Nota Cinta

Tuesday, March 10, 2009

Jangan tanya Soalan Pelik

Muqaddimah sebelum pengajian kitab Bahrulmazi jilid 19 ust shamsuri 10-3-09.Sahih Bukhari dari Aanaz bin Malek Radiallahu Anhu. Selepas berjemaah solat Zohor, NabiSAW naik ke mimbar untuk menyampaikan amanat penting kerana sekiranya tidak penting, baginda tidak akan ke mimbar seumpama Khutbah Jumaat malah baginda akan berdiri atau duduk di kalangan sahabat. Setelah NabiSAW menyampaikan amanat perkara kiamat, baginda bersumpah akan menjawab setiap soalan yang bakal ditanya. Terdapat di antara mereka yang asyik bertanya dengan soalan yang pelik-pelik dan tidak disukai NabiSAW. Setelah memberi jawapan seperti yang dijanjikan, baginda mengingatkan lagi dengan nada tegas, "Sekiranya terdapat soalan sila tanya sekarang!". Tiba-tiba bangun Abdullah bin Huzafah lalu bertanya soalan biadab "Siapa bapa saya?." Jawab baginda "bapa kamu Huzafah." Omar Al-Khattab amat memahami tanda kemarahan pada riak wajah Nabi SAW lantas mencelah, "Cukup Ya Rasulullah, kami salah dan tidak akan buat lagi, kami redha Allah Tuhan kami, Islam agama kami dan Muhammad Rasul kami."Selepas itu sabda NabiSAW, "sebentar tadi aku diperlihatkan kebaikan kenikmatan syurga dan kejahatan azab seksaan neraka pada dinding masjid ini."

Selepas peristiwa ini menurut para tabien, Ibnu Syihad dan Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah. Abdullah bin Huzafah dimarahi emaknya. "Aku tidak pernah melihat anak yang paling sial selain kamu. Tergamakkah kamu menuduh ibu seorang penzina dan mengaibkan keluarga dengan pertanyaan seperti itu dihadapan Rasulullah" jawab Huzafah, "Demi Allah, tiada niat saya untuk mengaibkan keluarga. Sekiranya ditakdirkan Allah, NabiSAW memberitahu bapa saya bukan Hufazah maka saya tetap redha menerima sabdanya."

kesimpulan Hadis.
  1. Jangan sesekali tanya soalan yang pelik seperti Abdullah bin Hufazah. 
  2. Hindari ketegangan seperti yang dilakukan Saidina Omar Al-Khattab.
  3. Anak yang lahir sebelum ibubapanya memeluk Islam seperti Abdullah bin Hufazah adalah tetap anak mereka.
dari ustaz Shamsuri, "Jangan tanya saya soalan-soalan reka atau pelik seperti contoh Nabi Muhammad SAW ni ada Nur Muhammad yang menyeluruh meliputi segala roh asal kejadian manusia. Itu saya tidak tahu. Yang saya tahu. Tan Sri Nur Muhammad. Lagi satu jangan duk asyik tanya Ilmu isi seperti berisi atau tidak dan Ilmu kulit atau jenis kulit. Yang saya tau, Lorong Kulit."

LIDAH ALLAH iaitu sabda RasulullahSAW

Bahrulmazi jilid 19 ust shamsuri 10-3-09.

Sunan AtTirmizi dari Ibnu Abbas radiallahu anhu sabda Nabi Salallahu Alaihi Wasalam.

"Barangsiapa yang cuba tafsir Al-Quran walaupun betul tetapi tidak melaluiku iaitu Lidah Allah maka api neraka akan menjilat dirinya.

JANGAN Sembunyi Ilmu

Bahrulmazi jilid 19 ust shamsuri 10-3-09.
Sunan AtTirmizi dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu sabda NabiSAW .

Akibat menyembunyikan ilmu oleh kerana kedekut atau takut orang lain mengetahuinya akan dihancurkan mulutnya oleh Allah dengan api neraka.

PADAH salah tujuan ilmu

Bahrulmazi jilid 19 ust shamsuri 10-3-09.

Riwayat AtTirmizi dari Abi Hurairah Radiallahu Anhu sabda Nabi Salallahu Alaihi Wasalam.

Tujuan ilmu sepatutnya fokus kepada mendekatkan diri dengan Allah tetapi sekiranya sebaliknya menuju ke arah tujuan keduniaan akan menyebabkan dirinya tidak akan cium bau syurga. Janji Allah menurut Al-Quran pada orang sebegini jangan bemimpi untuk masuk syurga.

BAHAYA Makrifat tanpa Feqah


Bahrulmazi jilid 19 ust shamsuri 10-3-09.

Ilmu makrifat sekiranya ilmu zahir asas agama tidak lengkap maka akan membawa ke arah kehancuran diri sendiri.

Tasawuf & Feqah tidak boleh dipisahkan seperti Al-Quran dan Hadis

Bahrulmazi jilid 19 ust shamsuri 10-3-09.

Kata-kata hikmah dari Imam Malik Rahimahullah

Alim Feqah tanpa Tasawuf seperti bangga diri dan sombong seumpama orang keji dan fasiq. Tasawuf yang sentiasa hanya sekadar ikhlas tetapi tidak mengenal feqah malah melanggar hukum-hakam Allah seumpama orang kafir zindiq.

Mengajar ikut tahap dan kemampuan seseorang


Bahrulmazi jilid 19 ust shamsuri 10-3-09.

Guru yang hebat macamana sekalipun mestilah mengikut rentak dan tahap kemampuan murid sepertimana kaedah ditunjukkan RasulullahSAW yang mengajar mendidik mengikut tahap kemampuan menurut peringkat dan usia.

FANATIK Guru


Bahrulmazi jilid 19 ust shamsuri 10-3-09.


