Nota Cinta

Monday, June 28, 2010

Rombongan bantuan dakwah orang asli di hutan

gambar hiasan orang asli menyumpit
Pengajian kitab bahrulmazi 28-6-10 jilid 11 syarah ustaz Shamsuri. Dakwah Islamiah mestilah kena gaya dengan caranya. Terdapat sekumpulan pendakwah masuk ke dalam hutan untuk berdakwah kepada golongan  orang asli supaya mereka memeluk Islam. Ketika ucapan kalimah syahadah kepada puak orang asli. Tiba-tiba naik seekor anak anjing atas riba salah seorang dalam kumpulan pendakwah. Puak pendakwah marah kepada orang asli supaya tidak boleh membawa anak anjing kerana ia najis mukhalazah. Akhirnya gagal berdakwah kerana anak anjing itu adalah mainan masyarakat orang asli semenjak mereka kecil. Dakwah yang sebenarnya menurut Islam seperti:-

Riwayat AtTirmizi dari Ibnu Omar sabda NabiSAW kepada masyarakat kafir jahiliah yang baru memeluk Islam dan kerap tersasul bersumpah atas nama berhala "sesiapa yang terlepas cakap besumpah dengan nama berhala atau yang lain selain dengan nama Allah maka ucaplah kembali kalimah syahadah. Sekiranya tersilap lain kali cuba jangan buat lagi."

Elak bernazar dan melampau ibadah

Masjid lantai tanah zaman Rasulullah SAW
Pengajian kitab bahrulmazi 28-6-10 jilid 11 syarah ustaz Shamsuri. Sahih Bukhari. Masjid Madinah zaman NabiSAW beratap daun tamar dan bertiang batang tamar. lantainya hanya tanah. Ketika RasulullahSAW berkhutbah di masjid, baginda ternampak sebatang tubuh yang berdiri di luar masjid. Sahabat memberitahu orang yang berdiri tengah panas itu ialah Abu Israil kerana dia bernazar untuk berpuasa, berdiri, berpanas dan tidak bercakap. RasulullahSAW menyuruh sahabat memanggil Abu Israil supaya duduk berteduh di dalam masjid, bercakap dengan orang lain dan nazar berpuasa itu tidak apa.
  1. Riwayat AtTirmizi dari Anaz radiallahu anhu sabda NabiSAW tentang wanita yang nazar berjalan kaki dari Madinah ke Mekah untuk menunaikan haji. "Allah tidak perlu mereka menyeksa diri untuk beribadat."
  2. Hasan gharib AtTirmizi dari Anaz bin Malek sabda NabiSAW kepada lelaki tua yang bernazar berjalan kaki ke Baitullah. "naiklah kenderaan kerana Allah tidak menyuruh kamu mendera diri sendiri semata-mata mahu pahala lebih."
  3. Dari Aisyah radiallahu anha. Ibadah NabiSAW beribadah mengikut kemampuan walaupun sedikit tetapi berterusan. Sabda NabiSAW kepada 3 sahabat yang menganggap amalan NabiSAW itu sedikit sehingga mereka tidak mahu berkahwin, ingin puasa sepanjang tahun dan tidak mahu tidur demi ibadah. "Adakah manusia yang lebih baik amalan dari aku? Aku berkahwin, sekali-sekala berpuasa sunat dan tidur. Siapa yang tidak mengikut sunnahku maka dia bukan golonganku."  
  4. Riwayat AtTirmizi dari Abu Hurairah radiallahu anhu. Sabda NabiSAW kalau boleh jangan bernazar.

