Nota Cinta

Tuesday, June 15, 2004

Al-Ahzab 33:1-37

15-06-04 Nurul Ihsan jilid 3 tafsir Al-Ahzab 1-5 syarah ustaz Shamsuri

33:1-2) Allah mengarahkan baginda Rasulullah saw agar tidak menyebelahi kafir dan menyampaikan tafsir Quran kepada manusia.
33:3) Allah Maha Mengetahui perkara yang bakal berlaku yang tidak diketahui manusia. 
33:4) Jamil bin Maqmal Al-Fikhri dianugerah genius sehingga lupa diri dengan mengatakan dia lebih bijak dari Muhammad saw. Selepas perang Badar, Jamil ditakdirkan gila. Hukum Zihar menyamakan isteri dengan ibu dikenakan denda memberi makan 60 fakir miskin.
33:5) Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw kepada angkat kesayangannya Zaid bin Haritsah, haram sengaja mengaku bapa angkat sebagai bapa kandung kerana diharamkan syurga.  Anak angkat haram di ‘bin’ atau ‘binti’ bapa kandung. 

20-07-04 Muqaddimah Nurul Ihsan jilid 3 ms 256 tafsir Al-Ahzab 6-16 syarah ustaz Shamsuri

DOA IBU BAPA PADA ANAK ITU MUSTAJAB

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Akibat tidak menyahut panggilan ibu ketika sedang solat sunat, Juraisyh seorang alim dituduh bapa kepada anak zina. Ketika hari pengadilan, orang baik dilindungi Allah dan bayi yang bercakap adil itu tanda kebesaran Allah.   

GELINCIR KESESATAN AKIBAT TUDUH ANAK ALLAH

Surah AtTaubah Uzair dihidupkan Allah setelah dimatikan atau ditidurkan selama 100 tahun dan beliau membuktikan hafazan tauratnya depan bani Israel tetapi akhirnya beliau dituduh anak Allah.
Surah Mariam 16-36 Nabi Isa as dilahirkan tiada bapa oleh mariam seorang wanita mulia. Bayi bernama Isa itu memberitahu yang baginda merupakan Nabi pembawa taurat tetapi disalah ertikan Kristian dengan mengatakan Isa anak Allah.
Sahih Bukhari Anaz bin Malek ra ternampak 2 cahaya lampu yang masing-masing mengikuti 2 sahabat yang keluar dari rumah Nabi saw tetapi kemudian lenyap apabila tiba di rumah masing-masing. 

NABI LEBIH UTAMA DARI IBUBAPA & UMMUL MUKMININ

20-07-04 Nurul Ihsan jilid 3 ms 256 tafsir Al-Ahzab 6-16 syarah ustaz Shamsuri

6) Ketika seruan perang Tabuk, para sahabat ingin pulang meminta izin ibubapa terlebih dahulu tetapi turun Firman Allah, Nabi lebih utama dari ibu bapa.Para isteri baginda itu ibu segala mukmin. Pusaka wasiat hanya boleh 1/3 antara Muhajirin dan Ansar seperti tercatat di Luh Mahfuz.

AL-QURAN SEBAGAI PERINGATAN YANG DILUPAKAN KETIKA ALAM RAHIM

7) Manusia diingatkan kembali melalui Quran kerana manusia lupa ketika alam roh bahawa manusia kesemuanya bersumpah taat setia kepada Allah iaitu Tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah dan Nabi terakhir di muka bumi. 5 Nabi Ulul Azmi dengan ujian paling getir ini juga melalui perjanjian semasa alam rahim. 

