Nota Cinta

Tuesday, September 6, 2005

Syurga 2005


Bahrulmazi bab Syurga 2005 jilid 18 syarah Ust Shamsuri

SEDIKIT PERINGATAN TANDA KIAMAT DARI ALLAH

01-02-05 Sahih Muslim dari Amir bin Saad dari bapanya Saad ra sabda Nabi saw. Allah perkenankan 2 doaku iaitu tidak dibinasakan seluruh umatku oleh bencana alam kemarau panjang dan tidak dibinasakan seluruh umatku disebabkan bencana alam banjir yang menenggelamkan dunia seperti berlaku zaman nabi Nuh as. Dari 3 doaku, Allah menolak doaku yang satu lagi iaitu tidak dibinasakan akibat bergaduh berbunuhan sesama muslim.  Sahih Muslim surah Al-Zalzalah dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah mahu hambaNya akur dan apabila dizahirkan kekuasaanNya pada bencana alam gempa bumi, ibu yang hamil akan terbit anaknya walaupun tidak cukup tempoh.  Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Kiamat tak akan berlaku melainkan pembunuhan demi pembunuhan manusia. Demi Allah yang nyawaku di tanganNya. Akan berlaku zaman dimana seseorang yang membunuh seseorang  tanpa mengetahui sebab-musababnya. 

RUPA AHLI SYURGA

Gharib AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Ahli syurga tiada bulu roma, tiada janggut, putih kulitnya, ikal rambutnya, celak 2 mata semacam umur 33 tahun. Sebesar saiz Nabi Adam as tinggi 70 hasta dan lebar 7 hasta. Pohon Quba  akan menggugurkan buah yang seolah-olah buah delima dan memberi pakaian keinginan ahli syurga yang terlintas difikirannya.

INTERIOR SYURGA

Gharib AtTirmizi dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw dari firman Allah. Karpet syurga setebal antara langit dan bumi.

Gharib AtTirmizi dari Ibnu Abbas sabda Nabi saw dari firman Allah. Katil syurga bermahkotakan emas, zabarjad dan yakut. Panjang katil tersebut 100 tahun perjalanan. Katil yang tinggi itu merendahkan dirinya apabila datang tuannya.

POHON DAN BUAH SYURGA YANG BESAR

Hasan Gharib AtTirmizi dari Asma’ bt Abu Bakar As Siddiq radiallahuanha sabda Nabi saw. Pohon Siddratul Muntaha di langit ke 7. Bayang satu dahan pokok apabila dinaiki tunggangan kuda selama jaraknya perjalanan 100 tahun. Kelihatan rama-rama emas berterbangan ke sana ke mari.

PEMANDANGAN KAUTSAR

Gharib AtTirmizi dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Kautsar ialah sungai syurga yang diberikan padaku dimana airnya lebih putih dari susu dan terdapat burung yang besar lehernya sebesar leher unta. Dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Memakannya lebih sedap dari melihat burung tersebut. Sekiranya seseorang itu ingin sesuatu terlintas di fikiran maka Allah zahirkannya jauh lebih baik dari keinginannya.

KUDA TERBANG SYURGA

Gharib AtTirmizi isnadnya tidak begitu kuat dan tidak boleh dibuat berhujah seperti hadis sahih. Sabda Nabi saw pada Abi Ayub Al-Ansari ra ketika zaman Rasulullah saw yang hobinya amat meminati kuda. Allah anugerahkan kuda diperbuat dari permata yakut bersayap dan bebas berterbangan mengikut gerak hati tuannya. 

Dari Ali Karamulla huwaj ha sabda Nabi saw. Di bawah pohon yang membuahkan pakaian syurga, terdapat kuda dari batu permata bersayap membawa penunggangnya mengikut gerak hati tuannya.
Seperti contoh mahukan kapal terbang bersalut emas termahal dunia. Allah akan anugerahkan padanya spaceship permata yang jauh lebih baik dari yang difikirkannya. Bagi Allah, tersangat mudah untuk menyediakan kehendak ahli syurga.  Tujuan hadis supaya Allah tidak mahu hambaNya terlalu asyik memikirkan nikmat di luar kemampuan akal fikiran tetapi mesti berusaha beramal mengejar nikmat tersebut.

Gharib AtTirmizi Sabda Nabi saw. Terdapat penghuni syurga akan bertanya Allah kenapa dia lebih dariku mendapat kuda terbang sedangkan kami tidak dapat. Firman Allah, mereka ini lebih beribadat waktu malam semasa hidupnya di dunia dan setiap penganugerahan itu bergantung pada amalan semasa di dunia.

 KETENTUAN ALLAH: NiSBAH KAFIR NISBAH MUSLIM AKHIR ZAMAN

HR AtTirmizi Sabda Nabi saw menjelang akhir zaman nisbah sedikit umatku seperti sehelai bulu putih pada badan lembu hitam.

SILAP SIKIT DI DUNIA MENGAKIBATKAN BESAR DI AKHIRAT

01-03-05 Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw selepas muslim menewaskan yahudi dalam Perang Khaibar. Dari mata kasar, kelihatan syahid tetapi ternafi syahidnya di sisi Allah akibat mengambil sesuatu yang belum pasti haknya sebelum pembahagian.

Sahih Muslim dari Al-Hasan ra sabda Nabi saw firman Allah, Aku haramkan syurga ke atas muslim ini kerana tindakannya  membunuh diri dengan menyucuk bisul sehingga darah mengalir tidak berhenti akibat tidak tahan sakit dengan ujianKu. (hadis ini boleh dibuat berhujah dan sekiranya bangkang jatuh murtad)

UMUR PENGHUNI SYURGA

Hasan Gharib AtTirmizi dari Muaz bin Jabal ra sabda Nabi saw. Ahli syurga tiada bulu roma, tiada janggut, putih kulitnya, ikal rambutnya, celak 2 mata semacam umur 33 tahun. Sebesar saiz Nabi Adam as tinggi 70 hasta dan lebar 7 hasta.

PENERANGAN KETENTUAN ALLAH: NiSBAH KAFIR NISBAH MUSLIM AKHIR ZAMAN

HR AtTirmizi Sabda Nabi saw menjelang akhir zaman nisbah sedikit umatku seperti sehelai bulu putih pada badan lembu hitam. Ustaz Shamsuri menjelaskan dalam kuliah 1-3-05 dari sambungan kuliah 01-02-05. Kita tengah dalam proses menuju ke nisbah tersebut. 

Malangnya umat Islam hari ini yang asyik dihina diantara sebab lemahnya muslim ialah muslimi merupakan kelompok minoriti. Lebih malang lagi minoriti yang lemah ini lemah lagi dari penguasaan ilmu pengetahuan, teknologi, perpaduan dan ekonomi . Pendek kata segalanya lemah sehingga peringkat ustaz sesama ustaz bertengkar. Sepatutnya Ustaz sebagai dynamo menguatkan ummah tetapi ustaz sesama ustaz asyik kondem sesama ustaz. Begitulah lemah dan komannya umat Islam hari ini. Ada ilmu tetapi tidak ke mana.
Syaikh Idris Al-marbawi 70 tahun dahulu memberitahu terlalu ramai umat kafir sekarang ini dan bersyukurlah apabila kita sesama saudara yang minoriti ini masuk dalam kumpulan yang memeluk Islam.

SYARAT MASUK SYURGA SELEPAS DISEKSA NERAKA

Sahih AtTirmizi Abdullah bin Mas’ud ra sabda Nabi saw. Syarat masuk syurga ialah orang Islam walaupun telah diseksa sekian lama di neraka. Hati-hati nisbah kafir dan nisbah Islam ialah sehelai bulu putih dalam lembu hitam. Hati-hati sekiranya tersilap sedikit boleh tergelincir dari Islam.  Pastikan sehingga akhir hayat selamat dalam Islam.  Ribuan ganda kafir berbanding muslim tiba akhir zaman.

JADILAH ORANG KAYA YANG BERSYUKUR PADA 
ALLAH DENGAN MEMBANTU ORANG SUSAH

05-04-05 HR AtTirmizi dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw.  Ada 2 mukmin beriman jumpa di pintu syurga, seorang kaya dan seorang fakir. Mukmin kaya masuk terkemudian dari mukmin fakir. Mukmin kaya selepas di tahan mahsyar selama 500 tahun kemudian jumpa mukmin fakir dan menceritakan tentang teruk susahnya didera ketika dalam tahanan kerana setiap hartanya dihisab Allah.
Sahih Imam Ahmad dari Nuqadah ra, Nabi saw berdoa berkatilah unta dan tuannya sekali termasuk yang membawa hantaran unta ini padaku. Nabi saw berdoa pelik berbunyi  “Mudah-mudahan orang kaya  dermawan dimurahkan rezeki sekadar sederhana cukup disamping cukup masa beribadah. Mudah-mudahan juga orang kaya yang tamak dan bakhil dimurahkan rezeki dengan melimpah ruah sesuai dengan keinginan dunianya dan disusahkannya ketika tahanan di akhirat.”

