BahrulMazi15 Fitnah 3-3-09 Hassan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi
Wail bin Hujril RA sabda NabiSAW Jangan sesekali menderhakai pemerintah fasik,
mencari jalan menjatuhkan pemerintahannya dan mencari jalan membunuhnya selagi
mana pemerintah fasik itu tidak menyuruh berbuat maksiat, maka taatlah kepadanya walaupun
pemerintah tersebut zalim mendiskriminasikan rakyatnya iaitu hak rakyat di
ambil sesuka hati. Kejahatan, kesilapan dan kezalimannya itu hanya Allah saja
yang layak menghukum dan mengazabnya.
Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Tuesday, March 3, 2009
Ka'abah Impian RasulullahSAW " Ibnu Zubair Al-Awwam vs Pemerintah Fasik "
Muqaddimah bahrulmazi bab Ringankan solat bila jadi Imam & bab 15 Fitnah 3.3.09 & BM21 ms28 14.5.14
UstShamsuri. Ibn Zubair Al-Awwam
merupakan anak kepada salah seorang 10sahabat dijamin syurga. Beliau ditahmid oleh
bapa angkatnya NabiMuhammadSAW selepas dilahirkan. Ketika usianya 7 tahun,
beliau telah berbai’ah kepada RasulullahSAW. Apabila memegang jawatan gabenor
Mekah, beliau ingin melunaskan cita-cita RasulullahSAW yang tidak kesampaian
selepas kewafatan Baginda iaitu menjadikan ka’bah seperti yang dibina asalnya
oleh IbrahimAS. Berita meruntuhkan ka’bah menimbulkan kemarahan Hajjaj selaku
gabenor Iraq ketika itu. Sepasukan tentera Islam Iraq pimpinan Hajjaj kemudiannya
menyerang seterusnya berjaya menawan tentera Islam Mekah pimpinan Ibn Zubair. Ibn
Zubair kemudian dipancung, disula, disalib dan dicampakkan ke perkuburan yahudi. Ka'bah seperti impian RasulullahSAW yang dalam proses pembinaan baru tersebut kemudian diroboh. Hajjaj kemudian membina semula bentuk yang asal dan kekal sehingga hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment