Nota Cinta

Tuesday, October 21, 2003

Juz-Ama 99-114

17-9-1993-2003 Pengajian tafsir Muqaddam


RUMAH PERTAMA ALAM AKHIRAT

26 Julai 02 Sahih Muslim Zaid b Sabit ra sabda Nabi saw. Sekiranya seksa kubur didengarkan, manusia takut untuk menyimpan jenazah. Mintalah pada Allah supaya berlindung dari seksa kubur ini. Berlindunglah dari fitnah terang atau tersembunyi. 

MUSAFIR DI DUNIA

17 Jan 03 Sahih Bukhari dari Ibnu Omar sabda Nabi saw. Jadikan diri sebagai musafir sementara di dunia ini. Jangan terlalu yakin akan hidup sehingga petang ke subuh. Ambil kesempatan sementara sihat sebelum sakit untuk cari sesuatu yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.
Ali Imran 3:185 Setiap yang hidup pasti mati. Kejayaan haqiqi ialah dibebaskan dari neraka kemudian masuk ke syurga. Hidup di dunia penuh tipu daya dan kebendaan.
Luqman 31:34 Tiada manusia yang tahu lokasi kematian masing-masing.

TAQWA

21 Feb 03 Sahih AtTirmizi Abi Umamah Al-Bahili ra Nabi saw berkhutbah, sabda Nabi saw. Takutlah pada Allah, solatlah 5 waktu, puasalah bulan Ramadhan, tunaikan zakat harta kamu dan taat pada pemimpin-pemimpin kamu. Kamu akan masuk syurga.
Sahih Muslim Doa Rasulullah saw. "Ya Allah, berilah petunjuk, taqwa, ketahanan diri dari buat dosa dan kaya jiwa padaku." Kaya jiwa ialah tidak cepat marah dan cukup dengan rezeki apa yang ada.
Sahih Muttafakhun Alaigh sabda Nabi saw, paling mulia ialah paling bertaqwa.
Al-Ahzab 33:70 Syarat taqwa jangan langgar hukum Allah.
HR AtTirmizi sabda Nabi saw, jangan tunjuk suka apabila seseorang kena musibah. Hina orang lain akan dibalas hina oleh Allah.


BUAT BAIK JANGAN BUAT JAHAT

18 Mac 03 Sahih Muttafakuhn Alaigh Ali b Hatim ra sabda Nabi saw. Di hari kiamat, setiap manusia bercakap secara langsung dengan Allah tanpa sebarang perantaraan. Takutlah azab neraka Allah dengan bersedekah walaupun setengah buah kurma. Sekiranya tidak mampu, buatlah kebaikan dengan kudrat yang ada. Sekiranya tidak mampu maka jangan buat jahat.
Sahih Muttafakuhn Alaigh sabda Nabi saw. Iman ada pelbagai cabang amal baik. Salah satu keimanan ialah "la ila ha illAllah" dan paling rendah ialah malu buat kejahatan.
Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Salah seorang penghuni syurga semasa dia hidup di dunia adalah seorang muslim yang mematahkan ranting yang boleh mencederakan orang.
Sahih Muslim Jabir ra sabda Nabi saw. Selangkah ke masjid satu pahala.

PAHALA SAMA

15 April 03 Sahih Muslim dari Anaz ra sabda Nabi saw, pahala sedekah kelengkapan perang sama seperti pahala berperang demi Islam. Sahih Muslim sabda Nabi saw, pahala menunggu jaga keluarga muslim dan pahala pergi berperang adalah sama maka cukup sekadar separuh lelaki keluar berperang dan separuh lagi tinggal. Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw, jangan mengeluh kerana rezeki susah payah kerja itu adalah berkat dari menyara adik kamu yang tidak bekerja tetapi belajar ilmu agama Islam itu.


SOLAT SUNAT 2 RAKAAT

10 Mei 03 Sahih Muttafakhun Alaigh dari Abi Hurairah ra, Rasulullah saw bertanya Bilal, apakah amalan yang dilakukan sehingga bunyi tapak kaki Bilal kedengaran di syurga. Amalan tersebut ialah wuduk sempurna kemudian solat sunat 2 rakaat. Sahih Muttafakhun Alaigh dari Abi Qatadah ra sabda Nabi saw, jangan duduk kecuali selepas solat sunat tahyatul masjid 2 rakaat. Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw, simpan solat sunat di rumah selepas solat fardu di masjid.

MESTI REDHA SEGALA UJIAN KERANA SEGALANYA MILIK ALLAH

17 Jun 03 Sahih Muttafakhun Alaigh dari Usamah b Zaid r anhuma sabda Nabi saw, redhalah segala ujian Allah kerana segalanya milik Allah.
HR AtTirmizi Abu Musa ra sabda Nabi saw, ibubapa yang redha dan menyebut Alhamdulillah serta Innalilla hiwa innalillahirojiun setelah kematian anaknya akan disediakan rumah puji-pujian di syurga.
Dari Umi Salamah r anha sabda Nabi saw, hadir ziarah jenazah wajib hanya berkata perkara kebaikan kerana mala'ikat mengaminkan apa yang kita perkatakan.

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT

15 Julai 03 Sahih Muslim, Sabda Nabi saw. Apabila matahari terbit di sebelah Barat, tiada bermakna lagi sekiranya baru mula hendak beramal dan ingin memeluk Islam.

19 Ogos 03 Sahih Muttafakun Alaigh A'isyah r ha sabda Nabi saw, Khatijah isteri pertamaku yang sememangnya tidak dapat ditandingi mana-mana wanita.

SELALULAH DOA UNTUK INGAT ALLAH

16 Sept 03 Sahih Abu Daud Anaz b Malek sabda Nabi saw, sekiranya suka seseorang kerana Allah maka beritahu pada orang tersebut kerana kita akan disayangi Allah.
Sahih Abu Daud & AnNasa'e Muaz b Jabbal ra, sabda Rasulullah saw. Wahai Muaz, aku sayang kamu kerana Allah maka kerana aku sayang kamu, hafazlah doa ini. "Ya Allah, tolong aku supaya aku mengingatiMu dan dapat beribadat sebaik-baiknya kepadaMu."


ISLAM ITU SOLAT 5 WAKTU, PUASA RAMADHAN & ZAKAT BILA MAMPU

21 Okt 03 Sahih Muttafakhn Alaigh Talhah b Ubaidillah ra sabda Nabi saw kepada pemuda kafir yang bertanyakan mengenai Islam, Islam ialah solat 5 waktu, puasa sebulan ramadhan dan zakat bila cukup syarat. Sekiranya jaga rukun tersebut, maka berjaya dunia akhirat.
Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw, puasa Ramadhan dan bangun solat sunat malam mengharapkan keredhaan Allah akan dihapuskan dosa terdahulu.
Sabda Nabi saw, kamu dan harta kamu milik ayah kamu, ayah kamu berhak menentukan hidupmu.

TAFSIR JUZ-AMA

Ash-Sharh/ Al-Insyirah/ Alam Nasyrah 94:1-3 Allah LAPANGKAN DADA Rasulullah saw dengan bantuan petunjuk meringankan beban dakwah yang ditanggung baginda. 
94:4 Allah mengagungkan nama Nabi Muhammad saw.  
94:5-6 Susah dahulu senang kemudian. 
94:7-8 Jangan berhenti dalam beramal. 

Al-Zalzalah 99:1-2 Apabila BUMI DIGONCANG, keluar segala isi bumi.
99:3 Manusia terpegun dengan bencana yang tiada bandingan seperti sebelum ini.
99:4-5 Bumi memberitahu "ini perintah dari Tuhan kamu"
99:6 Manusia dihidupkan semula dengan pelbagai keadaan amalannya semasa hidup di dunia.
99:7-8 Amal baik atau buruk walaupun sebesar zarah akan dikira. Kafir yang melakukan kebaikan tidak diberikan pahala tetapi diringankan azab di neraka.

gambaran sekadar hiasan
Al-Aadiyat 100:1-5 Allah bersumpah demi kuda yang pantas berlari dengan nafas kencang sehingga terbit percikan api di kukunya. Lantas ia meluru masuk ke kawasan musuh menjelang Subuh sehingga debu memenuhi kawasan lariannya.
100:6-8 Sesungguhnya kebanyakan manusia berperangai kufur nikmat, mengetepikan halal haram akibat sangat suka pada harta.
100:9-10 Tidak sedarkah suatu hari bila mati, segala rahsia bakal didedahkan.
100:11 Hendaklah dari sekarang, manusia gentar kerana hari itu ialah hari pembalasan!

