11-02-04 Sahih Muslim dari Itban dan Anaz
bin Malek ra sabda Nabi saw. 2 Kalimah syahadah yang diredhai Allah tidak akan
dimasukkan ke neraka.
Tafsir Nurul Ihsan jilid
3 ms153 surah Ash-Syu’ara’ Maqiah (diturunkan di Mekah) ayat 1-51
Firman
Allah sabda Nabi saw,
Quran
sebuah kitab yang jelas menzahirkan kebenaran Islam samada yang halal dan yang
haram. Wahai Muhammad, beritahu mereka, lihat alam sekeliling,
siapa yang membuat ini semua. Adakah terjadi dengan sendirinya? Khabarkan berita
Musa as. Ketika di Jabal Tur, Musa berkata”Ya Tuhanku, aku takut lidahku kelu
di depan raja besar yang zalim itu. Aku pernah menampar sehingga terbunuh
seorang Kibsi kaum Firaun ketika meleraikan pergaduhan. Ya Allah, berikan
pengiring semangatku iaitu sepupuku Harun as.” Firman Allah “Jangan bimbang,
mereka tidak akan bunuh kamu. Akan Kami perintahkan Harun yang sekarang ini
berada di Mesir itu.” Nabi
Musa as dan sepupunya Nabi Harun as akhirnya berjaya dibawa mengadap Raja Fir’Aun
setelah setahun berusaha. Ketika Fir’Aun menonton persembahan Harimau Singa Beruang
dan Serigala, kesemua binatang buas itu tiba-tiba menerkam lalu berjinak dan bermanja dengan Musa dan Harun seolah-olah Musa dan
Harun ini tuan mereka.
Fir’Aun
berkata. “Aku kenal kamu ini, kamu patut syukur aku telah besarkan kamu seperti
anak aku. Inikah balasan kamu setelah aku lepaskan kamu walaupun kamu membunuh
salah seorang kaumku.” Nabi Musa menjawab, “Betul kamu besarkan aku selama 30
tahun. Selepas kes aku tidak sengaja menampar sehingga terbunuh seorang kaum kamu, aku melarikan diri ke Madyan selama 10 tahun. Di sana aku dilantik
menjadi Nabi, tetapi setimpalkah dengan penzaliman ke atas 630,000 bani israel
itu? Kata Fir’Aun.”Kamu kata kamu diutus Rabbul Alamin, siapa dia ni? Balas
Musa “Allah iaitu Tuhan seluruh alam semesta, Tuhan kamu dan Tuhan seluruh
nenek moyang kamu.” Fir’Aun dengan segera mengarahkan hulubalangnya tangkap Musa. Musa
membalas” Nanti dulu, berikan peluang sebagai membuktikan mukjizat kebesaran
Allah yang dibekalkan kepadaku.” Tangan Musa keluar bersinar seperti cahaya
spot light.
Pembesar-pembesar
Fir’Aun menuduh Musa ini ahli sihir dan mereka mencadangkan agar Musa bertarung dengan semua penyihir handalan mereka. Pertarungan dimulakan dengan 72 ahli sihir
mencampakkan segala jenis tali yang kesemuanya bertukar menjadi ular. Musa membalas serangan tersebut dengan melontarkan tongkatnya lalu bertukar menjadi ular besar menelan kesemua ular-ular tukang sihir Fira’Aun. Dengan
segera, para sihir sujud sambil berkata “Ini bukan sihir, sesungguhnya kami
beriman dengan Tuhan seluruh alam iaitu Tuhan kepada Musa dan Harun. Sekiranya
kami diseksa dengan dipotong tangan dan kaki oleh Fir’Aun sekalipun, kami tetap
rela dan kami menunggu saat kehidupan kekal yang sebenar itu.”
10-03-04 Sahih Muslim dari Hakim bin Hizam ra sabda Nabi saw. Masuk Islam ikhlas
kerana Allah bukan kerana kahwin atau ingin terima wang zakat akan luruh dosa semasa
kafir. Masuk Islam dengan niat jahat diambil kira dosanya ketika kafir untuk
diseksa di neraka.
Tafsir Nurul Ihsan jilid
3 ms158 surah Ash-Syu’ara’ Maqiah (diturunkan di Mekah) ayat 52-89
Firman
Allah sabda Nabi saw,
Allah perintahkan Nabi Allah Musa as membawa
Bani Israel keluar dari bumi Mesir berjalan pada waktu sahur ke arah laut. Kaum
Musa mempersoalkan tindakan baginda kerana ia memudahkan mereka ditangkap oleh Fir’Aun
tetapi Musa menegaskan itu perintah Allah, hanya Allah yang tahu kenapa. Firman Allah kepada Musa, Aku akan tenggelamkan
Fir’Aun dan tenteranya yang mengejar rombongan kamu nanti. Kami matikan anak
perempuan supaya Musa dituduh bunuh dan gerakkan hati seluruh penduduk Fir’Aun supaya meninggalkan harta benda mereka demi mengejar rombongan Musa as.
Tujuannya supaya harta rakyat kaum Fir’Aun diwariskan kepada Bani Israel setelah sekian lama mereka ditindas. Setibanya di
laut, Fir’Aun muncul semakin menghampiri mereka. Pengikut rombongan Musa yang taat terjun ke laut seorang
demi seorang lalu syahid. Tercengang dengan keadaan itu, Musa semakin cemas dan mati akal.
Akhirnya dengan kehendak Allah, Musa diperintahkan supaya menghentakkan tongkat baginda dan laut yang terbentang luas itu tiba-tiba membentuk laluan dasar. Ketika rombongan Musa menyeberang, lautan di kiri kanan yang menjadi dinding itu langsung tiada percikan air walau setitis. Tentera Fir’Aun yang mengejar semakin lama semakin hampir. Setelah
pengikut terakhir Musa selesai menyeberang, laut bercantum kembali
menenggelamkan Fir’Aun dan konco-konconya. Inilah akibat apabila membantah
Allah dan rasulNya sebagai peringatan buat umat akhir zaman. Dikecualikan
beberapa orang antaranya Saidatina Asiah dan Mariam bt Saidina Musa yang berumur
700 tahun sebagai bukti kebenaran berita ini pada kamu wahai Muhammad.
BAPA NABI IBRAHIM AS TIADA HIDAYAH
Firman Allah sabda Nabi saw,
Ceritakan pula berita Nabi Ibrahim as
kepada mereka wahai Muhammad. Ibrahim tidak pernah tunduk kepada berhala
walaupun baginda dibesarkan dalam keluarga pembuat berhala. Sepanjang zaman
remajanya, baginda asyik memikirkan akan penciptaan alam ini. Setelah dewasa,
Ibrahim mempersoalkan bapanya tentang tokong berhala yang disembah sejak
warisan datuk neneknya. Baginda menyatakan pendiriannya yang hanya sembah
Tuhan Rabbul Alamin yang mencipta alam ini. Sabda Nabi Ibrahim as lagi sambil berdoa. Tuhan yang
menjadikan aku dari Adam. Yang mengurniakan rezeki makan minum. Dia yang memberi petunjuk padaku. Jika aku sakit, Dia
yang menyembuhkan sakit. (Ash-Syu’ara ayat 80- Doa
Nabi Ibrahim as sebagai penyembuh sakit -kredit Ustaz Sharhan Syafi'e) Dan Dia menghidupkan aku di
mahsyar setelah aku mati di dunia ini. Bukan tokong patung yang tiada memberi
apa-apa rezeki dan tiada mudarat kalau tidak disembah. Tokong syirik ini
menjadi musuhku. Wahai Tuhanku, berikanlah ilmu dan hubungkan aku dengan segala
orang soleh, sebutkan namaku dalam perkara baik kepada orang terkemudian sehingga
hari kiamat.” Sehingga hari ini, dalam tahiyat solat
disebut Nabi Ibrahim as. Ya Allah, jadikan aku orang yang mempusakai
syurga Jannatul Naim dengan pelbagai nikmat. Ampunkan bapa ku yang sedang
kesesatan hidupnya ketika ini. Firman Allah wahai Ibrahim, bapa kamu akan mati
kafir dan menjadi musuh Allah. Setelah jelas situasi bapa baginda, Ibrahim berhenti berdoa.
