka intisari kandungan ayat akan keesaan Allah tersebut. 

Ustaz Shamsuri - BM 21 Bab Hukum Berijtihad Arah Kiblat Berdasarkan Beberapa Tanda Yang Ada,Masjid Abdullah Fahim 11.3.2015

Hasan lagi Sahih AtTirmizi dari Ibnu Abbas r anhuma sabda Nabi s.a.w.  Allah lebih mengasihani hamba-hambaNya lebih dari ibu yang mengasihi anaknya.

Monday, March 9, 2015

SangkaKaLa & Penerima kitab Amal tangan kanan

Ustaz Shamsuri - TN 4 Tafsir Surah Al-Haaqqah Ayat 13-25,Surau Taman Kerian 9.3.2015

Sahih At Tirmizi, sahabat pengsan bila dengar bacaan ayat Quran tentang kiamat.

Sahih At Tirmizi, sabda Nabi s.a.w. sangkakala merupakan satu tanduk yang ditiup padanya. Bagaimana aku hendak berseronok sedangkan mala'ikat Izra'el peniup sangkakala telah meletakkan sangkakala pada mulutnya menandakan bila-bila masa saja kiamat bakal terjadi.

Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Tiupan sangkakala kali pertama menghancurkan bumi kemudian kali kedua, hujan turun dari langit bagi menumbuhkan manusia bagaikan tanaman bermula dengan hujung tulang belakang yang tidak reput.

Sahih Muslim sabda Nabi s.a.w. Dalam badan manusia, ada satu tulang yang tidak akan reput kerana Allah tidak izinkan tanah bumi memakannya. Setiap manusia yang mati akan reput dimamah tanah bumi kecuali mati syahid.

Sahih Abu Daud dari Aus bin Aus ra. sabda Nabi s.a.w. Hari paling afdal ialah jumaat kerana ia penghulu segala hari, hari dimana Adam dicipta dan mati dan bermulanya kiamat. Umatku digalakkan berselawat ke atasku pada hari Jumaat. Jasad para Nabi tidak akan reput dimamah tanah bumi.

Perbincangan ulama. Solat jenazah ghaib boleh dilakukan selagi jasad manusia belum reput samada 3 atau 5 atau 7 hari. .

Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 217 surah 69 Al-Haaqqah ayat 13-24

69:13 Apabila bunyi tiupan sangkakala pertama
14 Gunung-ganang diangkat dan dihancurkan dengan sekali hancur
15 Maka bermulalah Kiamat
16 Langit pecah dan runtuh
17 8 mala'ikat di setiap penjuru langit memegang Arasyh Singgahsana Allah
18 Manusia dihadapkan kepada raja segala raja dan tiada rahsia manusia ketika didunia tidak dapat disembunyikan. 
19 Yang menerima kitab amal pada tangan kanan akan teramat seronok sehingga memberikan orang lain membacanya sambil berkata. 
20 "inilah hari yang Allah janjikan dan aku percaya akan hari tersebut semasa hidup di dunia, dan inilah balasannya. 
Sahih Bukhari Safuan b Mukhris dari ibnu Omar Al-Khattab r anhuma. sabda Nabi s.a.w. di akhirat, Allah berbisik bertanya berulang kali pada muslim berdosa. Benarkah kamu melakukan dosa-dosa sedemikian yang hanya kamu sendiri yang tahu. Hari ini Aku memakbulkan doa pengampunan dan memadamkan dosa yang kamu lakukan secara tersembunyi itu. 
21 Penerima kitab amal tangan kanan akan menikmati kehidupan mewah penuh bahagia. 
22 Syurga yang tinggi darjatnya
23 Buah-buahan mudah dicapai
24 Oleh kerana beramal soleh semasa di dunia, hari ini hari menikmati syurga
25 Penerima kitab amal tangan kiri menyesali agar tidak diterima kitab. 

Tuesday, March 3, 2015

Jangan meminta-minta

Sahih Bukhari Muslim dari Saad Abi Waqaz sabda Nabi s.a.w. Utamakan sedekah harta kepada anak isteri bagi mengelakkan mereka hidup miskin dan meminta-minta barulah sedekah kepada yang lain. 

Ulama berpendapat sekiranya anak isteri semua kaya raya maka wasiatkan 1/3 kepada yang fakir mizkin.

Sahih Abu Daud sabda Nabi s.a.w. Sifat meminta-minta dalam keadaan masih berduit menjatuhkan maruah dan mengaibkan diri. 

Hadis Sahih Imam Ahmad bin Hambal, Abdullah b Abbas nampak Nabi s.a.w. sedang berbicara dengan mala'ikat Jibril sedangkan bapanya Abbas tidak dapat melihat susuk tubuh Jibril. 

BahrulMazi jilid 12 bab makan daging kuda, Masjid Sultanah Bahiyah 3-3-15

Hasan Sahih At Tirmizi dari Asma' bt Abi Bakr ra. Halal makan daging kuda. 

Halal Mazhab Syafi'e dari Imam An Nawawi, disokong Abdullah Az Zubair, Annaz b Malek, Al-Qamah dan lain-lain sahabat. 
Makruh dari sahabat Abdullah bin Abbas, Mazhab Maliki, Imam Syafi'e,  AnNahl 16:8 Kuda, Keldai, Baghal dijadikan untuk ditunggangi. 
Haram menurut Imam Abu Hanifa. Hadis Daif AnNasa'i. Nabi s.a.w. menegah memakan kuda, keldai dan binatang bertaring.  

Monday, March 2, 2015

Kasihi orang miskin

Ustaz Shamsuri Tafsir Nurul Ihsan AnNahl 71-74 Masjid Simpang Empat 2-3-15

"Ya Rasulullah s.a.w. orang kaya juga melakukan zikir selepas solat iaitu tasbih tahmid takbir 33 kali seperti kami yang miskin. sabda Nabi s.a.w. itulah kelebihan orang kaya yang bersedekah"

Riwayat Abi Hurairah ra. Sedekah yang berkualiti ialah ketika sihat,takut jadi miskin, ketika kedekut, ketika berangan jadi orang kaya,

Sahih At Tirmizi dari Anaz b Malek ra. Orang miskin masuk syurga seawal 40 tahun dari orang kaya. kasihilah orang miskin.
Sahih At Tirmizi dari Abu Hurairah ra. Orang miskin masuk syurga lebih awal 500 tahun berbanding orang kaya.
Sahih Abu Daud dari Abdullah b Mas'Ud sabda Nabi s.a.w. Orang berpendapatan lebih kurang (rm750masa kini) suka meminta-minta akan dicakar-cakar mukanya di akhirat. Yang dikatakan jiwa kaya ialah orang yang kelihatan miskin tetapi dia tidak merasakan dirinya miskin.


Pengajian kitab Nurul Ihsan ms310 tafsir AnNahl 16:71-74

16:71 Tidak sepatutnya kekayaan yang Aku bagi itu tidak dibahagi sama pada yang memerlukan. Tergamak manusia syirik kepada Allah.
16:72 Dari Nabi Adam as, manusia dianugerahkan nikmat kekeluargaan. Mengapa manusia masih kufur nikmat dengan mencari yang haram dan ada yang menyembah selain Allah?
16:73 Mengapa manusia menyembah selain Allah sedangkan manusia tahu ia tidak berkuasa seperti Allah.
16:74 Maha suci Allah dari sekutu penyembahan