Al-Qari'ah 101:
1-3
 BAGAIMANA DASYATNYA KIAMAT?
101:4-5 Kiamat ialah hari runtuh alam dunia dimana manusia yang merasa hebat semasa di dunia tiba-tiba terpegun bodoh seperti kelkatu yang beterbangan.
101:6 Selesai keruntuhan alam dunia, manusia dibangkitkan untuk menerima pembalasan.
101:7 Sabda Rasulullah saw, Orang Islam ialah taqwa iaitu lidahnya tidak cakap sesuka hati menyakiti orang lain. Yang bermasalah ialah yang tidak jaga lidahnya semasa di dunia.
101:8-11 Yang bermasalah ini di Neraka Hawiyah dimana menurut Rasulullah saw (Sahih Bukhari Muslim) Api neraka 69 gandaan lebih panas kepanasan dari api dunia.

At-Takathur 102:1-2 Manusia lalai dengan kesibukan MENGEJAR DUNIA sehingga lupa beramal.
102:3-5 Jangan begitu. Jangan sesekali begitu. Sebenarnya yang dikejar itu hanya bayangan.
102:6-7 Sekiranya kamu tahu kewujudan neraka Jahim ini, kamu tidak akan buat dosa.
102:8 Berhati-hati, setiap sen rezeki yang dapat akan dikira.  Apa saja rezeki yang diterima itu gunakan pada jalan agama.

Al-Asr 103:1 Allah BERSUMPAH DEMI MASA atau demi waktu Asar,
103:2 Sesungguhnya kebanyakan manusia dalam kerugian.
103:3 Kecuali yang beriman dan beramal soleh.

Al-Humazah 104:1 Celaka besar bagi yang pandang rendah orang lain, buka aib orang lain dan menjatuhkan orang lain dengan tujuan kepuasan palsu yang memusnahkan dirinya.
104:2 CELAKA BESAR juga bagi yang MENDAHULUKAN KEBENDAAN DARI ISLAM.
104:3 Lebih celaka bila menyangka harta benda dapat memelihara kesihatan, keselamatan dan dipandang mulia oleh masyarakat.
104:4 Binasalah manusia yang dibutakan hati mereka oleh harta dunia.
104:5 Wahai Muhammad, Apakah dia Neraka Hutamah?
104:6-8 Neraka Hutamah mengandungi api yang berlapis rapat antara satu sama lain sehingga membakar hati orang-orang berdosa kerana kejahatan itu berpunca dari hati.
104:9 Penjara Hutamah ini dibina dengan tiang-tiang yang tiada siapa boleh terlepas.

Al-Fil 105:1-2 Ketika SERANGAN ABHRAHAH dan tenteranya ke atas ka'bah, 13 ekor gajah enggan menuju ke ka'bah.
105:3-4 Dalam keadaan kelam-kabut tersebut, Allah menghantar burung-burung kecil dengan setiap ekor membawa 3 batu kecil dari neraka sijil bermula 1 di paruh dan 2 pada kaki kiri dan kanan untuk dilontar kepada tentera Abrahah.
105:5 Jadilah mereka mati bergelimpangan seperti daun dimakan ulat.

Quraisyh 106:1-2 QURAISYH MEKAH BANGSA PILIHAN dalam pemeliharaan Allah.
106:3-4 Kerana kemuliaan ka'bah, bangsa Quraisyh bebas ancaman dan bebas berniaga meraih rezeki. Maka sebab itu, bangsa Quraisyh wajib memeluk Islam menyembah Allah.

Al-Ma'un 107:1-2 Golongan pertama DUSTAKAN AGAMA ialah tidak suka anak yatim.
107:3 Golongan kedua yang dustakan agama dan disumpah kecelakaan ialah kedekut dengan orang miskin. Bukhari Muslim miskin menurut Rasulullah s.a.w ialah tidak cukup keperluan asas kehidupan dan masyarakat tidak mengetahui kemiskinannya.
107:4-5 Golongan ketiga disumpah kecelakaan ialah sengaja lewatkan waktu solat.
107:6-7 Golongan keempat ialah tidak bayar zakat dan tidak menolong orang yang memerlukan bantuan. 

Al-Kautsar 108:1 Allah limpahkan kebaikan dunia akhirat buat umat Islam.
108:2 Syukurilah nikmat Allah dengan solat dan ibadah kurban.
108:3 Menentang para Rasul, kekal neraka.

Al-Kafirun 109:1-3 Katakan pada kafir, aku tidak sembah apa yang kamu sembah dan apa yang aku sembah kamu tidak sembah.
109:4-5 Tidakku beribadah seperti kamu beribadah yang mempunyai unsur syirik dan tidak kamu beribadah seperti aku beribadah iaitu Islam sembah secara terus pada Allah tanpa sebarang perantaraan.
109:6 Kata putus, tidak boleh berkompromi dalam melibatkan agama kerana bagiku agamaku, bagimu agamamu dan Islam langsung tidak sama dengan mana-mana agama lain.
Ciri-ciri kafir: Kebenaran Quran dan Hadis sengaja dipekakkan telinga dan sengaja dipejamkan mata.
Sahih Bukhari Muslim, sabda Nabi s.a.w. Muslim yang memanggil kafir pada muslim lain sebenarnya mengkafirkan dirinya sendiri.

Al-Nasr 110:1 Apabila datang pertolongan Allah maka kemenangan@tafsir: Menurut Rasulullah saw, Apabila tiba satu peringkat umur.
110:2-3 Ramai memeluk Islam, bertasbih bertaubatlah kerana Allah Maha menerima taubat.@Bersungguh-sungguhlah bersyukur dengan beramal soleh dan bertaubat kerana hampirnya kematian.

Al-Lahab/Al-Massad 111:1-2 Binasalah kafir Abu Lahab termasuk binasa segala amal kebaikannya selaku penghasut fitnah pada dakwah Islam.
111:3-5 Nerakalah tempat yang amat dasyat tidak lupa isterinya, juga seorang ahli pemfitnah.

Al-Ikhlas (1/3 Quran) 112:1 Allah itu Maha Esa 
112:2 Hanya Allah tempat kita bergantung kehendak 
112:3 Allah tidak beranak dan diperanakkan 
112:4 Allah tiada satupun menyerupainya.

Al-Falaq 113:1 Aku berlindung dengan Tuhan yang mencipta waktu Subuh. 
113:2 Minta berlindung dari kejahatan makhluk yang Allah cipta.
113:3 Minta berlindung dengan Allah dari kemungkinan tidak baik dalam waktu malam.
113:4 Minta berlindung dengan Allah dari angkara sihir.
113:5 Minta berlindung dari kejahatan orang yang dengki.
(sunnah baca 3Qul pada tapak tangan dan sapu seluruh tubuh yang berjaya dicapai)

An-Nas 114:1 Aku berlindung dengan Allah pencipta manusia
114:2 Rab (Rububiah-Allah pencipta segalanya depan mata manusia) Ilah (Uluhiah-Hanya Allah penentu undang-undang manusia) 
114:3-5 Dari bisikan tanpa henti syaitan Khannaz yang merosakkan pemikiran manusia dan dari
114:6 Iblis dan syaitan bukan sahaja dikalangan jin tetapi dalam bentuk manusia.

