Nota Cinta

Tuesday, September 27, 2005

Tanggungjawab Suami Isteri 2005




AKAN BERLAKU PERTUMPAHAN DARAH DI KALANGAN UMATKU

25-01-05 Sahih Muslim dari Amir bin Saad Abi Waqas ra. Allah meluluskan 2 doaku iaitu tidak ditimpakan banjir ke atas umatku seperti zaman Nabi Nuh as dan kemarau panjang yang menghabiskan seluruh umatku seperti kemarau zaman Nabi Yusof as. Allah tidak meluluskan permohonan doaku yang lagi 1 iaitu akan berlaku pertumpahan darah sesama umatku. 

3 GOLONGAN SUKAR KE SYURGA

Pengajian Kitab Muhimmah 3 golongan sukar ke syurga 1) menyakiti hati ibubapa  2) dayus membiarkan isterinya buat maksiat dan 3) menyeru jalan maksiat

18 GOLONGAN DIMURKAI ALLAH KERANA DOSA BESAR (TAUBAT NASUHA)

  1. Pembunuh tanpa sebab
  2. Bomoh syirik 
  3. Pengukir patung 
  4. Pemabuk arak, daun ketum, dadah dan segala yang memabukkan 
  5. Penzina 
  6. Saksi tipu 
  7. Terlibat sihir 
  8. Ramalan ghaib 
  9. Batu api 
  10. Penuduh fitnah 
  11. Pengumpat 
  12. Pemeras ugut selain pemerintah yang memungut cukai 
  13. Peniaga yang menipu dan makan riba 
  14. Benci salah seorang sahabat Nabi saw. 
  15. Bergaya bertujuan sombong 
  16. Judi dan pertaruhan 
  17. Pemuzik gendang 
  18. Pemuzik biola dan serunai (Hadis 17 & 18 merupakan hadis daif tidak boleh berhujah dan kalau boleh dijauhkan kecuali mendekatkan diri kepada mengingati Allah) 


Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw. Yang paling dasyat azab seksaan akhirat dikenakan kepada yang meniru ciptaan Allah. Pengukir patung akan di suruh Allah memberi nyawa kepada patung yang dibuat. 

BERSIHKAN TEMPAT SOLAT

22-03-05 Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra. Nabi saw marah apabila tempat sujud solat didapati kotor seperti terdapat hingus dan ludah. Nabi saw pernah menyuruh sahabat keluar membasuh mulut yang busuk sebelum kembali ke masjid. Sabda Nabi saw. Antara kiblat dan solat dihadapan itu Allah. Jangan meludah sisa makanan di dalam mulut mengarah kiblat melainkan sebelah kiri yang tiada makmum. 

NABI SAW MARAH YANG LUAR BIASA KERANA PEMIMPIN MEMBERATKAN MAKMUM

Sahih Muttafakun Alai dari Abi Mas’Ud ra yang tidak pernah melihat Rasulullah saw teramat marah tentang kes memberatkan makmum, sabda Nabi saw. Sebahagian dari kita ada sikap buruk yang menyebabkan orang benci dan lari dari agama Islam. Siapa yang menjadi imam solat maka hendaklah ringkaskan solatnya kerana ada makmum yang uzur, kanak-kanak yang tidak tahan lama dan ada yang mempunyai urusan segera.  

SALURAN SYAHWAT YANG HALAL ANUGERAH PAHALA

Muhimmah ms 24 faedah kahwin 1)Saluran halal menyalurkan syahwat. Nabi saw sebagai kapasiti manusia biasa pernah diransang syahwat apabila terlihat wanita muda dan kemudian bergegas pulang mendapatkan isterinya Zainab ra untuk melepaskan hajat. Ibnu Abbas ra “Sebaik-baik orang ialah yang ramai isteri. “ Imam Al-Ghazali. “Sekiranya ingin syahwat maka wajib baginya berkahwin”. 

RAJA SULAIMAN MENDAPAT ANAK CACAT APABILA TIDAK MENYEBUT INSYA’ALLAH

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Raja Nabi Sulaiman as pernah bersetubuh sehingga 70 isterinya demi melahirkan pejuang fisabillah. Malaikat yang menjadi sahabat Nabi Sulaiman as menasihati baginda agar katakanlah Insya’allah sebelum menyebut ayat setiap keinginan. Akibat tidak menyebut Insya’allah. 70 isterinya yang ditidurinya melahirkan anak cacat.  

