Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Monday, March 2, 2009
Yusof dan Zulaikha
Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 2 ms237 Tafsir surah Yusof 19-29 ust Shamsuri 2-3-09. (19)Satu rombongan musafir dari Mesir terjumpa seorang pemuda comel yang sedang bergayut di atas baldi di dalam perigi. (20)Peristiwa itu menyebabkan abang-abang Yusof terus berjumpa dengan rombongan musafir tersebut dan dengan segera menjualnya pada nilai tidak berharga. (21)Di Mesir, Kami takdirkan Nabi Allah Yusof dibeli oleh seorang Pembesar Kanan Mesir dan diberikan tugas menguruskan rumahnya. (22)Kami anugerahlan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan kepada Yusof dan begitulah Kami membantu mereka yang bersungguh-sungguh mencari Jalan Kami. (23)Ketika Zulaikha menggoda Yusof dengan mengunci pintu rumah untuk mengajak bersetubuh, Yusof menolak pelawaan tersebut dan meminta perlindungan dari Allah. (24)Baginda tertarik pada Zulaikha atas kapasiti manusia biasa tetapi tidak sama sekali mengkhianati Allah, apatah lagi berzina dengan isteri seorang Pembesar Kanan Mesir yang membantu memuliakan baginda. (25)Yusof tetap cuba keluar dari rumah walaupun tetap dikejar, ditarik dan dihalang oleh Zulaikha. Apabila pintu tiba-tiba dibuka oleh suami Zulaikha, Zulaikha menuduh Yusof menggodanya. (26)Kejadian ini menyebabkan ahli keluarga terdekat datang berkumpul. Yusof menafikannya kerana apa yang berlaku adalah sebaliknya. (27)Tiba-tiba suara bayi kecil di dalam gendongan bapa saudara Zulaikha memberitahu "sekiranya baju Yusof koyak dari belakang maka Yusof benar tetapi sekiranya baju Yusof koyak di depan maka Zulaikha benar". (28)Pembesar Kanan Mesir yang terkejut dengan suara bayi kecil boleh bercakap itu kemudian memeriksa dan memarahi isterinya kerana curang dan melakukan fitnah. (29) Zulaikha meminta maaf atas perbuatan kejinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment