Nota Cinta

Friday, July 27, 2012

Solat/Doa fardu cara Nabi SAW (beginner)


Pengajian bahrulmazi bab solat syarah Ust Shamsuri 

24/2/10 Sahih Bukhari, solat mesti menunduk tengok ke arah tempat sujud kerana sekiranya mendongak ke atas akan dibutakan Allah di hari akhirat.

(Subuh 2 rakaat, Maghrib 3 rakaat, Zohor Asar Isyak 4 rakaat)
Niat solat di dalam hati, ayat solat dibaca jelas tetapi sederhana perlahan. 

Rasulullah apabila telah berdiri untuk bersolat, baginda mengangkat kedua tangannya, kemudian baru bertakbir. 
Allah Maha Besar tidak perlu bersusah payah berniat sehingga mengganggu takbir kerana segala perbuatan bermula dari niat.

Sahih Muslim dari Ibnu Omar sabda NabiSAW. Allahu Akbar Kabira, Walhamdulillahi kasira, Wa Subhanallahi bukratan wa asila, Allah buka pintu langit kerana bacaan pendek tidak panjang itu tadi.  

A'uzu billaahi minasyaithaanirrajiimAku berlindung dari syaitan yang direjam (untuk ketenangan solat)

Bizmillah dibaca perlahan Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Al-Fatihah Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha  pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkau kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah jalan lurus yang Engkau kurniakan nikmat, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan sesat.

Rukuk - Subhanarabbial azim Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia. (hadis kuat)

Bangun rukuk - Sami'allaahu liman hamidahAllah mendengar pujian. (apabila menjadi makmum, hanya sebut Rabbanalakalham tiada Sami'allahulimanhamidah)
Rabbana lakalham Wahai Tuhan kami, Engkaulah segala pujian. (apabila menjadi makmum solat berjemaah)

Sujud - Subhanarabbial aqla Maha suci TuhanKu Yang Maha Tinggi.(hadis kuat)

Duduk di antara dua sujud - Rabbirfirli warhamni wajburni warfaqni warzukni wahdini wa'afini waqhfu anni. Ya Allah, Ampunilah aku, Rahmatilah aku, Kayakan aku, Angkatlah darjatku, Rezekikan aku, Hidayahkan aku, Sihatkanlah aku dan Maafkanlah aku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal dan Akhir

AtTahiyatul mubarakatussalawatut tayyiba tulillah Assalamu alaika ayyuhannabiyu warahmatullahiwabarakatuh. Assalamualaina wa'ala ibadillah hisolihin. Ash ha du alla ila ha illallah wa Ash ha du anna muhammadul rasulullah. Allahuma salli ala muhammad wa ala ali muhammad kama sallaita' ala ibrahim wa ala ali ibrahim. Wabariq ala muhammad wa ala ali muhammad kama baraq ta'ala ibrahim wa ala ali ibrahim. Fil alamin na innaka hamidulmajid.

Segala penghormatan berkat solat yang baik untuk Allah. Sejahtera atas Nabi dengan berkat rahmat Allah. Sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.  Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah Ya Tuhan kami, Selawatkanlah ke atas Muhammad dan keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau berkati Ibrahim dan keluarganya.  Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. 

Sahih Muttafakun Alai sabda NabiSAW  "Gerak jari dalam tahiyat menyakitkan syaitan lebih sakit dari dipalu malaikat dengan cemeti besi"

Palingkan muka ke kanan kemudian ke kiri dengan setiap palingan menyebut lafal salam:
Assalaamu'alaikum wa rahmatullaah. Mudah-mudahan Allah curahkan sejahtera dan rahmat ke atas ku (HR Bukhari Muslim AtTirmizi)

solat itu asas tiang agama selepas pengakuan memeluk Islam


No comments:

Post a Comment