Nota Cinta

Wednesday, January 5, 2005

Al-Ahqaaf 1-35 Maqiah (diturunkan di Mekah)

05-01-05 Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 72 surah Al-Ahqaaf 46 Maqiah ayat 1-8 syarah Ustaz Shamsuri


UTAMAKAN KANAN WALAUPUN SEBELAH KANAN HANYA SEORANG BUDAK 

Sahih Muttafakun Alai dari Sahal bin Saad ra. Nabi saw mengutamakan saf sebelah kanan walaupun dia hanya seorang budak berbanding sebelah kiri baginda ada warga tua.

BANYAKKAN SOLAT SEKIRANYA MAHU BERSAMA BAGINDA RASULULLAH SAW

Sahih Muslim dari Rabi'ah bin Kaap Al-Aslami ra sabda Nabi saw. Banyakkan solat sekiranya mahu bersamaku di akhirat.

AL-AHQAAF ATAU TEMPAT KAWASAN BUKIT PASIR

(46:1-3) Allah Maha Kuasa menjadikan fenomena alam. Manusia mengatakan kiamat lambat tetapi bagi Kami kiamat terlalu dekat. Bagi kafir, mereka tidak suka khabar kiamat. 4) Tanya mereka apa yang tokong buat di muka bumi ini. Adakah berhala itu menolong Kami menciptakan langit? Semak Zabur Taurat Injil, adakah patung berhala ini mendekatkan diri dengan Tuhan? Tidak dianggap beriman apabila menolak Quran dan Hadis Muhammad saw. 5) Mereka ini golongan sesat kerana benda dari batu atau kayu itu langsung tidak memberi manfaat. 6) Di akhirat, golongan sesat ini dianggap kafir atau musuh oleh benda yang mereka sembah. 7-8) Sabda Nabi saw. "Mereka yang menuduh Al-Quran itu sihir disamping menuduh aku menulis Al-Quran sedangkan aku tidak tahu menulis, akan tidak diberi syafaat di akhirat." 9) Sabda Nabi saw. "Sebelumku sudah banyak Rasul-rasul membuktikan bakal kewujudanku dan bekalkan padaku Quran. Aku bukan Tuhan, kita tidak tahu apa akan berlaku di hari kemudian tetapi suatu hari kita semua akan mati.


02-02-05 Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 72 surah Al-Ahqaaf 46 Maqiah ayat 9-14 syarah Ustaz Shamsuri

Sahih Muttafakun Alai dari Abi Wa'il ra sabda Nabi saw. Sekiranya mahu tahu ayat Quran sebenar tanya Ibnu Mas'Ud ra. Dari Ibnu Mas'Ud ra. Nabi saw tidak kerap mengadakan majlis ilmu supaya jemaah tidak jemu.
Sahih Muslim dari Amar bin Yasir ra sabda Nabi saw. Katib yang faham agama ialah kutbahnya ringkas.
Sahih Muslim dari Muawiyah bin Al-Hakam Al-Sulawi ra sabda Nabi saw. Dalam solat tidak boleh cakap selain bacaan solat dan quran. Jangan jumpa bomoh syirik dan jangan percaya perkara tahyul. Apabila sudah tahu, jangan lakukan lagi.




02-03-05 Sahih muslim. Abu hurairah ra sabda Nabi saw. Tak perlu nazar perkara yg menyeksa diri.
Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Allah tidak suka nazar yang melampau sehingga menyeksa diri.  Sahih Muslim dari Imran bin Husain ra sabda Nabi saw. Haram nazar buat maksiat dan tidak mahu buat ibadah wajib.  Sahih Muslim sabda Nabi saw. Tidak tunai nazar didenda seperti denda langgar sumpah.
BUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA
Nurul ihsan jilid 4 ms 76 tafsir surah Al-Ahqaaf ayat  15-20 syarah Ustaz Shamsuri
46:15) Manusia diperintah buat baik kepada ibubapa kerana ibu susah payah melahirkan anak, mengandung 9 bulan dan menyusu 21 bulan. Umur matang 33 hingga 40 tahun mesti bertaubat, bersyukur, minta hidayah, berdoa  mengampunkan ibubapa dan memohon keturunan menjadi baik.
16) Firman Allah merujuk Abu Bakar As Siddiq sabda Nabi saw, Sekiranya amal seluruh umat seluruh dunia ditimbangkan, nescaya berat lagi amal Abu Bakar As Siddiq. Mereka yang diampunkan seluruh dosa ialah 10 sahabat dijamin syurga.
17) Anak derhaka berkata ibubapanya menyusahkan dirinya dengan menolak peringatan akhirat.
18-19) Mereka ini seperti jin kafir dan manusia kafir dahulu kala yang bakal menghuni neraka.
20) Kafir apabila menghampiri neraka, daging mereka luruh. Malaikat diarahkan berkata inilah balasan lalai nikmat dunia dengan bersuka ria ke jalan maksiat.
04-04-05 Al-Ahqaaf 21-28
Sahih Bukhari dari Sahal bin Saad. Semua sahabat sangat suka gelaran anugerah dari Rasulullah saw. Abu Hurairah bermakna bapa anak kucing yang sangat sayang pada kucing. Saidina Ali sangat suka digelar Nabi saw sebagai Abu Turat atau bapa tanah kerana terkenang peristiwa ditegur Rasulullah saw apabila dia tidur di atas tanah dalam masjid akibat perselisihan dengan isterinya Fatimah.
Sahih Bukhari dari Anaz bin Malek ra. Gelaran baik merupakan sunnah Rasulullah saw.
HUD DAN KAUM AD
21) Hud beri amaran kepada pada kaumnya yang tinggal di lembah Al-Ahqaaf akan kemusnahan banjir menenggelamkan dunia zaman Nuh.
22) Jawab mereka, segerakan azab yang dimaksudkan sekiranya kamu benar dan sekiranya amalan adat nenek moyang kami ini salah.
23) Itu kuasa Allah dan hanya Allah yang tahu, aku hanya menjalankan perintahNya.
24) Apabila datang azab awan gelap, kaum Ad berseronok kerana menyangka hujan rahmat bakal turun.
25) 4000 penduduk pengikut Hud yang beriman di Al-Ahqaaf terselamat. Angin ribut taufan hanya memilih untuk musnahkan yang ingkar.
26) Wahai Muhammad, sampaikan berita kaum Ad yang tidak mengambil pengajaran dari berita kaum Nuh dengan mencabar segerakan azab.  
27) Keliling Mekah juga cukup pengajaran bagi kafir Mekah seperti kaum Samud umat nabi Saleh di antara Mekah dan Syria. Tidak ketinggalan kaum Ad di selatan Yaman.  Sengaja Kami ulang-mengulangi dalam Quran kisah-kisah Nuh, Lut, Hud, Saleh dan para Rasul sebagai pengjajaran buat manusia.
28) Terpulang dengan apa yang disembah. Di akhirat, kenapa tidak panggilkan apa yang disembah itu menolong? Hanya pembohongan kononnya mendekatkan diri dengan Tuhan dengan menyembah benda-benda dari kayu atau batu selain dari Allah.
Nasihat Imam Hanafi pada anak muridnya Imam Abu Yusof kerana meninggalkan kelas untuk mengajar. Kemaskan ilmu sebelum mengajar orang lain terutama apabila melibatkan Al-Quran dan Hadis. 

