MELIHAT ALLAH DI HARI KIAMAT & PERISTIWA TITIAN SIRAT
07-07-04 Sahih muslim dari Atoq bin Yazid Alaisi cerita
Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Hari kiamat semua mukmin tidak susah melihat
Tuhan kerana ia seumpama manusia di dunia melihat bulan atau matahari. Ketika di
padang mahsyar, manusia mengikut penyembahan masing-masing, muslim mengenali
Allah bergantung pada keimanan sesama di dunia. Kemudian manusia dibawa ke
titian sirat dimulai umat Muhammad saw. Hanya para Nabi dan Rasul boleh
bercakap dan mereka berkata “salim-salim / selamatkan-selamatkan” untuk umat
masing-masing dimulai Nabi Muhammad saw. Titian sirat dipenuhi duri cangkuk
besi yang apabila terkena luruh daging manusia. Malaikat mengenali muslim
melalui tanda solat 5 waktu semasa hidup di dunia.
Sahih Muslim dari Rabi’ah bin Kaap radiallahu anhu sabda Nabi saw. Banyakkan
solat sunat selepas menyempurnakan kewajipan fardu sekiranya mahu duduk
bersamaku di syurga.
CERMIN DIRI & CELAKA BAGI MENGAKU ISLAM TAPI
MENENTANG
QURAN SEPERTI MELAWAN PERINTAH ALLAH
07-07-04 Nurul Ihsan jilid 4 ms 65 tafsir Al-Jaatsiyah (berdiri
atas tulut) PERISTIWA GETIR PADANG MAHSYAR diturunkan di Maqiah 1-11 syarah
ustaz Shamsuri
1- 2)Quran kitab Allah yang tulis bukan
Nabi saw 3-4)Kejadian alam semulajadi cukup bukti Allah Maha Kuasa 4)Wahai manusia, cermin diri kamu 5)Lihat peredaran
susunan malam siang dan fikirkan kebesaran ciptaan Allah. Diturunkan air hujan
sebagai rezeki menghidupkan tanaman untuk makanan, perabot, bangunan, ekonomi
dan perniagaan. 6)Setelah diceritakan dalam Quran kenapa masih menetang 7)Celaka sungguh yang mengaku Islam tetapi
tolak Quran 8)Allah sindir wahai Muhammad, khabarkan berita seronok pada mereka
yang Aku akan seksa mereka di neraka 9)Lebih celaka bagi yang perli Quran dan tunjuk
samseng seolah-olah memperlekehkan malaikat Aku iaitu malaikat Zabaniah 10)Aku
sesuaikan mereka dengan neraka Jahanam 11)Penghayatan Quran itu seperti pegang
cahaya.
Huraian perumpaan
terjemahan ayat Al-Jaatsiyah tentang sindiran Allah pada hambaNya yang
ragu-ragu oleh Utsaz Shamsuri. Sekiranya cakap Quran tak sesuai, jangan simpan
Quran dalam rumah. Jangan cari dan baca Quran time kematian. Kalau tak
percaya,. Kenapa baca? Kenapa tak laksanakan hukum potong tangan pada pencuri.
Jangan marah kalau ada kes bunuh, samseng,
rogol kalau tak percaya Quran? Kalau nak percaya, percaya sungguh-sungguh! Kalau
Quran tak percaya kenapa tak ikut semuanya? Kalau Quran tak percaya, Hadis lagi
tak percaya. Orang tak percaya Quran langsung tak percaya Hadis! Kalau tak
terima Quran jangan mengaku Islam.Orang yang pembohong, Allah sangat
murka.Sangat celaka bagi yang menentang Quran dan banyak buat dosa. Quran ini sekarang
ditafsir seperti diperstujui Allah dan Nabi saw tapi masih sombong seolah-olah
tak pernah dengar Quran.
SUJUD SAHWI LUPA RAKAAT
04-08-04 Sahih Muslim dari Abu
Hurairah ra sabda Nabi saw. Syaitan kembali selepas lari dari dengar azan untuk
melupakan rakaat solat. Sujud sahwi 2 kali sekiranya lupa rakaat.
SENGAJA ALLAH LUPAKAN RAKAAT PADA
NABI SAW BUKAN KERANA
BISIKAN SYAITAN
Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra. Nabi saw kembali sambung baki 2 rakaat solat dengan
diakhiri sujud sahwi 2 kali selepas duduk berehat sebentar kerana dilupakan
Allah 4 rakaat menjadi 2 rakaat.
