Nota Cinta

Wednesday, January 26, 2005

Surah Yunus 71-109 Pembatal Sihir Yunus 81-82



26-01-05 Sahih Muslim dari Huzaifah bin Yamman ra selaku penyimpan rahsia Nabi saw. Sabda Nabi saw. Fitnah ialah kebinasaan yang disebabkan seperti isteri yang tidak menjaga maruah, harta yang disalahguna, ilmu yang tidak diamal, anak yang dirosakkan dan jiran yang buruk sangka. Fitnah besar menurut Imam An nawawi yang dimaksudkan Abu Huzaifah kepada Omar Al-Khattab ra akan bermula setelah kewafatan Omar Al-Khattab ra. 

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Kiamat tidak akan terjadi kecuali berlaku fitnah besar seperti jenayah pembunuhan demi pembunuhan tanpa tujuan dalam masyarakat. 

Pengajian tafsir  Nurul Ihsan syarah Ustaz Shamsuri ms 196 surah Yunus ayat 71-87 kisah Nuh as

NABI NUH AS DAN BANJIR MENENGGELAMKAN SELURUH DUNIA

Firman Allah sabda Nabi saw. 

(71-74)Wahai Muhammad saw, beritahu umatmu kisah Nuh as. Antara Nabi Allah Nuh as dan Nabi Allah Idris as bezanya 1000 tahun. Sabda Nabi Nuh as “Aku hanya lakukan yang disuruh Allah, sekiranya aku menjadi masalah pada umatku, aku tidak boleh berbuat apa dan aku hanya bertawakal pada Allah. Sekiranya benci akan diriku, segera kumpulkan seberapa ramai dan musnahkan aku serta lakukan apa yang kamu suka.”  Akibat ancaman mereka yang ingkar, akhirnya Allah turunkan hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir besar menenggelamkan seluruh dunia menghapuskan seluruh generasi manusia kecuali hanya 80 orang pengikut Nabi Nuh as dan baginda sendiri yang terselamat. Manusia dibiakkan kembali dari asal mangsa yang terselamat tersebut. Kemudian Kami wujudkan kembali para Nabi dan Rasulullah dari pembiakan manusia tersebut seperti Nabi Ibrahim, Hud, Salleh, Lut as kepada kaum masing-masing mengikut zaman. Setiap Nabi menceritakan berita yang berlaku pada Nabi-nabi sebelum bermula Nabi Adam as tetapi umat mereka tetap juga berdusta. Kami menutup hati orang-orang takabur ini supaya mereka dijauhkan dari hidayah. 

AYAT PEMBATAL SIHIR OLEH MUSA

(75-82) Demikianlah yang berlaku pada Nabi Musa as dan sepupunya Nabi Harun as. Mereka tetap berkata Musa itu penyihir walaupun setelah Kami zahirkan kebenaran melalui mukjizat Musa. Nabi Musa as melemparkan tongkat ke arah tukang sihir yang menentang baginda serentak  membacakan surah Yunus 81-82 walaupun pada masa yang sama diserbu ular-ular ahli sihir. 

Ayat Pembatal Sihir surah Yunus 81-82 "Apa yang kamu datangkan itu sihir, Allah akan membatalkan sihir itu. Tuhan aku tidak akan membenarkan kamu membuat kerosakan sihir ini. Allah akan menunjukkan kebenaran walaupun dibenci orang kafir."  (kredit ustaz Syarhan Syafi'e)

(83-86)Hanya sebahagian kecil yang beriman dengan Musa as setelah Musa Berjaya menewaskan mereka. Kesombongan Fir’Aun ini sehingga mengisytiharkan dirinya tuhan. Kata Musa”jika kamu beriman, bertawakal dengan Allah dan Allah akan menjaga kita.”