ISTIGHFAR & DOA TAWAKAL kunci pertahanan

AnNur 21 Wahai orang beriman, jangan sekali-kali mengikut bisikan syaitan melakukan larangan Allah kerana ia membawa kepada kecelakaan dunia dan akhirat.
Al-Araf 200 Apabila merasa ajakan syaitan untuk derhaka Allah, segera minta berlindung dari Allah.
Al-Fusilat 36 Sekiranya kebaikan yang dilakukan itu menimbulkan keraguan maka beristighfarlah.


















Monday, October 20, 2003

Peringatan Diri sempena NUZUL QURAN

20-10-03 Surah Taha ayat 124-127
Siapa yang tidak mahu ikut Al-Furqan/Al-Zikr/QuranKu, sesungguhnya hidupnya sempit walaupun pada pandangan kasar kelihatan mewah. Di padang mahsyar, dia kritik Tuhan kenapa matanya buta. Firman Allah "Dahulu kamu lupakanKu, hari ini Aku lupakanmu. Demikian Kami balas orang melampau yang tidak pedulikan Quran, guna nikmatKu tetapi bantahKu. Ini akibatnya tidak beriman dengan Quran yang diturunkan oleh Tuhannya."

Ar-Rad 34 Bagi yang tidak mahu Quran ini, sesungguhnya azab Allah amatlah berat dan tiada siapa dapat menolong.
Al-Waqiah Quran ini amat mulia antara kitab terpelihara hingga kiamat besar. Sekiranya ingin faham Quran maka hendaklah hatinya suci dan bersih dari sifat syirik.

Sekiranya dibacakan perintah Quran. Zahir kelihatan intelektual ada ijazah ada sarjana tetapi dibacakan Quran. Yang haram dilakukannya juga. Kenapa? Kerana dia bukan golongan mutahharun yang suci dari fasik, syirik dan pelbagai negatif.
Dia kata semua Ulama ni pembohong saja. Mereka belajar dari negara-negara Arab yang dah disesatkan barat. Katanya kalau profesor Hamka saya respect. Kita bawa tafsir Quran yang ditafsir prof Hamka, dia tetap tolak juga. Sambutan Maulidul rasul ni kelihatan sayang Nabi s.a.w. hakikatnya bila dibacakan ayat Quran, dia pandang tempat lain dan tidak pedulikannya.

AtTahrim ayat 6 Jaga diri kamu dan pelihara keluarga kamu dari api neraka.
Adakah kita dah penuhi kehendak ayat ni? Bagaimana dengan anak-anak kita?
At Taghabur ayat 14 Isteri dan anak-anak jadi punca ke neraka.
Isteri perlekeh suami, abang ni pangkat lagi tinggi dari jiran sebelah. Tengok apa ada dalam rumahnya.




Tuesday, October 14, 2003

Doa Ubat Rasulullah saw



14-10-03
SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA 

Riwayat Abu Daud, AtTirmizi, AnNasa’i, Ibnu Majah dan lain-lain. Sabda Nabi saw. Setiap ubat ada yang sesuai dan ada yang tidak sesuai dengan sakit tersebut. Sakit yang tidak boleh diubati ialah sakit tua.




DOA RINGKAS GUNA PENAWAR MADU LEBAH UBATI PENYAKIT

Sahih Muslim Bukhari sabda Rasulullah saw kepada seorang sahabat yang asyik berulang alik 4 kali berjumpa Nabi saw kerana sakit perut abangnya semakin menjadi-jadi. “Surah AnNahlu ayat 69, Allah menyebut “fihi syifa ullinaz” madu lebah penawar penyakit dan perut abang kamu yang berbohong.” Akhirnya kali ke 4 diizinkan Allah sembuh.  

JAMPI JIBRIL UBATI NABI

Hasan lagi Sahih ArTirmizi Bacaan Jibril ketika ziarah dan menyembuhkan Nabi saw yang sedang sakit. “Bizmillahi arqi’ wallahu yashfiq.” Dengan nama Allah aku jampi engkau kerana Allah sahaja yang menyembuh engkau.

JAMPIAN NABI SAW UNTUK RAWAT PENYAKIT

Sahih AtTirmizi, Anaz bin Malek ra menjampi pesakit dengan jampian Rasulullah saw Allahumma rabbannaz muzhibalba’ ashfi anta syafi la shafi illa anta shifa an la yughadiru saqaman.” Wahai Tuhanku yang memulihkan lagi menghilang kesakitan manusia. Sembuhkanlah penyakit kerana Engkau Tuhan yang menyembuhkan, tiada yang menyembuhkan melainkan Engkau yang menyembuhkan sakit itu.  

Ikatan Syaitan

BUKA 3 IKATAN SYAITAN AGAR CERGAS BANGUN SUBUH

14-10-03 Sahih Muttafakun Alai dari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Syaitan melakukan 3 ikatan agar manusia terus tidur keletihan sehingga melepasi waktu Subuh. Sebutan "Allah" ketika terbangun tengah malam meleraikan 1 ikatan, diikuti wuduk meleraikan ikatan ke-2 dan seterusnya solat sunat tengah malam bagi meleraikan ikatan ke-3. Apabila manusia berjaya meleraikan 3 ikatan syaitan tersebut, tubuhnya akan lebih cergas, rajin dan sangat bertenaga. 
Sahih Muttafakun Alai dari Ibnu Mas’ud ra sabda Nabi saw. Syaitan kencing pada 2 lubang telinga manusia supaya sukar bangun pagi.
Sahih Muttafakun Alai dari Abdullah bin Amru bin Al-Az sabda Nabi saw. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 

Tuesday, September 30, 2003

Az Zukhruf 1-89 Perhiasan

JANGAN MAKAN MINUM BERDIRI KECUALI TERPAKSA

3 Sept 03 Sahih Muslim Anaz b Malek ra, Nabi saw larang minum sambil berdiri. Makan berdiri lebih-lebih lagi ditegah. Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan sesekali minum sambil berdiri. 

HR AtTirmizi Ibnu Omar r anhuma, para sahabat biasa minum berdiri dan berjalan. Nabi saw juga pernah minum berdiri. Ibnu Abbas r anhuma sabda Nabi saw. Jangan minum sepertimana unta minum sekali teguk. Biarlah tegukan sedikit demi sedikit sebagai adab. Bismillah sebelum minum. Alhamdulillah selepas minum.

           JANGAN NILAI SESEORANG YANG KITA TIDAK TAHU ISI HATINYA

1 Okt 03 Sahih Muttafakuhn Alaigh Al-Miqdad b Al-Aswad ra sabda Nabi saw. Jangan bunuh musuh kafir yang mengucap kalimah syahadah kerana sekiranya dilakukan, hukuman qisas balas bunuh dijalankan kerana yang dibunuh itu muslim bukan lagi kafir. 

Sahih Muttafakuhn Alaigh Usamah b Zaid b Harithah r anhuma. Usamah menyesali perbuatannya kerana Nabi saw tidak berhenti mengulangi soalan "benarkah kamu bunuh musuh yang mengucap kalimah syahadah?" Balas Usamah, "ya, dia mengucap syahadah kerana takut pedangku. Nabi saw marah. "Adakah kamu tahu hatinya ikhlas mengucap kalimah syahadah atau tidak?"


Az-Zukhruf (perhiasan)

43:1-2 Allah bersumpah demi Al-Quran @kitab kebenaran
43:3 Kami turunkan Quran dalam bahasa arab agar kaum Arab mudah faham.
43:4 Quran terpelihara di Luh Mahfuz 30 juzuk dan ia sangat tinggi di sisi Allah sekaligus memansuhkan Taurat, Injil, Zabur dan seluruh kitab terdahulu.
43:5 Perlukah Aku hentikan penurunan Quran akibat sikap manusia yang tidak pedulikan halal haram? 
43:6-7 Setiap Nabi yang Aku turunkan pasti akan dipermain-mainkan kaumnya.
43:8 Sudah banyak kaum-kaum yang lebih hebat mudah Aku musnahkan, inikan pula kaum Arab.
43:9-12 Kaum kafir yang apabila ditanya siapakah yang mencipta alam semesta ini pasti mereka akan menyebut Allah iaitu pencipta langit dan bumi serta sekalian makhluk.

