Muqaddimah Nurul Ihsan surah Yusof ayat 58-76 ust Shamsuri 03-08-09. (58)Dalam keadaan musim kemarau, 10 saudara Yusof datang ke istana untuk membeli bekalan gandum atas permintaan bapa mereka. Mereka tidak mengenali siapa sebenarnya yang menjadi Pembesar Kanan Mesir tetapi Yusof mengenali mereka. (59)Yusof memberi bekalan dengan syarat Sam'un ditahan sementara mereka kembali dengan membawa seorang lagi BunYamin disamping (60)memberi amaran jangan sesekali menderhaka pihak istana. (61)10 saudara Yusof bersetuju (62)dan menurut perjanjian yang dibuat (63)Mereka menceritakan peristiwa tersebut kepada Nabi Ya'kob Alahis Salam.
|
gambar hiasan |
(64)Ya'kob enggan melepaskan BunYamin kerana tidak mempercayai 10 anaknya itu. (65)Setelah mereka membuka bekalan yang dibeli, Ya'kob dan anak-anaknya terkejut betapa murah hati Pembesar Kanan yang memulangkan kembali harta mereka disamping bekalan diberi berlebihan. (66)Ya'kob menyuruh anak-anaknya bersumpah dengan nama Allah supaya berjanji menjaga BunYamin. Mereka berjanji bersaksikan Allah dengan menyebut "dengan nama Allah Tuhan kepada Muhammad Rasul Akhir Zaman." (67)Ya'kob berpesan pada anak-anaknya. Sekiranya masuk Mesir, ikutlah pintu berbeza kerana dikhuatiri perkara tidak baik berlaku tetapi Ya'kob bertawakal dan redha akan takdir Allah. (68)Seperti yang dijanjikan, Yusof bertemu kembali dengan mereka. (69)Yusof menghargai atas perjanjian yang ditepati, kesemua mereka dijamu makan serba mewah dan tidur apabila malam
|
gambar hiasan Cupak Raja |
(70)Yusof terdengar BunYamin menyebut Alangkah indahnya sekiranya abang kandung seibu sebapaku masih hidup. Setelah mendengar keluhan BunYamin, Yusof menemani BunYamin dan berkata "Bolehkah Aku menggantikan tempat Abg kamu yang telah meninggal dunia itu?" "Tuan adalah Pembesar sedangkan abg saya anak Nabi Ya'kob." Yusof melepaskan rindunya setelah sekian lama tidak bertemu dengan adik kandungnya yang seibu sebapa sambil menyebut "Aku lah Yusof dan aku tidak akan tinggalkan kamu lagi wahai BunYamin." Yusof merancang mencari jalan supaya BunYamin dapat tinggal bersamanya di istana. Ketika adik-beradik Yusof berangkat pulang keesokannya Yusof menjerit."Wahai angkatan, ada berlaku kecurian, tahan mereka." (71-72)10 beradik itu terkejut (73-75)dan menafikan bukan mereka yang mencuri cupak raja kecuali BunYamin kerana dia tahu abangnya Yusof merancang sesuatu. (76)Atas kehendak Allah, rancangan Yusof ditakdirkan bejaya. Setelah diperiksa, BunYamin dituduh mencuri dan ditahan sebagai hamba mengikut syariat Nabi Ya'kob Alaihis Salam.
No comments:
Post a Comment