23-02-05 Nurul Ihsan jilid 2 ms 199 surah Yunus ayat 88-92

NABI SAW BAYAR DENDA SUMPAH TIADA DUITNYA DEMI MEMBANTU ABI MUSA RA

23-02-05 Sahih muslim dari Abi Musa Al-Ash'ari ra. Nabi saw sanggup melanggar sumpah tiada duit baginda demi memberi 3 ekor unta kepada suku Al-Ash'ari dengan tujuan peperangan. Ini kerana tiba-tiba Nabi saw dihadiahkan unta tersebut oleh seorang saudagar. Sabda baginda, "Itu pertolongan Allah bukan pertolongan aku."

SULAIMAN LUPA SEBUT INSYA'ALLAH

Sahih muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Akibat terlupa menyebut "Insya'allah", Nabi Allah Sulaiman as bin Nabi Daud as yang bersumpah melahirkan pejuang dari 70 isteri baginda dianugerahkan kelahiran semua anaknya cacat.

FIR'AUN YANG CUBA BERTAUBAT DITAKDIRKAN MATI KAFIR

gambar hiasan gambaran kiamat besar
87)Setelah Musa dan sepupunya Harun diperintahkan Allah mencari rumah untuk dijadikan tempat solat. 88)Musa mengadu pada Allah supaya dibinasakan fir'aun. 89)Allah makbulkan doa Nabi Musa setelah 40 tahun. Ketika firaun rombongan mengejar Musa, Allah perintahkan kuda betina tunggangan Jibril dijadikan umpan kejaran bala tentera fir'aun dan kuda betina tunggangan Mikail pula menghambat seluruh pasukan fir'aun ke dalam laut. 90)Ketika proses tenggelam, fir'aun sempat bertaubat mengakui kebenaran Musa. 91)Sabda Nabi saw, Allah perintahkan Jibril menutup mulut fir'aun sambil menyindir "ITU SUDAH TERLAMBAT, PADAN MUKA KAMU ORANG KAFIR!" 92)Jasad fir'aun ditakdirkan KEKAL UNTUK ditemui umat terkemudian dan dipamerkan di muzium sebagai BUKTI pengajaran Allah untuk manusia yang masih hidup.

23-03-05 Nurul Ihsan jilid 2 ms 201 surah Yunus ayat 93-109

BENDERA SIMBOL MARUAH & DAKWAH ALI KARAMULLA HUWAJHA

Sahih Muttafakun Alai dari Sahal bin Saad atau Abul Abbas ra. Ali diumumkan Nabi saw mengetuai panji fisabilillah untuk perang khaibar. Ali juga dinasihatkan supaya masuk secara sopan untuk berdakwah kefahaman Islam. Sabda Nabi saw. "Beritahu mereka Islam bukan kekerasan malah ia penuh kasih sayang. 1 orang mendapat hidayah dari hasil dakwah itu lebih bernilai dari benda paling berharga dunia.

YAHUDI SYAK KEBENARAN MUHAMMAD PESURUH ALLAH

Yunus 10:93) Mesir dan Syam aman damai ketika zaman Musa sehinggalah Nabi Muhammad saw dilahirkan, Yahudi tetap tidak menerima Muhammad walaupun disebut Taurat.  
94)Rasulullah saw sendiri tidak menyangka dirinya terpilih menjadi Nabi. Firman Allah, Jika syak tentang perlantikan Rasul, pergi tanya alim Taurat dan alim Injil seperti Waraqah bin Naufal. 
95)Terimalah hakikat wahai Muhammad, kamu adalah Nabi akhir zaman. 
96)Biarkan mereka Muhammad, takdir pilihan mati kafir mereka itu pilihan diri sendiri.
 
KEKECEWAAN NABI YUNUS AS  

97)Allah tidak menerima taubat ketika petanda kematian kecuali umat Nabi Yunus as sebagai bukti Allah Tunjuk Kuasa KehendakNya dan tiada siapa boleh pertikai. Nabi Yunus memberi amaran 3 hari azab bakal menimpa kepada kaumnya yang syirik di Baghdad. Mereka menganggap Yunus itu hanya bercakap gempar saja. Yunus keluar pada hari ke 3 tengah malam setelah mereka nyenyak tidur. 