LEBAR PINTU SYURGA

Gharib AtTirmizi dari Ibnu omar ra sabda Nabi saw. Ahli syurga yang masuk syurga berhimpit-himpit walaupun pintu syurga itu lebar keluasannya 3 hari perjalanan pecutan kuda.  Sahih Bukhari Muslim Pintu syurga itu besarnya antara satu negara ke negara lain.

PASAR SYURGA & BERJUMPA TUHAN

Gharib AtTirmizi [tidak kami (para ulama muktabar periwayat hadis) ketahui hadis ini dari ini wajah] dari Tabi’en Said Al-Musayyap dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw.  Penghuni syurga berpeluang ke pasar sesuai mengikut darjat martabat amalan mereka sepanjang kehidupan dunia. Syurga tiada siang malam jam tarikh hari bulan atau tahun. Di syurga tiada sifat-sifat mazmumah seperti dengki iri hati dan sebegainya ini tidak diizinkan Allah.  Banyak amal ikhlas duduk di atas mimbar dari emas perak zabarjad. Selekeh-lekeh penghuni syurga duduk di mimbar timbunan kasturi wangi. Bahkan sesiapa saja jika ditakdirkan syurga termasuk kita semua akan melihat Tuhan di sana. Penguni syurga melihat Allah seperti mana seluruh manusia dunia dapat melihat bulan purnama di dan tidak syak lagi di akhirat itulah Allah. Di dunia tiada siapa dapat melihat Allah. Anugerah penghuni syurga juga ialah dapat bersemuka dengan Allah dengan kehadiran Allah sambil dapat berbual-bual secara bersemuka. Allah berfirman sekiranya Aku tidak mengampuni kamu, maka kamu tidak akan berada di sini. Allah berfirman lagi Taubat Nasuha itu tiada masalah untukKu memberi keampunan padanya. Pasar syurga di kawal dikelilingi malaikat Allah al-muqarrabun. Pasar syurga itu tiada jual beli melainkan keinginan lintasan hati akan memperolehi apa yang dihajati. Penghuni syurga akan terserempak dengan ahli keluarga di pasar syurga. Sesama ahli syurga tiada rasa dengki walaupun darjat berbeza mengikut amalan semasa di dunia. Tiada dukacita akan penghuni syurga. Apabila penghuni syurga darjat rendah itu inginkan pakaian seperti penghuni syurga darjat tinggi maka Allah akan memberi juga padanya. Setelah puas di pasar syurga, penghuni syurga berangkat pulang dari keseronakan nikmat. Sampai di rumah, isterinya semasa di dunia berkata “kenapa sampai begitu segak tampan hensem tidak seperti dunia.” Penghuni syurga memberitahu “Kami baru diizinkan berjumpa Allah swt. Tidak hairanlah kami menjadi cantik.”

Huraian hadis dari Ustaz Shamsuri.

Di dunia, Serban atas kepala tapi dalam hati punyalah busuk masih menyebut tu rasuah tu bila tengok orang lain pakai kereta mewah. Masalahnya betul ka itu rasuah? Ada yang 3 suku akan berfikir (lintasan syaitan), Allah kenal tak manusia di akhirat? Sekiranya kita faham, kita tak akan bercakap pandai sesuka hati seperti pertikai hukum hudud dan berbagai-bagai fakta menyalahi Al-Quran dan Hadis.  Sekiranya tiada malaikat catat pun Allah tetap tahu. Jangan dalam kepala fikir Allah tak tahu sebab hantar malaikat kiri kanan catat. Tujuan catatan bila pertuduhan dibicarakan di padang mahsyar. Buku rekod akan dibuka sebagai tanda keadilan Allah. Maka banyaklah kera luku di padang mahsyar nanti yang menyebut Oh lupa…saya tak tahu saya terbuat dosa.
Gharib AtTirmizi dari Ali Kramullahuwaj ha dengan gelaran Abu Turat oleh Rasulullah saw. Dalam syurga ada pasar yang tiada jual beli. Hanya penghuni syurga yang semuanya cantik.