PEMIMPIN YANG MATI MENIPU RAKYAT DIHARAMKAN SYURGA
(Hadis sensitif menegur Pemerintah)
14-04-04 Sahih Muslim periwayat oleh Al-Hasan ra. Dari Maqqil bin Yasar ra ketika uzur yang diziarah oleh Ubaidillah bin Dziath ra sabda Nabi saw. Pemimpin yang mati dalam keadaan menipu rakyatnya diharamkan masuk syurga.
Sahih Muslim diriwayat oleh Abil Maligh ra. Dari Maqqil bin Yasar ra ketika uzur yang diziarah Ubaidillah bin Dziath ra sabda Nabi saw. Pemimpin yang mahukan sangat jawatan tetapi tidak bersungguh menjaga rakyatnya tidak masuk ke dalam golongan yang masuk syurga.
Tafsir Nurul Ihsan jilid 3 ms161 surah Ash-Syu’ara’ Maqiah (diturunkan di Mekah) ayat 90-122
Firman Allah sabda Nabi saw,
Kubur adalah rumah pertama alam akhirat. Allah menyindir pada kafir "Mana benda yang kamu sembah itu?Kenapa benda yang kamu sembah itu tidak menolong kamu? Ketika dilempar ke neraka, penghuni neraka kesal akan kesilapan diri. Tetapi semuanya sudah terlambat, azab seksa keras lagi dasyat dan tidak terperi kesakitan itu menanti mereka.
Ahli neraka menyalahkan keturunan mereka sedangkan mereka diberi pilihan ketika hidup di dunia. Pada hari tersebut, tiada siapa dapat membantu.
BERITA NUH AS
Beritahu berita Nuh as kepada umatmu wahai Muhammad. Semua Nabi bermula Adam sehingga Muhammad membawa risalah tauhid Allah. Menolak salah satu bererti kafir. Sabda Nuh as ketika berdakwah."Aku hanya diamanah untuk menyampaikan risalah mentauhidkan Allah tanpa sebarang kepentingan peribadi, tanpa upah dan tanpa sebarang balasan." Pembesar-pembesar kaya membalas, "Kami berkedudukan dan berpangkat tinggi sedangkan kamu hanya layak bersama orang-orang hina dalam masyarakat." Nuh menyahut "Dakwah aku untuk semua tanpa mengira darjat kedudukan. Sekiranya kamu faham ajaran agama, kamu tidak akan memandang rendah orang lain." Wahai Nuh, jika kamu tidak berhenti, kami akan ugut kamu." Selepas bersabar dengan pelbagai ancaman dan ugutan selama 950 tahun, akhirnya Nuh berdoa supaya Allah menurunkan bencana dan memelihara pengikut baginda. Seramai 40 lelaki dan 40 perempuan termasuk pelbagai binatang menaiki bahtera. Kami memberikan anugerah kepandaian kejuruteraan perkapalan pada Nuh supaya menyiapkan bahtera membawa mereka yang beriman kerana Kami menurunkan banjir besar yang menenggelamkan seluruh dunia. Allah menyayangi orang-orang yang beriman.
BERI SALAM PENGHUNI KUBUR DAN UCAPKAN SATU HARI KITA MENGIKUT MEREKA
12-05-04 Sahih muslim dari Abi
Hurairah ra sabda Nabi saw. Berilah salam kepada penghuni kubur muslim dan
ucapkan tidak lama lagi kami mengikuti kamu semua. Aku terlalu merindui untuk
berjumpa saudara-saudaraku yang akan lahir setelah jauh kewafatanku nanti. Kita
akan mengenali mereka di akhirat melalui tanda putih pada anggota wuduk mereka.
Umatku yang murtad akan terhalang dari menuju ke telagaku.
BERITA NABI HUD KAUM AD
Pengajian tafsir Nurul Ihsan jilid
3 ms 164 surah As-Syua’ra ayat 123-159 syarah Ustaz Shamsuri
Firman Allah sabda Nabi saw, sampaikan berita ini sebagai pengajaran
kepada umatmu wahai Muhammad.
Nabi Hud as wafat ketika umur baginda 464 tahun. Rupa parasnya
cantik seperti Adam as. Sabda Hud as, “Kenapa kamu semua tidak takut Tuhan
sedangkan kamu semua mengaku alam semua ini ciptaan Allah dan segala yang
berlaku atas kehendakNya. Percayalah aku diutus Allah sebagai Rasul kamu semua.
