JENAZAH 2004/2005 terjemahan kitab Mazhab
Syafi’e Bahrulmazi bab 7 oleh Ustaz Shamsuri
Wasiat
13-01-04 Sahih Muslim Bukhari AtTirmizi dari Ibnu Omar Al-Khattab Radiallahu Anhu
sabda NabiSAW disunatkan segerakan wasiat dalam keadaan sihat dan dikemaskini
mengikut kesesuaian dari masa ke semasa.
Hasan
AtTirmizi dari Saad
Abi Waqaz sabda NabiSAW. wasiatkan sekadar 1/10 untuk sabilillah dan selebihnya
menjadi pusaka walaupun anak-anak kategori orang kaya. Sekiranya tetap mahu
jumlah yang banyak maka diinfakkan tidak melebihi 1/3.
12-07-05 Sahih Muttafakun Alai sabda NabiSAW. “Demi Allah,
Aku tidak takut kalau kamu semua jadi fakir miskin tetapi aku takut apabila
kamu diuji kemewahan seperti umat terdahulu, akhirnya mereka mengejar dunia
sehingga dibinasakan Allah.” Sahih Muttafakun Alai
sabda NabiSAW. “Aku paling takut di ketika Allah buka keindahan hiasan dunia
kepada umat akhir zaman.”
Hari ini
duit segala-galanya, orang Islam sendiri tidak takut rasuah, maksiat dan
disebabkan banyak duit, dia dimuliakan. Allah berfirman inilah saat kemusnahan
manusia bukan sahaja di dunia, di akhirat lebih teruk bagi mereka.
10-02-04 Ketika nazak
Sahih
Bukhari dari
AisyahRA ketika sakarat RasulullahSAW sebelum wafat, sabda NabiSAW sesungguhnya
sakarat itu mabuk kesakitan sebelum kematian dan ketika itu ucapkanlah kalimah “La ila ha illallah.”
10-05-05 Sahih Muttafakun Alai sabda NabiSAW, ucapan “La ila ha illallah
Muhammadur rasulullah” yang diredhai Allah diharamkan neraka ke atasnya dan kita dihidupkan
oleh Allah disuruh berdakwah bukan menghukum.
Sahih
Bukhari dari Usamah
bin Zaid bin Harithah sabda NabiSAW "Yang penting ialah sabar apabila ahli
keluarga meninggal dunia kerana Allah mengambil balik hakNya, sedih mengalirkan
air mata ialah rahmat Allah dan meraung menangis tidak dapat menerima takdir
kematian itu dimarahi Allah
Riwayat
AtTirmizi dari
Abdullah bin Mas’Ud dari NabiSAW. Mukmin juga akan sakit apabila sakaratul maut
sehingga keluar peluh dari dahinya.
Menurut
Mazhab Syafi’e.
Dengkur di
kerongkong berbunyi apabila nyawa ditarik ke penghujung nyawa dan wajah berubah
pucat tanah seperti asal kejadian manusia. Apabila tertegak anak mata, bibir mulut
mengecut, lidah tersentak menjadi pendek ditarik ke pangkal dan setiap hujung
jari berubah warna hijau. Dimulai sejuk dua belah kaki diikuti betis, kemudian peha
menuju ke halkum. Seterusnya putus pemandangan dunia walaupun mata celik dan
tertutup pintu taubat.
Riwayat
AtTirmizi dari
Buraidah radiallahu anhu sabda NabiSAW seringan-ringan kesakitan kematian
umpama bulu kain baldu yang keluar ketika berjalan di kawasan berduri. (Ibarat
isi yang dicarik keluar dari seluruh tubuh.)
Sahih
Qudsi. Sangka baik
dengan Allah, Allah sangka baik padanya dan begitulah sebaliknya. Maka baik
sangka dengan Allah dengan kesakitan sakaratul dapat meluruhkan dosa.