98) Ketika Allah menghantar bencana, mereka beramai-ramai keluar ke padang menangis ketakutan mengakui kebenaran Yunus. Allah mengampunkan mereka dan inilah satu-satunya umat manusia yang Allah ampun ketika maut menghampiri. Yunus tetap kecewa dan berputus asa dengan umatnya lalu menumpang sebuah perahu untuk pelayaran. Di pertengahan pelayaran, perahu tidak bergerak kerana angin berhenti. Menurut Nakhoda perahu, angin ini berhenti kononnya kepercayaan ada hamba yang lari dari tuan. Nakhoda mencadangkan cabut undi. Yunus tercalon dan baginda diminta terjun ke laut. Dengan kehendak Allah, Yunus ditelan ikan. 

HAKIKAT ALLAH DAN KONFLIK DIRI AKIBAT PEGANGAN ADAT NENEK MOYANG

99) Jika Allah Hendak, manusia sedunia beriman pada Allah.100) Maka terimalah HAKIKAT/PERATURAN ALLAH ada beriman dan ada ingkar. Sabda Nabi saw pernah menganis dan hancur luluh hati baginda sambil bersabda" wahai pakcik Abu Talib, aku akan pertahankan kamu di depan Allah, masuklah Islam sebelum kamu mati." Abu Talib yang banyak membantu perjuangan Rasulullah saw tetap akan pendiriannya terhadap pegangan nenek moyang mereka.

SIAPA LAKUKAN FENOMENA ALAM?

101) Lihat siapa cipta Langit dan Bumi. Fenomena bencana-bencana alam ini siapa yang lakukan? Mereka yang tidak mencari malah menolak akan Allah tutup mata hati mereka.
Gambar hiasan Kekuasaan Allah Fenomena Alam
102)Kafir zaman-zaman nabi terdahulu sehingga kini sama saja jenis degil. Bila tiba azab kematian, baru nak beriman. 103) Bila azab bencana Allah datang, Muhammad saw dan yang beriman dilepaskan kecuali kafir quraisyh. 104) Firman Allah sabda Nabi saw. ceritakan kepadaku apa faedah dari sembahan berhala patung kamu ini?
105) Tuhan Allah yang mencabut nyawaku dan nyawa kamu semua itulah yang aku sembah.
106) Hatiku sentiasa pada Allah dan hanya Allah boleh lepaskan dari kesakitan yang tiada harapan.
107) Sabda Nabi saw. Jangan pertikai nasib baik buruk dan takdir miskin kaya kerana itu semua kehendak Allah.
108)Buat baik terima baik buat sebaliknya terima padah. Pilihan sesat itu diri sendiri.
109) Pengajaran Badar itu hukuman kematian Allah pada kafir quraisyh dan yahudi serta kristian dihukum bayar cukai kepada kerajaan Islam.











Wednesday, January 5, 2005

Al-Ahqaaf 1-35 Maqiah (diturunkan di Mekah)

05-01-05 Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 72 surah Al-Ahqaaf 46 Maqiah ayat 1-8 syarah Ustaz Shamsuri


UTAMAKAN KANAN WALAUPUN SEBELAH KANAN HANYA SEORANG BUDAK 

Sahih Muttafakun Alai dari Sahal bin Saad ra. Nabi saw mengutamakan saf sebelah kanan walaupun dia hanya seorang budak berbanding sebelah kiri baginda ada warga tua.

BANYAKKAN SOLAT SEKIRANYA MAHU BERSAMA BAGINDA RASULULLAH SAW

Sahih Muslim dari Rabi'ah bin Kaap Al-Aslami ra sabda Nabi saw. Banyakkan solat sekiranya mahu bersamaku di akhirat.