PERANG KHANDAK/AHZAB 12000 kafir vs 3000 muslim

33:8) Sabda Nabi saw. 3 golongan boleh mengungkit kebaikan iaitu Allah pada hambaNya, Ibubapa pada anaknya & guru pada muridnya. Ketika cubaan masuk Madinah oleh 12’000 kafir Quraisyh, Allah hantar ribut taufan disertai bala tentera ghaib malaikat membunuh sebahagian musuh.
33:9) Penggalian parit Khandak itu Allah janjikan ganjaran pahala.
33:10) 12’000 gabungan kafir Quraish, Yahudi Khuraizah dan Bani Nadhir mengepong 3000 muslim.
33:11) Muslim terlalu ketakutan hingga ragu-ragu akan pertolongan Allah.
33:12) Munafik Madinah mempertikai Nabi Muhammad saw akan di mana pertolongan Allah itu. 
33;13) Ramai terpengaruh dengan hasutan munafik dengan memberi pelbagai alasan agar dapat lari dari mengambil risiko terbunuh di medan perang.
33:14) Firman Allah, golongan sebegini tidak berguna. Hanya segelintir dari 3000 ini yang benar-benar mempertahankan Islam.
33:15) Allah beri amaran pada manusia! Mati tetap Mati! samada Syahid atau Sia-sia!
33:16) Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna. Tunggu di Mahkamah Akhirat!

Huraian Ustaz Shamsuri, Sudah terang lagi nyata banyak gambar askar Amerika rogol wanita Iraq. marah buat apa? Hang yang panggil masuk! Hang mengundang musuh jejak tanah air sendiri, inilah akibatnya. Itu sebab Islam menyuruh menyayangi tanah air sendiri. Musuh bila dah dapat sejengkal nak sekaki bila dah sekaki akhirnya nak semua sekali. Allah ceritakan ini semua dalam Al-Quran. Mana tanggungjawab kamu semua? Jawab di depan Allah esok. 

KHANDAK 12,000 vs 3000

17-08-04 Nurul Ihsan jilid 3 ms 259 tafsir Al-Ahzab 17-27 syarah ustaz Shamsuri

33:17) Tiada siapa boleh halang Allah binasakan musuhnya. Hanya Allah saja Pelindung boleh menolong. 
33:18) Allah Maha Mengetahui hati hamba-hambaNya yang menghasut mempengaruhi kerja jahat. 
33:19) Wahai Muhammad, kamu mengenali Munafik melalui mata mereka yang takut mati berperang. Daripada 3000 tentera, sebahagian tidak bersama kamu. 
33:20) Allah membatalkan segala pahala amalan mereka kerana syarat pahala ahirat ialah beriman. 
33:21) Buat kebaikan tanpa beriman kepada Allah dan Rasul tiada pahala di akhirat. 
33:22Ketika dikepong 12000 musuh dan dalam 3000 muslim munafik@sekutu musuh dalam selimut yang mengancam saki baki dalam 3000 muslim, kesabaran Rasulullah saw diuji dengan perangai karenah mempertikai baginda, mempertikai bantuan Allah dan sebahagian lari dari medan perang. Kecuali para sahabat yang tetap teguh imannya bersama Rasulullah saw. 

PERTEMUAN AGUNG ANAZ BIN NADAR

33:23) Firman Allah Ah-Ahzab 23 sabda Nabi saw khas kepada Anaz bin Nadar dan syahid yang lain, mereka yang terpilih dikalangan terpilih ini menunaikan janjiKu.  Sahih Muttafakun Alai dari Anaz bin Malek ra. Pakcikku, Anaz bin Nadar ra menyesal kerana tidak turun perang Badar 313 vs 10,000 kafir. Tetapi dalam perang Uhud ketika Islam hampir kekalahan, pakcik meluru masuk ke tengah pasukan musuh sambil berteriak, “aku dapat mencium bau syurga.” Selepas perang, jenazahnya hancur dengan 80 tusukan panah tombak malah telinganya dihiris, matanya dikorek, lidah dipotong dan pelbagai lagi. Makcikku mengenali abangnya berdasarkan peninggalan jari pakcik.

Allah mengiktiraf Khalid Al-Walid yang menanti Syahid
33:23
Selain Annaz b Nadar@ bapa saudara Annaz bin Malek ra. Allah SWT juga meyebut KHALID AL-WALID dimana @musuh gentar mendengar namanya. Hujung kepala sampai hujung kaki penuh parut perang di badannya. beliau mengeluh Allah tidak anugerahkan syahid yang dicita-citakan olehnya tertapi Allah mengiktirafkan Khalid juga sebagai ahli Syahid. 

