280312 Syarah Dato' Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Surau Taman Lake Homes, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 28hb Mac 2012.
Sahih Al-Anbari Riwayat AnNasa'i dari Abi Hurairah ra, sabda Nabi saw. Roh Mukmin ke Langit diiringi oleh mala'ikat Rahmat dengan sutera putih manakala Roh keji yang berbau bangkai dihumban ke dunia.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Manusia apabila sakaratul maut, matanya menumpu satu tempat, dadanya berombak, jari jemarinya tegang dan kulitnya bergetar. Yang suka berjumpa Allah akan disukai Allah manakala yang tidak suka kembali kepadaNya akan tidak disukai Allah.
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 4 ms28 JAMAK QASAR
AlBaqarah 172-173 Wahai orang beriman, makanlah rezeki halal, syukur kepada Allah. Barang siapa terpaksa makan bangkai /darah /daging babi dalam keadaan darurat /boleh menyebabkan kematian maka dibenarkan tetapi jangan melampau /cukup sekadar meneruskan kehidupan.
Anaz b Malek ra. Nabi saw jamak qasar selama 10 hari di Mekah, bermula di Mina hari ke 3 ke Arafah hari ke 7 dan hari ke 8 kembali ke Mina hari ke 10 hingga 12 dan kembali ke Mekah hari ke 13. Nabi saw duduk di lokasi setempat tidak melebihi 3 hari.
Riwayat Ibnu Abbas r anhuma-Tempoh musafir 19 hari, Ali b Abi Talib ra jamak qasar 9 hari, Ibnu Omar r anhuma jamak qasar 14 hari Mazhab Syafi'e, Mazhab Maliki-Malek, Mazhab Maliki-Ahmad b Hambal 3 hari

Ruang adalah dimensi yang mengakibatkan adanya jarak dan waktu. Allah jadikan 7 langit dalam 2 masa dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya (masing-masing). Dan Allah hiasi langit dunia dengan bintang-bintang serta pemeliharaanNya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Al-Fussilat 41:12
Nota Cinta
Wednesday, March 28, 2012
Tuesday, March 20, 2012
HIDAYAH perlu DICARI
Bahrulmazi
13 bercakap lembut walaupun dengan orang jahat 20/3/2012.
Seorang sahabat
berasal dari Kampung Ustaz Shamsuri cemerlang akademiknya sehingga
menyambung pengajiannya di US kemudian di UK dan berjaya
menjadi jutawan profesional di ibu kota. Dia telah hanyut dibawa kemewahan dan lupa
asal usulnya dari kampung. Suatu hari ketika kesesakan jalan raya hamba Allah
ini memasang CD ceramah agama hadiah dari kawannya. Allah telah
membuka hidayah sehingga setiap kali memandu ulang alik tempat kerja, dia hendak mendengar
CD-CD ceramah agama. Dia kemudian memasang di rumah memberi isterinya dengar. Akhirnya Alhamdulillah, mereka kini setiap subuh berjemaah di Masjid, dia dan keluarganya berubah meminta saya berceramah di
Kuala Lumpur.
Monday, March 19, 2012
Allah benarkan Cerita Keburukan Penzalim!
Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 1 kuliah tafsir AnNisa ayat 148 bertarikh 19/3/12 Dato Hj Ustaz Shamsuri Hj Ahmad Al-Hafiz,
Dari Sahih AlBukhari, Anaz bin MalekRA sabda NabiSAW :neraka sentiasa meminta pada Allah untuk mengisi perutnya dengan segala makhluk manusia yang pernah hidup atas muka bumi.
Sahih AlBukhari dari Anaz bin Malek Ridhuanullah Alaihim Ajmain "walaupun dosa itu sekecil sehelai rambut, tetapi ia sudah cukup menjahanamkan kita di akhirat dan menghumbankan kita di Neraka!."
ALLAH TIDAK SUKA MANUSIA YANG CAKAP TIDAK ELOK, DUSTA, MENFITNAH, MENGADU DOMBA, MELAGAKAN MASYARAKAT, BATU API, MENGUMPAT, GUNA LIDAH MEROSAKKAN MASYARAKAT MELAINKAN:
HANYA ORANG YANG DIZALIMI BERHAK MEMBERITAHU KEBURUKAN PIHAK MENZALIMINYA.
Monday, March 5, 2012
PERANG JAMAL Kehilangan 2 Kekasih RasulullahSAW, Abu Talhah@Syahid Yang Hidup & Zubair Al-Awwam@Pengiring Nabi

Sahih AtTirmizi Riwayat Said Ibni Waqas @Pemanah Tepat Muslim/10 sahabat dijamin syurga/Orang ke-4 memeluk Islam selepas Abu Bakar, Ali dan Zaid Ibni Harithah(anak angkat kesayangan NabiSAW) sabda Nabi SAW akan jadi fitnah besar selepas kewafatanku iaitu pembunuhan sesama muslim.


Kenapa ALLAH benci sifat DENGKI DAN IRI HATI (penciptaan manusia)
![]() |
Makhluk dunia sebelum Manusia |
Banyak buat baik di dunia tetapi tetap di Neraka kerana tidak Islam
Syarahan UsShamsuri Muqaddimah kuliah surah Al-Hijr ayat 26 5/3/12 Sahih Imam Ahmad dari Ibnu Abbas dari bapanya Al-Abbas iaitu bapa saudara Rasulullah SAW sabda NabiSAW: Status bapa saudara Rasul tidak dapat menjamin keselamatan di akhirat, yang penting minta ampun dosa dan minta selamat dunia akhirat kepada Allah. Walaupun Abu Talib banyak berjasa, berkorban dan menjaga diriku ketika hayatnya, sayangnya dia tidak sempat masuk Islam. Kerana jasanya yang banyak untuk Rasul Allah dan Islam itu, maka Allah tempatkan dirinya di neraka yang paling rendah.
7 TINGKATAN PINTU NERAKA

- Jahanam iaitu tempat mukmin diazab untuk menebus dosa besar dan dosa kecil sebelum masuk syurga.
- Laza iaitu tempat Nasrani. (setakat Nabi Isa & menolak Muhammad SAW)
- Hutamah iaitu tempat Yahudi (setakat Nabi Musa & menolak Muhammad SAW).
- Sair iaitu tempat golongan murtad (keluar dari Agama Islam).
- Saqal iaitu tempat Majusi (sembah selain Allah).
- Jahim iaitu tempat kafir musyrikin
- Hawiyah iaitu tempat segala munafik.
Subscribe to:
Posts (Atom)