Riwayat
Ibnu Majah dari AbuHurairah dan sabda NabiSAW kata malaikat
sambil mencabut nyawa dalam 2 keadaan:
Wahai nyawa yang baik, keluarlah dalam keadaan
terpuji, bergembiralah kamu dengan wangi-wangian yang nyaman dan keluarlah kamu
dalam keadaan Tuhan tidak marah kepada kamu sekiranya manusia sentiasa taat Allah & RasulNya. Malaikat menjaga langit menyambut
“Selamat Datang & Masuklah Rahmat Allah”
Sekiranya
manusia Ingkar dan langgar perintah Allah “Wahai roh yang keji, keluarlah dari tubuh
badan yang jahat, Keluarlah dalam keadaan terhina di sisi Allah. Keluar kamu!
Dalam keadaan disambut Air Panas dan dengan nanah busuk penghuni Neraka.”
Malaikat
penjaga langit “Padan dengan dia di dunia dahulu
dalam tubuh yang keji, Baliklah kembali ke dunia kerana pintu langit tidak akan
dibuka untuknya” maka baliklah roh tersebut ke kuburnya di dunia kembali.”
Sahih Bukhari Muslim. Malaikat maut serba putih duduk di
sebelah kanan membawa berita gembira tetapi sekiranya malaikat tersebut serba
hitam dan duduk dsebelah kiri, perjalanan akhirat akan datang terlalu perit dan
sangat menyusahkan. Ketika ini sudah terlalu lewat untuk bertaubat dan
Allah tidak akan melayani permohonan kita. Tatkala fikiran mulut terkunci, kita
tidak dapat menceritakan kepada saudara mara terdekat disebelah.
09-03-04 Prosedur menguruskan mayat
Sahih
AtTirmizi dari
Huzaifah bin Yaman selaku Penyimpan Rahsia NabiSAW sabda NabiSAW menegah
mengabarkan kematian dengan tujuan bermegah.
Sahih
AtTirmizi dari Anaz
bin Malek sabda NabiSAW, sabar apabila menerima musibah.
Riwayat
Aisyah radiallahu
anha NabiSAW mengucup dahi ahli keluarga yang masih hidup dan dahi jenazah.
Menurut
mazhab Syafi’e
Perkara
pertama apabila seseorang meninggal dunia, lurutkan kening matanya dengan
lembut supaya mata mayat pejam. Mengulangi berkali-kali melipat lembut
jari-jemari, lengannya, kedua pehanya
dan kedua kakinya supaya memudahkan memandikan mayat bagi mengeluarkan najis
kotoran dari badan. Gantikan pakaiannya dan letakkan pemberat pada perutnya.
Tudungkan kain di atas mayatnya.
1)Mandi jenazah wanita
Riwayat
Ummu Atiyah radiallahu anha, NabiSAW memesan supaya memandikan jenazah puteri baginda Zainab
binti MuhammadSAW dengan bilangan ganjil samada jirusan air 3x atau 5x atau lebih
mengikut kesesuaian dimulai sebelah kanan diakhiri sebelah kiri sehingga bersih.
Sekiranya najis seperti darah tetap mengalir maka dimaafkan. Kemudian diakhiri
dengan jirusan dengan air campuran bidara dan kapur barus.
NabiSAW
menanti diluar sementara menunggu selesai memandikan jenazah puteri baginda. NabiSAW
kemudian memberi kain yang dipakainya kepada para sahabat wanita untuk
mengafankan anaknya dengan lapisan pertama di kulit anaknya. Rambut Zainab
diikat 3 dandanan dan dilepaskan kemas ke belakang.