JAGA HATI SAUDARA SESAMA ISLAM & WAJAR 
MENEGUR KAFIR YANG MENENTANG ISLAM

03-05-05 Sahih Muslim dari Abu Hubairah ra (bukan Abu Hurairah ra) atau nama sebenarnya A’iz bin Abdi Al Muzalli ra. Abu Hubairah merupakan sama-sama terlibat dalam bai’ah Bai Atul Ridhuan semasa perjanjian Hudaibiah. Ketika Abu Sufian yang pernah mengetuai kafir menewaskan muslim dalam perang Uhud lalu di situ, 3 orang sahabat Suhail, Salman Al Farisi dan Bilal bin Rabbah berkata perli “Pedang-pedang Allah ini masih belum menunaikan haknya” (ketika ini Abu Sufyan belum memeluk Islam).
Abu Bakar menegur perbuatan mereka bertiga. “Tidak sepatutnya kamu memenegur sindir pembesar kafir Quraish ini.”Saidina Abu Bakar melaporkan perbuatan 3 sahabat kepada Rasulullah saw. Sabda Nabi saw. “wahai Abu Bakar, teguran kamu itu boleh menyebabkan mereka bertiga saudara sesama Islam ini menjadi marah pada kamu, Aku takut Allah marah kamu dan pergi minta maaf kepada saudara sesama Islam kamu kerana wajar memarahi kafir yang menentang Islam.” Abu Bakar pergi meminta maaf kepada Suhail, Salman dan Bilal. Jawab Suhail, Salman dan Bilal, siapa kami untuk tidak memaafkan kamu wahai Abu Bakar kerana darjatmu di sisi Allah dan Rasul. Mudah-mudahan Allah memaafkan kamu.
Huraian Hadis oleh Ustaz Shamsuri. Sahabat-sahabat Nabi saw bersedia meminta maaf kerana tiada sombong dan dendam sesama Islam.  Sahabat-sahabat Nabi saw bersedia menerima segala kebenaran Al-Quran dan Hadis.

OMAR PENDAM KEMARAHANNYA

Sahih Bukhari Seorang pemuda menegur Khalifah Omar Al-Khattab dengan adab kurang ajar. “Hei anak Al-Khattab(bukan wahai Amirul mukminin) Kamu pemerintah tidak adil.” Khalifah Omar tiba-tiba terkejut  apabila dihina oleh rakyatnya sedangkan Omar setiap malam tidak tidur di rumahnya kerana berkeliaran malam di kawasan perumahan rakyatnya bagi memastikan rakyatnya tidak dalam kesusahan. Kata periwayat hadis ini, dia yang ketika itu juga berada di situ memetik ayat Al-Quran Firman Allah maafkanlah dan jangan simpan di dalam hati, berpalinglah dari orang-orang jahil. Kata periwayat hadis ini lagi, demi Allah aku tidak pernah melihat manusia seperti Omar yang apabila mendengar petikan ayat Al-Quran, Omar serta-merta memendamkan kemarahannya setelah dimaki hamun rakyatnya.

MELIHAT ALLAH

Firman Allah orang beriman bangkit di padang mahsyar dengan wajah gilang-gemilang. Sesungguhnya mereka terdinding dari melihat kafir. Allah tidak izin mati kafir melihat Allah.  
Hasan Gharib AtTirmizi (tiada kami ketahui hadis ini dari ini wajah dan tidak boleh dibuat berhujah) dari Jarir bin Abdullah Al-Bajali ra sabda Nabi saw di waktu malam bulan pernama di kalangan ramai sahabat di sekeliling. Sekelian kamu boleh melihat Allah sepertimana kamu dapat melihat bulan pada ketika ini. 2 perkara ini kamu semua mesti jaga iaitu Subuh sebelum terbit matahari dan Asar sebelum masuk matahari.
Huraian pegangan mazhab ahlul sunnah waljamaah merujuk Hadis Gharib AtTirmizi itu tadi,  tidak mustahil pada akal orang Islam melihat Allah dan kafir tidak boleh melihat Allah di hari akhirat.

