26-01-05 Sahih Muslim dari Huzaifah bin
Yamman ra selaku penyimpan rahsia Nabi saw. Sabda Nabi saw. Fitnah ialah
kebinasaan yang disebabkan seperti isteri yang tidak menjaga maruah, harta yang
disalahguna, ilmu yang tidak diamal, anak yang dirosakkan dan jiran yang buruk
sangka. Fitnah besar menurut Imam An nawawi yang dimaksudkan Abu Huzaifah
kepada Omar Al-Khattab ra akan bermula setelah kewafatan Omar Al-Khattab ra.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Kiamat tidak akan terjadi
kecuali berlaku fitnah besar seperti jenayah pembunuhan demi pembunuhan tanpa
tujuan dalam masyarakat.
Pengajian tafsir Nurul Ihsan syarah Ustaz Shamsuri ms 196 surah
Yunus ayat 71-87 kisah Nuh as
NABI NUH AS DAN BANJIR MENENGGELAMKAN SELURUH DUNIA
Firman Allah sabda Nabi saw.
(71-74)Wahai Muhammad saw, beritahu umatmu
kisah Nuh as. Antara Nabi Allah Nuh as dan Nabi Allah Idris as bezanya 1000
tahun. Sabda Nabi Nuh as “Aku hanya lakukan yang disuruh Allah, sekiranya aku
menjadi masalah pada umatku, aku tidak boleh berbuat apa dan aku hanya
bertawakal pada Allah. Sekiranya benci akan diriku, segera kumpulkan seberapa
ramai dan musnahkan aku serta lakukan apa yang kamu suka.” Akibat ancaman mereka yang ingkar, akhirnya
Allah turunkan hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir besar menenggelamkan
seluruh dunia menghapuskan seluruh generasi manusia kecuali hanya 80 orang
pengikut Nabi Nuh as dan baginda sendiri yang terselamat. Manusia dibiakkan
kembali dari asal mangsa yang terselamat tersebut. Kemudian Kami wujudkan
kembali para Nabi dan Rasulullah dari pembiakan manusia tersebut seperti Nabi Ibrahim,
Hud, Salleh, Lut as kepada kaum masing-masing mengikut zaman. Setiap Nabi
menceritakan berita yang berlaku pada Nabi-nabi sebelum bermula Nabi Adam as
tetapi umat mereka tetap juga berdusta. Kami menutup hati orang-orang takabur
ini supaya mereka dijauhkan dari hidayah.
AYAT PEMBATAL SIHIR OLEH MUSA
(75-82) Demikianlah yang berlaku pada Nabi Musa
as dan sepupunya Nabi Harun as. Mereka tetap berkata Musa itu penyihir walaupun
setelah Kami zahirkan kebenaran melalui mukjizat Musa. Nabi Musa as melemparkan
tongkat ke arah tukang sihir yang menentang baginda serentak membacakan surah Yunus 81-82 walaupun pada
masa yang sama diserbu ular-ular ahli sihir.
Ayat
Pembatal Sihir surah Yunus 81-82 "Apa yang kamu
datangkan itu sihir, Allah akan membatalkan sihir itu. Tuhan aku tidak akan
membenarkan kamu membuat kerosakan sihir ini. Allah akan menunjukkan kebenaran
walaupun dibenci orang kafir." (kredit ustaz Syarhan Syafi'e)
(83-86)Hanya sebahagian kecil yang beriman
dengan Musa as setelah Musa Berjaya menewaskan mereka. Kesombongan Fir’Aun ini
sehingga mengisytiharkan dirinya tuhan. Kata Musa”jika kamu beriman, bertawakal
dengan Allah dan Allah akan menjaga kita.”
23-02-05 Nurul Ihsan jilid 2 ms 199 surah Yunus ayat 88-92
NABI SAW BAYAR DENDA SUMPAH TIADA DUITNYA DEMI MEMBANTU ABI MUSA RA
23-02-05 Sahih muslim dari Abi Musa Al-Ash'ari ra. Nabi saw sanggup melanggar sumpah tiada duit baginda demi memberi 3 ekor unta kepada suku Al-Ash'ari dengan tujuan peperangan. Ini kerana tiba-tiba Nabi saw dihadiahkan unta tersebut oleh seorang saudagar. Sabda baginda, "Itu pertolongan Allah bukan pertolongan aku."
SULAIMAN LUPA SEBUT INSYA'ALLAH
Sahih muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Akibat terlupa menyebut "Insya'allah", Nabi Allah Sulaiman as bin Nabi Daud as yang bersumpah melahirkan pejuang dari 70 isteri baginda dianugerahkan kelahiran semua anaknya cacat.