Mandi jenazah tertutup hanya
tukang mandi dan pembantu
13-04-09 Menurut mazhab Syafi’e
Mengulangi
melembut sendi-sendi dengan menutup kain basah pada aurat mayat. Mandi mayat di
tempat tertutup melainkan tukang mandi dan pembantu. Elak memandang secara
melampau dan tengok di tempat perlu. Gunakan sarung tangan. Didudukan mayat
sedikit 45% dengan lemah lembut dan urut perutnya dengan lembut supaya keluar
najis. Gunakan sarung tangan yang lain untuk mencuci giginya dengan menggunakan
jari dan pada bibirnya. Buka sedikit mulut sekadar menyuci giginya dengan
sedikit jirusan air. Lubang hidung juga dicuci sehingga bersih. Diambil wuduk
pada jenazah. Guna sikat bergigi jarang menyikat janggut dan misai serta
rambutnya.
Jirusan air
3x dimulai sebelah kanan anggota diikuti kiri. Keluarkan daki celahan jari dan
kotoran kuku. Setiap mandian ditekan sedikit pada perutnya. Mengalih mayat
sebelah kiri dan dibasuh pangkal leher sehingga betis. Basuh tapak kakinya dan
dua belah kemaluannya. Pastikan kesemuanya dibasuh. Tuang akan air mutlak
dengan diakhiri kapur barus mengelakkan mayat cepat berbau. Diulangi lagi
kemudian sunat dilapkan dengan tuala supaya kering tubuhnya sebelum difakankan.
Menurut
mazhab Syafi’e Lebih Afdal kaum perempuan untuk perempuan dan lelaki untuk lelaki. Sepakat Imam Mujtahid, Isteri lebih utama
memandikan mayat suami. Suami lebih utama memandikan mayat isteri diikuti
mahramnya. Emak perempuan memandikan jenazah perempuan mengikut mahram
perempuannya. Sunat diperasapkan kemian bagi menghilangkan bau mayat. Setelah dikafankan sekiranya keluar najis, tidak
perlu dimandikan semula. Wajib tayamum bagi mayat
yang susah dimandikan seperti akibat kebakaran dan lemas terendam dalam
sungai dalam tempoh yang lama.
2) Kafan dan bau-bauan
11-05-04
Harus diwangikan kain kafan sebelum
diguna mengafan. Sahih AtTirmizi dari Abu
Said Al-Qudri sabda NabiSAW sebaik-baik bauan itu kasturi. Hasan AtTirmizi dari
Abi Hurairah disunatkan mandi selepas memandikan dan sunat wuduk setelah
mengusung mayat. Imam Nawawi dari kitab Majmuk harta si mati didahulukan
pengurusan jenazah sebelum mebayar hutang. Menurut mazhab Syafie, Ahmad dan
Ishak kain kafan bagi lelaki 3 helai dan perempuan 5 helai.
Sahih
AtTirmizi dari Ibni
Abbas radiallahu anhu sabda NabiSAW kafan guna kain putih bersih. Sunnah Riwayat
Aisyah radiallahu anha, jenazah NabiSAW dikafankan dengan 3 helai kain putih
Yaman tanpa memakai baju dan tiada serban. Kain selimut yang dihadiahkan untuk
mengafankan baginda tidak digunakan. Harus mengikut NabiSAW memberi baju dan
kain solat baginda untuk mengafankan jenazah Abdullah Ubai bin Salul. Harus
mengikut Riwayat AtTirmizi Jabir Abdillah radiallahu anhu NabiSAW mengafankan
jenazah saidina Hamzah dengan sehelai kain berbelang.
Riwayat
AtTirmizi dari Anaz
bin Malek radiallahu anhu. NabiSAW mengafankan Jenazah Saidina Hamzah Abdul
Muttalib dengan kain selimut buruk yang tidak cukup. NabiSAW menutup muka
jenazah Hamzah dengan kain tersebut tetapi tidak mencukupi menutupi kaki
Hamzah. Di zaman peperangan Islam, tentera-tentera syahid ada yang dikafankan 2
atau 3 mayat dalam satu kafan. Syahid
yang terdiri ahli Hafiz mendahului hadapan perkuburan menghadap kiblat.
