16-08-05 surah Saba diturunkan dari Mekah atau
Maqiah 1-14 tafsir Nurul Ihsan jilid 3 ms 275 syarah Ust Shamsuri
MENGUMPAT
HR Abu Daud dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw ketika peristiwa di Sidratul
Muntaha. Mereka yang mencakar diri dengan kuku tembaga itu ketika di dunia suka
mengata, mengumpat dan mengaibkan orang lain.
Firman Allah Al-Hujarat
ayat 12 Mengumpat itu makan mayat rakan sendiri
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Mengumpat ialah menceritakan
keburukan orang lain. Fitnah pula mengatakan benda yang belum tentu benar.
HR Abu Daud &
AtTirmizi dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Satu kalimah
mengumpat boleh menyebabkan busuk seluruh lautan. Memanjangkan aib orang itu
menzalimi diri sendiri.
KAUM SABA
Kaum Saba merupakan salah satu kabilah Arab
di negeri Yaman dan mereka berjaya membina empangan Ma’rif di mana kawasan
sekitarnya makmur dan subur serta membawa keuntungan besar. Kemakmuran dan kesenangan
yang membawa lupa kepada Allah itu lumrah ujian pada manusia.
ALLAH TAHU SEMUA LINTASAN HATI SERENTAK MANUSIA SATU DUNIA
(34:1)Semua isi alam semesta milik Allah 2)Allah
Maha Mengetahui serentak semua isi lintasan hati manusia di dunia dalam 1 masa 3)Sekiranya
manusia yakin azab kubur, manusia tidak buat jahat 4)Allah memakbulkan permintaan hamba yang
benar-benar taat perintahNya. 5)Azab bersangatan sakit kepada yang tidak
percaya ayat Quran dan Hadis. 6)Sebahagian ulama kitab Taurat seperti Abdullah
bin Salam dan rakan-rakannya yang memeluk Islam itu beroleh kejayaan. 7-8)Allah
sangat murka apabila mereka mengejek kekasihNya iaitu Nabi Muhammad saw. 9)Apakah manusia tidak berfikir akan
tanda kebesaran Allah? Kalau Kami mahu, Kami runtuhkan langit hempap ke atas
manusia! AYAT AMARAN ALLAH UNTUK SEMUA MANUSIA
PENDUDUK BUMI
NABI DAUD AS
10)Nabi Daud as dipilih menjadi Nabi itu
anugerah dari Kami. Kami turunkan kitab zabur sebagai penghormatan kepada Daud
as. Allah memerintah kepada gunung-ganang bukit-bukau dan burung-burung, supaya
berzikir sekiranya Nabi Allah Daud as berzikir memuji Allah. Nabi Allah Daud
itu melenturkan besi seperti mana manusia memintal benang.
11)Allah anugerahkan Nabi Daud as kepakaran
membuat baju besi dan diperintahkan Daud supaya taat kepada perintah Allah.
Allah Maha Melihat semua makhluk ciptaanNya termasuk manusia setiap detik
setiap saat.
NABI SULAIMAN AS
12)Allah tundukkan angin sebagai kemudahan
pergerakan perjalanan Nabi Allah Sulaiman as. Kami anugerahkan dari perut bumi
keluar tembaga cair untuk dibentuk pelbagai benda oleh Nabi Sulaiman as. Kami
jadikan jin sebagai taat akan perintah Nabi Sulaiman as. Sekiranya ada jin yang
bantah arahan Sulaiman maka mereka diseksa oleh malaikat.
13)Di antara arahan Nabi Sulaiman ialah
pembinaan-pembinaan gergasi seperti bangunan, kawah, periuk, pinggan,
patung-patungan dan gambar para anbia menurut syariat Nabi Sulaiman as pada
zaman itu. Bersyukurlah keluarga Sulaiman dan Daud atas anugerah nikmat Allah
ini.
14)Setelah Kami mematikan Nabi Sulaiman
wafat dalam keadaan berdiri memegang tongkat. Para Jin baru tersedar akan kewaafatan Sulaiman
setelah baginda tongkat habis dimakan anai-anai.
