09-02-05 Tafsir Nurul Ihsan jilid 3 surah AnNalm (21:1) - (21:19)
Al-haj 18-19: Wahai orang-orang beriman. Perhatikan apa yang telah dilakukan untuk
bekalan akhirat kerana Allah sedang memerhatikan kamu. Yang lupa diri lupa
Allah itu fasik atau orang jahat.
KEHEBATAN PARA SAHABAT
BERIBADAH SETELAH FIRMAN ALLAH
AL-HAJ 18-19 SEHINGGA DISABDAKAN RASULULLAH
SAW
Sahih Bukhari dari Anaz bin Malek ra
sabda Nabi saw. Cukup sekadar solat duduk jika terlalu letih. Sahih Bukhari dari Abil Abbas dari Ibnu Omar ra sabda
Nabi saw. Utamakan yang wajib seperti meluangkan masa rumah tangga dan cari
nafkah sebelum menunaikan yang sunat.
MUSA AS DILANTIK MENJADI RASUL
Ketika Musa as sekeluarga dari Madyan ke
Mesir, isterinya pula sarat menunggu masa melahirkan anak. Musa terlihat
kelibat api lalu mengejar sambil menenangkan keluarganya. Apabila dihampiri,
suara entah dari mana datang itu tiba-tiba berbunyi, “Aku lah Allah Tuhan Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana, lontarkan tongkatmu,” Tongkatnya bergerak dengan sendiri
bertukar menjadi ular gergasi. Musa ketakutan melarikan diri tetapi suara itu menahan
baginda. “Tidak semestinya seorang Nabi yang dilantik melarikan diri.”
Setelah Musa dilantik menjadi Rasul, Musa
menunjukkan mukjizat anugerah Allah kepada FirAun dan tenteranya. Tangan Musa
kemudian menyinari sehingga menyilaukan mata yang melihat. Sayangnya mereka menganggap itu sihir dan
tidak beriman kepada Allah dan RasulNya.
PENGEMBARAAN SULAIMAN AS
|
Hamparan sulaman jin dan syaitan untuk Sulaiman as |
Nabi Daud as dan salah seorang dari 19 anak
baginda iaitu Nabi Sulaiman as dianugerahkan mampu memahami makhluk lain selain
manusia. Burung hud-hud digunakan Nabi Sulaiman untuk mencari air. Setelah air
dijumpai, jin dan syaitan dikerahkan supaya menggali air. Apabila Nabi Sulaiman
ingin bergerak, jin dan syaitan menyulam hamparan sebagai kenderaan terbang.
Burung-burung pula berteduh di bawah hamparan ketika sesi penerbangan. Ketika
melintasi Madinah, Allah memberitahu Sulaiman inilah tempat Nabi Agung Akhir Zaman atau Penghulu segala Rasul iaitu Muhammad saw yang berhijrah dari Mekah.
|
gambar hiasan tentang tentera ghaib |
Ketika Sulaiman mendarat. Raja Semut
mengarahkan supaya segera menyelamatkan diri kerana bala tentera Sulaiman dengan
pelbagai jenis kenderaan akan melalui kawasan mereka. Angin memberitahu
Sulaiman dan baginda tersenyum lalu menghentikan sementara bala tenteranya. Raja Sulaiman kemudian memanggil Raja Semut
supaya tidak perlu mengarahkan semut melarikan diri kerana baginda adalah Raja
yang adil. Raja Semut menjelaskan sekalian semut tidak takut dipijak oleh
tentera Sulaiman tetapi sebenarnya takut leka dari berzikir pada Allah akibat
kelalaian melihat kehebatan Sulaiman dan tenteranya.
Raja Sulaiman bersyukur. “Wahai Tuhanku, aku syukur kepada
Allah di atas kurniaan kelebihan pada bapaku dan daku. Syukur kerana pengajaran
Allah melalui makhluk semut ciptaan Allah ini.”
09-03-05
Tafsir Nurul Ihsan jilid 3 surah AnNalm 20-36 ms 176
SOAL HATI
Sahih Bukhari dari Abdillah bin Utbah bin Mas’Ud ra kata Khalifah Omar Al-Khattab
ra. Ambil tindakan berdasarkan perbuatan zahiriah kerana kita tidak mengetahui
isi hati seseorang itu.
Sahih Muslim Nabi saw berulang kali memarahi Usamah bin Zaid ra kerana bunuh
musuh yang sempat mengucap 2 kalimah syahadah, “Adakah kamu tahu dia mengucap
kerana Allah atau kerana takut pedang kamu?”
TINDAK BALAS RATU BALQIS
20)Ketika rombongan Raja Sulaiman dari
Mekah menuju ke Yaman, mereka berehat sementara di San’a ibu negeri Yaman. 21)Baginda
tercari-cari burung hud-hud yang tiada dalam rombongan lalu diperintahkan
Rajawali mencari hud-hud. 22)Hud-hud pulang menceritakan hal sebenar ketika
pertemuan dengan hud-hud Balqis di negeri Saba’.
23-26)Singgahsana Balqis ini terlalu hebat
tiada tandingan singgahsana raja-raja dunia tetapi terlalu amat jauh sekali
untuk dibandingkan dengan Arasy singgahsana Allah. Balqis ini cantik, pemerintah
negeri yang luas dan menyembah matahari. Syaitan telah menyesatkan Balqis dari
menyembah Allah.
27-32)Raja Sulaiman mengutus surat untuk
dibaca Balqis dan isi kandungannya berbunyi, “Wahai Balqis, salam kepada yang
diberi hidayah. Jangan cuba mencabar dan serahkan diri.” Hud-hud diperintahkan
supaya bersembunyi untuk mendengar tindak balas kerajaan Saba’ selepas
menghantar surat.
33)Pembesar-pembesar Balqis bersedia
berperang tetapi tetap menanti keputusan terbaik dari raja mereka. 34) Puteri
Balqis berpendapat peperangan membawa bencana kerosakan dan baginda lebih suka
diplomasi.
35-36)Balqis yang ingin mengenalpasti samada
raja atau nabi yang sengaja berani mencabar baginda, membalas dengan hantaran
hadiah 500 lelaki berpakaian perempuan, 500 perempuan berpakaian lelaki dan
hidupan-hidupan laut yang pelik-pelik bersama rombongan jin. Balqis berpendapat
sekiranya Sulaiman ini raja biasa, dia akan marah dan kerajaan Saba’ boleh istiharkan
perang tetapi sekiranya Sulaiman ini nabi, dia pasti menyambut baik.
37)Hud-hud pulang mendedahkan rahsia
teka-teki pada Sulaiman disertai Jibril muncul sebagai penasihat Nabi Sulaiman
as. Nabi Sulaiman as menyambut baik hadiah pelik utusan Balqis dan dipulangkan
kesemuanya kembali.
13-04-05 38-44 MATLAMAT ISLAM UNTUK MENGELOKKAN KEADAAN
JANGAN SUMPAH UNTUK TIDAK BUAT BAIK
Sahih Muttafakun Alai dari Aisyah ra. Nabi saw kepada pemuda yang bersumpah tidak akan menghalalkan pemberiannya akibat pergaduhan. Jangan bersumpah tidak mahu buat kebaikan.
3 KEADAAN DIBENARKAN BOHONG
Sahih Muslim dari Umi Kalsum bin Uqbah bin Abi Mu'aif ra sabda Nabi saw. Tidak dianggap bohong bila tujuan damaikan pertelingkahan.3 keadaan dibolehkan bohong. 1)Perang 2)Damaikan pergaduhan 3)Tujuan kasih sayang
Nurul Ihsan jilid 3 ms 181 surah
AnNalm (surah semut) ayat 38-45 syarah Ustaz Shamsuri
37) Anugerah Allah untuk baginda menjadi nabi dan raja itulah yang tidak bernilai berbanding hadiah Balqiz ini dan kembalikan kesemuanya kepada Balqiz. Sabda Nabi Sulaiman as pada wakil Balqiz "Sekiranya kami bertindak, Allah pasti memberi kemenangan pada kami dan kekuatan serta bilangan kami tidak jauh untuk ditandingi Balqiz. Nabi Sulaiman memberi peluang pada Balqiz dan Balqiz diminta datang ke istana baginda.