Mengafankan
jenazah menurut mazhab Syafi’e. Kain sutera haram mengafankan mayat lelaki. Kain dihampar 3
helai dan diwangikan sebelum meletak mayat. Balut dimulakan sebelah kanan
kemudian kiri diulangi setiap balutan dan diharuskan dengan wangian. Kapas
disumbatkan tempat berlubang seperti hidung, telinga dan punggung serta
menggunakan kain perca sebagai penampan kapas pada celahan kedua belah peha
mayat. NabiSAW mengarahkan menutup di bahagian kepala kecuali muka pada jenazah
Mus’Ab bin Umai dan ditutup dengan daun di bahagian kaki kerana kain tidak
mencukupi. Meninggal dunia ketika ihram di Mekah diharamkan diwangikan, menutup
kepalanya, diguna kain kafan, kapur barus atau diguna pakaian berjahit. Wang
pengurusan jenazah menggunakan duit si mati dan ahli keluarga si mati atau
saudara mara terdekat si mati tetapi sumbangan sukarelawan tiada salah.
Sekiranya tidak cukup kain kafan tiada masalah.
13-07-04 Larangan kenduri tahlil atau arwah
Hasan
Sahih AtTirmizi dari ibnu
Jaafar radiallahu anhu ketika syahidnya Jaafar sabda NabiSAW. Masak, hantar dan
hidangkan makanan dan nasihat keluarga si mati yang dalam kesedihan itu makan. Imam Sya’fie tidak menyuruh membuat kenduri
arwah malah menyuruh melaksanakan apa saja yang disuruh baginda RasulullahSAW.
Sahih
Imam Ahmad dan Ibnu Majah dari Jarir
radiallahu anhu sabda NabiSAW meratap menangis jenazah dilarang.
Menurut
mazhab Syafi’e
Amalan
membaca Al-Quran pada jenazah tidak salah tetapi tidak disuruh agama.
Sabda
NabiSAW dalam Ayat 10 surah AnNisa. Harta anak yatim dimakan secara zalim itu seperti memakan
ketulan api neraka dan dihumban ke neraka saier. (Sekiranya terdapat anaknya
yang belum baligh walaupun dipersetujui semua anaknya untuk membuat kenduri arwah
bapanya, ia tetap diharamkan)
10-08-04 Sedih Rahmat Allah dan larangan menjerit meraung meratapi kematian
Riwayat
AtTirmizi dari Abu
Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW 4 perkara amalan jahilah:- 1)Tidak redha
ketentuan kematian dengan meraung menangis 2)Mencerca keturunan, darjat dan bangsa.
3)Mengatakan penyakit itu berjangkit sedangkan berjangkit itu atas kehendak
Allah 4)Kepercayaan ramalan karut dan mempercayai petanda sial
Sahih
Bukhari dari Usamah
bin Zaid bin Harithah (dia dan bapanya anak angkat Rasulullah SAW bukan cucu
angkat Rasulullah SAW) sabda NabiSAW
"Yang penting ialah sabar apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana Allah mengambil balik hakNya, sedih mengalirkan air mata ialah rahmat Allah dan meraung menangis tidak dapat menerima takdir kematian dimarahi Allah."
"Yang penting ialah sabar apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana Allah mengambil balik hakNya, sedih mengalirkan air mata ialah rahmat Allah dan meraung menangis tidak dapat menerima takdir kematian dimarahi Allah."
14-09-04 3) Solat jenazah disegerakan
Waktu Solat Jenazah
Sahih AtTirmizi dari Ukhbar bin Amir radiallahu
anhu sabda NabiSAW waktu makruh solat jenazah selepas habis Subuh sebelum
bermula Duha, apabila matahari tegak sehingga selepas Zohor dan apabila senja
ketika senja matahari terbenam sehingga selepas Maghrib. Menurut mazhab Syafi’e merujuk Sahih Muttafakun
Alai segerakan solat jenazah tanpa mengira waktu.