Para sahabat tidak salah sekiranya fanatik Rasulullah SAW kerana Nabi Muhammad SAW itu sendiri manusia termulia di dunia yang ma'sum dan tiada salah tetapi selain dari baginda NabiSAW ditegah syarak kerana guru mesti menjadi model yang baik kepada anak murid. Sekiranya salah pembawakan dikhuatiri akan merosakkan akidah anak murid.

Tuesday, March 3, 2009

Ka'abah Impian RasulullahSAW " Ibnu Zubair Al-Awwam vs Pemerintah Fasik "

Muqaddimah bahrulmazi bab Ringankan solat bila jadi Imam & bab 15 Fitnah 3.3.09 & BM21 ms28 14.5.14
 UstShamsuri. Ibn Zubair Al-Awwam merupakan anak kepada salah seorang 10sahabat dijamin syurga. Beliau ditahmid oleh bapa angkatnya NabiMuhammadSAW selepas dilahirkan. Ketika usianya 7 tahun, beliau telah berbai’ah kepada RasulullahSAW. Apabila memegang jawatan gabenor Mekah, beliau ingin melunaskan cita-cita RasulullahSAW yang tidak kesampaian selepas kewafatan Baginda iaitu menjadikan ka’bah seperti yang dibina asalnya oleh IbrahimAS. Berita meruntuhkan ka’bah menimbulkan kemarahan Hajjaj selaku gabenor Iraq ketika itu. Sepasukan tentera Islam Iraq pimpinan Hajjaj kemudiannya menyerang seterusnya berjaya menawan tentera Islam Mekah pimpinan Ibn Zubair. Ibn Zubair kemudian dipancung, disula,  disalib dan dicampakkan ke perkuburan yahudi. Ka'bah seperti impian RasulullahSAW yang dalam proses pembinaan baru tersebut kemudian diroboh. Hajjaj kemudian membina semula bentuk yang asal dan kekal sehingga hari ini.

BahrulMazi15 Fitnah 3-3-09 Hassan lagi Sahih AtTirmizi dari Abi Wail bin Hujril RA sabda NabiSAW Jangan sesekali menderhakai pemerintah fasik, mencari jalan menjatuhkan pemerintahannya dan mencari jalan membunuhnya selagi mana pemerintah fasik itu tidak menyuruh berbuat maksiat, maka taatlah kepadanya walaupun pemerintah tersebut zalim mendiskriminasikan rakyatnya iaitu hak rakyat di ambil sesuka hati. Kejahatan, kesilapan dan kezalimannya itu hanya Allah saja yang layak menghukum dan mengazabnya.   


Monday, March 2, 2009

Yusof dan Zulaikha

Pengajian kitab Nurul Ihsan jilid 2 ms237 Tafsir surah Yusof 19-29 ust Shamsuri 2-3-09. (19)Satu rombongan musafir dari Mesir terjumpa seorang pemuda comel yang sedang bergayut di atas baldi di dalam perigi. (20)Peristiwa itu menyebabkan abang-abang Yusof terus berjumpa dengan rombongan musafir tersebut dan dengan segera menjualnya pada nilai tidak berharga. (21)Di Mesir, Kami takdirkan Nabi Allah Yusof dibeli oleh seorang Pembesar Kanan Mesir dan diberikan tugas menguruskan rumahnya. (22)Kami anugerahlan kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan kepada Yusof dan begitulah Kami membantu mereka yang bersungguh-sungguh mencari Jalan Kami. (23)Ketika Zulaikha menggoda Yusof dengan mengunci pintu rumah untuk mengajak bersetubuh, Yusof menolak pelawaan tersebut dan meminta perlindungan dari Allah. (24)Baginda tertarik pada Zulaikha atas kapasiti manusia biasa tetapi tidak sama sekali mengkhianati Allah, apatah lagi berzina dengan isteri seorang Pembesar Kanan Mesir yang membantu memuliakan baginda. (25)Yusof tetap cuba keluar dari rumah walaupun tetap dikejar, ditarik dan dihalang oleh Zulaikha. Apabila pintu tiba-tiba dibuka oleh suami Zulaikha, Zulaikha menuduh Yusof menggodanya. (26)Kejadian ini menyebabkan ahli keluarga terdekat datang berkumpul. Yusof menafikannya kerana apa yang berlaku adalah sebaliknya. (27)Tiba-tiba suara bayi kecil di dalam gendongan bapa saudara Zulaikha memberitahu "sekiranya baju Yusof koyak dari belakang maka Yusof benar tetapi sekiranya baju Yusof koyak di depan maka Zulaikha benar". (28)Pembesar Kanan Mesir yang terkejut dengan suara bayi kecil boleh bercakap itu kemudian memeriksa dan memarahi isterinya kerana curang dan melakukan fitnah. (29) Zulaikha meminta maaf atas perbuatan kejinya.

Imam jangan mendera makmum

Muqaddimah Yusof 19-29 ust Shamsuri 2-3-09
Sahih Bukhari dari Jabir Abdillah Radiallahu Anhu sabda NabiSAW mengulangi 3 kali kepada Muaz bin Jabal radiallahu anhu yang membaca surah Al-Baqarah terlalu panjang selepas Fatihah.
"Jangan dera dan fitnah makmum melalui bacaan yang panjang apabila menjadi imam solat berjemaah"
Sahih Bukhari dari Abi Mas'Ud radiallahu anhu, RasulullahSAW marah sambil bersabda,
"Inilah  masalah dikalangan kita iaitu ada orang yang suka buat orang lari dari Islam. Sekiranya sesiapa menjadi imam apabila solat berjemaah. Tolonglah ringkaskan kerana ada yang datang terdiri dari yang sakit, tua dan mempunyai urusan lain."