Nota Cinta

Monday, January 3, 2005

Zuhud 2005



03-01-05 Sahih Muttafakun Alai dari Abu Hurairah radiallahu anhu. Seorang pemuda yang kebuluran akibat kemiskinan datang ke rumah RasulullahSAW meminta sedikit makanan. Ketika itu rumah para isteri baginda juga tiada langsung bekalan makanan. Salah seorang sahabat sukarela menjemput dan menjamu pemuda yang kebuluran itu sehingga seluruh keluarganya kelaparan pada malam tersebut. Keesokannya, sabda NabiSAW. Sesungguhnya Allah telah bangga dengan kamu suami isteri kerana memuliakan tetamu pada malam tadi.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW. 3 Keperluan asas manusia sebelum menjadi zuhud iaitu rumah tempat berlindung, pakaian menutup aurat dan makanan atau minuman.
07-02-05 Sahih Bukhari sabda NabiSAW. Menjadi hak Allah menjatuhkan orang yang berkedudukan tinggi akibat kesombongannya.
Sahih Muslim sabda NabiSAW. Allah mewahyukan kepadaku supaya kamu semua bersifat tawaduk, rendah diri, dilarang bangga diri, takabur serta tidak boleh menghina, mempersenda, memperlekeh dan memperkecilkan orang lain.
Menurut Imam AtTirmizi sabda NabiSAW menerangkan surah Al-Qasar ayat 83. Syurga untuk orang yang tiada bangga diri, merosakkan orang lain dan kesudahan orang bertaqwa. Surah Luqman, Jangan beralih muka buat-buat tidak nampak apabila melihat orang lain kerana ia tanda kesombongan. Jangan berjalan dalam keadaan sombong. Surah AtTakasur. Manusia berlumba memperbanyakkan harta dan sifat tamak manusia akan berlanjutan sehingga kiamat. Allah sumpah manusia sebegini sehingga mereka lalai dan leka mengejar harta kemewahan dan mereka ini hanya akan tersedar selepas mendiami alam kubur.
Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW “Manusia mengatakan kenderaan, kediaman, kemewahan dan semua harta pencarian itu hak mereka sedangkan harta mereka yang sebenar ialah jumlah sedekah ikhlas mereka. Muslim perlu bekerja menyara keluarga tetapi beribadah kepada Allah lebih penting.”
Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah kerana menurut Imam AtTirmizi orang yang meminta sedekah itu malas bekerja dan menghina dirinya dengan meminta hasil titik peluh susah payah orang yang bersedekah.
Menurut Syeikh Idris Al-Marbawi penulis kitab Bahrulmazi terjemahan dari hadis Imam AtTirmizi ini, Mereka yang meminta-minta ini malas berusaha malah selalu komplen dan ada di antara mereka ini dengki serta iri hati dengan mereka yang rajin berusaha.
07-03-05 Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW, sabar kemiskinan dengan buat ibadah dan tidak membuat dosa akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari golongan kaya beriman lagi soleh.
Sahih Muttafakun Alai sabda NabiSAW ketika matahari sejengkal dari kepala manusia di padang mahsyar, lautan peluh manusia bermula dari paras tumit kaki sehingga paras mulut mengikut amalan masing-masing.  
Sahih Muslim sabda NabiSAW dalamnya neraka seperti 70 tahun perjalanan junaman batu besar dari tebing ke dasar neraka.  
Apabila Allah menghantar malaikat Jabbal supaya menjadikan segunung emas sebagai harta MuhammadSAW. Sabda NabiSAW kepada malaikat Jabbal: “beritahu Allah, aku tidak sesekali mahu menjadi kaya di dunia, aku cuma mahukan hanya 1 hari diberi rezeki makanan dan 1 hari kelaparan.”
Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek radiallahu anhu dan Aisyah radiallahu anha sabda NabiSAW, hidupkanlah aku dan matikan aku dalam keadaan miskin dan bangkitkan aku dikalangan orang miskin. Allah sayang mukmin yang miskin yang redha dengan takdir Allah dan Allah teramat benci fakir miskin yang tidak menunaikan perintah Islam.  Orang miskin yang tidak berdosa akan masuk syurga lebih awal 40 tahun dari orang kaya yang soleh kerana harta dunianya dihisab Allah untuk diseksa di neraka terlebih dahulu.