Sunat di masjid dan tetap sah di
rumah
Menurut mazhab Syafi’e, solat jenazah boleh dilakukan
bersendirian atau berjemaah dan di rumah atau sunnah di masjid. Hasan AtTirmizi
dari Aisyah radiallahu anha, NabiSAW solat jenazah Suhai bin BaidakRA di masjid
kerana ramai yang boleh solat.
Sahih AtTirmizi dari Abu HurairahRA sabda
NabiSAW solat jenazah 4 takbir. Menurut mazhab Syafi’e, budak-budak menjadi
imam walaupun belum baligh sah menjadi imam solat jenazah. Pastikan semua telah
mengambil saf solat berdiri betul dan rapat. Niat “Sahaja aku solat
jenazah terhadap mayat ini menjadi imam, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah
Ta’ala.”
08-02-05 Menurut nas mazhab Syafi’e
1.
Sahih
AtTirmizi dari IbnuAbbas radiallahu anhu. NabiSAW baca Al-Fatihah
solat jenazah selepas takbir pertama (angkat tangan
setiap takbir seperti solat biasa)
2.
Imam Nawawi menurut
nas Syafi’e memfardukan selawat selepas takbir
kedua
Allahumma
salli `ala muhammad wa`ala ali Muhammad
3.
Sahih Imam
Muslim dari Auf bin MalekRA, NabiSAW baca selepas
takbir ketiga Allahumaghfirlahu Warhamhu Wa’afihi Waghfuanhu
(jenazah wanita“ha”)
4.
Takbir ke empat salam ke
kiri dan ke kanan. Imam Nawawi menurut nas Syafi’e tidak mewajibkan tetapi masih boleh berdoa “Allahumalatahrimna
Ajrahu Walataftinna Baghdahu Waghfirlana Walahu”
8-03-05 Sahih AtTirmizi dari Mughirah bin Syuqbah
radiallahu anhu sabda NabiSAW, jenazah kanak-kanak wajib disolatkan. Menurut
Imam Syafi’e, sekiranya lebih 4 bulan setelah roh ditiupkan, kandungan yang
keluar diwajibkan mandi dan ditanam tanpa dilakukan solat. Sekiranya keguguran
kurang 4 bulan tidak diwajibkan mandi, kafan dan ditanam di kubur cuma ditanam
di mana-mana tempat.
14-06-05 Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah radiallahu anhu
sabda NabiSAW. Solat jenazah akan menerima pahala sebesar bukit Uhud dan
selepas itu mengiringi sehingga selesai jenazah ditanam akan diganda pahalanya
menjadi 2 bukit Uhud.
14-06-05 Hadis Hasan lagi Gharib lagi Sahih Riwayat Bukhari dan
AtTirmizi dari Abu Hurairah, Jabir,Abi Said,Huzaifah dan ramai sahabat
riduanulla alaihim ajmain. NabiSAW solat ghaib jenazah berjemaah di Madinah
sedangkan mayat Asbahah di Habsyah.
Nota:
Ditegah syarak memberi duit mengupah orang datang solat jenazah dan mengambil
duit upah orang yang mengupah solat jenazah kerana menyusahkan keluarga si
mati.
4) Segera kebumikan Jenazah
11-01-05
Hasan gharib ari Aisyah, Abu Bakar dan Ibnu
Abbas riduanulla alaihim ajmain sabda NabiSAW. “Jenazah para nabi ditanam di
tempat mereka wafat.”
Hadis Hasan Ibnu Omar sabda NabiSAW sebutkan
kebaikan si mati dan jangan sebut keburukan si mati.
13-10-04
Sunat Riwayat AtTirmizi dari Ibnu Omar. NabiSAW dan para
sahabat berjalan dihadapan jenazah ketika mengiringi ke kubur.