ALLAH TARIK BALIK HARTA KEKAYAAN MUSLIM YANG TIDAK BERSYUKUR 

03-05-05 Al-Ahqaaf 29-35

Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Disebabkan kesombongan si miskin botak dan si miskin sopak yang tidak bersyukur serta lupa diri, Allah menarik balik harta kekayaan dan kesihatan mereka berdua kecuali si buta yang bersyukur setelah dicelikkan mata oleh Allah dengan menggunakan hartanya menolong orang susah.

Kisah bermula apabila malaikat menyamar sebagai seorang tua fakir meminta bantuan kepada si penyakit kulit, si kepala botak dan si buta yang telah dikurniakan sembuh dan dimurahkan rezeki menjadi kaya-raya. Kata malaikat yang menyamar berjumpa mereka bertiga seorang demi seorang dalam satu masa berlainan, 

“Aku meminta bantuan dengan nama Allah yang memberi kamu kekayaan serta menyembuhkan kamu supaya aku dapat meneruskan perjalanan musafir ini. Sekiranya tidak dibantu, aku tidak dapat meneruskan.”  
Si kepala botak dan si penyakit sopak yang kini tidak botak dan tiada penyakit sopak berkata, “bagaimana kami hendak bantu kamu sedangkan kami banyak tanggungan dan semua harta ini adalah hasil susah payah usaha kami.”

Si buta pula berkata, “betul, apa yang kamu katakan, sekarang aku dapat melihat dan menjadi kaya kerana anugerah Allah. Sekarang ambillah apa saja hartaku untuk perjalanan kamu.  Jawab Malaikat. “Sesungguhnya, Allah menguji kamu dan Allah redha kamu. Kawan kamu si penyakit kulit dan si botak kini kembali botak dan berpenyakit kulit serta keduanya fakir miskin.

RASULULLAH SAW DAKWAH SEKUMPULAN JIN 
YAHUDI YANG KEMUDIAN MEMELUK ISLAM

29) Bersama Rasulullah ke Taif ialah Zaid bin Haritah dan Abdullah bin Mas’ud ra. Ketika mereka berhenti solat subuh, rupa-rupanya mereka dikelilingi sekumpulan jin. Seekor jin yang beragama Yahudi berkata, “diam!, dengarkan quran surah jin yang dibaca dia.”
30) Kumpulan jin ini kembali kepada perkampungan mereka sambil menegaskan pada penduduk jin, “Quran ini jalan lurus dan Kami sudah beriman kepada Allah maka para jin harus sama beriman.” Quran yang diturunkan dari langit ini lebih baik dan telah membenarkan kitab terdahulu.
31) Ikut seruan Allah dan nabi Muhammad saw.
32) Dosa peribadi boleh diampuni Allah tetapi dosa sesama makhluk tiada terlepas dari azab seksa Allah melainkan memohon keampunan pada yang terlibat dizalimi.
 33) Pencipta segala langit bumi bukit bukau gunung ganang ombak laut terlalu mudah menghidupkan yang mati.
34) Firman Allah apabila api neraka berhadapan depan mata kepala kafir, “Adakah semasa di dunia, kamu masih tidak percaya kebenaran Islam?” Mereka menjawab. “ hari ini kami percaya.” Firman Allah, sudah terlambat,rasakanlah azab seksa ini.

35) Pingat Ulul Azmi kepada Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad dari Allah bermaksud memiliki kekentalan, kecekalan, ketahanan dan keazaman yang kuat. Firman Allah pada Muhammad saw. Janganlah kamu minta segerakan azab pada penduduk Ta’if akibat balingan batu mereka yang mencederakan kamu kerana azab Allah itu pasti. Sehari di neraka, manusia merasakan jauh lebih lama berbanding umur seumur hidup dunia. Orang beriman tidak akan syirik, kufur, tidak buat maksiat seperti kafir yang kekal neraka. 











No comments:

Post a Comment