Seruanku bukan kerana upah dan aku hanya mengharapkan pahala. Adakah kamu rasa
kamu sudah cukup kuat, kaya dan tidak perlu kepada Tuhan lagi? Janganlah bertindak
zalim dan kejam pada kaum yang lemah. Bersyukurlah dengan kurniaaan nikmat kepandaian,
tubuh kuat dan tanah subur melalui menunjukkan takut kepada Allah. Aku takut
azab bencana alam dunia diikuti seksa keras di neraka menimpa ke atas kamu
semua.” Mereka menjawab. “Jangan sekali-kali mempertikaikan penyembahan warisan keturunan kami
sejak zaman berzaman dan jangan cuba menakutkan kami dengan pembohongan azab
tersebut.” Pada hari Rabu 8 Syawal, angin sejuk
mematikan kesemuanya. Ayat
6 surah Al-Haq Kami binasakan mereka dengan angin sangat sejuk lagi kencang.
Kami jalankan angin ini selama 7 malam 8 hari tanpa henti binasakan seluruhnya
seorangpun tidak terlepas. Itulah membuktikan dalil kekuasaan Kami.
BERITA NABI SALEH KAUM SAMUD
Nabi Saleh as wafat ketika usia baginda 280 tahun. Sabda
baginda “Tidak takutkah kamu kepada Allah? Apa yang ku kata ini sama seperti apa
yang Tuhan kamu kata. Peringatanku ini bukan kerana kepentingan peribadi tetapi
kerana pembalasan ganjaran dari Allah. Kamu semua ingat dengan membantah aku
ini kamu semua akan selamat? Adakah kamu ingat kamu sudah hebat dengan pencapaian
teknologi senibina kamu ini.” Mereka menjawab,”Mana Tuhan yang kamu katakan itu
sedangkan berhala yang kami sembah itu terang-terang wujud di hadapan mata
kepala kita. Kamu ini sudah terkena sihir kerana bercakap merapu malah kamu
tidak kaya seperti kami, mustahil kamu menjadi pemimpin kami? ” Firman Allah “Kami
menunjukkan bukti kekuasaan Kami dengan mengeluarkan unta sebesar 60 hasta x 60
hasta melalui mukjizat Nabi Saleh as.” Sabda Nabi Saleh as. “Peraturan pertama
air telaga ini dikhaskan kepada unta selang sehari begiliran dengan kita dan
kita akan meminum susunya pada hari giliran unta tersebut. Peraturan kedua jangan
sesekali mengapa-apakan unta mukjizat Allah ini.” Akhirnya pada hari Rabu, unta
terebut disembelih. Sabda Saleh as,”3 hari binasa kamu.” Khamis-muka mereka yang terlibat menjadi pucat, Jumaat-muka
mereka menjadi merah menyala. Sabtu-muka menjadi hitam. Kesudahannya pada hari
Ahad mereka mati kepanasan selepas diherdik malaikat Jibril as. Selepas
kejadian berikut, sebahagian besar tetap tidak beriman. Demikianlah dalil
membuktikan kekuasaan Kami.
JANGAN MELINTAS TEMPAT SUJUD KETIKA SOLAT
14-07-04 Sahih Muslim dari Musa bin Talhah kata bapanya sabda Nabi saw. Letaklah benda sebagai
halangan sempadan sujud sebelum solat supaya tidak dilintas ketika solat.
Sahih Muslim dari Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi
saw. Tolak orang yang melintas tempat sujud ketika solat kerana sesungguhnya
dia syaitan.
Sahih Muslim dari Ibnu Omar ra sabda Nabi saw. Jangan
biar sesiapa melintas tempat sujud setelah mengangkat takbir kerana
sesungguhnya ada qarin di dalam orang yang melintas itu.
Sahih Muslim dari Abi Juhaim ra sabda Nabi saw.
Sekiranya dia tahu dasyatnya azab akibat melintas tempat sujud ketika orang
lain tengah solat, dia sanggup tunggu hingga selesai.
Pengajian tafsir Nurul Ihsan jilid
3 ms 167 surah As-Syu'a’ra ayat 160-191 syarah Ustaz Shamsuri
BERITA NABI LUT AS
Firman Allah
sabda Nabi saw.