AL-AHQAAF ATAU TEMPAT KAWASAN BUKIT PASIR

(46:1-3) Allah Maha Kuasa menjadikan fenomena alam. Manusia mengatakan kiamat lambat tetapi bagi Kami kiamat terlalu dekat. Bagi kafir, mereka tidak suka khabar kiamat. 4) Tanya mereka apa yang tokong buat di muka bumi ini. Adakah berhala itu menolong Kami menciptakan langit? Semak Zabur Taurat Injil, adakah patung berhala ini mendekatkan diri dengan Tuhan? Tidak dianggap beriman apabila menolak Quran dan Hadis Muhammad saw. 5) Mereka ini golongan sesat kerana benda dari batu atau kayu itu langsung tidak memberi manfaat. 6) Di akhirat, golongan sesat ini dianggap kafir atau musuh oleh benda yang mereka sembah. 7-8) Sabda Nabi saw. "Mereka yang menuduh Al-Quran itu sihir disamping menuduh aku menulis Al-Quran sedangkan aku tidak tahu menulis, akan tidak diberi syafaat di akhirat." 9) Sabda Nabi saw. "Sebelumku sudah banyak Rasul-rasul membuktikan bakal kewujudanku dan bekalkan padaku Quran. Aku bukan Tuhan, kita tidak tahu apa akan berlaku di hari kemudian tetapi suatu hari kita semua akan mati.


02-02-05 Tafsir Nurul Ihsan jilid 4 ms 72 surah Al-Ahqaaf 46 Maqiah ayat 9-14 syarah Ustaz Shamsuri

Sahih Muttafakun Alai dari Abi Wa'il ra sabda Nabi saw. Sekiranya mahu tahu ayat Quran sebenar tanya Ibnu Mas'Ud ra. Dari Ibnu Mas'Ud ra. Nabi saw tidak kerap mengadakan majlis ilmu supaya jemaah tidak jemu.
Sahih Muslim dari Amar bin Yasir ra sabda Nabi saw. Katib yang faham agama ialah kutbahnya ringkas.
Sahih Muslim dari Muawiyah bin Al-Hakam Al-Sulawi ra sabda Nabi saw. Dalam solat tidak boleh cakap selain bacaan solat dan quran. Jangan jumpa bomoh syirik dan jangan percaya perkara tahyul. Apabila sudah tahu, jangan lakukan lagi.