TINDAKAN SULAIMAN SELEPAS ASIF MENGANGKAT
ISTANA LEBIH PANTAS DARI IFRIT
38) Sabda Nabi Sulaiman as. "Ketika perjalanan Balqiz yang mengambil masa 2 bulan ke istana ini, siapa yang boleh memindahkan istana Balqiz ke sini."
39) Jin Ifrit memberi tawaran, "Sebelum tengahari, istana Balqiz akan aku angkat ke sini." Sabda Nabi Sulaiman, "Itu agak lambat dan aku mahukan lebih cepat dari itu."
40) Seorang manusia bernama Asif yang alim Taurat dan Zabur berpangkat Menteri dan digelar wali Allah memberitahu baginda bahawa istana akan dipindahkan dalam sekelip mata. Raja Sulaiman membenarkan Asif. Berkat doa seorang wali Allah, Terkejut Raja Sulaiman lalu sujud kepada Allah sambil baginda bersabda,
"Itulah kebesaran Allah dan kelebihan Tuhan aku. Allah sedang menguji aku"
BALQIZ MENGANGKAT KAIN KERANA LANTAI ISTANA
41) Raja Sulaiman menitahkan supaya rekabentuk dalaman istana diubahsuai
.
42) Apabila Balqiz sampai, beliau kenal akan istananya.
43) Balqiz diberi kefahaman supaya menyembah Allah, Tuhan yang mencipta matahari.
44) Di bawah lantai kaca tebal Balai Menghadap ialah kolam pelbagai hidupan air. Keadaan itu menyebabkan Balqiz yang melangkah masuk Balai Menghadap, mengangkat sedikit kainnya. Betis kaki Balqiz kelihatan cantik tidak seperti yang difitnah syaitan. Ketika menghadap, Balqiz mengakui kesilapan menyembah matahari dan mengistiharkan taat Allah dan Rasul. Sulaiman menjadi raja ketika usia baginda 13 tahun dan wafat pada usia 53.
11-05-05 Nurul Ihsan jilid 3 ms 183 surah AnNalm (surah semut) ayat 45-61 syarah Ustaz Shamsuri
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra. Ketika Perang Tabuk, Omar Al-Khattab menolak cadangan para sahabat yang terlalu kebuluran untuk menyembelih unta bagi mengelakkan tiada kenderaan untuk pulang. Omar mencadangkan supaya saki baki makanan yang ada dikumpul dan meminta Nabi saw berdoa supaya dikurniakan keberkatan. Rasulullah saw bersetuju dan selepas berdoa, makanan diagihkan sehingga semua kekenyangan. Makanan sedikit menjadi banyak sehingga tidak habis dimakan. Sabda Nabi saw. "Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi aku pesuruh Allah. Ucapan ikhlas 2 kalimah syahadah dijanjikan syurga oleh Allah."
KISAH NABI SOLEH AS MENETANG 9 PENJAHAT DAN KAUM SAMUD YANG SYIRIK
27:45) Umur Saleh 280 tahun. Kaum Samud berpecah mukmin dan kafir.
46) Nabi Saleh as bertanya pada yang ingkar "kenapa doa minta dicepatkan azab?"
47) Mereka yang perli itu membalas, "Jangan harap kami percaya kamu tanpa bukti."
48) Saleh membuktikan mukjizat kurniaan Allah dengan kelahiran unta tetapi segera dinafikan 9 penjahat malah mereka tetap syirik dan kufur.
49) Setelah mereka bunuh unta Saleh, mereka merancang bunuh Saleh sekeluarga dan para mukminin kerana Saleh pernah memberi amaran 3 hari kematian sekiranya unta baginda dibunuh.