SEJAHAT-JAHAT MUSLIM TETAPI TIDAK DAPAT 
MENOLAK KEPERCAYAANNYA PADA ALLAH

24-05-05 Sahih Bukhari dari Jabir bin Abdillah ra. Anak kepada Abdullah bin Ubai bin Salul iaitu Abdullah bin Abdullah bin Ubai bin Salul merayu kepada Rasulullah saw supaya memakaikan kain jenazah dari jubah yang dipakai kena kulit Rasulullah.  Mengenangkan jasa Abdullah bin Ubai bin Salul pada bapa saudaranya Abbas ra, Nabi saw pun memperkenankan permohonan anak Abdullah bin Ubai bin Salul. Kata Abu Hurairah ra, Nabi saw memakai 2 helai jubah ketika itu. 

AZAB HIMPIT KUBUR

Sahih Bukhari Selepas nabi saw tidur dengan sekujur tubuh baginda di dalam liang kubur, baginda kemudian naik kembali sambil bersabda. “Mudah-mudahan Allah  menyelamatkan Fatimah bt Asad isteri kepada Abu Talib ini dari azab himpit kubur.” 

AZAB KUBUR TIDAK JAGA KENCING

Sahih Bukhari dari Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Kedua-dua penghuni kubur ini sedang diazab. Mereka yang sedang diseksa keras ini menganggap perkara kecil itu dosa biasa seperti tidak menyembunyikan diri ketika kencing. Dan ada kencingnya kena kain ketika dibawa bersolat. Seorang lagi berbual berita tidak benar disamping melagakan orang lain supaya tidak suka kepada seseorang. Kubur ini adalah permulaan alam akhirat. Mudah-mudahan Allah meringankan azab kepada penghuni kubur ini selagi pelepah kurma yang aku cacak ini basah. 

MEMPERTAHANKAN KEHARMONIAN RUMAHTANGGA

Pengajian Muhimmah ms 26 faedah kahwin Manusia sekiranya berakal akan:  1)Sentiasa berdoa kebaikan dari Allah, 2)Menghitung dosa pahala diri 3)Beri ruang menikmati keseronokan yang tidak melanggar syarak.  4)Keseronokan berkongsi hidup. 5)Memerangi nafsu melainkan hak wajib isteri 6)Mempelajari menangani dan mentarbiahkan anak isteri. 

Dari saidina Abdullah bin Al-Ahbad sabda Nabi saw. Bapa yang menjaga suruhan agama. Sehari sama ibadah selama 70 tahun. Menjaga anak isteri seperti berperang fisabilillah. Berbelanja anak isteri lebih besar dari berbelanja perang sabilillah. 

“Bapa pukul ini kerana kesilapan anak melanggari arahan bapa dan peraturan agama Islam. Bizmillah dan pukul selain muka.” Jangan cakap sesuatu yang buruk

4 PERKARA manusia tidak dapat lari dan perlu tangani dengan: 1)mensyukuri NIKMAT, 3) sabar dengan UJIAN, 3) TAAT perintah Allah itu anugerah Allah & 4) hindari suka buat MAKSIAT. 
Sabda Nabi saw Siapa yang bagus solatnya, ramai anaknya, sedikit hartanya serta tidak mengumpat, nescaya dia di syurga bersamaku. Sekiranya hambaNya mempunyai dosa kesilapan lampau maka akan diuji dengan dukacita sebab keluarganya. Sabar dengan ujian tersebut, Allah batalkan dosanya yang lampau. 

ANUGERAH PAHALA JAUH LEBIH BAIK DARI KAYA DUIT RINGGIT

26-07-05 Al-Qasas 79-80 Firman Allah Apabila ramai melihat Qarun sepupu Nabi Musa as berkata ya Tuhan, Alangkah baiknya kalau aku kaya seperti Qarun. Kemudian ditegur oleh para ilmuan, sesungguhnya anugerah pahala di sisi Allah itu jauh lebih baik dari kaya seperti Qarun.  IMAN dan AMAL SOLEH adalah segala-galanya hidup di dunia. 

KEBULURAN SEMASA PERSEDIAAN PERANG KHANDAK

Sahih Muttafakun Alai dari Jabir ra. Ketika persediaan perang Khandak penduduk Madinah dilanda kebuluran selama 3 hari. Nabi saw sendiri mengorek parit bersama para sahabat. Ketika baginda bangun untuk memecahkan batu besar yang menghalang kerja penggalian. Beberapa sahabat ternampak sendalan batu pada perut baginda Rasulullah saw yang kelaparan. Setelah meminta izin, Jabir segera pulang ke rumah menyiapkan saki baki makanan yang ada untuk menjamu baginda. Setelah siap, dia kembali untuk mengajak Rasulullah saw makan di rumahnya.  Baginda menyuruh Jabir bersedia di rumahnya sambil mengajak 3000 Ansar dan Muhajirin ke rumah Jabir untuk menjamu selera. Jabir mati akal kerana makanan tersebut cukup sekadar 2-3 orang. Dengan keberkatan Allah, Nabi saw melakukan pembahagian makanan sehingga kesemuanya kenyang dan lebihan tersebut dibahagi kepada jiran-jiran yang kebuluran. 