02-03-05 Sahih muslim. Abu hurairah ra sabda Nabi saw. Tak perlu nazar perkara yg menyeksa diri.
Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Allah tidak suka nazar yang melampau sehingga menyeksa diri.  Sahih Muslim dari Imran bin Husain ra sabda Nabi saw. Haram nazar buat maksiat dan tidak mahu buat ibadah wajib.  Sahih Muslim sabda Nabi saw. Tidak tunai nazar didenda seperti denda langgar sumpah.
BUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA
Nurul ihsan jilid 4 ms 76 tafsir surah Al-Ahqaaf ayat  15-20 syarah Ustaz Shamsuri
46:15) Manusia diperintah buat baik kepada ibubapa kerana ibu susah payah melahirkan anak, mengandung 9 bulan dan menyusu 21 bulan. Umur matang 33 hingga 40 tahun mesti bertaubat, bersyukur, minta hidayah, berdoa  mengampunkan ibubapa dan memohon keturunan menjadi baik.
16) Firman Allah merujuk Abu Bakar As Siddiq sabda Nabi saw, Sekiranya amal seluruh umat seluruh dunia ditimbangkan, nescaya berat lagi amal Abu Bakar As Siddiq. Mereka yang diampunkan seluruh dosa ialah 10 sahabat dijamin syurga.
17) Anak derhaka berkata ibubapanya menyusahkan dirinya dengan menolak peringatan akhirat.
18-19) Mereka ini seperti jin kafir dan manusia kafir dahulu kala yang bakal menghuni neraka.
20) Kafir apabila menghampiri neraka, daging mereka luruh. Malaikat diarahkan berkata inilah balasan lalai nikmat dunia dengan bersuka ria ke jalan maksiat.
04-04-05 Al-Ahqaaf 21-28
Sahih Bukhari dari Sahal bin Saad. Semua sahabat sangat suka gelaran anugerah dari Rasulullah saw. Abu Hurairah bermakna bapa anak kucing yang sangat sayang pada kucing. Saidina Ali sangat suka digelar Nabi saw sebagai Abu Turat atau bapa tanah kerana terkenang peristiwa ditegur Rasulullah saw apabila dia tidur di atas tanah dalam masjid akibat perselisihan dengan isterinya Fatimah.
Sahih Bukhari dari Anaz bin Malek ra. Gelaran baik merupakan sunnah Rasulullah saw.
HUD DAN KAUM AD
21) Hud beri amaran kepada pada kaumnya yang tinggal di lembah Al-Ahqaaf akan kemusnahan banjir menenggelamkan dunia zaman Nuh.
22) Jawab mereka, segerakan azab yang dimaksudkan sekiranya kamu benar dan sekiranya amalan adat nenek moyang kami ini salah.
23) Itu kuasa Allah dan hanya Allah yang tahu, aku hanya menjalankan perintahNya.
24) Apabila datang azab awan gelap, kaum Ad berseronok kerana menyangka hujan rahmat bakal turun.
25) 4000 penduduk pengikut Hud yang beriman di Al-Ahqaaf terselamat. Angin ribut taufan hanya memilih untuk musnahkan yang ingkar.
26) Wahai Muhammad, sampaikan berita kaum Ad yang tidak mengambil pengajaran dari berita kaum Nuh dengan mencabar segerakan azab.  
27) Keliling Mekah juga cukup pengajaran bagi kafir Mekah seperti kaum Samud umat nabi Saleh di antara Mekah dan Syria. Tidak ketinggalan kaum Ad di selatan Yaman.  Sengaja Kami ulang-mengulangi dalam Quran kisah-kisah Nuh, Lut, Hud, Saleh dan para Rasul sebagai pengjajaran buat manusia.
28) Terpulang dengan apa yang disembah. Di akhirat, kenapa tidak panggilkan apa yang disembah itu menolong? Hanya pembohongan kononnya mendekatkan diri dengan Tuhan dengan menyembah benda-benda dari kayu atau batu selain dari Allah.
Nasihat Imam Hanafi pada anak muridnya Imam Abu Yusof kerana meninggalkan kelas untuk mengajar. Kemaskan ilmu sebelum mengajar orang lain terutama apabila melibatkan Al-Quran dan Hadis. 

ALLAH TARIK BALIK HARTA KEKAYAAN MUSLIM YANG TIDAK BERSYUKUR 

03-05-05 Al-Ahqaaf 29-35

Sahih Muttafakun Alai dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Disebabkan kesombongan si miskin botak dan si miskin sopak yang tidak bersyukur serta lupa diri, Allah menarik balik harta kekayaan dan kesihatan mereka berdua kecuali si buta yang bersyukur setelah dicelikkan mata oleh Allah dengan menggunakan hartanya menolong orang susah.

Kisah bermula apabila malaikat menyamar sebagai seorang tua fakir meminta bantuan kepada si penyakit kulit, si kepala botak dan si buta yang telah dikurniakan sembuh dan dimurahkan rezeki menjadi kaya-raya. Kata malaikat yang menyamar berjumpa mereka bertiga seorang demi seorang dalam satu masa berlainan, 

“Aku meminta bantuan dengan nama Allah yang memberi kamu kekayaan serta menyembuhkan kamu supaya aku dapat meneruskan perjalanan musafir ini. Sekiranya tidak dibantu, aku tidak dapat meneruskan.”  
Si kepala botak dan si penyakit sopak yang kini tidak botak dan tiada penyakit sopak berkata, “bagaimana kami hendak bantu kamu sedangkan kami banyak tanggungan dan semua harta ini adalah hasil susah payah usaha kami.”