PESANAN PENTING RASULULLAH SAW


gambar hiasan kemajuan teknologi binaan
Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi 28-6-10 jilid 11 syarah ustaz Shamsuri. Sahih Imam Muslim dari Aus bin Malek radiallahu anhu sabda NabSAW berulang-ulang kali mengingatkan bai'ah Islamiah para sahabatnya seterusnya untuk pesanan buat umatnya akhir zaman agar sentiasa menjaga perkara di bawah supaya Islam tidak runtuh di kemudian hari.  
  1. Allah itu Tuhan yang satu, abdikan diri dengan Allah dengan taat segala perintah hukum Allah tanpa sebarang persoalan.
  2. Janji dengan aku jangan sesekali syirik dengan Allah, 
  3. Janji denganku jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu, 
  4. Janji denganku taat segala perintahku  
  5. Janji denganku jangan jadi orang yang suka meminta tolong dengan orang lain.

JANJI ALLAH MAHA ADIL

gambar hiasan: kemewahan dunia
Muqaddimah sebelum pengajian kitab bahrulmazi 28-6-10 jilid 11 syarah ustaz Shamsuri. Surah Al-Mulk ayat 6-12 Sesiapa memilih kafir dan ingkar Aku ketika di dunia, Aku janjikan baginya azab jahanam. Ingatlah ketika kamu masuk neraka nanti. Penjaga neraka akan bertanya "Mustahil tiada langsung manusia berilmu yang beragama Islam memberi peringatan supaya jangan Ingkar Allah?" Ahli neraka yang mengakui dosa mereka kemudian menjawab "ada...tetapi..kami menolak mereka kerana mereka mundur dan ketinggalan" Peluang kamu semua sudah tiada hari ini. Rasalah azabKu wahai penghuni neraka. Ketahuilah, manusia yang beriman denganKu walaupun mereka tidak nampak Aku ketika di dunia tetapi mereka sanggup berulang alik ke masjid dan membetulkan keluarga ke jalan agama itu akan Kuberikan keampunan dan ganjaran pahala besar.

Wednesday, June 23, 2010

Meringankan solat iaitu memendekkan surah dan menumpukan syarat wajib sah solat

Pengajian bahrulmazi jilid 3 ms77 ustaz Shamsuri 23/6/10 Riwayat Imam Abu Isa At Tirmizi dengan hasnad Hasan lagi Sahih termasuk Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, NabiSAW apabila menjadi imam meringankan solat (ringkas cepat tetapi sempurna) kepada makmum. Hadis Hasan AtTirmizi dari Aisyah Radiallahu Anha sabda NabiSAW tiada sah solat sekiranya kelihatan aurat wanita cukup umur walaupun sehelai rambut. Imam AtTirmizi dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu sabda NabiSAW kain yang melabuhi buku lali lelaki adalah bahagian neraka dan Allah tidak menerima solat lelaki berkain labuh melebihi buku lali. Sahih AtTirmizi Muslim Bukhari, Sabda NabiSAW sekiranya terdapat sesuatu benda secara tiba-tiba ketika hendak sujud di dalam solat maka sapulah dengan sekali sahaja.

Siapa Ahli Syurga Siapa Ahli Neraka

Muqaddimah Bahrulmazi jilid 3 syarah ustaz Shamsuri 23-6-2010 Sahih Muslim dari Haritah bin Wahab radiallahu anhu sabda Nabi SAW. Ahli syurga itu ketika di atas dunia kelihatan mereka daif, lemah, dihina, selalu diperlekeh, selalu diperleceh, sekiranya dia berdoa sesuatu Allah akan makbulkan doanya. Yang akan menjadi ahli neraka itu ialah orang yang mana-mana ciri seperti kedekut, bakhil, sembang kuat, cakap besar, dia saja yang hebat, bercakap sombong dan membesar diri. Sahih Muslim sabda NabiSAW sebelum baginda wafat, baginda berpesan siapa berpeluang jumpa Uwaiz bin Amir maka mintalah doa mengampunkan dosa kamu semua. Selepas wafat Rasulullah SAW, Omar Al-KhattabRA seorang dari 10 sahabat dijamin syurga terjumpa Uwaiz bin Amir dan meminta mendoakan mengampuni dosa Omar. Hebatnya peribadi seorang pemimpin besar dijamin syurga sanggup membuang martabat keduniaan demi meminta diampunkan dosa pada seorang fakir. Kemudian Omar memberi tawaran menjadi tetamu istimewanya tetapi ditolak Uwaiz. Kata Uwaiz, saya suka menjadi keadaan seperti sekarang, orang miskin, orang susah, siapa pun tidak kenal dan tiada harta.

Monday, June 21, 2010

Kekasih Allah

Muqaddimah Ustaz Shamsuri tafsir Nurul Ihsan 210610 Riwayat Ibnu Kasir dari Ibnu AbbasRA ketika para sahabat berbincang memuji kehebatan 4 Rasul seolah-olah NabiSAW tiada kelebihan. Sabda NabiSAW kepada para sahabat tersebut. "memang betul Nabi Ibrahim Alaihis Salam Kesayangan Allah. Musa AS boleh berdialog dengan Allah. Isa AS merupakan roh Allah. Adam AS disebut pilihan Allah. Tetapi aku Muhammad bin Abdullah ini kekasih Allah dan pemberi syafaat kepada manusia di padang mahsyar. Aku juga termuda dan termulia di kalangan manusia di akhirat kelak. "Aku bukan sombong dan tiada sesekali niat berbangga disebabkan anugerah Allah ini.
    

Berkat atau Baraqah

Muqaddimah Ustaz Shamsuri 21-6-10. Berkat ialah kebaikan yang tidak terkira banyaknya. Asal berkat atau baraqah ialah dari AllahSWT. Allah mengkhususkan kepada perkara tertentu.
  1. Allah menjadikan kitab Al-Quran sebagai kitab yang penuh baraqah menurut banyak Nas dari Hadis dan Al-Quran itu sendiri. Al-Quran akan menjadi kitab yang penuh baraqah apabila dibaca, difahami dan diamalkan. Tiada baraqah apabila sekiranya sekadar ditulis dan digantung pamer.
  2. Allah menjadikan Lailatul Qadar menjadi baraqah apabila menjadikan 10 malam terakhir sebagai melipat gandakan ibadah yang bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW.
  3. Tempat baraqah ialah Masjidil Haram apabila tawaf, solat sunat makam Ibrahim, saie safa marwah, sentuh ka'bah di bahagian yang NabiSAW suruh iaitu hajaral aswad dan rukun yamani. Tiada apa makna apabila sekadar cukup wang dan sekadar lawatan. Majid Nabawi dan Masjidil Aqsa membawa baraqah apabila menunaikan apa yang disebut Hadis.
  4. Air ZamZam merupakan baraqah dan menjadi penawar kepada penyakit
  5. Tubuh NabiSAW merupakan baraqah dari Allah.

Monday, June 14, 2010

janggut, tidur dedah aurat

Sahih Bukhari dari Umi Salamah ra sabda Nabi saw, ramai manusia yang hidup mewah di dunia tetapi tidak bersyukur akan fakir tiada pakaian di akhirat.
Sahih AtTirmizi dari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw, manusia akhir zaman ada setengah pagi beriman petang kufur dan ada setengah petang beriman pagi kufur sehingga ada yang jual agamanya demi dunia. 
14-6-11 Bahrulmazi jilid 19 ms175 Sunnah memotong janggut.
Ghrib AtTirmizi dari Amru b Syuaib dari bapa dan neneknya. Nabi saw menyimpan janggut baginda tetapi memotong bersih kemas dari melintang dan bujurnya.

Hasan Sahih AtTirmizi Abdillah ibn Zaid Al-Ansari ra, Nabi saw tidur telentang dengan mengangkat kaki dan peha baginda di atas kaki sebelah lagi atau sila panggung dengan syarat menutup aurat. Abdillah bin Jabir ra, jangan berselimut dalam keadaan tiada pakaian bagi mengelakkan tidak sedar aurat terdedah apabila tidur lena. Seboleh-bolehnya jaga aurat walaupun sesama jantina. Lelaki dengan lelaki dari pusat ke lutut, wanita dengan wanita dari pusat ke lutut.