33:24) Mencari taubat dan memilih munafik adalah pilihan masing-masing dan Allah memberi peluang kepada hamba-hambaNya bertaubat sebelum mati.

33:25) Allah hantar ribut taufan disertai bala tentera ghaib malaikat membunuh sebahagian musuh. Sekiranya Allah berkehendak, tiada siapa mampu menghalang kerana Allah Maha Kuat!


YAHUDI LANGGAR KONTRAK SOSIAL

33:26 Persepakatan 5 gabungan dimulai oleh (3 gabungan Yahudi bani Khuraizah/ulamak kitab Taurat, Nadir *paderi injil*, Qainuqak Yahudi Tempatan/Lokal) & (2 gabungan kafir Quraisyh dengan muslim munafik@musuh Islam dalam selimut) telah dimungkiri. 5 gabungan ini berpakat dengan 12000 musuh luar untuk meyerang saki baki tentera muslim yang teguh bersama Rasulullah saw. Allah SWT meminta Rasulullah saw menjalanan hukuman setimpal samada bunuh artau tawanan. 

33:27 Saad b Muaz ra mewakili Rasulullah saw, (membunuh lelaki yang bekerjasama cubaan menyerang bunuh Rasulullh saw), menawan wanita dan kanak-kanak sebagai hamba. Baki yang menyertai peperangan 600-700 dipancung oleh Saidina Ali Karamulla Hu Wajha. Sabda Nabi saw, cara bunuh paling baik ialah pancung kerana menyegerakan mati. Elokkan cara sembelihan dengan pisau tajam dan jangan ada sakit. Ali Abi Talib dan AzZubair menjalankan hukum pancung setelah diperintah Saad. Itu hukum Allah menurut Rasulullah saw. Allah SWT memerintahkan muslim merampas semua harta tanah bumi Khaibar@markas Yahudi Madinah milik Allah tersebut untuk dijadikan hak milik mutlak muslim. 

21-09-04 Nurul Ihsan jilid 3 tafsir Al-Ahzab 28-37 syarah ustaz Shamsuri

Sahih Bukhari dari Sahal bin Saad ra. Ketika Rasulullah saw memakai kain hadiah hasil tenunan sahabat wanita, seorang sahabat lain meminta kain tersebut untuk mengambil berkat.  Akhirnya, apabila sahabat tersebut meninggal dunia, kain itu diguna pakai untuk mengafankan jenazahnya.
Sahih Muslim dari Anaz bin Maleh ra. Nabi saw seorang yang tidak takut miskin sekiranya memberi sesuatu. Baginda tidak pernah menolak permintaan atas nama Islam. 

 11 isteri Nabi saw Ummul Mukminin atau Para ibu seluruh penganut Islam yang beriman
  1. Khadijah bt Huwailid radiallahu anha meupakan wanita yang paling disayangi Rasulullah saw dan beliau pernah mempunyai 2 suami sebelum dinikahi Nabi saw sebagai suaminya ke 3 ketika umur baginda 25 tahun dan Khadijah umur ketika itu berusia 25 tahun.  Khadijah banyak mengorbankan harta kekayaannya demi pembangunan Islamiah. Khatijah juga satu-satunya penyokong kuat baginda ketika semua orang menentang permulaan Islam.
  2. Sa'odah bt Zam’ah ra dinikahi Nabi saw ketika umur baginda 50. Sa'odah merupakan janda miskin kematian suami umur 55 tahun. Nabi saw meminang Sa'odah untuk menyelamatkan beliau dari desakan masuk Kristian. 
  3. A’isyah bt Abi Baqr as Siddiq ra merupakan yang paling alim
  4. Habsah bt Omar Al-Khattab ra. Habsah merupakan janda kematian suami yang tiada tempat bergantung. Pelawaan peminangan oleh Omar Al-Khattab ditolak Osman bin Affan dan Abu Bakar As Siddiq tetapi disambut oleh Rasulullah saw.
  5. Zainab bt Huzaimah ra menjadi isteri Nabi saw selama 2 tahun kemudian meninggal dunia. Nabi saw berkahwin dengannya kerana wanita tua ini tiada tempat bergantung hidup dan kehidupannya amat susah. 
  6. Zainab bt Jahsyim ra merupakan isteri baginda yang paling cantik. Zainab dinikahi secara terpaksa dengan Zaid bin Haritsah atas perintah Allah. Allah takdirkan mereka bercerai baik sebagai pengajaran untuk umat Muhammad dan Zainab akhirnya dinikahi Rasulullah saw.
  7. Ummu Salamah @ Hindon bt Umaiyah ra. Suami beliau syahid di medan perang dan ditinggalkan 4 anak yatim serta kehidupan yang amat fakir susah. Wanita tua ini merupakan seorang yang sangat kuat cemburu tetapi sifat cemburu dihilangkan Allah oleh doa Rasulullah saw. Akhirnya Ummu Salamah berkahwin dengan Nabi saw.
  8. Ummu Habibah @ Ramlah bt Abi Sufyan ra
  9. Juwairiyah bt Haris ra
  10. Safiyah bt Huyaih ra 
  11. Maimunah bt Harith Al-Hilaliyah ra merupakan isteri yang paling bertaqwa di kalangan isteri-isteri baginda. 11 isteri-isteri Rasulullah saw ini paling solehah dan taqwa di kalangan mukminah. 