43:13-14 Para Nabi diutus untuk memberi ingatan pada makhluk ciptaaNya agar semuanya bersyukur dan kepada Allah segalanya kembali. 

43:15-17 Sesetengah Kafir mengatakan mala'ikat itu anak perempuan Allah.
43:18-21 Bagi mereka ini, seksaan di neraka. Ini kerana mereka tiada di lokasi sewaktu kejadian mala'ikat dan tiada kitab mengatakan malaikat adalah anak perempuan Allah.  
43:22 Kaum kafir yang tewas berhujah mengakui mereka hanya ikut agama nenek moyang mereka.
43:23 Mereka diberi pilihan samada mengikut Quran Hadis atau kekal dengan ikutan nenek moyang.
43:24-25 Kesudahan mereka yang berdegil dengan agama ikutan nenek moyang mereka ini adalah seksa neraka. 
43:26-29 Bapa Nabi Ibrahim as juga memilih agama ikutan nenek moyang mereka dan menentang Nabi Ibrahim as. Ramai keturunan anak cucu Ibrahim ini tetap Kami lantik menjadi Nabi. 
43:30-32 Apabila Quran disampaikan, kafir Mekah menuduh ia sihir malah perlantikan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul juga dipertikai oleh golongan kaya kafir Quraisyh. 

43:33-35 Dunia ini tiada nilai di sisi Allah, sekiranya Allah mahukan seluruh manusia menjadi kufur, mudah bagiNya. Manusia berbangga dengan kemewahan kediaman buatan emas dan perak mereka, hakikatnya itu semua adalah pemberian anugerah dari Allah. 
43:36 Meninggalkan bacaan Quran dan zikrullah memudahkan tipu daya syaitan. 
43:37 Mereka menyangka dapat hidayah sedangkan mereka dalam kesesatan yang dipandu syaitan. 
43:38-39 Di akhirat, Allah berkata kepada ahli neraka yang sedang memarahi syaitan, "tiada gunanya taubat di akhirat kerana ini hari pembalasan. Dahulu semasa di dunia, kamu berkata Quran Hadis tidak sesuai dengan peredaran zaman moden, kamu kata Muhammad itu manusia biasa sedangkan Nabi saw itu maksum."
43:40 Manusia yang buta hati tidak akan dapat hidayah. 
43:41-42 Wahai Muhammad, Kami akan azab mereka yang menentang kamu di depan mata kamu. Sekiranya Kami wafatkan kamu wahai Muhammad, musuh kamu yang terlepas hukuman di dunia ini tetap tidak akan terlepas dari azab Kami di akhirat. 
43:43-44 Taatlah Quran kerana ia akan ditanya di akhirat. Apakah manusia beramal dengan isi kandung perlembagaannya atau sekadar dinasyid. 
43:45 Ketika malam Isra'Mi'raj di Baitulmaqdiz, Nabi Muhammad saw mengimamkan para Rasul 3 saf diikuti 4 saf para Anbia di belakang. Di belakang Rasulullah saw ialah Nabi Ibrahim as dan kanan Ibrahim, ialah Nabi Ismail as dan kiri Ibrtahim pula ialah Nabi Ishak as. Diikuti Nabi Adam sehingga Isa pada saf seterusnya. "Wahai Muhammad, tanya semua Rasul bermula Adam sehingga Isa, adakah Aku syariatkan sembah yang lain selain dari Aku?" Mereka semua menjawab sebelum kamu hidup wahai Muhammad, kami semua telah diberitahu oleh Allah akan kewujudan kamu dan kamu ialah utusan Allah yang terakhir!


MUSA VS FIRAUN (zukruf 43-56)

43:46-47 Di zaman kegemilangan sihir, FirAun telah menubuhkan sebuah pusat akademi gergasi menghimpunkan para ahli sihir dari seluruh pelusuk dunia. Mereka yang berkemahiran tinggi diberi kehidupan mewah. Ketika Nabi Musa as diutus Allah untuk berdakwah kepada FirAun, Musa membuktikan kekuasaan Allah melalui sinaran cahaya pada tangannya. Baginda Nabi Musa as kemudian dibawa ke dewan pertarungan yang dipenuhi tukang sihir FirAun. Di kala, ular-ular tukang sihir mengerumuni Musa, tongkat Musa tiba-tiba bertukar menjadi ular besar yang menelan setiap ekor ular dari tukang-tukang sihir Fir Aun. 
43:48-50 Rentetan dari kejadian itu, separuh ahli sihir FirAun bertaubat dan separuh lagi masih mengatakan mukjizat Musa itu adalah sihir yang cukup dasyat. Selepas peristiwa pertarungan itu (Surah Al-Araf) Allah turunkan bencana alam kepada kaum FirAun melalui banjir besar, belalang pemusnah tanaman, kutu perosak tanaman, katak-katak yang memenuhi seluruh pelusuk ruang rumah dan kemudahan air yang bertukar menjadi darah. Akhirnya, kaum FirAun merayu kepada Nabi Musa as agar baginda Musa as memohon kepada Allah supaya menarik balik bencana tersebut. Setelah sekian lama, keadaan kembali aman, mereka masih berdegil mengingkari perintah Allah. 
43:51-54 FirAun dan bala tenteranya berjaya mempengaruhi sebahagian besar masyarakat setempat agar menentang Musa. 
43:55-56 Setelah sekian lama Nabi Musa as dan rombongan baginda dikejar. FirAun dan para pengikutnya akhirnya mati lemas ditenggelamkan oleh Allah ke dasar laut sebagai pengajaran buat umat manusia di seluruh dunia hari ini. 


07-01-04 Zukhruf 57-73 ms 54 tafsir Nurul Ihsan syarah Ust Shamsuri

SEKSA PALING RINGAN DIRASAKAN PALING TERUK DI NERAKA

Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi sawPenghuni  neraka yang disiksa paling ringan merasakan dirinya diseksa paling teruk.  Sahih Muslim sabda Nabi saw. Api neraka menyambar mengikut peringkat dosa samada paras buku lali, betis, pinggang dan paras leher.

MISI NABI ISA AS MENDAULATKAN AL-QURAN DAN SUNNAH MUHAMMAD SAW

43:57)Sabda Nabi saw kepada kafir Quraisyh, apa yang disembah selain Allah termasuk penyembahnya akan masuk ke neraka.  
58)Mereka mempersenda, “Kalau begitu, Kristian dan Isa masuk neraka sebab yang disembah masuk neraka.” 
59)Keajaiban Isa Al-Masih ketika bayi baru lahir boleh bercakap itu tanda kekuasaan Allah. 
60)Kalau Allah berkehendak, dunia ini hanya dihuni malaikat. 
61)Misi Isa akhir zaman ialah membunuh dajal 
62)Jangan ragu-ragu kedatangan Isa 
63)Islam jalan lurus 
64)Syaitan musuh nyata 
65)Bani Israel yang sibuk membincangkan status Nabi Isa as di akhir zaman tidak sedar bahawa mereka bakal menjadi penghuni neraka.  
66)Manusia boleh mati dalam penyesalan ketika sedang sibuk dengan urusan dunia.
67)Seperti dua orang rakan yang mati ketika sedang asyik berseronok di jalan maksiat 
68)Mereka saling menyalahi antara satu sama lain apabila berada di neraka 
69)Kecuali kawan karib yang berpegang atas jalan Al-Quran dan Hadis baginda Rasulullah saw. 
70)Mereka ini ke syurga 
71)disamping dikelilingi 70’000 pelayan syurga untuk setiap seorang ahli syurga 
72-73)disamping dikurniakan Allah dengan kemewahan, kegembiraan dan kesedapan yang tiada jangkauan akal fikiran manusia hari ini. 
03-03-04 Zukhruf 74-89 ms 56 tafsir Nurul Ihsan jilid 4 syarah Ust Shamsuri

QARIN, BALA TENTERA SYAITAN, PERGADUHAN, 

HURU-HARA, PERPECAHAN, PERCERAIAN

gambar hiasan kredit Castle Age
Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw. Syaitan putus asa mengajak muslim menyembah selain Allah tetapi akan tetap berusaha supaya muslim saling bermusuhan sesama sendiri. Ibu pejabat Iblis di tengah lautan menghantar bala tenteranya ke seluruh pelusuk dunia untuk mempengaruhi hati dan fikiran manusia. Kejayaan paling membanggakan ialah pergaduhan sesama muslim termasuk perceraian suami isteri.
Sahih Muslim dari Abdillah bin Mas’Ud ra sabda Nabi saw. Setiap manusia diwakilkan qarin iblis syaitan dari spesis jin termasuk para Nabi. Qarin Iblis syaitan yang cuba merosakkan aku itu dikawal dan diislamkan oleh Allah.  Sahih Muslim dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Setiap manusia ada syaitan kecuali aku kerana Allah mengislamkan qarinku. 

