Nota Cinta

Monday, July 23, 2012

Tuntutan belajar dalam MAJLIS ILMU berkaitan Al-Quran & Hadis



Menghadiri majlis ilmu agama walaupun sudah diketahui ilmu tersebut adalah baraqah yang dikurniakan oleh Allah ke atas dirinya. Barangsiapa menghadiri majlis ilmu Al-Quran dan Hadis walaupun tidak ikhlas/ikhlas/terpaksa amalan tersebut tetap diterima di sisi AllahSWT.
Petikan kuliah Ust Shamsuri Ahmad 23-7-2012 minit ke 34:30. Pengorbanan sahabat sehingga muslim dapat menikmati Islam pada hari ini - Muslim hari ini mengajak ke majlis ilmu agama tetapi tidak mahu seolah-olah Islam tiada harga, sedangkan para sahabat NabiSAW berjidah berperang menjual nyawa untuk Islam.
Duduk di Majlis ilmu Allah diampunkan dosa orang tersebut, Allah menukarkan akhlaknya kepada yang lebih baik, Ia mendapat rahmat kerana malaikat juga mendoakannya dengan meminta ampunan Allah ke atasnya. Bahkan duduk di majlis ilmu lebih baik dari ibadah solat sunat 1000 rakaat.
 
Dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." (Ibn Majah dan lain-lainnya)

BahrulMazi Bab15 UstShamsuri – NabiSAW mendoakan  keceriaan mana-mana manusia memberi masa, berusaha mendengar, menghafal dan menyampaikan hadis. Berlaku keadaan org yang menyampaikan ilmu tetapi yang mendengar lebih berilmu, hadirnya org sebegini adalah demi mendapatkan keredhaan & berkat dari AllahSWT.
UstShamsuri Kitab Nurul Ihsan Tersirat&Tersurat 2 .minit 16:25 Mudah2an dapat hidayah.Datang & sanggup duduk dengar pun sudahlah.walaupun niat tak ikhlas pada mulanya tak apalah kerana di dalam Hadis-NabiSAW telah menjanjikan ganjaran besar pada yang duduk sahaja dalam majlis Ilmu Allah.
Sekiranya ada anak menantu yang tak nak dtg pun usahalah mintak  dtg. Memang bukan senang nak mengajak ke arah kebaikan. Tujuannya bagi dia dengar sahaja ayat-ayat Allah. Insya’Allah runtuh egonya. Cuma kita perlu usaha yang lebih sedikit.
Petikan kuliah tafsir kitab Nurul Ihsan minit 31:40 Ust Shamsuri Ahmad -Persoalan remaja Matrikulasi Universiti yang cerdik tapi bodoh - amalan cara paksa ni ada pahala atau tidak, atau ada nas tak paksa berjemaah dalam al-Quran.

No comments:

Post a Comment