MENGAMBIL KURANG MUDARAT LEBIH BAIK DARI MENGAMBIL LEBIH
MUDARAT
Mazhab Syafie
berdasarkan hadis sangat sahih seperti Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Apabila imam bangun lebih rakaat ke 5, makmum kekal duduk rakaat 4
akhir sehingga habis salam. Sekiranya ditegur makmum selepas habis salam maka
sambung sujud sahwi. Sekiranya imam tersedar terlajak kesilapan 5 rakaat kemudian
kembali duduk tahyat akhir rakaat 4, akhiri salam sambung sujud sahwi. Sabda Nabi
saw. Dijadikan imam untuk diikuti. Duduk dalam sedikit silap lebih baik dari duduk
dalam silap yang lama. Mengambil yang kurang mudarat lebih baik dari mengambil
yang banyak mudarat.
ALLAH TUNDUKKAN SEGALA MAKHLUK ALAM SEMESTA KHAS BUAT MANUSIA
04-08-04 Nurul Ihsan jilid 4 ms 67 tafsir Al-Jaatsiyah 12-20
syarah ustaz Shamsuri
12-13)Semua makhluk termasuk batu, tanah, matahari,
bulan, binatang, tumbuh-tumbuhan, haiwan, lautan dan ruang angkasa tunduk
supaya manusia dapat mencari rezeki dan dijadikan penempatan, sumber ekonomi serta
pengangkutan harian.
14) Wahai Muhammad, beritahu orang beriman
supaya mengampunkan kafir yang pernah menyakiti kalian supaya mudah-mudahan
sifat pemaaf ini menginsafkan mereka.
15)Hadis Qudsi, barang siapa tidak redha takdir
pergi sembah tuhan lain selain Aku! Setiap pembalasan sesuai dengan perbuatan
manusia.
16)Bani Israel dianugerahkan Nabi Musa as
dengan Taurat sebagai aturan kehidupan halal haram. Bani Israel juga pernah diiktiraf bangsa
pilihan dan istimewa di sisi Allah.
17)Tetapi sayangnya Israel menolak Nabi
Ahmad atau Nabi Muhammad seperti disebut maka mereka dalam kesesatan disebabkan
sifat dengki.
18)Syariat, Tariqat atau Jalan ISLAM iaitu
Al-Quran dan Hadis yang lengkap itu sebagai panduan mengelakkan kesilapan. Kami
jamin Quran tidak ditipu. Kami amanahkan penjaga-penjaga amanah supaya berwaspada
dan memantau cubaan memesongkan Quran dan Hadis.
19)Kami jadikan kafir bersatu dalam usaha
menghancurkan Islam supaya muslim mengharapkan pertolongan dan perlindungan
Allah dengan kembali kepada Islam iaitu yang menurut perintah dengan
meninggalkan larangannya.
20)Supaya umat Islam merujuk Al-Quran
sebagai panduan penghayatan dan hudud atau sempadan.
UNTUNG KETIKA HIDUP DI ZAMAN RASULULLAH SAW
01-09-04 Sahih Muslim dari Yazid
bin Hayyal seorang Tabe’in kepada Zaid bin Arqam ra sahabat Nabi saw. “kamu
beruntung kerana hidup ketika Nabi saw belum wafat sedangkan kami hari ini
tidak melihat secara tepat cara tangan Nabi saw kiam ketika solat. Ada di bawah
pusat, ada di atas pusat, ada pada pusat dan berbagai” Jawab Zaid bin Arqam ra
yang sudah terlalu uzur dan tua sabda Nabi saw ketika khutbah terakhir baginda.
“Aku manusia dan aku mesti mati. Aku
tinggalkan 2 perkara. Pertama, peganglah sekuat-kuatnya jangan lepas sampai
bila-bila iaitu petunjuk cahaya iaitu Al-Quran. Kedua, jagalah ahlul baitku kerana
mereka diharamkan menerima zakat termasuk anak angkat kesayanganku Zaid bin
Haritsah, anak angkatku Usamah bin Zaid bin Haritsah, Salman Al-Farisi dan
Mariah Al-Kibtsiah hamba berbangsa Kibtsi.
Isteri-isteri SOLEHAH Rasulullah
saw –Nabi saw gentar dan cemas apabila Firman Allah “Wahai
Muhammad, katakan kepada para isterimu. Sekiranya mahu menjadi isteri seorang
Nabi dengan berhajat hidup selesa di
dunia. Cerai dengan cara baik.”
Tetapi jawab mereka, “aku pilih ALLAH DAN
RASUL dan rela hidup susah miskin di
dunia.”
(SAHIH MUSLIM) Pengajian
tarikh 01-09-04 muqaddimah sebelum syarah kitab Nurul Ihsan jilid surah At
Jaatsiyah 21-26 syarah ustaz Shamsuri.