RAYUAN AHLI NERAKA 

43:74)Kafir kekal neraka 
75)Penghuni neraka merayu malaikat Zabaniah supaya mereka dimatikan kerana tidak tahan
76)Memilih ingkar Allah itu menzalimi diri sendiri 77)Permohonan tersebut tidak dilayan 
78)Akibat semasa di dunia tidak menghiraukan perintah Allah dan Nabi Muhammad saw.
79)Kami tahu perancangan membunuh Nabi Kami dan perlu diingat, Kami juga pemelihara Nabi Kami 
80)Setiap manusia ada malaikat rakib dan atib pencatat setiap perilaku
81)Kalau betul Tuhan ada anak seperti dakwaan Kristian, maka aku Muhammad saw sudah tentu menyembah anak Tuhan 
82)tetapi Allah itu tiada anak 
83)Di akhirat ternyata salah dakwaan Kristian itu 
84)Kaabah simbol perpaduan Islam dan muslim tidak menyembah kaabah. Muslim hanya menyembah Maha Suci Allah. 
85)Semua yang ada kepunyaan Allah dan Allah saja yang tahu tarikh kematian setiap manusia dan tarikh berlakunya kiamat besar. 
86)Syarat pertolongan oleh para Nabi dan para peroleh syafaat ialah mengucap syahadah untuk umat sebelum kelahiran Muhammad saw dan umat akhir zaman yang mengucap 2 kalimah syahadah 
87)Nabi Isa tiada kaitan kekal neraka bersama penganut Kristian 
88)Mereka tahu Al-Quran dan Allah tetapi sengaja tidak beriman 
89)Jangan kecewa sekiranya dakwah tidak berjaya kerana Hidayah itu milik Allah. 

Saturday, September 20, 2003

Cara Tegur

CARA MENEGUR BUKAN KASAR OLEH NABI SAW YANG BIJAK
20-9-03 

Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra.


Ketika seorang Badwi yang sedang kencing ke pinggir masjid, para sahabat marah dan bingkas bangun untuk mengajar Badwi tersebut tetapi dihalang Rasulullah saw sambil bersabda.  Biarkan dia kerana dari terkena banyak tempat lebih baik hanya satu tempat. Selepas selesai Badwi tersebut kencing, Nabi saw meminta sahabat mengambil satu timba air untuk dituang ke atas najis Badwi tersebut. Sabda Nabi saw selepas itu. Ambil yang mudah dan jangan susahkan. Islam langsung tak susahkan penganutnya. Sekiranya mengambil tindakan ke atas kemudaratan, pilih yang ringan mudarat.

Monday, September 15, 2003

Al-Baqarah 92-227

KUDA TERBANG MELINTASI NERAKA


Abi Hurairah ra. Ketika Rasulullah s.a.w. yang menaiki Buraq atau tunggangan kelihatan seperti kuda terbang bersama mala’ikat Jibril, mereka singgah di sebuah lembah. Jibril memberitahu itu bunyi suara neraka jahanam yang meminta pada Allah supaya disegerakan penghuninya. Allah memberitahu akan menjadi ahli neraka mana-mana yang hodoh perangai, angkuh, busuk hati dan tidak percaya hari kiamat. Neraka redha dengan jawapan Allah.

Abi Said Al-Qudri, Amaran Rasulullah s.a.w. Penghuni neraka dikalangan manusia dipaksa menaiki Bukit Sa’ud atau bukit api dimana kaki yang menyentuhnya segera hangus kemudian setelah sembuh seperti sedia kala, manusia dipaksa lagi. Keadaan ini berterusan selama 70 tahun kiraan akhirat bersamaan 70’000 tahun dunia.

PAHALA BERDASARKAN NIAT

20 Jan 03 Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Wahai yazid, pahala diberi berdasarkan niat walaupun duit sedekah itu dipulangkan pada anak kamu dan duit tersebut jadi hak anak kamu.

SEDEKAH SELEPAS KEWAJIPAN

Sahih Muttafakun Alaigh sabda Nabi saw pada Saad Abi Waqaz, sedekah selepas memenuhi kewajipan keperluan anak isteri.


MENGHAPUS DOSA

17 feb 03 HR AtTirmizi Abi Zar & Muaz b Jabbal r anhuma sabda Nabi saw. Buatlah kebaikan kerana kebaikan boleh hapuskan dosa. Pastikan akhlak baik bila bergaul.

Orang baik ialah bertaubat, beriman dan beramal baik akan diganti dosa dengan kebaikan-Allah

HR AtTirmizi Ibnu Abbas sabda Nabi saw. Pelihara Allah dengan jaga perintahNya dan laranganNya, maka Allah pelihara kamu dari kejahatan orang lain. Mintalah pada Allah bukan minta pada manusia. Seluruh manusia tidak dapat beri manfaat pada kamu kecuali dengan izin Allah.

ERTI SEDEKAH

17 Mac 03 Sahih Muttafakhun Alaigh Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Muslim mesti sedekah setiap hari. Sedekah bukan setakat derma duit tetapi sedekah juga seperti cakap elok, tolong angkat barang, melangkah ke tempat baik dan mengalihkan paku dari tengah jalan.

Sahih Muttafakhun Alaigh Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Wahai wanita-wanita Islam, jangan mengata jiran yang memberi sesuatu walaupun hanya sebelah kaki kambing.

Sekiranya kita habis mengaji Quran dan Hadis ni tiada ayat Quran Hadis membenarkan sesuatu yg menyakitkan menegnakan fitnah yg menjadi amalan budaya masyarakat kita. Yang menilai itu ialah Allah pemilik keredhaan dan pemilik syurga bukan manusia.
2:115 Setiap kebaikan dinilai Allah Al-Zalzalah 7 Setiap amal kebaikan walaupun sebesar zarah maka kebaikan untuknya Al-Jatsiah 15 Pahala untuk yang melakukan kebaikan. 
pengajaran: Sekiranya kita mengutip pendapat manusia, satu pun kita tak boleh buat. Allah penilai bukan manusia.

DOA TIDAK MAKBUL

21 April 03 Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah menerima doa selagi mana hamba tersebut tidak minta doa tidak baik dan terburu-buru iaitu putus asa setelah banyak kali berdoa tetapi masih tiada hasil.
HR Imam Ahmad Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Doa dimakbul dengan syarat tidak melibatkan doa perkara tidak baik. Sekiranya doa tidak dimakbul di dunia, kebaikan digandakan di akhirat atau dipalingkan musibah dari kena pada yang berdoa.
Sahih Bukhari Nuqman b Bashir ra sabda Nabi saw. 2 golongan satu menaikkan Islam dan satu buat kemungkaran, sekiranya tidak dijaga maka musnah semuanya termasuk doa tidak dimakbulkan.

JIHAD FISABILILLAH

19 Mei 03 Sahih Muslim Abu Qatadah ra sabda Nabi saw. Beriman tapi tiada semangat jihad pada jalan Allah akan mengundang kebinasaan diri. Jihad fisabilillah dengan sabar, harap redha Allah, mara tanpa berundur serta tidak berhutang akan mendapat keampunan dosa dari Allah.