Sabda Nabi Lut
as kepada kaumnya, “Larangan liwat adalah suruhan Allah bukan rekaan aku dan dakwahku
ini bukan kerana duit tetapi amanah yang dipertanggungjawabkan kepadaku setelah
dilantik menjadi pesuruh Allah.” Kaumnya mengugut untuk menghalau baginda. Kami
peintahkan Lut dan keluarganya yakni satu akidah supaya mengikut baginda keluar
dari tempat tersebut kerana Kami akan turunkan bencana hujan batu api dari
neraka. Salah seorang dari 2 isteri termasuk
seorang anak Lut yang menolak mengikuti baginda dibinasakan bersama seluruh
kaum Lut yang ingkar. Batu-batu neraka yang
dihujankan itu menembusi isi daging sehingga melubangkan hampir seluruh tubuh
manusia.
BERITA SHUAIB AS
Di sebuah tempat bernama Aikah berdekatan Madyan dan memakan
8 hari perjalanan dari Mesir diduduki kaum Nabi Syuaib as. Sabda Shuaib as,”Marilah
takut kepada Allah kerana Dia Tuhan yang Maha Kuasa. Penyampaian risalahku ini
bukan kerana upah tetapi atas suruhan Allah selaku Rasul yang dilantik oleh
Tuhan kita. Sukat dan Timbanglah dengan betul dalam perniagaan supaya kita
tidak mengambil sesuatu yang bukan hak kita.” Umat Syuaib menipu dalam
perniagaan demi mencari untung berlebihan. Mereka bukan setakat memperkecilkan saranan
dakwah baginda malah langsung tidak mengendahkan larangan tersebut. Umat Syuaib dibinasakan dimulai dengan bencana cuaca panas
yang bahangnya membakar kulit. Kemudian diikuti awan hitam yang disangka tempat
teduh padahal keluar api membakar rentung mereka yang ingkar. Inilah dalil kekuasaan Allah sebagai bukti peringatan kepada
umat akhir zaman. Berita-berita yang Aku bawakan ini sebagai pengubat kedukaan
kamu wahai Muhammad kerana para Nabi zaman sebelum ini juga mengalami nasib
yang sama.
MINTA BERLINDUNG DENGAN ALLAH DARI FITNAH DUNIA AKHIRAT
11-08-04 Sahih Muslim dari A’isyah
ra. Nabi saw selalu berdoa meminta perlindungan Allah dari azab kubur yang
tidak ada manusia yang boleh tahan kesakitan seksanya.
Sahih Muslim dari Abi
hurairah ra sabda Nabi saw. Berdoa minta perlindungan dari 4 perkara iaitu selamat
dari azab neraka, selamat dari azab kubur, selamat dari fitnah dunia akhirat
dan selamat dari kejahatan fitnah dajal.
ALLAH TIDAK ZALIM, MANUSIA YANG MEMBANTAH MENZALIMI DIRI
MEREKA SENDIRI
Pengajian tafsir Nurul Ihsan jilid
3 ms 167 surah As-Syu'a’ra ayat 191-220 syarah Ustaz Shamsuri
Firman Allah sabda Nabi saw,
(26:192-194)Quran dibawa turun melalui malaikat Jibril as
sebagai panduan kehidupan manusia di bumi dan terus ke hati kamu wahai Muhammad.