Si buta pula berkata, “betul, apa yang kamu katakan, sekarang aku dapat melihat dan menjadi kaya kerana anugerah Allah. Sekarang ambillah apa saja hartaku untuk perjalanan kamu.  Jawab Malaikat. “Sesungguhnya, Allah menguji kamu dan Allah redha kamu. Kawan kamu si penyakit kulit dan si botak kini kembali botak dan berpenyakit kulit serta keduanya fakir miskin.

RASULULLAH SAW DAKWAH SEKUMPULAN JIN 
YAHUDI YANG KEMUDIAN MEMELUK ISLAM

29) Bersama Rasulullah ke Taif ialah Zaid bin Haritah dan Abdullah bin Mas’ud ra. Ketika mereka berhenti solat subuh, rupa-rupanya mereka dikelilingi sekumpulan jin. Seekor jin yang beragama Yahudi berkata, “diam!, dengarkan quran surah jin yang dibaca dia.”
30) Kumpulan jin ini kembali kepada perkampungan mereka sambil menegaskan pada penduduk jin, “Quran ini jalan lurus dan Kami sudah beriman kepada Allah maka para jin harus sama beriman.” Quran yang diturunkan dari langit ini lebih baik dan telah membenarkan kitab terdahulu.
31) Ikut seruan Allah dan nabi Muhammad saw.
32) Dosa peribadi boleh diampuni Allah tetapi dosa sesama makhluk tiada terlepas dari azab seksa Allah melainkan memohon keampunan pada yang terlibat dizalimi.
 33) Pencipta segala langit bumi bukit bukau gunung ganang ombak laut terlalu mudah menghidupkan yang mati.
34) Firman Allah apabila api neraka berhadapan depan mata kepala kafir, “Adakah semasa di dunia, kamu masih tidak percaya kebenaran Islam?” Mereka menjawab. “ hari ini kami percaya.” Firman Allah, sudah terlambat,rasakanlah azab seksa ini.

35) Pingat Ulul Azmi kepada Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad dari Allah bermaksud memiliki kekentalan, kecekalan, ketahanan dan keazaman yang kuat. Firman Allah pada Muhammad saw. Janganlah kamu minta segerakan azab pada penduduk Ta’if akibat balingan batu mereka yang mencederakan kamu kerana azab Allah itu pasti. Sehari di neraka, manusia merasakan jauh lebih lama berbanding umur seumur hidup dunia. Orang beriman tidak akan syirik, kufur, tidak buat maksiat seperti kafir yang kekal neraka. 