Saidatina Aisyah Berusia 19 Tahun Ketika Tinggal Bersama Nabi Muhammad SAW.

Seorang ulama Pakistan, Allama Habibul Rahman Kandhalwi telah membuat kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah usia Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar r.a. ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan juga beliau mengkaji usia Saidatina Khatijah ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan usia anak perempuan Nabi SAW ketika berkahwin dengan Saidina Ali k.wj.

Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli bagi menolak pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berpunca daripada propaganda Syiah yang mahu merosakkan pemikiran umat Islam. Syiah banyak membuat pemalsuan di atas sejarah Islam terutama umur isteri-isteri Rasulullah SAW yang dikahwini oleh baginda SAW.

Melalui pembuktian baru ini, beliau menghidangkan fakta baru kepada seluruh umat Islam bahawa:
1. Saidatina Aisyah r.ha telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya Muhammad SAW ketika umurnya 19 tahun (bukannya 9 tahun) selepas peristiwa hijrah ke Madinah.

2. Umur Saidatina Khatijah r.ha ialah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad SAW yang mana ketika itu juga baginda berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkahwinan mereka berdua dikurniakan empat cahaya mata perempuan dan tiga orang lelaki.

3. Saidatina Fatimah r.ha telah dilahirkan di Makkah sebelum Nabi SAW dilantik sebagai rasul dan berkahwin dengan Saidina Ali k.wj di Madinah pada usia 19 tahun (bukannya 9 tahun).

Maulana Habibul Rahman menulis kerta kerja pada mulanya dalam bahasa urdu dan kini sudah ada terjemahan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bagi membetulkan tanggapan salah sejarah.

Maulana Asri Yusuf seorang ahli hadis Malaysia turut bersetuju dengan cara pemikiran Maulana Habibul Rahman dan beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar hujah Habibul Rahman dan sesiapa yang berminat boleh membaca di Darul Kautsar atau melalui youtube di bawah tajuk umur Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah.

Semenjak kita sekolah kita didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Khatijah ketika beliau berusia 40 tahun, sedangkan sejarah turut menyatakan Rasulullah SAW mendapat tujuh atau sesetengah riwayat menyatakan lapan anak.
Bolehkah seseorang berusia 40 tahun ke atas kemudian sempat melahirkan anak tujuh orang?

Kita juga didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika beliau berusia enam tahun, sebuah perkahwinan bawah umur.
Perawi dalam hadis umur Aisyah iaitu Hisham bin Urwah tersangat berusia ketika dicatatkan hadis berkenaan. Banyak ulama mempertikaikan hadis Hisham ketika beliau terlalu berusia (melebihi 70 tahun) dan waktu itu tinggal di Iraq.

Sesetengah ulama menyatakan Hisham Urwah telah tersilap mendengar enam belas kepada enam, dan sembilan belas kepada sembilan.