Hasan
AtTirmizi sabda
NabiSAW “Bersopanlah kerana malaikat mulia Allah berjalan kaki bersama orang
ramai mengiringi jenazah.”
Sahih
AtTirmizi dari Jabir
bin Samurah radiallahu anhu. NabiSAW berjalan kaki ketika rombongan jenazah Abu
DahDah ke kubur dan pulang dengan menaiki kenderaan. (Makruh menaiki kenderaan
mengiringi jenazah ke kubur)
Sahih
Muttafakun Alai dari Abi
Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW segerakan kebumikan jenazah kerana
sekiranya simati soleh atau solehah, simati tidak sabar untuk dikebumikan untuk
menikmati nikmat Allah dan sekiranya simati sebaliknya, segerakan tanam simati
bagi melepaskan tanggungan kepada mereka yang mengurus jenazah.
12-07-05 Menanam Jenazah Menurut mazhab Syafi’e, ditanam dengan membaring mengiring
sebelah rusuk kanan dan wajib keadaan dada mayat menghadap kiblat. Disunatkan
menggali lubang sehingga hujung jari manusia sampai di permukaan atas bagi
mengelakkan bongkaran binatang buas dan berbau. Sunat membantalkan pipi mayat
dengan bata atau batu pada kepala mayat. Makruh berbantal kapas, kain, tilam,
bantal dan keranda. Keranda digunakan kepada mayat hanya pada tempat yang
basah.
Sunnah
Riwayat Ubaidillah ketika jenazah Ummu Kalsum yang ditanam. NabiSAW mengucap “dari tanah kami wujud dan dari tanah kami kembali” sambil
3 kali menggenggam dan menabur tanah di atas mayat sebelum dikambus.
Mazhab
Syafi’e Hasan gharib AtTirmizi dari
Ibnu Omar Al-KhattabRA, NabiSAW menyebut “bizmillah
wabilla wa’ala milatirasulillah (dengan nama Allah dengan Allah dan di atas
agama Rasulullah)” ketika mayat sedang dimasukkan ke liang kubur.
Sahih
AtTirmizi dari Abi
Wa’il sabda NabiSAW, paras kubur tinggi tidak melebihi sejengkal.
Sahih
AtTirmizi dari Jabir
radiallahu anhu sabda NabiSAW menegah sebarang binaan dan tulisan nama pada
kubur.
Sahih Muslim sabda NabiSAW haram sebarang pembinaan
tembok pada tanah perkuburan.
Riwayat
Abu Daud dari
Saidina Osman bin Affan. Sabda RasulullahSAW yang berdiri di atas kubur
“Tinggikan sedikit lebih kurang sejengkal tanah kerana mayat apabila reput akan
merendahkan permukaan tanah. Mari berdoa supaya mayat dapat menjawab soalan
malaikat dengan fasih.”
ADAB KUBUR masuk atau lalu
kawasan, ziarah dan talkin kubur
Tidak
berlaku roh pulang ke rumah. Selepas melalui sesi mungkar nangkir. Kata arwah pada malaikat ,
Tuan, boleh tak aku nak balik jumpa orang-orang yang ku sayang di atas dunia
kerana aku nak memberitahu yang janji Allah itu betul. Kata Malaikat
“Kamu tidur seperti mana pengantin tidur”. AnNisa
172 tafsiran kitab Nurul Ihsan syarah Ustaz Shamsuri
09-08-05 Sahih Muslim dari Abi HurairahRA sabda NabiSAW adab
ziarah kubur “Assalamualaikum penghuni kampung orang beriman, sesungguhnya
Insya’allah suatu hari akan datang kami akan mengikut kamu semua. Aku mengenali
umatku di hari akhirat melalui tanda wuduk mereka semasa dunia dan aku akan
membawa mereka minum air di telagaku”
Sahih
Bukhari dari Omar
Al-Khattab radiallahu anhu sabda NabiSAW, sekiranya melebihi 2 orang Islam yang
menyebut ikhlas tentang kebaikan kematian seseorang itu maka dia ke syurga.
