Nota Cinta

Tuesday, May 4, 2004

Syurga 2004



Bahrulmazi bab Syurga jilid 18 syarah Ust Shamsuri

KEBULURAN KELAPARAN RASULULLAH SAW DALAM MENEGAKKAN ISLAM

04-05-04 Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra. Ketika Rasulullah saw, Abu Bakar ra dan Omar ra kebuluran kelaparan, Nabi saw mencadangkan ke rumah Abu Haisam ra. Sabda Nabi saw kepada Abu Haisam, korbankan kambing jantan kerana yang betina boleh melahirkan anaknya dan diperah susu. Sabda Nabi saw kepada sahabatnya, demi Allah nyawaku padaNya. Setiap nikmat rezeki ditanya Allah di akhirat.

Sahih Muslim dari Sahal bin Saad ra. Semasa diuji kelaparan dalam perang Uhud, Nabi saw cedera sehingga gigi patah dan topi baginda terbelah dua. Darah Rasulullah saw tidak berhenti keluar walaupun disapu air oleh Ali Karamullahuwajha dan Fatimah. Pendarahan akhirnya berjaya dihentikan dengan tampalan abu dari daun kurma yang telah dibakar.

KETIKA MASUK SYURGA

Hasan Sahih AtTirmizi. Nabi saw merupakan manusia pertama masuk syurga diikuti para Rasul dan Nabi-nabi lain. Kemudian diikuti umat Muhammad sebagai anugerah istimewa dari Allah. Golongan pertama yang mengikuti Rasulullah saw masuk ke syurga memakai perhiasan hebat dari syurga ini ialah terdiri dari yang terpilih dikalangan terpilih. Puak kedua diiringi 2 bidadari setiap seorang.

POHON SYURGA

Sahih AtTirmizi Anaz bin Malek ra dan Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Besarnya pohon syurga  itu ialah jarak teduhannya 100 tahun perjalanan pacuan pecutan kuda terlaju. 

HR AtTirmizi Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Batang pohon syurga dari emas dan dahannya dari permata.

Sahih Qudsi sekiranya semua manusia dunia derhaka pakaKu sikit pun tidak menjejaskan kerajaanKu.

TIADA MAKNA  HARTA KEKAYAAN DUNIA APABILA DI NERAKA

06-07-04 Sahih Muslim Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Penghuni  neraka yang azabnya paling ringan memohon pada Allah untuk menyerahkan segala harta kekayaannya demi melepaskan diri. Firman Allah “Walaupun kamu semua manusia mengaku  Akulah Tuhan kamu ketika Alam roh dan Alam rahim tetapi disebabkan kamu lupa dan ingkar perintahku, semua itu tidak bermakna lagi.”

TAKDIR ALLAH “KUN FAYAKUN” ALLAH BERFIRMAN JADI MAKA JADILAH

Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra sabda Nabi saw. Allah mentakdirkan manusia berjalan dengan kaki ketika di dunia dan Allah juga boleh mentakdirkan kafir berjalan menggunakan muka di hari akhirat.

TAHAP KESABARAN ALLAH

Sahih Muslim dari Abdullah bin Kais ra sabda Nabi saw. Tiada siapa boleh bersabar dengan kesakitan fitnah sepertimana Allah bersabar dengan Kristian yang mengatakan anaknya Nabi Isa as. Walaupun bermacam hinaan dan cacian kepada Allah tetapi Allah tetap sabar dengan mengurniakan rezeki kemewahan pada mereka. Sekiranya suatu hari mereka bertaubat dan memeluk Islam, Allah tetap mengampunkannya. Itulah kesabaran Allah. 

KENAPA DIJADIKAN MANUSIA UNTUK MEMBUAT DOSA DAN DILETAKKAN NERAKA

HR AtTirmizi isnad tidak kuat dan tiada muttasil disisi Imam AtTirmizi Abu Hurairah ra bertanya Rasulullah saw. Kami insaf dan tidak akan buat jahat tetapi apabila balik dari kuliah, kami mula buat dosa dan hilang keinsafan kami. Kami jadi seorang yang tidak mampu buat seperti disuruh kamu ya Rasulullah saw.  Sabda Nabi saw. Itu fitrah manusia dan ketentuan Allah tetapi manusia perlu berhati-hati. Taubat itu menunjukkan sifat Allah Maha Pengampun.

SEMUA MAKHLUK HIDUP DIJADIKAN ALLAH DARI AIR YANG DITURUN DARI LANGIT

HR AtTirmizi isnad tidak kuat dan tiada muttasil disisi Imam AtTirmizi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Hidupan muka bumi ini berasal dan hidup dari air dari langit.