50) Mereka tidak sedar, bencana mengundang kerana kejahatan mereka sendiri. 50) 1 puak pengikut 9 penjahat, terlibat runtuhan gunung
51) Saki baki dihapuskan oleh jerkahan malaikat Jibril.
52) Sabda Nabi saw, Ketika bencana, Abu Rughal salah seorang 9 penjahat yang baru keluar dari Mekah, dijatuhkan batu ke atas kepalanya lalu mati. Sekiranya tidak percaya, maka galilah sekarang kerana bersamanya tongkat emas. Ternyata sabda Nabi saw tepat setelah para sahabat menjumpai mayat Abu Rughal.
53) Saleh dan 4000 mukmin terselamat di Hadralmaut atau Hadir Maut sempena nama kehadiran Saleh ke negeri tersebut dan baginda segera wafat di di situ.
LUT AS MENENTANG GAY
54) Kaum Lut menyalahi tabiat manusia dengan hubungan homoseksual terbuka.
55-56) Kaum gay perli nasihat Lut, "biarlah, kami ini jahat, pengikut Lut ini bersih."
57) Lut dan yang beriman diperintah Allah keluar dari negeri tersebut tetapi seorang dari isteri Lut menolak pelawaan Lut. 58) Allah menurunkan bala hujan batu neraka sehingga berlubang tubuh dan itulah hujan yang paling azab dikalangan hujan.
ALLAH BERTANYA 59-61) Kenapa mengharapkan sesuatu yang lain selain pertolongan Allah. ADAKAH KEHEBATAN ATAU KEKUATAN LAIN SELAIN ALLAH? TIDAK!!!
13-07-05
Tafsir Nurul Ihsan jilid 3 surah AnNalm 62-66 ms 186
ALLAH MEMANDANG AKHIRAT
Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw. Allah memandang hina dunia ini seperti manusia memandang bangkai kambing cacat.
HR Abu Daud AtTirmizi dari Abdullah bin Amru bin Al-Az sabda Nabi saw kepada para sahabat yang sibuk baiki rumah. Aku teringat ada sesuatu yang lebih cepat dari masa yang diambil untuk baiki rumah ini iaitu ajal maut.
SYIRIK ATAU MINTA TOLONG SELAIN ALLAH
61) Allah menjadikan sungai antaranya terdapat sempadan pemisah air masin dan air tawar. 62) Siapa lebih baik dari apa yang manusia minta tolong? Hanya sedikit yang benar-benar ingat Allah 63) Allah jua memberi petunjuk laluan pelayaran laut melalui bintang-bintang ciptaanNya 64) Setelah apa yang Allah cipta memberi kemudahan, kenapa ada yang menyamakan Allah dengan makhluk lain. 65) Sedangkan manusia itu sendiri dicipta Allah dan dimatikan Allah. 66) Benarkah ada yang lain berkuasa dari Allah?
10-08-05
Tafsir Nurul Ihsan jilid 3 surah AnNalm 67-82 ms 188
JANGAN TERLIBAT PERGADUHAN BESAR SESAMA MUSLIM
Sahih Muslim dari Usamah ra sabda Nabi saw. Fitnah selepas kewafatanku seperti turunnya hujan.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan libatkan diri sekiranya berlaku fitnah pergaduhan serta peperangan sesama muslim.Yang cuba menolong akan mengeruhkan lagi keadaan.
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Tanda besar kiamat semakin dekat apabila berlaku peperangan besar di kalangan muslim yang masing-masing dakwa masing-masing benar. Hakikatnya kedua-dua salah melanggar larangan Islam.
Sahih Muslim sabda Nabi saw. Allah akan selamatkan ka'bah dari serangan mana-mana musuh Islam.
WAHAI KEKASIHKU, JANGAN BERDUKACITA
67-68) Kafir mengatakan manusia dihidupkan selepas mati di padang mahsyar itu cerita dongeng nenek moyang mereka.