MUFLIS DALAM ISLAM

Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Muflis dalam Islam ialah pahalanya ditolak oleh dosa mulut dan perbuatan sehingga dicampak ke neraka.

LELAKI SEMPURNA IMAN
16 Jun 03 HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Sempurna iman ialah akhlak baik. Sebaik-baik lelaki ialah yang baik pada isterinya.

DOA MALA'IKAT SETIAP PAGI 

21 Julai 03 Sahih Muttafakhun Alaigh Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Setiap pagi, 2 mala'ikat turun berdoa, seorang berdoa agar gantikan yang disedekah hamba tersebut dengan yang lebih baik. Seorang lagi mendoakan kebinasaan pada yang kedekut.

BELANJA HARTA KELUARGA LEBIH BAIK DARI INFAK HARTA JALAN ALLAH 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Sedekah belanja yang paling besar pada jalan Allah ialah belanja keluarga.

BACA BIZMILLAH MAKAN TANGAN KANAN 

Sahih Muttafakuhn Alaigh Omar b Abu Salamah ra. Rasulullah s.a.w. mengajarku makan dengan tangan kanan dan bizmillah sebelum makan. Dari kecil hingga dewasa aku sentiasa amalkannya.

MANUSIA IBARAT PENGEMBALA 

Sahih Muttafakuhn Alaigh sabda Nabi saw. Manusia ibarat pengembala. Seorang lelaki bertanggungjawab pada anak isteri. Setiap amanah akan ditanya Allah di akhirat. (anak-anak tidak solat, tidak pandai mengaji Quran atau rosak akhlak -segalanya ditanya Allah) Seorang wanita bertanggungjawab dalam soal kerja dalam rumahtangga. Pekerja bertanggungjawab pada harta tuannya.

MAKI IBUBAPA ORANG LAIN IALAH MAKI IBUBAPA SENDIRI

18 Ogos 03 Sahih Muttafakuhn Alaigh Abdillah Amru Al-Az sabda Nabi saw. Antara dosa besar ialah seorang maki ibubapa orang lain hakikatnya dosa derhakanya sama seperti dia maki ibubapanya sendiri.

Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Antara dosa besar ialah 
1. Syirik dengan Allah iaitu percaya Allah kemudian percaya sesuatu yang berkuasa selain Allah. 
2. Derhaka ibubapa. 
3. Bunuh orang atau bunuh diri.  
4. Sengaja sumpah bohong. 

Sahih Muttafakuhn Alaighh Abi Bakrah ra sabda Nabi saw. Antara dosa besar ialah
1. Syirik dengan Allah. 
2. Derhaka ibubapa.
3. Cakap bohong 
4. Saksi palsu  

ISLAM MESTI PRAKTIKAL

15 Sept 03 Sahih Abu Daud AtTirmizi AnNasa'e dari Abi Bakar As Siddiq ra sabda Nabi saw, Al-Ma'idah 5:105 Betulkan diri dari asyik jaga tepi kain orang kerana jaga diri akan tidak mudah dikelirukan atau disesatkan. Tetapi jangan biarkan kemungkaran berlaku kerana bala Allah kena semuanya.

ISI PERUT TERBURAI 

Sahih Muttafakhun Alaigh Usamah b Zaid b Haritah ra sabda Nabi saw. Jangan menyeru kebaikan tetapi diri sendiri sebaliknya kerana di neraka, dirinya akan dikisar hingga isi perutnya terburai.
As Saf 61:2-3 Semua yang mengaku Islam akan ditanya di akhirat, kenapa sekadar bercakap kerana sesungguhnya Allah sangat murka pada yang hanya sekadar bercakap tetapi tidak beramal.

RAHMAT ALLAH UNTUK YANG SOLAT

20 Okt 03 Sahih Abu Daud Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah akan memberikan rahmat pada suami atau isteri yang bangun mengajak pasangannya solat sunat tahajud.
Sahih Muslim sabda Nabi saw, tidur dulu sehingga bersedia untuk beribadah.

21 Okt 02 Sahih Muttafakuhn Alaigh Ibnu Abbas ra. Nabi saw manusia paling pemurah bersedekah lebih-lebih lagi apabila baginda bertadarus Quran bersama mala'ikat Jibril setiap malam Ramadhan. 

Sahih Bukhari Abu Sirwa'ah ra. Setelah selesai solat Asar, Nabi saw tidak selesa sekiranya ada barang berharga di rumah baginda, maka baginda bergegas balik rumah untuk sedekahkan pada yang miskin. 

Pengajian kitab Nurul Ihsan ms 29 ayat 92 Al-Baqarah 21-01-02
QS 2:92 Sepeninggalan Nabi Musa as bermunajat untuk menerima taurat di bukit Tursina atas perintah Allah, Musa AsSamiri menempa patung lembu emas sehingga disembah para pengikut Musa yang terpedaya. 
2:93 Sekembalinya Nabi Musa as, Allah mengarahkan malaikatNya mengangkat bukit Tursina untuk menghempas kepala bani Israel. Bani Israel takut lalu akur perintah Allah tetapi di hati mereka telah sebati dengan sembahan berhala lembu emas. 
2:94 Sekiranya syurga hak Yahudi, kenapa masih takut pada mati? 
2:95 Sebenarnya, mereka takut ke neraka akibat menolak Nabi Muhamamd saw sebagai Nabi akhir zaman seperti tertulis dalam taurat.  
2:96 Sabda Nabi saw, antara tanda jelas jahat manusia seperti yahudi ialah ego hatinya keras, air matanya susah mengalir, tamak harta dan banyak angan-angan. 
2:97 Yahudi menolak Jibril dan menerima Mikail kerana mala'ikat Mikail pembawa rezeki tetapi Allah memberi amaran sesiapa musuh Jibril maka dia musuh Allah. 
2:98 Allah memberi peringatan pada Bani Israel atau Yahudi dan seterusnya umat akhir zaman barangsiapa melawan salah satu isi kandung Al-Quran maka kafir akan ia. 
2:99 Tidak percaya Quran itu fasik. 
2:100 Tolak Quran dan mengekali taurat itu salah di sisi Allah. 
2:101 Kafir terima Muhammad manusia mulia tetapi bila Muhammad dilantik menjadi Rasul pembawa Quran, mereka menolak. 
2:101 Syaitan hasut yahudi, sekiranya Muhammad mengatakan dia nabi maka dia pun penyihir seperti Sulaiman kerana kitab Sulaiman ialah kitab sihir.
2:102 Hakikatnya, musuh sebenar ialah syaitan bukan Muhammad kerana kitab Sulaiman itu telah dimasukkan 2 baris ayat sihir pada setiap baris ayat kitab Sulaiman.  Rentetan peristiwa itu, Allah mengutus mala’ikat Harut dan Marut untuk memberi peringatan bahawa imu sihir yang dibawa mereka adalah ujian Allah dan siapa amal sihir sebenarnya memilih kesengsaraan akhirat.
2:103 Manusia sekiranya faham, tidak akan memilih neraka sebaliknya memilih Quran Hadis.

2:115 Setiap kebaikan dinilai Allah Al-Zalzalah 7 Kebaikan untuknya Al-Jatsiah 15 Pahala untuknya. 