Sahih Muslim 11 isteri Nabi saw Ummul
Mukminin atau Ibu seluruh Mukmin PENGORBANAN BAGINDA
RASULULLAH SAW DALAM BERUMAHTANGGA MENURUT PERINTAH ALLAH DEMI DAKWAH ISLAMIAH
- Khadijah bt Huwailid radiallahu anha iaitu yang paling disayang Rasulullah saw dan pernah mempunyai 2 suami sebelum dinikahi Nabi saw sebagai suami ke 3 ketika berumur baginda 25 dan Khadijah umur 40 ketika itu. Khadijah banyak berkorban demi Islam dan satu-satunya penyokong kuat dakwah Islamiah ketika semua orang menentang Rasulullah saw.
- Saodah bt Zam’ah ra dinikahi Nabi saw ketika umur baginda 50
- A’isyah bt Abu Bakar as Siddiq ra
- Habsyah bt Omar Al-Khattab ra
- Zainab bt Jaqsyim ra
- Zainab bt Huzaimah ra
- Umum Salamah @ Hindon bt Umaiyah ra
- Ummu Habibah @ Ramlah bt Abu Sufyan ra
- Maimunah bt Harith AlHilaliyah ra
- Juwairiyah bt Haris ra
- Safiyah bt Huyaih ra
ALLAH TIDAK MEMAKSA DIA SESAT TETAPI ITU PILIHANNYA SENDIRI
01-09-04 Nurul Ihsan jilid 4 ms 69 tafsir Al-Jaatsiyah 21-26
syarah ustaz Shamsuri
21) Allah bertanya “Adakah sama antara kafir
dan muslim? Adakah sama muslim beriman dengan muslim tidak beriman?” Kamu ingat
Kami layan sama rata bagi yang beramal dengan yang tidak? 22)Adakah kamu
manusia mengambil ikhtibar peristiwa sekeliling yang kamu anggap semulajadi
itu? Tiada lebih tiada kurang seksa ke atas kamu nanti. 23)Aku takdirkan
kesesatan bagi yang pilih nafsu sembah selain Ku atau terlalu kejar dunia. Maka
dibutakan mata hati dan tiada langsung hidayah bagi yang memberatkan nafsu itu.
24)Pendirian kafir, akhirat tiada tetapi hidup dunia inilah yang sebenar 25)Kafir
mencabar Muhammad saw kalau betul, hidupkan kembali nenek moyang kami yang
sudah mati. 26)Katakan kepada mereka Muhammad, manusia hidup kemudian mati di
dunia dan manusia akan dihidupkan kembali di akhirat oleh Kami. Percaya atau
tidak terpulang kepada mereka.
DIMANA ROH SELEPAS MATI
06-10-04 Firman Allah An-Am 93 tentang roh
yang ingkar perintah Allah, malaikat akan memalu sambil mencaci “keluar roh
keji kerana kamu akan diseksa akibat bercakap benda yang tidak betul tentang
Allah.”
Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Roh beriman dialu-alukan malaikat
penduduk langit manakala roh keji dipukul sambil dilaknat malaikat. Roh disimpan di tempat rahsia sesuai dengan
amalan sehingga kiamat.
1 PAHALA SUNAT RAMADHAN SAMA 1 PAHALA FARDU BULAN BIASA
Sabda nabi saw. 1 pahala sunat ramadhan
sama 1 pahala fardu bulan biasa. Sabar bulan ramadhan balasannya syurga.
06-10-04 Nurul Ihsan jilid 4 ms 70 tafsir Al-Jaatsiyah 27-37
syarah ustaz Shamsuri
27)Allah pemilik langit dan bumi ini boleh
melakukan apa saja kehendakNya termasuk menzahirkan kiamat kecil iaitu mati
atau kiamat besar iaitu bencana melenyapkan dunia. Yang taat bahagia di syurga
yang ingkar sengsara di neraka. 28)Bila jadi kiamat, tiada guna amalan walaupun
sedikit. 29)Pada hari pembalasan, segala rahsia hidup semasa di dunia dibongkar
30)Mukmin yang sebelum ini sentiasa kalah di dunia akan mengetahui mereka sebenarnya
telah menang di akhirat 31)Mati kafir tentu neraka 32)Janji Allah seksa kubur untuk
manusia itu benar 33)Sesuai dengan seksaan mereka yang mempersendakan Islam 34)Hari kiamat Kami melupakan kamu
sepertimana kamu melupakan Kami ketika di dunia 35)Pintu taubat ditutup apabila
nyawa di ghar-gharah ketika kiamat kecil iaitu mati atau ketika kiamat besar
iaitu matahari terbit di barat 36)Itu bukti Allah Maha Adil 27)Maha Suci Allah
Yang Maha Kuasa, ia pasti terlaksana
No comments:
Post a Comment