20-09-05 surah Saba diturunkan dari Mekah atau
Maqiah 15-26 tafsir Nurul Ihsan jilid 3 ms 279 syarah Ust Shamsuri
HR AtTirmizi. Seorang mukmin kaya memberitahu kawan baiknya seorang mukmin miskin
di syurga akan betapa sengsaranya ketika di tahanan padang mahsyar kerana
setiap harta dihitung maka sebab itulah dia sangat terlewat masuk syurga.
(34:15)Negeri Saba yang didalamnya ada
Baitulmaqdiz ini adalah negeri subur yang tiada serangga perosak. Sayangnya
penduduknya menolak Nabi Sulaiman as. Empangan Ma’rif kebanggaan mereka
dipecahkan Allah menerusi gigitan tikus pada sistem empangan. Mereka
menyifatkan itu masalah teknikal. 16)Kami
tukar kebun manis menjadi pahit
17)Demikian balasan pada manusia kufur 18)Kami
pernah jadikan nikmat sistem perhubungan Negeri Saba dengan memudahkan
mempercepatkan laluan antara Yaman dan Syam 19)Sayangnya mereka tidak bersyukur
malah sombong dengan meminta supaya dibatalkan kemudahan tersebut 20)Mereka
inilah tertipu dengan hasutan Iblis
21)Allah sentiasa melihat niat hati manusia
setiap detik setiap saat 22)Wahai Muhammad, ikhtibarkan kisah Sulaiman ini
kepada para penyembah selainKu itu. 23)Manusia tidak tahan derita sengsara
padang mahsyar dan masing-masing mengharapkan syafaat yang belum pasti 24)Allah
bertanya siapa benar siapa sesat? 25)Memilih kafir atau ingkar perintah Allah
itu pilihan sendiri 26)Itulah tanda manusia menzalimi diri mereka sendiri
21-02-06 surah Saba diturunkan dari Mekah atau
Maqiah 40-54 tafsir Nurul Ihsan jilid 3 ms 285 syarah Ust Shamsuri
JENAZAH YANG SELAMAT
Sahih Muslim dari Abi Qatadah ra sabda Nabi saw. Yang beriman, mati lega dari kesusahan dunia manakala sekiranya yang mati itu jahat, maka lega bagi orang lain.
Sahih Muslim dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Sekiranya 40 orang yang solat jenazah itu berakhlak baik dan memahami apa yang dibaca dalam solat jenazahnya. Jenazah tersebut akan peroleh syafaat hari akhirat.
Sahih Muslim dari Aus bin Malek ra, bacaan solat jenazah Nabi saw.
Allah hummagfirlahu Warhamhu Wa'afihi Waghfu'anhu. Ya Allah, Ampunilah Rahmatilah Lindungilah Maafkanlah dia.
Firman Allah melalui sabda Nabi saw.
(34:40-41) Para malaikat, Nabi Isa as dan benda-benda yang disembah menjawab pertanyaan Allah, "Maha Suci Allah, kami tidak minta mereka sembah kami, Kristian itu sebenarnya sembah jin syaitan yang berjaya menyesatkan mereka."
42) Para paderi Kristian yang menolak Muhammad wajib kekal neraka.
43-44) Kafir mengatakan Quran itu rekaan Muhammad. Hakikatnya, mereka telah membuat pindaan Injil dengan campuran adat budaya. 45) Umat terdahulu yang gagah perkasa mudah Kami musnahkan, inikan pula kaum yang amat biasa.
46) Beritahu mereka wahai Muhammad, jangan mengikut perasaan, tenangkan hati dan fikirkan akan akhlak dan peribadi Nabi Muhammad saw.
47) Rasulullah saw dakwah atas ikhlas tanpa upah.
48) Allah saja Mengetahui segalanya bukan manusia.
49) Mekah terselamat dari unsur kekafiran.
50) Sabda Nabi saw."yang tidak baik itu dariku dan semua yang baik itu dari Allah."
51) Sengsara mahsyar itu sangat tidak tertahan.
52) Akhirat bukan tempat beramal tetapi tempat penerima balasan.
53-54) Sayangnya, semasa di dunia, ingkar Quran dan Rasul. Keinginan kembali ke dunia untuk beramal bertaubat itu tiada lagi sampai bila-bila tanpa batasan masa.
No comments:
Post a Comment