FIR'AUN YANG CUBA BERTAUBAT DITAKDIRKAN MATI KAFIR
gambar hiasan gambaran kiamat besar |
23-03-05 Nurul Ihsan jilid 2 ms 201 surah Yunus ayat 93-109
BENDERA SIMBOL MARUAH & DAKWAH ALI KARAMULLA HUWAJHA
Sahih Muttafakun Alai dari Sahal bin Saad atau Abul Abbas ra. Ali diumumkan Nabi saw mengetuai panji fisabilillah untuk perang khaibar. Ali juga dinasihatkan supaya masuk secara sopan untuk berdakwah kefahaman Islam. Sabda Nabi saw. "Beritahu mereka Islam bukan kekerasan malah ia penuh kasih sayang. 1 orang mendapat hidayah dari hasil dakwah itu lebih bernilai dari benda paling berharga dunia.
YAHUDI SYAK KEBENARAN MUHAMMAD PESURUH ALLAH
Yunus 10:93) Mesir dan Syam aman damai ketika zaman Musa sehinggalah Nabi Muhammad saw dilahirkan, Yahudi tetap tidak menerima Muhammad walaupun disebut Taurat.
94)Rasulullah saw sendiri tidak menyangka dirinya terpilih menjadi Nabi. Firman Allah, Jika syak tentang perlantikan Rasul, pergi tanya alim Taurat dan alim Injil seperti Waraqah bin Naufal.
95)Terimalah hakikat wahai Muhammad, kamu adalah Nabi akhir zaman.
96)Biarkan mereka Muhammad, takdir pilihan mati kafir mereka itu pilihan diri sendiri.
KEKECEWAAN NABI YUNUS AS
97)Allah tidak menerima taubat ketika petanda kematian kecuali umat Nabi Yunus as sebagai bukti Allah Tunjuk Kuasa KehendakNya dan tiada siapa boleh pertikai. Nabi Yunus memberi amaran 3 hari azab bakal menimpa kepada kaumnya yang syirik di Baghdad. Mereka menganggap Yunus itu hanya bercakap gempar saja. Yunus keluar pada hari ke 3 tengah malam setelah mereka nyenyak tidur.
98) Ketika Allah menghantar bencana, mereka beramai-ramai keluar ke padang menangis ketakutan mengakui kebenaran Yunus. Allah mengampunkan mereka dan inilah satu-satunya umat manusia yang Allah ampun ketika maut menghampiri. Yunus tetap kecewa dan berputus asa dengan umatnya lalu menumpang sebuah perahu untuk pelayaran. Di pertengahan pelayaran, perahu tidak bergerak kerana angin berhenti. Menurut Nakhoda perahu, angin ini berhenti kononnya kepercayaan ada hamba yang lari dari tuan. Nakhoda mencadangkan cabut undi. Yunus tercalon dan baginda diminta terjun ke laut. Dengan kehendak Allah, Yunus ditelan ikan.
HAKIKAT ALLAH DAN KONFLIK DIRI AKIBAT PEGANGAN ADAT NENEK MOYANG
99) Jika Allah Hendak, manusia sedunia beriman pada Allah.100) Maka terimalah HAKIKAT/PERATURAN ALLAH ada beriman dan ada ingkar. Sabda Nabi saw pernah menganis dan hancur luluh hati baginda sambil bersabda" wahai pakcik Abu Talib, aku akan pertahankan kamu di depan Allah, masuklah Islam sebelum kamu mati." Abu Talib yang banyak membantu perjuangan Rasulullah saw tetap akan pendiriannya terhadap pegangan nenek moyang mereka.
SIAPA LAKUKAN FENOMENA ALAM?
101) Lihat siapa cipta Langit dan Bumi. Fenomena bencana-bencana alam ini siapa yang lakukan? Mereka yang tidak mencari malah menolak akan Allah tutup mata hati mereka.
Gambar hiasan Kekuasaan Allah Fenomena Alam |
105) Tuhan Allah yang mencabut nyawaku dan nyawa kamu semua itulah yang aku sembah.
106) Hatiku sentiasa pada Allah dan hanya Allah boleh lepaskan dari kesakitan yang tiada harapan.
107) Sabda Nabi saw. Jangan pertikai nasib baik buruk dan takdir miskin kaya kerana itu semua kehendak Allah.
108)Buat baik terima baik buat sebaliknya terima padah. Pilihan sesat itu diri sendiri.
109) Pengajaran Badar itu hukuman kematian Allah pada kafir quraisyh dan yahudi serta kristian dihukum bayar cukai kepada kerajaan Islam.
No comments:
Post a Comment