2:148 Baitulmaqdiz itu qiblat yahudi. Dimana tempat mati disitu tempat pengebumian kerana dimana saja mati berhimpun di satu tempat di akhirat. Mati di mana pun balasan baik tetap pada yang beramal baik dan sebaliknya. Tiada kuasa boleh melemahkan kuasa Allah.
2:149 Di mana saja sibuk macamana sekalipun wajib solat berkiblatkan masjidil haram di Mekah. Tiada manusia terlepas mahkamah akhirat. 
2:150 Jangan terpengaruh dengan mereka yang membantah maka duduklah atas landasan kebenaran.  
2:151 Sempurna Islam ialah dapat memahami kandungan Quran Hadis. Nabi saw bersihkan hati masyarakat Arab sebelum mendidik Islam.
2:152 Syukur dengan patuh undang-undang Allah dan jangan derhaka buat maksiat.  
2:153 Sabar ujian, sabar berzikir dan sabar menunaikan solat fardu kerana Allah beserta dengan orang yang sabar.   
2:154 Syahid bukan sekadar mati tapi sebenarnya ia kehidupan kekal yang indah. 
2:155 Allah menguji mukmin dengan musibah takut pada musuh, kesakitan, kelaparan dan kemiskinan. 
2:156-157 Sabar musibah dengan ucaptama "Innalilla hiwa innalilla hirojiun / kami milik Allah kepada Allah kami kembali" akan dijanjikan syurga kerana keampunan dari Allah.
2:158 Mengerjakan Sa'e Safa Marwah 7 kali dengan kerelaan hati diganjarkan pahala.
2:159 Sembunyikan dan menafikan hukum ketetapan Allah akan dilaknat Allah.
2:160 Maka bertaubatlah sekiranya terlanjur kerana Allah Maha menerima taubat.
2:161-2 Sekiranya tetap bantah maka jatuh kafir dan mati kafir kekal neraka.
2:163 Allah Tuhan yang Esa Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
2:164 Allah pencipta peredaran awan, langit yang tidak bertiang, pertukaran siang malam, turunnya air hujan, pelbagai hidupan makhluk binatang dan jenis tumbuh-tumbuhan yang unik.
2:165 Sekiranya diperlihatkan seksaan akhirat nescaya seluruhnya tidak syirik.
PEMIMPIN SESAT DISANGKA BENAR
2:166-7 Di neraka, pemimpin yang disangka benar tidak mengaku menyesatkan pengikutnya, manakala pengikutnya penuh penyesalan kekal neraka.
MAKAN YANG HARAM 
2:168 Sabda Nabi saw, sesuap benda haram 40 hari Allah tidak terima amalnya. Daging yang terbentuk dari sumber haram maka neraka saja layak baginya.
2:169 Jangan keliru sesungguhnya syaitan itu musuh nyata.
ALLAH AMAT MARAH DAN MENGECAM ORANG JAHIL 
2:270 Mereka berkata,"tok nenek kami orang tua-tua kami buat lama dah, kenapa nak ikut yang Islam cakap ni," Allah tanya pula," Besar sangatkah orang tua-tua kamu kata sehingga kamu menolak apa yang Aku perintahkan? 
2:271 Beritahu orang jahil sebegini ia umpama beritahu pada binatang yang buta pekak tuli.  
2:272 Makanlah yang halal dan syukur ke atas rezeki tersebut.
2:273 Haram makan bangkai, daging babi dan binatang yang mati tidak sebab sembelih kecuali darurat.
TAFSIR AMBIL PENGAJARAN DARI LAFAZ UMUM WALAUPUN AYAT DITUJUKAN PADA PIHAK TERTENTU.  Jangan jawapan menyembunyikan hukum seperti hudud ni sebenarnya tengok keadaan....Jangan! jawapan tersebut menyembunyikan hukum. Hudud hak Allah maka wajib dilaksanakan. Allah menyuruh ceritakan yang sebenar. Atas kapasiti individu tidak boleh dijalankan hanya pemerintah.
2:174-75 Sembunyikan hukum Allah akan menyebabkan mati kekufuran tidak sempat bertaubat. 
2:176 Mereka yang mendapat hidayah ini ditukar menjadi kesesatan.
2:177 Amal segala hukum Allah tanpa persoal itu adalah ketaatan dan kebaikan yang sebenar.
2:178 Qisas hukum balas kadar adil wajib dijalankan seperti dibutakan mata balas dibutakan mata, bunuh senjata tajam dibalas bunuh senjata tajam dan keluarga si mati boleh memaafkan sekiranya keluarga si mati berkehendak.
2:179 Sesunguhnya perlaksanaan hukuman ini adalah jaminan keamanan dari Allah.
2:180 Ayat wasiat ini dimansuhkan apabila turun ayat pusaka.
2:181-182 Sekiranya wasiat kelihatan seperti diubah, pihak mengetahui wajib membetulkannya, sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun bagi mereka yang di atas jalan kebenaran. 
2:183-184 Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw. Berkahwinlah sekiranya mampu, sekiranya tidak maka berpuasa kerana puasa perisai melakukan maksiat. Diharuskan berbuka puasa wajib Ramadhan sekiranya musafir dan sakit. Sekiranya tidak mampu puasa ganti maka bayar kafarah 1 hari bersamaan menyara makan 1 hari seorang miskin.
2:185 Quran diturunkan 30 juzuk dari luh mahfuz ke langit dunia pada malam Lailatul-Qadar selama 17 hari Ramadhan bertujuan menjadi petunjuk isyarat untuk hidayahkan manusia dari kesesatan membezakan yang hak dari yang batil. Dari langit dunia diturunkan oleh mala'ikat Jibril pada Nabi Muhammad s.a.w. selama 23 tahun melengkapi 30 juzuk di hari Nuzul Quran. Selepas genap puasa sebulan Ramadhan, maka sambutlah dengan bertakbir membesarkan Allah sebagai tanda syukur.
2:186 Allah Maha Mendengar maka adab berdoa nada suara perlahan penuh tawadduk. Taat perintahKu dan beriman padaKu. Mudah-mudahan dengan taat beriman itu mendekatkan hidayahKu.
2:187 Halal hubungan suami isteri selepas berbuka puasa sehingga subuh. Memelihara hukum Allah adalah menghormati Allah.
2:188 Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Muflis dalam Islam ialah pahalanya ditolak oleh dosa mulut fitnah dan ambil yang bukan haknya sehingga dicampak ke neraka.
2:189 Diciptakan bulan sebagai kalendar untuk musim haji, musim menuai tanaman, idah cerai dan lain-lain.
2:190 Kebajikan itu ialah takut pada Allah. Jangan cari musuh.
2:191 Sekiranya ditakdirkan jumpa musuh maka berperang. Fitnah dari mulut itu lebih teruk dari membunuh. Sahih Muslim Abu Qatadah ra sabda Nabi saw. Beriman tapi tiada semangat jihad pada jalan Allah akan mengundang kebinasaan diri. Jihad fisabilillah dengan sabar, harap redha Allah, mara tanpa berundur serta tidak berhutang akan mendapat keampunan dosa dari Allah.
2:192-93 Sekiranya musuh bertaubat memeluk Islam maka tawakal terima mereka. (Kuliah 19Mei03)
2:194 Sekiranya sengaja diserang dalam ihram dalam bulan haram, maka dibenarkan serangan balas. Qisas  ialah balas dengan setimpal tanpa berlebih. 
2:195 Teruskan pada jalan Allah kerana meninggalkan perjuangan Islam itu satu kebinasaan.
2:196 Mesti sembelihan sebelum bercukur tahalul kecuali sekiranya ada kemudaratan kulit kepala maka boleh bercukur dahulu sebelum menyembelih. Sebaik-baik dam haji tamattuq ialah sembelihan pada hari raya kurban 10 Zulhijjah selepas melontar jamratul aqabah. Wajib puasa 3 hari pada hari ke-5 niat ihram dan puasa pada 6,7,8 sebelum menunaikan haji. Lebihan 7 hari boleh berpuasa balik di negeri masing-masing sehingga cukup 10 bagi haji Tamattuq dan Qiran. Bagi penduduk Mekah, lakukan haji Ifrad. Taqwa ialah takut pada Allah dan tidak buat larangan Allah.
2:197 Setelah niat hendak mengerjakan haji, dilarang bersetubuh, buat maksiat, tidak tutup aurat dan perkara-perkara fasik yang lain. Sediakan bekal secukupnya untuk bermusafir.
2:198 Tidak salah berniaga ketika mengerjakan haji. Bertalbiah apabila menuju ke Muzdalifah dan zikir di Muzdalifah.
2:199 Banyakkan istighfar kerana Allah Maha Pengampun.
2:200-202 Gantikan puji ibubapa dengan memuji Allah. Jangan doa kebaikan dunia saja. Doakan dunia akhirat. Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan doa kebaikan akhirat saja. Doakan kebaikan dunia akhirat dan dijauhi api neraka. Robbana Atina Fiddunnia Hasanah (Minta kebaikan dunia akhirat-sihat, berilmu, harta, bahagia anak isteri, jauhi musibah dll) Walfil ahirotihasanah (tidak disakiti alam akhirat, berat amal baik dan masuk syurga) Waqina azabannar (selamat dari neraka) Walhamdulillahirobbil alamin. 
2:203 Ikhrimah Abu Jahal ra, sunnah Nabi saw. Takbir raya haji. Keluar dari Mina 12hb Zulhijjah Nafar Awal tidak salah dengan syarat 11 & 12 telah melontar 3 jamrah. Tidak salah menunggu dan melontar di hari 13hb. Taqwa atau takutlah pada Allah dengan patuh segala arahan dan tinggal larangannya. Ketahuilah suatu hari semua manusia dihimpunkan di hadapan Allah untuk hari pembalasan.
2:204 Sesetengah Munafik apabila bercakap dikagumi masyarakat tetapi tidak dengan amalannya.
2:205 Sesetengah Munafik bersifat vandalism atau suka merosakkan harta benda awam.
2:206 Munafik yang kekal sifatnya dan tidak makan nasihat ini hanya sesuai di neraka jahanam.
2:207 Lain pula dengan yang sanggup gadai nyawa seperti Suhaib b Sinan ArRumi meninggalkan harta kekayaan dunianya demi mencari keredhaanKu. (tindakan makhluk manusia seperti Suhaib dipuji Allah dalam QuranNya) Sabda Nabi saw pada Suhaib. "Untunglah Suhaib, Untunglah Suhaib, Untunglah Suhaib" Omar Al-Khattab dan wakil para sahabat menunggu di Madinah ketibaan beliau dari Mekah.
2:208 Wahai ulama Kristian Yahudi apabila datangnya Islam maka beralihlah peluklah Islam. Jangan cenderung pada kesesatan setelah dianugerahkan Islam.
2:209 Allah Tuhan yang Keras azab seksaNya. Sekaranglah masa memeluk Islam kerana tiada guna bila di padang mahsyar baru mahu memeluk Islam.
2:210 Tiba-tiba di mahsyar ketika kesusahan manusia akan berlaku awan gelap terbelah disusuri turun para malaikat beserta pelbagai azab seksa. Percaya atau tidak itu terpulang. Akhirat itu urusan Allah sesiapa tidak boleh mencampuri urusan tersebut. Oleh kerana ini kata Allah dan Rasul maka muslim wajib percaya.
2:211 Terang-terang bukti mukjizat dan azab seperti laut terbelah di depan mata bani Israel tetapi mereka tetap tidak beriman.
2:212 Mata kafir tumpu dunia saja tidak nampak akhirat.
2:213 Ibnu Jarir kitab AtTobari dari Ibnu Abbas ra. Manusia dari zaman adam sehingga Nuh as mempunyai akidah yang satu lebih kurang 1000 tahun. Kemudian berselisihan faham dan berpecah belah. Dibangkitkan para Nabi dengan kitab masing-masing untuk jalan kebenaran menakuti kafir dengan neraka dan menyukakan yang beriman dengan syurga. Sehingga kiamat akan ada yang beriman dan yang ingkar serta ada yang separuh beriman dan separuh kafir. 
Quran kitab rujukan manusia tetapi manusia tidak amal akibat bantah maka rosaklah manusia. Allah beri petunjuk pada sesiapa yang dikehendakiNya. Quran itu kata putus kepada perbalahan manusia.
2:214 Tidak mudah untuk masuk syurga sebelum diuji kerana para sahabat juga diuji kebuluran dan diancam nyawa dihujung tanduk sehingga mereka bertanya, ya Rasulullah saw. bilakah pertolongan Allah. Jawab Rasulullah saw, sabar..insyaAllah bantuan Allah akan sampai.
2:215 Utamakan sedekah pada adik beradik ibu bapa saudara mara terdekat sebelum selain dari mereka.
2:216 Apabila diwajibkan hukum seperti berperang maka taatlah kerana neraka dilingkari nafsu dan syurga bertentangan dengan kehendak nafsu.
TIDAK PERLU RISAU AKAN TERMURTAD APABILA BERSUNGGUH DI JALAN ALLAH 
2:217 Jihad fisabilillah bunuh musuh pada bulan haram sememangnya dosa besar tetapi membiarkan musuh mengancam Islam itu lebih berdosa besar. Murtad menyebabkan terbatal amalan dan kekal neraka.
2:218 Bersungguh pada jalan agama tidak perlu risau dibimbangi murtad kerana akan dirahmati Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
2:219 LANGKAH AWAL ALLAH Arak banyak mudaratnya walaupun ada sedikit kebaikan. LANGKAH ALLAH SETERUSNYA AnNisa 4:43 Jangan solat sekiranya mabuk kecuali sehingga jelas bacaan. LANGKAH AKHIR ALLAH Al-Ma'idah 5:90 Arak, judi, tenung nasib dan sembahan selain Allah ini amalan syaitan dan dosa besar. Mudah-mudahan berjaya dijauhi. Sabda Nabi saw. Sedekah derma adalah lebihan dari keperluan anak isteri dan adik-beradik miskin.
2:220 Bermula harta anak yatim ialah apabila saat kematian bapanya. Peliharah anak yatim dengan penuh kasih sayang dan penuh kesabaran melalui harta sendiri. Jika Allah haramkan bercampur harta anak yatim dengan harta peribadi, ia akan menyusahkan demikianlah Allah tidak begitu tetapi Allah Maha Mengetahui niat manusia terhadap harta anak yatim.
2:221 Jangan menikah kecuali sama-sama Islam kerana kekafirannya mengajak ke neraka.
2:222 Mandi wajib dahulu selepas habis haid sebelum bersetubuh.
2:223 Isteri adalah tempat melahirkan zuriat dan bersetubuhlah dengan cara halal. Sabda Nabi saw. Mulakan dengan bizmillah kerana setiap nafas anak yang lahir itu nanti dikurniakan pahala sehingga keturunan seterusnya yang masih mengamalkan bizmillah sebelum bersetubuh. Takutlah pada Allah kerana semuanya akan menemui hari pembalasan.
2:224 Jangan bersumpah tidak buat baik dan sekiranya sumpah maka mesti bayar denda kafarah.
2:225 Allah Maha Mengetahui apa yang telah dilakukan samada dengan niat atau sengaja.
2:226 Jangan bersumpah tidak bersetubuh dengan isteri selama 4 bulan, sekiranya bersetubuh selepas itu maka bayar denda kafarah dan taubat. Sekiranya masih tidak, isteri boleh menuntut fasakh cerai.
2:227 Jika berazam bercerai sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

Hud 120 Seluruh ayat Quran itu benar.
Al-Kahfi. Raja Zikyanus memaksa rakyatnya mengatakan dirinya tuhan tetapi sekumpulan pemuda tidak dapat menerima kenyataan tersebut lalu melarikan diri dengan bersembunyi di dalam gua sambil berdoa, "ya Allah, kuniakanlah rahmat pada kami dan sempurnakan pada kami petunjuk lurus." Allah menidurkan mereka selama 309 tahun. Setelah terjaga dari tidur, salah seorang keluar mencari makanan. Pekedai jual makanan terkejut kerana duit yang digunakan adalah 300 tahun sebelum. Tidak berapa lama kemudian sekumpulan pemuda tersebut meninggal dunia dan ia menjadi bukti kekuasaan Allah.

Yahudi mengatakan Uzair anak Tuhan manakala Kristian mengatakan Isa itu anak Tuhan. Islam pula Tuhan tiada anak. Firman Allah, itu mereka kata tetapi Aku tiada anak. Aku laknat mereka ini.