Imam Nawawi menjelaskan maksud keikhlasan menyebut itu adalah ilham dari Allah.
Sahih Muslim sabda NabiSAW haram sebarang pembinaan
tembok pada tanah perkuburan.
Sahih
Muslim sabda
NabiSAW "haram duduk di kubur, dari duduk di kubur lebih baik duduk di
atas bara api sehingga terbakar isi dan kulit".
08-03-05 Talkin
kubur NabiSAW sambil berdiri tidak duduk
“Setiap orang yang hidup pasti mati. Hari ni allahyarham
ditakdirkan mati oleh Allah, hari kita akan menyusul selepas ini. Sama-sama
berdoa supaya allahyarham dapat menjawab soalan kubur dengan tenang.”
Kemudian
baca penghulu doa mengakhiri talkin kubur "Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati
hasanah, waqina 'aza bannar" ertinya "Ya Allah kurniakan kami
seluruh kebaikan ketika di dunia, dan seluruh kebaikan ketika di akhirat serta
jauhkan kami daripada api neraka"
Nota:
jangan sebut arwah(banyak roh), almarhum(telah dirahmati Allah sedangkan Allah
saja yang tahu) dan jangan sebut allahyarhamah
Hasan
lagi Sahih AtTirmizi sabda
NabiSAW "Sekiranya umatku hidup dikalangan suasana dunia bid'ah penuh
kesesatan akhir zaman nanti BERPEGANG TEGUHLAH
DENGAN SUNNAHKU DAN IBADAH KHULAFA AR-RASHIDIN." Ziarah kubur disuruh syarak tetapi ditegah
menyiram air mawar, menabur bunga dan duduk di atas kubur membaca doa. Kekeliruan
masyarakat hanya diselesaikan dari Nas Al-Quran dan Hadis.
Menurut
Mazhab Syafi’e, Tujuan
ziarah kubur ialah mengambil pengajaran. Kubur yang gelap akan mengalami proses
pereputan mayat. Mata si mati akan cair mengeluarkan air bisa selepas 3 hari
ditanam. Ulat akan keluar melalui lubang-lubang anggota tubuh dan tulang mula
merekah. Maka ucapkan, “Aku juga akan jadi seperti kamu semua. Wahai Tuhanku, berilah
petunjuk amal soleh, tetapkan imanku, jauhilah aku dari apa tegah Engkau,
Ampunlah dosa tuan kubur ini, ampunkan semua penghuni kubur di sini.”
SELEPAS JENAZAH DITANAM
Sahih
Bukhari dari Anaz
bin Malek radiallahu anhu sabda NabiSAW. Sekiranya ikhlas beriman dengan Allah
dan sentiasa mencari mendengar Hadisku maka mulutnya pasti diizinkan Allah
menjawab soalan kubur dan kenal aku ketika di alam
kubur. Manakala Jawab mereka yang ketika di dunia tidak berusaha
mencari mendengar mempelajari Hadisku. Ketika mati dinampakkan wajahku dan
Allah jadikannya berkata aku tak kenal wajah ini, aku mengikut sahaja apa
yang orang lain kata tentang wajah ini. Malaikat dengan nada amat
marah."Kamu tidak kenal orang ini! pesan orang ini!" Dengan tongkat
cemeti besi, malaikat membalun di antara kedua telinganya yang tidak pernah
dengar Al-Quran Hadis Islam. Mayat menjerit dengan jeritan cukup kuat
akibat tidak kenal NabiSAW sehingga semua makhluk Allah boleh mendengarnya
melainkan jin dan manusia. Pengakhiran menyebut kalimah syahadah ketika
nazak kematian bergantung pada kesungguhan amalan pada Allah.