BINAAN ISTANA SYURGA

HR AtTirmizi isnad tidak kuat dan tiada muttasil disisi Imam AtTirmizi Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Istana syurga dibina dari bata emas dan perak dimana kualiti perak  syurga itu terlalu amat jauh gandaan berbanding emas permata terbaik dunia. Bata dan anak batu binaan itu juga menghasilkan bau wangi kasturi di mana tanah syurga itu harum tiada tandingan wangian dunia.

DOA YANG MAKBUL

 HR AtTirmizi isnad tidak kuat dan tiada muttasil disisi Imam AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. 3 golongan doa yang dimakbulkan Allah ialah doa pemerintah adil yang menggunakan 100 peratus Al-Quran Hadis, doa orang ketika berbuka puasa dan doa orang yang tidak bersalah dizalimi.

KEBULURAN MUSLIM DAN MUKJIZAT NABI SAW KETIKA PERSEDIAAN KHANDAQ

07-09-04 Sahih Muttafakun Alai. Jabir ra tidak mahu ingkar perintah Nabi saw dan mereka berdua menukar unta. Nabi saw naik unta tua yang perlahan dan Jabir naik unta Nabi saw yang laju. Setelah ditukar, kedua-unta tu bergerak sama laju. Dalam perjalanan kata Jabir kepada Nabi saw apabila ditanya kenapa dia berkahwin janda bukan anak dara. Janda dapat menjaga adik dan kakak perempuannya seperti wasiat sebelum bapanya syahid. 

Ketika persediaan menghadapi perang Khandaq di musim kebuluran 3 hari tiada makanan, Nabi saw dan para sahabat menggali parit. Apabila kerja menggali tergendala disebabkan batu besar yang menghalang. Sahabat melaporkan kepada Nabi saw yang sedang menggali di kawasan lain. Ketika Nabi saw bangun dari parit, para sahabat ternampak ketulan batu yang disendal para perut baginda. Para sahabat sedih melihat keadaan Rasulullah saw. Dengan kelebihan mukjizat Nabi saw. Hanya sekali cangkul, batu besar yang menghalang kerja penggalian itu hancur . 

Jabir kemudian pulang ke rumah berusaha menumbuk roti gandum dan menyembelih baki seekor anak kambing kecil yang sedang proses dibesarkan. Setelah siap dimasak Jabir, makanan yang sedikit itu dibisikkan ke telinga Nabi saw. Nabi saw bangkit dan memanggil 3000 sahabat Muhajirin dan Ansar yang sedang menggali parit ke rumah Jabir untuk menjamu selera.

Jabir pulang keresahan dan panik sambil memberitahu isterinya tentang apa yang telah berlaku. Isterinya menenangkan Jabir sambil memberitahu Allah dan Rasul yang mengetahui. Sampai di rumah Jabir, Nabi saw menyerahkan makanan kepada 3000 sahabat sambil dilindungkan di dalam periuk. Setelah semua kekenyangan sabda Nabi saw kepada tuan rumah Jabir dan isterinya, kamu makan dahulu dan selebihnya hadiahkan kepada jiran yang masih kebuluran.

WAJIB SYUKUR APABILA CUKUP PAKAIAN, MAKANAN HARIAN DAN SIHAT

HR AtTirmizi dari Ubaidillah bin Nihsan Al-Ansari sabda Nabi saw. Barangsiapa bangun pagi dalam keadaan aman dan sihat disamping makanan harian yang cukup tersedia. Dia seumpama telah dianugerahkan seluruh nikmat Allah di dunia. 

SYURGA MENGIKUT TINGKATAN KETEKUNAN AMAL IKHLAS

Hasan Gharib AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Peringkat syurga itu mengikut lapisan tingkatan ketekunan amal ikhlas ketika di dunia. Luas setiap tingkat boleh mengisi seluruh makhluk yang pernah hidup di dunia.

Gharib AtTirmizi dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw Syurga mempunyai 100 tingkat.

Sahih Bukhari Muslim dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Ahli syurga tingkat 1 memandang ahli syurga tingkat 2 seperti manusia dunia melihat bintang. Para Nabi dan Rasul menghuni syurga di tingkatan atas sekali.  Penghuni syurga terdiri dari yang membenarkan Rasul-Rasul utusan Allah.

HR AtTirmizi dari Abdullah bin Mas’Ud ra sabda Nabi saw. Kecantikan bidadari syurga tidak dapat difikir, dilihat dan terlintas hati oleh mana-mana makhluk dunia termasuk manusia. 