04-04-05 Sahih Muttafakun Alai dari Sahal bin Saad r.a. NabiSAW mengisyaratkan kepada Abu Bakar supaya meneruskan menjadi imam solat kerana baginda baru sampai dari menyelesaikan satu kes di daerah lain tetapi Abu Bakar tetap mengundur ke belakang bagi memberi laluan RasulullahSAW menjadi imam. Sabda NabiSAW selepas selesai solat. Abu bakar sepatutnya meneruskan menjadi imam solat dan sekiranya imam solat tersilap, makmum lelaki menegur dengan menyebut Subhanallah dan bagi jemaah wanita hendaklah menepuk tangan atas tangan kiam. Abu Bakar memberitahu selepas solat “mana mungkin aku mengimamkan seorang Rasul”.
Para sahabat tinggi budi pekertinya dan terlalu merendah diri. Khalifah Abu Bakar memberitahu para sahabat mustahil dia berdiri kutbah di tingkat 3 mimbar kerana itu taraf seorang Rasul. Khalifah Abu bakar pula berkutbah di tangga 1 kerana katanya tangga 2 itu adalah manusia paling baik selepas rasul. Saidina Osman berdiri di atas lantai kerana diberitahunya dia tidak setaraf berkutbah di atas 3 tingkatan tangga mimbar.
Hasan AtTirmizi dari Aisyah radiallahu anha NabiSAW membuka pintu rumah yang terkunci untuk Aisyah masuk ke rumah walaupun baginda tengah solat.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Abdullah bin Amru radialla huanhu sabda NabiSAW. Siapa yang memeluk Islam dan redha rezekinya cukup sehari ala kadar tiada berlebih tanpa merungut kesusahan akan mendapat kejayaan kesenangan hari akhirat. Menurut Imam Abu Isa AtTirmizi dan penerangan oleh Syeikh Idris Al-Marbawi. Rezeki yang melebihi 3 hari, seminggu atau sebulan tersimpan di rumah melebihi dari mencukupi tiada disebut dalam hadis. Bagaimanapun mesti bersyukur kepada Allah dilimpah kurnia kesenangan di dunia.
04-07-05 Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW. 2 malaikat yang dipanggil mungkar dan nakir bertanya kepada manusia yang baru masuk ke kubur dengan pakaian hitam atau kebiru-biruan. Dinampakkan wajah NabiSAW. Allah mengizinkan orang beriman menjawab dengan lidah yang fasih dan diluaskan kuburnya sejauh mata memandang disamping dengan cahaya terang. Orang beriman ini meminta izin untuk berjumpa keluarganya memberitahu kebenaran akan kehidupan alam kubur. Tetapi malaikat tidak membenarkan dan berkata tidur seperti mana pengantin tidur pada malam pertama. Sebaliknya manusia yang tidak beriman akan menjawab ikut saja apa mereka cakap. Kemudian bumi menghimpit hancur berselisih tulang rusuk sehingga hari kiamat.
Hadis Imam Ahmad bin Hambal dengan isnad yang kuat riwayat Abdullah bin Abbas radiallahhu anhuma sabda NabiSAW. 2 orang mukmin yang berkawan ketika di dunia berjumpa di padang mahsyar. Beza seorang ialah fakir dan seorang lagi orang kaya. Tiba-tiba mukmin miskin dibenarkan masuk syurga terdahulu dan mukmin kaya ditahan sementara di padang mahsyar. Setelah mereka bertemu mukmin kaya ketika di dunia menceritakan betapa azabnya dengan keadaan sangat tidak selesa ketika ditahan selama 500 tahun sehinggakan peluhnya boleh diminum oleh 1000 ekor unta.
Hasan lagi sahih AtTirmizi dari Masruk radiallahu anhu dan Aisyah radiallahu anha. NabiSAW menolak kesenangan dunia dan tidak pernah makan sampai kenyang seumur hidup baginda. Rumah NabiSAW dan para isterinya langsung tiada makanan kerana setiap lebihan roti cha’ir disedekahkan pada fakir miskin. Roti yang dimakan oleh NabiSAW bersama isteri-isterinya merupakan roti gred rendah yang biasa diberi makan pada haiwan ternakan. Semuanya disedekahkan termasuk pakaian baginda disedekahkan walaupun NabiSAW sendiri merasa lapar tetapi banginda tetap menganggap orang lain lebih susah darinya.
01-08-05 Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek radiallahu anhu. Tangan RasulullahSAW lebih lembut dari sutera dan baginda merupakan sangat pembersih walaupun NabiSAW kuat bekerja.
Sahih Abu Daud sabda NabiSAW, muslim yang mengelak diri dari insiden pertengkaran akan dijanjikan baginda rumah di puncak syurga.  
Sahih Muslim sabda NabiSAW. Allah memandang dunia lebih hina dari manusia memandang hina pada bangkai kambing lagi cacat.

No comments:

Post a Comment