PENGHUNI SYURGA MELIHAT ALLAH

HR AtTirmizi dengan isnad yang gharib merujuk tafsir Al-Quran diterjemah oleh Nabi saw dari Suhaib bin Sinan ArRumi(bukan arab) sabda Nabi saw. Orang beriman akan melihat Allah tanpa perlu bersesak di hari akhirat seperti mana manusia di dunia tidak perlu bersesak melihat bulan dan matahari. Penghuni syurga akan dengar satu suara Allah “mahukah kamu Aku berikan kemuncak nikmat syurga” Penghuni syurga menjawab”Bukankah janji dilepaskan neraka dan masuk syurga ini muslim yang beriman kepada Allah itu nikmat yang terbaik” Kemudian Allah menampilkan diriNya dan itulah kemuncak nikmat penghuni syurga. Sabda Nabi saw lagi. Tingkatan setiap tingkat syurga itu bezanya seperti jauhnya bintang di langit. Demi Allah diriku dalam tanganNya. Beriman dengan sebenar-benar dengan Allah dan Rasul juga layak duduk di peringkat para Nabi dan Rasul dengan syarat ikut segala apa yang Allah dan Rasul kata. Sekiranya kamu sayang padaku, lakukan apa yang ku lakukan ketika aku hidup di dunia ini.  

SELAMAT DATANG ALAM SETERUSNYA

050705 Pengajian Bahrulmazi syarah Ustaz Shamsuri. HR AtTirmizi isnad yang gharib dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Sekiranya kamu dapat melihat perkara ghaib sepertimana aku melihat. Walaupun banyak duit dan semua orang sayang kita, semua yang bernyawa pasti mati. Sekiranya beriman pada Allah percaya Quran dan Hadis dengan tidak buat mungkar atau menyakitkan hati orang lain, tanah akan berkata selamat menikmati nikmat Allah. Sekiranya sebaliknya, seksa menantinya bermula tanah menghimpit mayat sehingga bertemu 2 tulang rusuk diikuti kemunculan 70 ekor ular gergasi yang nafasnya sekiranya dihembus tiada tumbuhan dapat hidup di dunia.

Huraian ustaz Shamsuri sekiranya nak percaya terpulang, tepuk dada tanya selera. Tidak murtad tetapi awas, apabila mati pasti menjumpainya. Hati ingat satu, jangan ingat tidak elok, buat baik saja atas dunia.

KAFIR KEKAL NERAKA

Hasan Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Ketika Allah muncul dalam bentuk setiap penyembahan, manusia masing-masing mengikut gambar lukisan, tali, kayu, batu, kubur, api, tangkal, berhala, tokong, patung, salib kristian, matahari, bulan dan lain-lain lagi. Ketika Allah dalam pelbagai bentuk melakukan provokasi sehingga manusia berganjak. Nabi saw memesan tetapkan iman kamu ketika itu walau apa jadi sekalipun, Allah tuhan kita maka pegang bersungguh-sungguh hati kamu akan Al-Quran Hadis supaya tidak terpesong. Segalanya bergantung pada kemantapan keimanan amalan kamu ketika di dunia. Sehinggalah akhirnya Allah benar-benar mentajali diriNya yang sebenar.  Selepas itu, setiap semua manusia melintasi titian sirat. Mereka yang tidak berani merentasi titian sirat dilemparkan ke neraka. Apabila ahli syurga dan ahli neraka dipanggil semula, maut yang dirupakan kambing disembelih. Firman Allah, Maut sudah tiada kehidupan kamu semua kekal selama-lamanya.

JANGAN HINA ORANG LAIN
Huraian Ustaz Shamsuri dan terjemahan tafsiran ulama menurut Al-Quran dan Hadis.
Pertama sekali hadis ini hadis sahih. Mati kafir kekal neraka sampai bila-bila tiada batasan masa. Mati muslim diseksa sesuai dengan dosa. Menurut ulama. Padang mahsyar seperti padang arafah. Ulama khalaf menyifatkan tajali Allah bermaksud kuasa Allah dan pelbagai tafsiran lain mengenai sifat perkasa. Ulama Salaf menterjemahkan tangan Allah menurut Al-Quran tidak sama tangan makhluk. Allah hu a’lam yang penting daripada hadis ini. Ahli syurga masuk syurga ahli neraka masuk neraka.  Hari ni Alhamdulillah. Kita mendapat hidayah. Jangan cakap besar. Esok lusa bulan depan tahun depan manusia boleh berubah. Jangan sesekali hina kondem orang lain dan tetapkan hati atas jalan Islam.  Takut nanti, kita diterbalikkan jadi macam apa yang kita hina. Ramai yang pada mulanya segala jahat tetapi penghujung hayatnya husnul khatimah. Pernah terjadi pengikut kanan Nabi Musa yang cukup hebat imannya tetapi akhirnya mati dalam keadaaan hina di penghujung nyawa. Dengan hidayah yang Allah beri, bukan lesen untuk menghina orang. Kita tidak tahu lagi beberapa tahun kemungkinan Allah jadikan kita seperti apa yang kita hina.

