Nota Cinta

Wednesday, June 16, 2004

Kegagahan Rasulullah di akhir hayat baginda



16-06-09 bahrulmazi bab 17 Kiamat

Kegagahan RasulullahSAW memenuhi hajat Para Sahabat Riduanulla Alaihim ajmain

Sahih Imam Muslim dari Ubaidillah bin Abdillah. 2 hari sebelum RasulullahSAW wafat. Para sahabat riduanulla alaihim ajmain menunggu NabiSAW untuk mengimamkan solat Isyak berjemaah. NabiSAW menggagahi sehingga 4 kali pengsan dan setiap kali pengsan, Aisyah memandikan baginda menggunakan kain basahan air. Setelah NabiSAW tidak lagi berupaya melangkah ke masjid, akhirnya Abu Bakar diminta mengganti baginda. Kemudian Abu Bakar meminta OmarAl-Khattab menjadi imam kerana kelayakan Omar tetapi ditolak Omar dengan alasan Abu Bakar lebih layak. Akhirnya Abu Bakar menjadi imam solat. 

Ketika hari Isnin hari kewafatan NabiSAW, baginda dipapah oleh menantunya Saidina Ali dan bapa saudaranya Abbas bapa kepada Ibnu Abbas ke masjid untuk solat Zohor. Abu Bakar yang bersedia menjadi imam cuba mengundur tetapi diisyaratkan NabiSAW supaya meneruskan menjadi imam dan baginda diminta didudukkan solat di sebelah kiri Abu Bakar. NabiSAW menjadi imam solat sambil duduk dan Abu Bakar berdiri di sebelah kanan berdiri. Para sahabat yang lain menjadi makmum mengikut di belakang Abu Bakar yang juga makmum kerana tidak dapat melihat RasulullahSAW yang solat duduk.

No comments:

Post a Comment