CIRI-CIRI BAKAL ISTERI

Muhimmah ms 29 ciri-ciri sunat wanita bakal dikahwini menurut hadis  1)Beragama & Takut Allah. 2)Cantik pada pandangan bakal suami sesuai dengan paras suami supaya suami tidak liar mata disamping beragama supaya menjaga kehormatan dirinya. Pilihlah yang beragama dan takut Allah kerana cantik dan harta tiada agama boleh merosakkan bakal suami.  

Elakkan : 1)Al-annanah – Banyak mengeluh dan merungut 2)Al-mannanah –Suka Mengungkit 3)Al-hannanah- Mencitakan lelaki lain  4)Al-haddaqah – Memberatkan suami untuk membeli sesuatu yang diberkenannya. 5)Al-baraqqah – Suka bersiap diri untuk tarikan pandangan umum 6)Al-Salaqah- Suka bercakap dan berleter

KELEPASAN DOSA & NERAKA

27-09-05 HR AtTirmizi dari Uqbah bin Amir ra sabda Nabi saw. Kelepasan pertama dari dosa neraka itu ialah menjaga lidah kerana lidah boleh menyebabkan sakit hati, marah, hilang akal, bergaduh, bunuh, bermusuh, rosak masyarakat dan binasa negara.   

Kelepasan kedua ialah rumah yang luas kerana rumah sempit punca anak tidak selesa di rumah dan mengambil jalan keluar untuk bebas sehingga rosak akhlak. 
 
Kelepasan ketiga ialah menangis menyesali kesilapannya dari mengulangi kesilapan tersebut. Hati-hati jangan terlampau banyak silap kerana ia akan sarat dengan dosa. 

SIFAT BAKAL ISTERI SOLEHAH

Muhimmah ms31 sifat-sifat sunat wanita bakal dikahwini menurut hadis  

Himpunan Hadis Isteri Solehah boleh menjadi penasihat agama Islam dalam rumah tangga dan antara sifatnya: 

  1. Sombong pada lelaki umum selain dari suaminya 
  2. Kecantikan disertai takut Allah 
  3. Muka bersifat keibuan 
  4. Mas kahwin rendah itu wanita yang baik dan lagi cepat kahwin lagi baik dengan menyegerakan dapat anak. Mas kahwin Rasulullah saw ialah satu penggiling tepung, satu tempayan dan satu bantal. Mas kahwin sahabat ialah sebutir emas sebesar biji buah kurma 
  5. Pilih perempuan adik beradik ramai 
  6. Sunat memilih anak dara. 
  7. Keturunan yang baik dari segi latar belakang beragama seperti anak cucu orang soleh dan orang alim. 
  8. Jangan kahwini jalur keluarga terdekat kerana anak menjadi lemah tubuhnya. 
  9. Ibubapa wajib memilih suami yang tidak jahat perangai atau jahat rupa parasnya disamping tidak jahil agama. Memberi anaknya kahwin semata-mata kaya, berharta, pangkat besar walaupun tahu bakal suami anaknya jahat maka ia seperti memutuskan silaturahim. Ibubapa anak perempuan tersebut mengharamkan dirinya masuk syurga. Kata ulama, pilihlah menantu lelaki yang takutkan Allah. 


POLIGAMI
 
Berlaku adil semua aspek dalam keadaan zahir atau batin walaupun hati lebih berat kepada satu pihak lain seperti Rasulullah saw. Baginda berkahwin ramai isteri atas dakwah islamiah perintah Allah walaupun hatinya berat cinta kepada Aisyah dan Khadijah.

Tidak adil Poligami. HR AtTirmizi dan Hakim sabda Nabi saw. Tidak adil dalam poligami akan didatangkan hari kiamat dibangkitkan dalam keadaan bahu tubuh badan jasadnya yang gugur.

DERHAKA SUAMI SEKALIGUS DERHAKA ALLAH WALAUPUN SEKETIKA

Gugur giliran  

  1. Derhaka suami atau menyakitkan hati suami. 
  2. Keluar rumah tidak minta izin 
  3. Tutup pintu tidak memberikan suami masuk. Allah SWT perintahkan Nabi saw menceraikan salah seorang isterinya yang tidak membenarkan baginda masuk rumah. 
  4. Tidak mahu bersetubuh walaupun dalam keadaan bukan uzur.
  5. Menyibukkan diri apabila suami meminta. 


HR Ahmad & Tabarani. Sabda Nabi saw. Diharamkan tidak bertutur sesama muslim lebih dari 3 hari.
Makna Darurat ialah sekiranya tidak buat boleh menyebabkan kematian. 






No comments:

Post a Comment