2 KALIMAH SYAHADAH YANG DIREDHAI

06-09-05 Sahih Muttafakun Alai dari Itban bin Malek ra sabda Nabi saw. Allah mengharamkan neraka menyentuh muslim yang ucapan 2 kalimah syahadahnya diredhai Allah.

CAKAP AIB ORANG LAIN MEMBUSUKKAN SATU LAUTAN

Sahih Muslim dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Kalimah ucapan hina sekiranya di campak di laut akan busuk seluruh lautan.  Jangan cakap aib orang lain kerana kita sendiri ada aib. Jangan hina dan kondem orang lain kerana Allah akan hina, seksa dan kondem kita di hari akhirat.

Sahih Muslim. Amaran Nabi saw jangan sesiapa menceritakan sesuatu aib orang lain kerana aku hendak berlapang dada.

SYURGA NERAKA LAWAN HUJAH

Sahih Imam AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Syurga berkata ciri masuk syurga ialah orang yang daif kena tindas, lemah lagi miskin dan diambil kesempatan ke atasnya, ini semua isiku. Neraka berkata pula, orang yang jenis garang, sombong, angkuh, bangga diri, cakap besar, hina orang lain, kondem orang lain dan banyak lagi ini adalah isiku. Allah masuk campur dengan berfirman wahai neraka, siapa yang Aku marah maka kamu dera mereka. Wahai syurga. Kamu tempat rahmat dan siapa Aku suka maka aku hantarkan kepada kamu dan layanlah sebaik-baik layanan, kesedapan dan kesenangan.

NIKMAT PENGHUNI SYURGA YANG BERDARJAT TERENDAH

Gharib AtTirmizi dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Paling rendah darjat ahli syurga ialah dianugerahkan seramai 80’000 kadam, 72 isteri, satu mahligai istana dari permata zabarjad. Besarnya istana itu dari Syria sehingga Yaman. Mati dalam beriman pada Allah merupakan ahli syurga setelah ditebus dosanya. Samada mati muda atau mati orang tua. Semuanya dijadikan kekal umur 30 tahun. Begitulah juga isi neraka. Penghuni syurga dimahkotakan dengan permata yang cahayanya boleh menyinari timur dan barat.
Gharib AtTirmizi sokongan hadis riwayat AlBaihaki dan AtTabrani  dari Abi Umamah ra sabda Nabi saw. Di kepala dan tepi kaki ada bidadari yang mengurut sambil menyanyi merdu memuji Allah.

3 GOLONGAN DISANJUNG ALLAH DI SYURGA

Hasan Gharib AtTirmizi dari Ibnu Omar Al-Khattab sabda Nabi saw. Senikata bidadari yang menyanyi itu “Kami perempuan yang baik cantik sebagai isteri kaum yang mulia”. Terdapat 3 Golongan akan dicemburui oleh setiap penghuni syurga yang tidak mendapatnya bermula zaman Nabi Adam as sehingga kiamat.  3 golongan yang menetap tempat paling wangi yang disanjung Allah itu ialah Golongan pertama ialah tukang azan. Golongan kedua ialah imam yang bertaqwa yang disukai makmum. Golongan ketiga ialah menyempurnakan segala yang fardhu.  
Huraian hadis oleh Ustaz Shamsuri. Kita tak perlu mengaji Maktab Mahmud atau mana. Cukup sekadar menyampaikan satu dua hadis selagi mana sepatah dua kata itu di amal maka selagi itu mendapat pahala bahkan dia yang berpesan itu sendiri mengamalnya.



No comments:

Post a Comment