- Harta kekayaan Negara diambil kroni tanpa diagihkan sama rata kepada rakyat.
- Amanah jadi rebutan kerana pegang kuasa itu sumber kekayaan.
- Zakat dianggap rugi dan dirasakan denda.
- Suami taat Isteri dalam perkara maksiat.
- Suami atau Isteri menjauhkan silaturahim ibubapa pasangan.
- Isteri melalaikan suami dari berbakti pada ibubapanya.
- Asyik dengan rakan-rakan sehingga derhaka dan menidakkan kata ibubapanya.
- Bising dalam masjid seperti menjerit ketika bertarawih malam Ramadhan.
- Pemimpin tidak bertaqwa atau jahil agama atau ahli maksiat.
- Pemimpin dimuliakan kerana takut akan kejahatannya.
- Semakin ramai manusia minum arak atau daun ketum.
- Ramai lelaki memakai sutera walaupun sedikit campuran suasa, emas dan sutera.
- Apabila perempuan menjadi penyanyi.
- Artis dan muzik disanjung sehingga melalaikan dari mengingati Allah dan RasulNya.
- Kondem ulama terdahulu seperti Imam Mazhab dan Ulama Muktabar.
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, August 4, 2009
ALLAH rupakan manusia menjadi babi, kera dan beruk
Kitab Bahrulmazi karangan Syeikh Idris Al-Marbawi bab 15 fitnah part 6 disyarahkan oleh Ust Shamsuri bertarikh 4-8-09. Hadis Gharib (riwayat tunggal) AtTirmizi dari Ali Abi Talib RA (periwayat sahih) sabda NabiSAW "Apabila umatku cukup membuat 15 perkara melanggar perintah Allah, akan turun bala angin merah atau bumi menelan manusia atau dirupakan menjadi babi, kera dan beruk"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment