Nota Cinta

Tuesday, August 11, 2009

Pilih Quran & seolah-olah Tolak Hadis

Kalimah Allah - Sabda NabiSAW dalam Al-Imran 31
Pengajian bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 11-8-09. Menurut Syeikh Idris Al-Marbawi. Ramai dikalangan masyarakat kita yang berbeza solat mereka mengikut kefahaman ikutan masing-masing. Solat mereka yang merujuk hadis berbeza dengan mereka yang solat teraba-raba kerana di dalam Al-Quran tidak mempunyai penerangan terperinci tentang solat. Virus penyakit mengatakan hadis tidak boleh dipakai menyebabkan ramai di kalangan masyarakat rosak akidah.

Di dalam Al-Quran tidak menyebut memandikan, mengafankan dan solat jenazah. Mereka tidak dapat menerima sekiranya mayat mereka tidak dimandikan dikafankan dan disolatkan sedangkan mereka memilih Al-Quran dan merasa ragu-ragu akan Hadis. Ada juga yang sesat hanya merujuk Al-Quran dengan solat sekadar wuduk, kiblat, rukuk dan sujud tanpa mengikut rakaat dan rukun sah solat seperti disebut hadis.

Mereka lupa firman Allah, Apa yang NabiSAW larang maka jangan kamu buat -Surah Al-Hasyr ayat 7.  Hasan lagi Sahih Imam At Tirmizi dari Abu Rafik radiallahu anhu sabda NabiSAW "Jangan ada yang menolak hadisku. Sesiapa sayang Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah akan sayang akan kamu -Surah Al-Imran ayat 31" 

Pintu Syurga

Muqaddimah pengajian bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 11-8-09. Sahih Muttafakun Alai dari Abu Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW. Diantara pintu-pintu syurga terdiri dari:-
  1. Pintu solat akan memanggil ahli yang istiqamah sentiasa solat wajib dan sunat
  2. Pintu syahid akan memanggil ahli syahid yang istiqamah sentiasa berperang kerana Allah
  3. Pintu puasa akan memanggil ahli puasa yang istiqamah sentiasa berpuasa wajib dan sunat
  4. Pintu sedekah akan memanggil ahli sedekah yang sentiasa pemurah bersedekah.
Tanya Abu Bakar As Siddiq seorang yang tamak berbuat kebaikan dan difirmankan Allah sebagai penghulu penghuni syurga di tingkatan makam para sahabat. "ya Rasulullah, adakah sesiapa yang namanya dipanggil oleh semua pintu tersebut." Jawab NabiSAW. "aku harap kamu lah Abu Bakar dikalangan mereka itu."

Kemanisan Iman

Muqaddimah pengajian bahrulmazi jilid 19 ust Shamsuri 11-8-09. Sahih Muttafakun alai sabda NabiSAW sesiapa berpuasa dalam penuh keimanan dan mengharapkan redha Allah akan dianugerahkan kemanisan iman dan keampunan dosa terdahulu. Contoh ciri-ciri kemanisan Iman dengan kecintaan terhadap perintah Allah yang merujuk siri-siri kuliah pengajian bahrulmazi dan nurul ihsan:-
  1. Mendapat ketenangan menguasai diri terutama ketika solat dan beriktikaf di dalam masjid. 
  2. Mereka tidak sabar menanti ketibaan Ramadhan sebagai keseronokan berpuasa.
  3. Mereka sentiasa menunggu waktu solat untuk segera menunaikannya.
  4. Solat mereka kusyuk dengan penuh pengawalan pergerakan dalam solat, penuh ketaqwaan, ketakutan pada Allah dan sentiasa kesedihan sehingga menangis di dalam solatnya. 
  5. Mereka tidak sabar dan ketagih dalam menuntut ilmu supaya dapat beramal pada jalan Allah.
  6. Hati mereka tidak sabar menanti masa untuk menikmati curahan ilmu dari kuliah pengajian.  
Sabda NabiSAW merujuk Al-Quran, apa jua kebaikan yang dilakukan akan Allah anugerahkan samada gandaan 10 atau sehingga 700 untuk setiap amalan.

Monday, August 10, 2009

Diangkat darjat apabila sentiasa membaca Al-Quran

Muqaddimah Nurul Ihsan 4 Al-Waaqiah(75-96) ust Shamsuri 10-8-09. Sahih Muttafakun Alai dari Abi Musa Al-Ash'ari radialla huanhu sabda NabiSAW,
  1. Muslim yang Mukmin yang selalu membaca Al-Quran ibarat buah yang wangi sedap dimakan. 
  2. Muslim yang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran ibarat buah tidak wangi tetapi sedap dimakan. 
  3. Muslim munafik membaca Al-Quran ibarat buah wangi tetapi tak boleh dimakan.
  4. Muslim munafik tidak membaca Al-Quran ibarat buah busuk dan tidak boleh dimakan. 
Sahih Muttafakun Alai dari Aisyah radiallahu anha sabda NabiSAW Mahir membaca Al-Quran akan bersama dengan para Malaikat yang mulia dan tinggi darjatnya. Merangkak baca Al-Quran akan digandakan 2 pahala.

Sunan AtTirmizi dari Ibni Mas'Ud radiallahu anhu sabda NabiSAW, sebutan 1 huruf Al-Quran diganjarkan 10 pahala.

Sahih Muttafakun Alai dari Al-Barra' radiallahu anhu sabda NabiSAW kepada Utbah radiallahu anhu yang membaca surah Al-kahfi yang didatangi segumpalan awan putih sehingga kuda yang ditunggangi hendak berlari. "itulah ketenangan dan malaikat datang kepadamu untuk mendengar"

Riwayat Abu Daud dan AtTirmizi dari Abdullah bin Amru Al-AzRA sabda NabiSAW, "ketika mereka yang sentiasa membaca Al-Quran di dunia selangkah ke syurga, malaikat meminta membacanya sekali lagi kerana darjatnya akan diangkat sebentar nanti."

Kebesaran berita Al-Quran

Pengajian Nurul Ihsan 4 Al-Waaqiah(75-96) ust Shamsuri 10-8-09. (75-76)Allah bersumpah dengan tanda kebesaran ciptaanNya iaitu sistem orbit cakerawala yang menyusun pergerakan planet-planet di angkasa lepas. (77-80)Kami mencegah sebarang pindaan pada Al-Quran dengan tanda kemuliaannya yang tidak jemu dibaca dan didengar. (81-87)Kamu tidak mampu menolak malaikat di saat kematian kamu kerana itu semua kehendakKu maka berimanlah dengan Al-Quran. (88-91)Syurga bagi yang mendekatiKu iaitu penerima suratan tangan kanan dan di kalangan mereka nanti saling bersalaman kegembiraan. (92-95)Gandaan demi gandaan azab ke atas mereka yang menolak Al-Quran dan HadisKu. (95-96)Semua ini kebenaran yang pasti jadi maka bertasbihlah memujiKu.

Tuesday, August 4, 2009

ALLAH rupakan manusia menjadi babi, kera dan beruk

Kitab Bahrulmazi karangan Syeikh Idris Al-Marbawi bab 15 fitnah part 6 disyarahkan oleh Ust Shamsuri bertarikh 4-8-09. Hadis Gharib (riwayat tunggal) AtTirmizi dari Ali Abi Talib RA (periwayat sahih) sabda NabiSAW "Apabila umatku cukup membuat 15 perkara melanggar perintah Allah, akan turun bala angin merah atau bumi menelan manusia atau dirupakan menjadi babi, kera dan beruk"
  1. Harta kekayaan Negara diambil kroni tanpa diagihkan sama rata kepada rakyat.
  2. Amanah jadi rebutan kerana pegang kuasa itu sumber kekayaan.
  3. Zakat dianggap rugi dan dirasakan denda.
  4. Suami taat Isteri dalam perkara maksiat.
  5. Suami atau Isteri menjauhkan silaturahim ibubapa pasangan.
  6. Isteri melalaikan suami dari berbakti pada ibubapanya.
  7. Asyik dengan rakan-rakan sehingga derhaka dan menidakkan kata ibubapanya.
  8. Bising dalam masjid seperti menjerit ketika bertarawih malam Ramadhan.
  9. Pemimpin tidak bertaqwa atau jahil agama atau ahli maksiat.
  10. Pemimpin dimuliakan kerana takut akan kejahatannya.
  11. Semakin ramai manusia minum arak atau daun ketum.
  12. Ramai lelaki memakai sutera walaupun sedikit campuran suasa, emas dan sutera.
  13. Apabila perempuan menjadi penyanyi.
  14. Artis dan muzik disanjung sehingga melalaikan dari mengingati Allah dan RasulNya.
  15. Kondem ulama terdahulu seperti Imam Mazhab dan Ulama Muktabar. 
Nota: Hadis ini kedua selepas Sahih kerana periwayatnya tunggal tidak melebihi seorang dan bukan Hadis Dhaif(lemah). Juga bukan Hadis Mauduk(hadis palsu/bukan hadis) Diharap penerangan ini dapat merungkai kekeliruan tahap kepercayaan pembaca kerana hadis Sahih dan Muttafakun Alai (sepakat ulama muktabar mengatakan sahih) sekiranya tidak percaya boleh mengundang kafir.

LANGIT DAN BUMI TIDAK MENERIMA ROH YANG MULUTNYA CAKAP TIDAK ELOK KETIKA HAYATNYA DI DUNIA

Bahrulmazi bab 15 Fitnah part 6 4Ogos2009 Ust Shamsuri 
Sahih Imam Abu Daud sabda NabiSAW Langit dan bumi tidak menerima roh manusia yang mati ketika hayatnya bercakap tidak elok seperti bercakap mencemarkan nama baik orang, kondem orang, menghina orang, melaknat orang, memperlekehkan orang, mencerca orang, maki orang, bercakap keji, bercakap lucah dan segala yang tidak baik dari mulutnya pada manusia atau makhluk Allah yang lain.Roh tersebut mencari dan menunggu untuk berjumpa orang atau makhluk yang dilaknatnya untuk memohon kemaafan. Laknat, hinaan, kondem, cerca atau maki kepada orang yang diucapkan sekiranya tidak benar akan membinasakan dirinya sendiri. Na'uzubillah..


TIDAK BERIMAN sekiranya memperlekeh orang lain

Pengajian bahrulmazi bab 15 fitnah 4Ogos2009 Ust Shamsuri.

Hasan (diguna pakai beramal) Sahih (dilarang mempersoal) AtTirmizi Muttafakun Alai sabda NabiSAW, sesorang itu tidak mukmin atau beriman sekiranya bercakap mencemarkan nama baik orang, kondem orang, menghina orang, melaknat orang, memperlekehkan orang, mencerca orang, maki orang, bercakap keji, bercakap lucah dan segala yang tidak baik dari mulutnya.

Langit tidak terima roh mulut lazer



LANGIT DAN BUMI TIDAK MENERIMA ROH YANG MULUTNYA CAKAP TIDAK ELOK KETIKA HAYATNYA DI DUNIA
Bahrulmazi bab 15 Fitnah part 6 4Ogos2009 Ust Shamsuri 
Sahih Imam Abu Daud sabda NabiSAW Langit dan bumi tidak menerima roh manusia yang mati ketika hayatnya bercakap tidak elok seperti bercakap mencemarkan nama baik orang, kondem orang, menghina orang, melaknat orang, memperlekehkan orang, mencerca orang, maki orang, bercakap keji, bercakap lucah dan segala yang tidak baik dari mulutnya pada manusia atau makhluk Allah yang lain.Roh tersebut mencari dan menunggu untuk berjumpa orang atau makhluk yang dilaknatnya untuk memohon kemaafan. Laknat, hinaan, kondem, cerca atau maki kepada orang yang diucapkan sekiranya tidak benar akan membinasakan dirinya sendiri. Na'uzubillah..

TIDAK BERIMAN sekiranya memperlekeh orang lain Pengajian bahrulmazi bab 15 fitnah 4Ogos2009 Ust Shamsuri.

Hasan (diguna pakai beramal) Sahih (dilarang mempersoal) AtTirmizi Muttafakun Alai sabda NabiSAW, sesorang itu tidak mukmin atau beriman sekiranya bercakap mencemarkan nama baik orang, kondem orang, menghina orang, melaknat orang, memperlekehkan orang, mencerca orang, maki orang, bercakap keji, bercakap lucah dan segala yang tidak baik dari mulutnya.



Monday, August 3, 2009

Sumpah janji zaman Nabi Ya'kob dengan nama Allah "Tuhan kepada Muhammad Rasul Akhir Zaman"

Muqaddimah Nurul Ihsan surah Yusof ayat 58-76 ust Shamsuri 03-08-09. (58)Dalam keadaan musim kemarau, 10 saudara Yusof datang ke istana untuk membeli bekalan gandum atas permintaan bapa mereka. Mereka tidak mengenali siapa sebenarnya yang menjadi Pembesar Kanan Mesir tetapi Yusof mengenali mereka. (59)Yusof memberi bekalan dengan syarat Sam'un ditahan sementara mereka kembali dengan membawa seorang lagi BunYamin disamping (60)memberi amaran jangan sesekali menderhaka pihak istana. (61)10 saudara Yusof bersetuju (62)dan menurut perjanjian yang dibuat (63)Mereka menceritakan peristiwa tersebut kepada Nabi Ya'kob Alahis Salam.
gambar hiasan
(64)Ya'kob enggan melepaskan BunYamin kerana tidak mempercayai 10 anaknya itu. (65)Setelah mereka membuka bekalan yang dibeli, Ya'kob dan anak-anaknya terkejut betapa murah hati Pembesar Kanan yang memulangkan kembali harta mereka disamping bekalan diberi berlebihan. (66)Ya'kob menyuruh anak-anaknya bersumpah dengan nama Allah supaya berjanji menjaga BunYamin. Mereka berjanji bersaksikan Allah dengan menyebut "dengan nama Allah Tuhan kepada Muhammad Rasul Akhir Zaman." (67)Ya'kob berpesan pada anak-anaknya. Sekiranya masuk Mesir, ikutlah pintu berbeza kerana dikhuatiri perkara tidak baik berlaku tetapi Ya'kob bertawakal dan redha akan takdir Allah. (68)Seperti yang dijanjikan, Yusof bertemu kembali dengan mereka. (69)Yusof menghargai atas perjanjian yang ditepati, kesemua mereka dijamu makan serba mewah dan tidur apabila malam

gambar hiasan Cupak Raja
(70)Yusof terdengar BunYamin menyebut Alangkah indahnya sekiranya abang kandung seibu sebapaku masih hidup. Setelah mendengar keluhan BunYamin, Yusof menemani BunYamin dan berkata "Bolehkah Aku menggantikan tempat Abg kamu yang telah meninggal dunia itu?" "Tuan adalah Pembesar sedangkan abg saya anak Nabi Ya'kob." Yusof melepaskan rindunya setelah sekian lama tidak bertemu dengan adik kandungnya yang seibu sebapa sambil menyebut "Aku lah Yusof dan aku tidak akan tinggalkan kamu lagi wahai BunYamin." Yusof merancang mencari jalan supaya BunYamin dapat tinggal bersamanya di istana. Ketika adik-beradik Yusof berangkat pulang keesokannya Yusof menjerit."Wahai angkatan, ada berlaku kecurian, tahan mereka." (71-72)10 beradik itu terkejut (73-75)dan menafikan bukan mereka yang mencuri cupak raja kecuali BunYamin kerana dia tahu abangnya Yusof merancang sesuatu. (76)Atas kehendak Allah, rancangan Yusof ditakdirkan bejaya. Setelah diperiksa, BunYamin dituduh mencuri dan ditahan sebagai hamba mengikut syariat Nabi Ya'kob Alaihis Salam.

Sempurna wuduk, Pelihara puasa dan 10 malam terakhir Ramadhan

Muqaddimah Nurul Ihsan surah Yusof ayat 58-76 ust Shamsuri 03-08-09. Sahih Abu Daud dan AtTirmizi sabda NabiSAW wuduk yang sempurna ialah ratakan air sehingga celahan anggota wuduk. Sahih Muttafakun Alai apabila kamu berpuasa jangan cakap kotor dan jangan bertengar kerana Allah, sekiranya ada musuh yang cuba mencari pasal, katalah sedang berpuasa. Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang Sahih sabda NabiSAW, pahala besar dan malaikat memohon rahmat kepada mereka yang menjamu oang berpuasa dan menjamu tetamu yang datang ke rumah. Sahih Muttafakun Alai dari Aisyah radialla huanha, NabiSAW beriktikaf di masjid setiap Ramadhan 10 malam terakhir didikuti para isteri NabiSAW beriktikaf di masjid selepas kewafatan RasulullahSAW. Riwayat Abu Hurairah pada tahun sebelum kewafatan NabiSAW, NabiSAW beriktikaf 20 malam Ramadhan terakhir bertujuan melipat gandakan amal ketika umur semakin mendekati ajal.