Setelah dibuat kajian bahawa umur Aisyah bukan 6 tahun semasa dikahwini oleh Rasulullah SAW. dan bukan 9 tahun ketika bersama dengan Baginda SAW.

Telah diberi beberapa hujah untuk membuktikan penemuan baru dalam sirah Nabi SAW iaitu :

Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia
Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras
Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas
Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.
Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru
Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini
Hujah Ketujuh – Aishah r.ha Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan
Hujah Kelapan – Aishah r.ha Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a.. Ke Habshah
Hujah Kesembilan – Aishah r.ha. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid r.a.. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya.
Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin Aisyah r.ha. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar.

Hujah Ke-11 – Aishah r.ha. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang.

Hujah Ke-12 – Aishah r.ha. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma r.ha. Berumur 27 Atau 28 Tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah r.ha. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah r.ha. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar r.a. Bercadang Mengahwinkan Aishah r.ha. Sebelum Berhijrah Ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah r.ha. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah SAW.

Hujah Ke-17 – Rasullulah SAW Tidak Tinggal Bersama Aishah r.ha Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur.

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luar biasa Aishah r.ha Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau . Lahir Di Zaman Jahiliyah.

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam.

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur.

Hujah Ke-22- Aishah r.ha. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud.

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan.

Marilah kita kembali memahami , meneliti dan mengkaji bukti-bukti sejarah Nabi SAW yang benar lagi sahih yang mana ianya telah di selewengkan oleh puak-puak Syiah dahulu hingga mengelirukan umat Islam seluruh dunia daripada dahulu hingga sekarang.

Musuh-musuh Islam telah menggunakan fakta-fakta yang salah dan menggunakan fakta tersebut untuk mengecam peribadi Rasulullah SAW. Oleh itu para ulama Islam, sarjana Islam dalam bidang sejarah dan pakar ilmu hadis perlulah bersatu dan membukukan buku sejarah dan sirah Rasulullah SAW dan para sahabat yang betul dan sahih dan menolak sebahagian daripada fakta-fakta yang salah yang terdapat di dalam buku-buku sejarah Islam sekarang ini.

21-09-04 Nurul Ihsan jilid 3 tafsir Al-Ahzab 28-37 syarah ustaz Shamsuri
28-29)Sabda Nabi saw kepada 9 isterinya apabila turun “Firman Allah, sekiranya mahu dunia, jangan jadi isteri seorang Nabi. Cerai cara baik.” Jawab Ummul Mukminin “Kami pilih Allah dan Rasul”
30-31)Isteri seorang Nabi sekiranya dosa, azabnya 2 kali ganda dan sekiranya pahala, ganjarannya 2 kali ganda.
32)Wahai manusia bergelar isteri, dilarang cakap manja dan jangan menarik perhatian lelaki lain selain suami.  Tujuan Kami supaya menutup dari sebarang kemudaratan.
33) Mesti taat solat, zakat, Allah dan Rasul supaya terpelihara Ahlul Bait bermula keluarga Saidina Ali, abang kepada Ali dan keluarga Abbas.
34)Berbanggalah kerana rumah Rasulullah saw ini menjadi turunnya ayat-ayatKu dan Hadis kekasihKu ini akan menjadi ikutan umat Islam.
35)Muslim mahupun muslimat yang beriman, taat, benar, sabar, rendah diri, sedekah, puasa, perlihara maruah dan banyak menyebut nama Allah ini adalah penghapus dosa dan diganjarkan pahala.
36)Firman Allah Ahzab 36 khas kepada Abdullah bin Jahsyim dan Zainab bin Jahsyim yang menolak peminangan Zaid bin Haritsah kerana menyangka Rasulullah saw yang akan meminang Zainab.  Sabda Nabi saw. Perintah kahwin Zaid bin Haritsah bersama Zainab ini merupakan arahan Allah.
37)Kami berikan 3 NIKMAT kepada Zaid bin Haritsah iaitu masuk Islam, bebas dari hamba tawanan perang dan kemudian menjadi anak angkat Rasul Kami. Jangan bercerai dan perceraian seperti Zaid dan Zainab itu adalah halal tetapi itu adalah perkara yang paling Kami amat murkai. 

No comments:

Post a Comment