HR AtTirmizi dari Ubadah bin Assamir ra sabda Nabi saw. Mati beriman dalam Islam diharamkan kekal di neraka.
Sahih Bukhari dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Syarat masuk syurga, muslim jangan syirik Allah, jangan tinggal solat fardu, puasa bulan ramadhan, zakat dan haji sekiranya mampu.
TUNAIKAN JANJI ALLAH DAN JANJI SESAMA MANUSIA
(5:1) Wahai orang beriman, tunaikan janji kamu dengan Allah dan sesama manusia. Sangat penting makan minum yang halal. Haram berburu binatang ketika ihram haji.
2) Patuhi rukun haji menurut syarat Allah dan Rasul. Jangan ganggu binatang korban yang ditanda. Jangan ganggu mereka yang buat haji dan berniaga di musim haji. Apabila sudah tahalul, harus dibolehkan berburu.
JANGAN SIMPAN DENDAM
Rasulullah saw dan para sahabat pernah patah balik ke Madinah setelah terkandas di Hudaibiah akibat ditahan kafir ketika hendak tawaf di Mekah. Firman Allah pada Rasulullah saw, pada para sahabat dan umumnya pada semua umat Islam: "Jangan menyimpan dendam dan membalas dendam setelah apa yang mereka pernah lakukan." Tolong-menolong perkara kebajikan dan jangan terlibat perkara dilarang. Balasan Allah sangat keras pada mereka yang menyalahi hukum.
15-10-12 Pengajian Nurul Ihsan jilid 1 ms208 tafsir surah Al-Ma'idah ayat 3.
HARAM MAKAN BINATANG YANG MATI BUKAN DISEBABKAN SEMBELIHAN ISLAM
Diharamkan makan bangkai iaitu binatang yang tidak disembelih. Darah yang mengalir dari hasil sembelihan diharamkan untuk diminum seperti yang dilakukan oleh Arab Jahiliah. Sembelihan halal mestilah hanya dengan nama Allah. Diharamkan makan binatang yang mati dengan pelbagai bentuk kematian selain dari sembelihan yang dibenarkan Islam. Haram makan binatang yang belum benar-benar mati bukan sebab sembelihan halal seperti:- 1) mati sebelum disembelih 2) mati direndam air panas. 3) mati dipukul. 4) mati bersabung. 5) mati dimakan binatang buas. 6) mati tujuan penyembahan berhala.
HARAM TILIK NASIB DAN PERCAYA PETANDA
gambar sekadar hiasan: percaya sesuatu tilik nasib |
ISLAM TELAH SEMPURNA (AYAT TURUN DI MEKAH)
Hari ini kafir telah putus asa untuk murtadkan muslim kerana Islam telah kuat. Hari ini Nabi saw akan keluar menunaikan haji. Ayat ini turun ketika Nabi saw duduk di atas unta di padang Arafah, 81 hari sebelum kewafatan Rasulullah saw. Apabila ayat ini turun, tiba-tiba unta terduduk menandakan betapa beratnya hukum. Pada hari ini Allah telah cukupkan ayat ini bagi agama kamu. Tiada lagi ayat hukum selepas ini dan Islam sudah sempurna. Apabila ayat ini dibacakan Rasulullah saw, semua para sahabat bergembira kecuali Abu Bakar As-Siddiq. Abu Bakar memberitahu para sahabat, "Islam sudah lengkap, wahyu tidak akan turun lagi, bermakna Allah akan mengambil Nabi saw kita."
DARURAT ATAU SEKIRANYA TIDAK DIBUAT, BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN
Harus makan apa saja kepada yang amat memerlukan makanan dalam keadaan darurat (makna darurat dalam Islam = tidak buat, boleh menyebabkan kematian)
No comments:
Post a Comment