Monday, January 3, 2005

Zuhud 2005



03-01-05 Sahih Muttafakun Alai dari Abu Hurairah radiallahu anhu. Seorang pemuda yang kebuluran akibat kemiskinan datang ke rumah RasulullahSAW meminta sedikit makanan. Ketika itu rumah para isteri baginda juga tiada langsung bekalan makanan. Salah seorang sahabat sukarela menjemput dan menjamu pemuda yang kebuluran itu sehingga seluruh keluarganya kelaparan pada malam tersebut. Keesokannya, sabda NabiSAW. Sesungguhnya Allah telah bangga dengan kamu suami isteri kerana memuliakan tetamu pada malam tadi.
Hasan lagi Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW. 3 Keperluan asas manusia sebelum menjadi zuhud iaitu rumah tempat berlindung, pakaian menutup aurat dan makanan atau minuman.
07-02-05 Sahih Bukhari sabda NabiSAW. Menjadi hak Allah menjatuhkan orang yang berkedudukan tinggi akibat kesombongannya.
Sahih Muslim sabda NabiSAW. Allah mewahyukan kepadaku supaya kamu semua bersifat tawaduk, rendah diri, dilarang bangga diri, takabur serta tidak boleh menghina, mempersenda, memperlekeh dan memperkecilkan orang lain.
Menurut Imam AtTirmizi sabda NabiSAW menerangkan surah Al-Qasar ayat 83. Syurga untuk orang yang tiada bangga diri, merosakkan orang lain dan kesudahan orang bertaqwa. Surah Luqman, Jangan beralih muka buat-buat tidak nampak apabila melihat orang lain kerana ia tanda kesombongan. Jangan berjalan dalam keadaan sombong. Surah AtTakasur. Manusia berlumba memperbanyakkan harta dan sifat tamak manusia akan berlanjutan sehingga kiamat. Allah sumpah manusia sebegini sehingga mereka lalai dan leka mengejar harta kemewahan dan mereka ini hanya akan tersedar selepas mendiami alam kubur.
Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW “Manusia mengatakan kenderaan, kediaman, kemewahan dan semua harta pencarian itu hak mereka sedangkan harta mereka yang sebenar ialah jumlah sedekah ikhlas mereka. Muslim perlu bekerja menyara keluarga tetapi beribadah kepada Allah lebih penting.”
Sahih AtTirmizi sabda NabiSAW tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah kerana menurut Imam AtTirmizi orang yang meminta sedekah itu malas bekerja dan menghina dirinya dengan meminta hasil titik peluh susah payah orang yang bersedekah.
Menurut Syeikh Idris Al-Marbawi penulis kitab Bahrulmazi terjemahan dari hadis Imam AtTirmizi ini, Mereka yang meminta-minta ini malas berusaha malah selalu komplen dan ada di antara mereka ini dengki serta iri hati dengan mereka yang rajin berusaha.
07-03-05 Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW, sabar kemiskinan dengan buat ibadah dan tidak membuat dosa akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari golongan kaya beriman lagi soleh.
Sahih Muttafakun Alai sabda NabiSAW ketika matahari sejengkal dari kepala manusia di padang mahsyar, lautan peluh manusia bermula dari paras tumit kaki sehingga paras mulut mengikut amalan masing-masing.  
Sahih Muslim sabda NabiSAW dalamnya neraka seperti 70 tahun perjalanan junaman batu besar dari tebing ke dasar neraka.  
Apabila Allah menghantar malaikat Jabbal supaya menjadikan segunung emas sebagai harta MuhammadSAW. Sabda NabiSAW kepada malaikat Jabbal: “beritahu Allah, aku tidak sesekali mahu menjadi kaya di dunia, aku cuma mahukan hanya 1 hari diberi rezeki makanan dan 1 hari kelaparan.”
Sahih AtTirmizi dari Anaz bin Malek radiallahu anhu dan Aisyah radiallahu anha sabda NabiSAW, hidupkanlah aku dan matikan aku dalam keadaan miskin dan bangkitkan aku dikalangan orang miskin. Allah sayang mukmin yang miskin yang redha dengan takdir Allah dan Allah teramat benci fakir miskin yang tidak menunaikan perintah Islam.  Orang miskin yang tidak berdosa akan masuk syurga lebih awal 40 tahun dari orang kaya yang soleh kerana harta dunianya dihisab Allah untuk diseksa di neraka terlebih dahulu.