PERKARA PERTAMA SAMPAI MADINAH KETIKA HIJRAH IALAH BINA MASJID

03-08-04 Sahih Muslim dari Anaz bin Malek ra. Nabi saw menaiki unta sambil dibonceng Abu bakar As Siddiq menaiki unta ketika hijrah dari Mekah ke Madinah. Nabi saw meletakkan harga kepada Bani Najar untuk membeli kawasan kebun kurma sebagai tapak masjid.  Bani Najar menginfakkan tanah tersebut dan tidak mahu duit kerana mereka hanya mahukan janji pahala. Baginda mengosongkan kubur kafir untuk ditanam di tempat lain sebelum didirikan masjid. Ketika sedang bergotong-royong membina masjid. Para sahabat menyanyikan nasyid dengan senikata “Ya Allah tidak ada kebaikan melainkan kebaikan akhirat, tolonglah kami Ansar  Madinah dan Muhajirin yang berhijrah dari Mekah.”

Sahih Muslim dari Jundub ra sabda Nabi saw 5 hari sebelum wafat. “Allah telah memilihku dan Nabi Ibrahim as sebagai kekasihNya. Sekiranya aku dibenarkan memilih kekasih, aku akan memilih Abu Bakar As Siddiq sebagai kekasihku.

BILIK-BILIK KELENGKAPAN SYURGA

HR AtTirmizi dari Saidina Ali Karamullahuwaj ha sabda Nabi saw. Bilik-bilik syurga lengkap dengan kemudahan, pembantu peribadi dan perhiasan mewah. Orang yang layak masuk bilik ini ialah memelihara lidahnya hanya perkara kebaikan dengan lemah-lembut tanpa menyinggung perasaan orang lain dan yg banyak sujud atau solat sunat pada Allah.

Sahih Muslim dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Paling hampir dengan Allah ketika waktu sujud.

Hasan Lagi Sahih AtTirmizi dari gelaran Abu Musa Al-Ash’ari ra oleh Rasulullah saw atau nama sebenar Abdullah bin Kais ra sabda Nabi saw. Kelengkapan 2 syurga dari perak dan 2 syurga lagi semuanya dari emas. Perak syurga seperti nikmat lautan dunia lebih baik dari emas terbaik dunia yang seperti setitis air di dunia.  Kemuncak nikmat syurga ialah melihat Allah di dalam Jannatul Adnin. Keseronokan berpasangan dan bersedapan penghuni syurga di dalam mahligai syurga.

Hotel paling mahal dalam dunia di Dubai dan Istana Sultan Brunai itu bukan tandingan syurga.
Bahrulmazi jilid 18 syarah ust Shamsuri kuliah tarikh 03-08-04 Perbahasan panjang berkenaan melihat Allah. Allah hu a’lam.
MELIHAT ALLAH DI HARI AKHIRAT

Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra dan Atoq bin Yazid ra sabda Nabi saw. Hari akhirat kamu akan melihat Allah sepertimana ibarat semua manusia dapat melihat bulan dan matahari ketika di dunia ini.

BERIBADAH DENGAN KUALITI BUKAN KERANA KUANTITI

05-10-04 HR Imam Abu Daud dari Mujibah Al Bahiliyah ra sabda Nabi saw. Jangan menyusahkan diri apabila beribadah sehingga berpuasa selama 3 bulan berturut-turut.

Sahih Muttafakun Alai dari A’isyah ra. Nabi saw berpuasa banyak hari dalam bulan Sya’ban.

Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw apabila berpuasa jangan sesekali bertengkar dan bercakap tidak elok. Sekiranya ada yang mengajak bertengkar beritahunya kamu sedang berpuasa. Itulah kualiti dalam ibadah kerana Allah tidak melayan kuantiti ibadah yang sia-sia.

Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Sengaja bercakap perkataan melibatkan dosa atau menyakiti orang lain. Puasanya hanya sekadar lapar dan dahaga tiada pahala.

Sahih Muslim dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Memadai dianggap pembohong apabila bercakap perkara yang didengarinya itu tidak pasti.

BERSETUBUH DALAM SYURGA

Sahih gharib AtTirmizi sabda Nabi saw. Kekuatan bersetubuh lelaki untuk bidadari seperti 100 kali ganda kekuatan kuasa kuda dan tiada berpenghujung.

Gharib AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Ahli syurga tiada sebarang kekotoran seperti hingus, buang air besar atau kecil, tiada ludahan dan tiada kahak atau segala cecair kotor melainkan hanya peluh yang berbau wangi kasturi walaupun sentiasa makan dan minum. Segala kemewahan perabot perhiasan terdiri dari emas syurga. Perak syurga itu tiada tandingan emas paling kualiti dunia. Penghuni syurga boleh memohon untuk kembalikan isterinya ketika di dunia.

Gharib AtTirmizi dari Saad bin Abi Waqaz ra sabda Nabi saw. Kuku yang dipotong ahli syurga sekiranya jatuh ke bumi akan menjadi rebutan penduduk bumi sebagai perhiasan paling berharga di dunia. Cahaya gelang tangan penduduk syurga boleh memadam cahaya matahari dan memadam kerlipan bintang di waktu malam. 



No comments:

Post a Comment