69-70) Wahai Muhammad, jangan berdukacita. jangan terpedaya dengan manipulasi ayat kafir.
71) Sekiranya dakwaan kamu benar. Suruh Tuhan kamu datangkan azab sekarang.
72) Allah datangkan azab dalam bentuk perang Badar dan azab lagi satu yang kekal sedang menunggu di akhirat.
73) Penangguhan azab itu sebenarnya untuk diberi tempoh kesedaran bertaubat sebaliknya mereka tidak syukur nikmat Allah.
74-75) Allah mengetahui isi hati mereka dan segala-galanya tertulis di Luh Mahfuz
YAHUDI KRISTIAN SESAT KERANA MENOLAK MUHAMMAD SAW
76) Quran menjelaskan pada mereka tetapi Bani Israel tetap mempertahankan sampai mati akan Uzair anak Tuhan manakala Kristian pula mempertahankan Isa anak Tuhan.
77) Yang terpilih dikalangan mereka mendapat hidayah.
78) ALLAH MAHA ADIL, tiada kebaikan yang dilupakan dan tiada terlepas kejahatan untuk setiap hukuman. Tiada siapa yang boleh bangkang Allah. Manusia tidak tahu samada dirinya betul atau salah kerana hanya Allah tahu samada dirinya benar atau salah. Seorang muslim tidak akan kecewa apabila menyerahkan segalanya pada Allah. Haraplah hanya pada Allah tanpa perlu harapkan sesiapa.
79) Sabar wahai Muhammad kerana akhir sekali nanti, Aku akan beri kemenangan pada kamu.
TAZKIRAH KUBUR TIDAK DIDENGARI AHLI KUBUR
80) Manusia tidak boleh dengarkan sesuatu pada ahli kubur melainkan izin Allah. Tazkirah kubur tidak didengari penghuni kubur. Soal jawab ahli kubur bergantung pada amalan.
MANUSIA TIDAK UPAYA BERI HIDAYAH KECUALI ALLAH
81) Manusia tidak boleh beri hidayah tetapi hanya Allah yang boleh hidayahkan orang yang kamu sayang kerana mereka sendiri yang memilih untuk ditakdirkan buta hati.
DAABAH @MAKHLUK GERGASI BINATANG 4 KAKI
82) Apabila manusia tidak menghiraukan larangan perintah Allah dan menolak dakwah Islamiah, akan keluar binatang 4 kaki berbulu setinggi 60 hasta dimana manusia tidak dapat lari daripadanya.
08-02-06
Tafsir Nurul Ihsan jilid 3 surah AnNalm 83-93 ms 190
SOAL JAWAB PADANG MAHSYAR
83) Manusia dihalau bertempiaran lari oleh api sehingga bertemu di satu padang.
84) Allah bertanya,"Masa di dunia, kamu tak kisahkan isi kandungan Al-Quran? Kalau nak tolak samada suka atau tak suka, ambik peduli dan cuba tahu terdahulu. Jangan tolak mentah-mentah?"
Adakah kamu tahu apa yang kamu telah lakukan semasa di dunia dahulu?
85) Manusia bersalah tiada jawapan.
86) Kejadian siang malam, gempa bumi, gunung berapi merupakan dalil kewujudan kiamat besar.
87-88) Sangkakala pertama, bukit bukau gunung ganang pecah berterbangan sehingga dunia menjadi rata diikuti tipuan kedua yang membangkitkan manusia dalam keadaaan hina.
89) Beruntung yang mempercayai dan beramal Quran.
90) Yang rugi disembam muka ke neraka.
91) Sabda Nabi saw. "aku diperintahkan menyembah dan menyampaikan risalah Tuhan kepada rumah ka'bah negeri Mekah ini, kemudian aku disuruh bertawakal pada Allah."
92) Disuruh aku menyeru jalan Islam dan beruntung bagi yang dapat hidayah.
93) Kerjaku tabligh atau sampaikan.