Sahih
Muttafakun Alai dari Ibnu Majah sabda RasulullahSAW. Tanya Malaikat di dalam kubur “Kamu percaya
Nabi Muhammad itu utusan Allah? Al-Quran itu dari Allah? Kamu pernah melihat
Allah? Kata permuda beramal solleh “Tiada manusia layak melihat Allah”. Dibuka
dinding hijab pandangan manusia dan ditunjukkan neraka Allah kepadanya yang api
neraka itu sabung menyabung.
Itulah
tempat kau jika kau tidak Islam atau tidak beriman pada Allah. Kemudian dibuka
hijab ditunjukkan syurga keindahan lalu seru malaikat “Inilah tempat kau di
atas keyakinan kau pada Allah tatkala nyawamu dicabut”
Apabila
seseorang itu tidak teringin untuk ke masjid atau belajar majlis ilmu agama.
Dibangkitkan dalam kubur dalam ketakutan mencengkam dirinya setelah berjalan
pulang ahli keluarga sahabat handai dari kuburnya. Tanya malaikat “Bagaimana
keadaan kau ketika mati sebentar tadi”. Matinya dalam keadaan kufur makan duit
haram atau di tempat maksiat atau mabuk. Jawabnya aku tak tahu yang aku
tahu ada duit baru boleh hidup. Maka ditunjukkan syurga lalu menyeru kepada
manusia kafir atau kufur tersebut, syurga itu ialah masjid, amal baik,
silaturahim dan ilmu yang kamu tidak suka buat. Kemudian dibuka neraka lalu
malaikat menyeru Itulah tempat kamu di atas keraguan hidup kamu di dunia
dahulu.
Sahih
Bukhari dari Anaz
bin Malek radiallahu anhu sabda NabiSAW. Sekiranya ikhlas beriman dengan Allah
dan sentiasa mencari mendengar Hadisku maka mulutnya pasti diizinkan Allah
menjawab soalan kubur dan kenal aku ketika di alam
kubur. Manakala Jawab mereka yang ketika di dunia tidak berusaha
mencari mendengar mempelajari Hadisku. Ketika mati dinampakkan wajahku dan
Allah jadikannya berkata aku tak kenal wajah ini, aku mengikut sahaja apa
yang orang lain kata tentang wajah ini.
Malaikat
dengan nada amat marah."Kamu tidak kenal orang ini! pesan orang ini!"
Dengan tongkat cemeti besi, malaikat membalun di antara kedua telinganya yang
tidak pernah dengar Al-Quran Hadis Islam. Mayat menjerit dengan jeritan
cukup kuat akibat tidak kenal NabiSAW sehingga semua makhluk Allah boleh
mendengarnya melainkan jin dan manusia. Pengakhiran menyebut kalimah
syahadah ketika nazak kematian bergantung pada kesungguhan amalan pada
Allah.
Menurut
mazhab Syafi’e, harus solat
jenazah ghaib menghadap kiblat bagi jenazah yang jauh dan tidak mampu ke
tempatnya meninggal dunia.
10-05-05
Ketika mayat emak Saidina Ali ditanam, Ketika NabiSAW tidur sementara di liang
dan kemudian bersabda mayat Fatimah bt Hasan ini insan yang istimewa dirahmati
Allah. Mudah-mudahan Allah ringankan azab himpit kubur ke atasnya.
Muttafakkun
Alai sabda
NabiSAW ketika melintas di kawasan 2 kubur pada para sahabat "Mereka
berdua sedang diazab seksaan dasyat ini mengganggap dosa mereka itu kecil
tetapi besar di sisi Allah. Yang seorang ini membawa berita tidak benar
melagakan orang dan baginya itu perkara kecil. Yang seorang lagi cuai menjaga
kebersihan air kencingnya sehingga kekotoran najis itu dibawa bersolat."
09-08-05 minit 1:07:40 tiada
dalam Hadis Sahih. Meninggal dunia hari jumaat terlepas azab kubur.
No comments:
Post a Comment