04-04-05 Sahih Muttafakun Alai dari Sahal bin Saad r.a. NabiSAW mengisyaratkan kepada Abu Bakar supaya meneruskan menjadi imam solat kerana baginda baru sampai dari menyelesaikan satu kes di daerah lain tetapi Abu Bakar tetap mengundur ke belakang bagi memberi laluan RasulullahSAW menjadi imam. Sabda NabiSAW selepas selesai solat. Abu bakar sepatutnya meneruskan menjadi imam solat dan sekiranya imam solat tersilap, makmum lelaki menegur dengan menyebut Subhanallah dan bagi jemaah wanita hendaklah menepuk tangan atas tangan kiam. Abu Bakar memberitahu selepas solat “mana mungkin aku mengimamkan seorang Rasul”.
Para sahabat tinggi budi pekertinya dan terlalu merendah diri. Khalifah Abu Bakar memberitahu para sahabat mustahil dia berdiri kutbah di tingkat 3 mimbar kerana itu taraf seorang Rasul. Khalifah Abu bakar pula berkutbah di tangga 1 kerana katanya tangga 2 itu adalah manusia paling baik selepas rasul. Saidina Osman berdiri di atas lantai kerana diberitahunya dia tidak setaraf berkutbah di atas 3 tingkatan tangga mimbar.
Hasan AtTirmizi dari Aisyah radiallahu anha NabiSAW membuka pintu rumah yang terkunci untuk Aisyah masuk ke rumah walaupun baginda tengah solat.
Hasan Sahih AtTirmizi dari Abdullah bin Amru radialla huanhu sabda NabiSAW. Siapa yang memeluk Islam dan redha rezekinya cukup sehari ala kadar tiada berlebih tanpa merungut kesusahan akan mendapat kejayaan kesenangan hari akhirat. Menurut Imam Abu Isa AtTirmizi dan penerangan oleh Syeikh Idris Al-Marbawi. Rezeki yang melebihi 3 hari, seminggu atau sebulan tersimpan di rumah melebihi dari mencukupi tiada disebut dalam hadis. Bagaimanapun mesti bersyukur kepada Allah dilimpah kurnia kesenangan di dunia.
04-07-05 Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah radiallahu anhu sabda NabiSAW. 2 malaikat yang dipanggil mungkar dan nakir bertanya kepada manusia yang baru masuk ke kubur dengan pakaian hitam atau kebiru-biruan. Dinampakkan wajah NabiSAW. Allah mengizinkan orang beriman menjawab dengan lidah yang fasih dan diluaskan kuburnya sejauh mata memandang disamping dengan cahaya terang. Orang beriman ini meminta izin untuk berjumpa keluarganya memberitahu kebenaran akan kehidupan alam kubur. Tetapi malaikat tidak membenarkan dan berkata tidur seperti mana pengantin tidur pada malam pertama. Sebaliknya manusia yang tidak beriman akan menjawab ikut saja apa mereka cakap. Kemudian bumi menghimpit hancur berselisih tulang rusuk sehingga hari kiamat.
Hadis Imam Ahmad bin Hambal dengan isnad yang kuat riwayat Abdullah bin Abbas radiallahhu anhuma sabda NabiSAW. 2 orang mukmin yang berkawan ketika di dunia berjumpa di padang mahsyar. Beza seorang ialah fakir dan seorang lagi orang kaya. Tiba-tiba mukmin miskin dibenarkan masuk syurga terdahulu dan mukmin kaya ditahan sementara di padang mahsyar. Setelah mereka bertemu mukmin kaya ketika di dunia menceritakan betapa azabnya dengan keadaan sangat tidak selesa ketika ditahan selama 500 tahun sehinggakan peluhnya boleh diminum oleh 1000 ekor unta.
Hasan lagi sahih AtTirmizi dari Masruk radiallahu anhu dan Aisyah radiallahu anha. NabiSAW menolak kesenangan dunia dan tidak pernah makan sampai kenyang seumur hidup baginda. Rumah NabiSAW dan para isterinya langsung tiada makanan kerana setiap lebihan roti cha’ir disedekahkan pada fakir miskin. Roti yang dimakan oleh NabiSAW bersama isteri-isterinya merupakan roti gred rendah yang biasa diberi makan pada haiwan ternakan. Semuanya disedekahkan termasuk pakaian baginda disedekahkan walaupun NabiSAW sendiri merasa lapar tetapi banginda tetap menganggap orang lain lebih susah darinya.
01-08-05 Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek radiallahu anhu. Tangan RasulullahSAW lebih lembut dari sutera dan baginda merupakan sangat pembersih walaupun NabiSAW kuat bekerja.
Sahih Abu Daud sabda NabiSAW, muslim yang mengelak diri dari insiden pertengkaran akan dijanjikan baginda rumah di puncak syurga.  
Sahih Muslim sabda NabiSAW. Allah memandang dunia lebih hina dari manusia memandang hina pada bangkai kambing lagi cacat.