(26:195)Quran sebagai amaran dan ransangan dalam lisan Arab sebagai perantara
diantaranya Hud, Syuaib, Salleh dan Ismail. (26:196)Tidak beriman dengan Taurat
bererti tidak menerima Nabi Muhammad saw dan menipu diri sendiri seperti yang terjadi
pada para bani Israel. (26:197)Ulama-ulama Taurat mengakui kebenaran Taurat
tetapi menolak Nabi terakhir Muhammad saw. (26:198-199)Bukan setakat bani
Israel, bangsa Arab sendiri menolak kebenaran Quran walaupun diturunkan dalam
bahasa Arab. (26:200)Kami memasukkan kufur dalam hati mereka yang tidak
percaya. (26:201-202)Bagi mereka ini, Kami azab mengejut dengan menimpakan
musibah tanpa disedari. (26:203-204)Ada di antara mereka yang mencabar dan mempersoalkan
supaya menyegerakan azab. (26:205-207)Firman Allah kepada mereka yang sombong
membantah Quran, “Bolehkah kesenangan menolong kamu di akhirat? (26:208-209)Allah
Maha Adil dan tidak zalim, sesiapa membantah, akan dibinasakan, setelah diberi
peluang dihantar para Nabi mengingatkan mereka.” (26-(26:212) Kafir Mekah menuduh Muhammad ini pembawa ajaran sesat yang
dipesongkan oleh syaitan. Firman Allah menjawab persoalan tersebut bagi
membantu kekasihNya yang berdiam diri setelah dituduh. (26:212) Surah Al-Jin, Sebelum Nabi Muhammad saw dilantik
menjadi Nabi, para jin boleh menetap di langit. Tetapi selepas Muhammad diutus,
para jin mengakui apabila hendak mendekati langit, mereka dihujani panahan api
malaikat. Para jin tidak dapat mencuri rahsia langit selepas dibangkitkan
Muhammad saw.
(26:213)“Mustahil Quran itu
diturunkan syaitan kerana Quran itu sendiri menentang syaitan seperti disebut
hambaKu yang berbunyi berlindung dari syaitan yang direjam. Tuduhan itu cukup
karut dan ingatlah mereka yang ingkar ini pasti Aku azab” (26:213) Sahih Muslim sabda Nabi saw. Dengan sekali celupan
neraka, bakal ahli neraka lupa lalu berkata dia tidak pernah merasa nikmat
dunia sedangkan dia merupakan orang kaya mewah ketika hidup di dunia. Dengan sekali celupan syurga, bakal ahli
syurga memberitahu dia tidak pernah hidup susah sedangkan dia ketika di dunia sebelum
itu merupakan fakir miskin. (26:213)Jangan sesekali
apabila percaya Allah, serentak dengan itu berlaku syirik seperti percaya pada
tangkal, tali atau yang berkaitan selain dariNya.
(26:214) Sahih Bukhari Muslim dari Ibnu Abbas sabda Nabi saw
ketika berucap di bukit Safa. Wahai kaum kerabat keluargaku, selepas kita mati,
terdapat azab yang sangat dasyat. Wahai Fatimah binti Muhammad anak ku,
selamatkan dirimu dari api neraka. (26:215) Wahai
Muhammad, rendahkan diri disamping berkasih sayang sesama muslim dan tegas kepada
kafir. (26:216-220) Wahai Muhammad, sebutkanlah kamu telah melepaskan
tanggungjawab dengan menyampaikan pesananKu dan selebihnya bertawakal kepada Allah
Maha Kuasa, Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
TIDAK MEMINTA-MINTA AKAN DIKAYAKAN OLEH ALLAH
08-09-04 Sahih Muttafakun Alai dari Hakim bin Hizam ra sabda Nabi saw. Terima sesuatu dengan penuh kerendahan hati membawa keberkatan. Terima sesuatu tetapi hati menginginkan lagi itu menyebabkan penerimaannya tidak berkat. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.
Sahih Muttafakun Alai dari Hakim bin Hizam ra sabda Nabi saw. Dermawan mesti bermula membantu tanggungan wajib nafkah diikuti ahli keluarga saudara-mara terdekat kemudian barulah di luar ikatan kekeluargaan. Siapa yang tidak meminta, Allah akan jadikannya orang kaya.
MELALAIKAN DARI MENGINGATI ALLAH ITU HARAM
Tafsir Nurul Ihsan jilid 3 ms171 surah Ash-Syu’ara’ Maqiah (diturunkan di Mekah) ayat 221-227
Firman Allah sabda Nabi saw,
Sesungguhnya syaitan turun kepada mereka yang suka bohong dan suka buat dosa. Di antara kawan syaitan ialah dukun. Syair atau apa saja yang membawa kepada kelalaian dari mengingati Allah itu haram. Kecuali penyair atau bidang kesenian penulisan hiburan yang mengingati Allah. Ketika dekat sakaratul maut, saat itulah baru kita tahu samada kita golongan bahagia atau celaka di akhirat.
Setiap hujah kononnya nasyid pelbagai muzik bertali haram mesti menampilkan nas sahih. Kegagalan menampilkan nas sahih atau sekadar daif perlu dibincangkan terdahulu.