Muqaddimah sebelum pengajian kitab Bahrulmazi jilid 19 ust shamsuri 10-3-09.Sahih Bukhari dari Aanaz bin Malek Radiallahu Anhu. Selepas berjemaah solat Zohor, NabiSAW naik ke mimbar untuk menyampaikan amanat penting kerana sekiranya tidak penting, baginda tidak akan ke mimbar seumpama Khutbah Jumaat malah baginda akan berdiri atau duduk di kalangan sahabat. Setelah NabiSAW menyampaikan amanat perkara kiamat, baginda bersumpah akan menjawab setiap soalan yang bakal ditanya.
Terdapat di antara mereka yang asyik bertanya dengan soalan yang pelik-pelik dan tidak disukai NabiSAW. Setelah memberi jawapan seperti yang dijanjikan, baginda mengingatkan lagi dengan nada tegas, "Sekiranya terdapat soalan sila tanya sekarang!". Tiba-tiba bangun Abdullah bin Huzafah lalu bertanya soalan biadab "Siapa bapa saya?." Jawab baginda "bapa kamu Huzafah." Omar Al-Khattab amat memahami tanda kemarahan pada riak wajah Nabi SAW lantas mencelah,
"Cukup Ya Rasulullah, kami salah dan tidak akan buat lagi, kami redha Allah Tuhan kami, Islam agama kami dan Muhammad Rasul kami."Selepas itu sabda NabiSAW, "sebentar tadi aku diperlihatkan kebaikan kenikmatan syurga dan kejahatan azab seksaan neraka pada dinding masjid ini."
Selepas peristiwa ini menurut para tabien, Ibnu Syihad dan Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah. Abdullah bin Huzafah dimarahi emaknya. "Aku tidak pernah melihat anak yang paling sial selain kamu. Tergamakkah kamu menuduh ibu seorang penzina dan mengaibkan keluarga dengan pertanyaan seperti itu dihadapan Rasulullah" jawab Huzafah, "Demi Allah, tiada niat saya untuk mengaibkan keluarga. Sekiranya ditakdirkan Allah, NabiSAW memberitahu bapa saya bukan Hufazah maka saya tetap redha menerima sabdanya."
kesimpulan Hadis.
- Jangan sesekali tanya soalan yang pelik seperti Abdullah bin Hufazah.
- Hindari ketegangan seperti yang dilakukan Saidina Omar Al-Khattab.
- Anak yang lahir sebelum ibubapanya memeluk Islam seperti Abdullah bin Hufazah adalah tetap anak mereka.
dari ustaz Shamsuri, "Jangan tanya saya soalan-soalan reka atau pelik seperti contoh Nabi Muhammad SAW ni ada Nur Muhammad yang menyeluruh meliputi segala roh asal kejadian manusia. Itu saya tidak tahu. Yang saya tahu. Tan Sri Nur Muhammad. Lagi satu jangan duk asyik tanya Ilmu isi seperti berisi atau tidak dan Ilmu kulit atau jenis kulit. Yang saya tau, Lorong Kulit."
No comments:
Post a Comment