Nota Cinta

Tuesday, September 30, 2003

Az Zukhruf 1-89 Perhiasan

JANGAN MAKAN MINUM BERDIRI KECUALI TERPAKSA

3 Sept 03 Sahih Muslim Anaz b Malek ra, Nabi saw larang minum sambil berdiri. Makan berdiri lebih-lebih lagi ditegah. Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan sesekali minum sambil berdiri. 

HR AtTirmizi Ibnu Omar r anhuma, para sahabat biasa minum berdiri dan berjalan. Nabi saw juga pernah minum berdiri. Ibnu Abbas r anhuma sabda Nabi saw. Jangan minum sepertimana unta minum sekali teguk. Biarlah tegukan sedikit demi sedikit sebagai adab. Bismillah sebelum minum. Alhamdulillah selepas minum.

           JANGAN NILAI SESEORANG YANG KITA TIDAK TAHU ISI HATINYA

1 Okt 03 Sahih Muttafakuhn Alaigh Al-Miqdad b Al-Aswad ra sabda Nabi saw. Jangan bunuh musuh kafir yang mengucap kalimah syahadah kerana sekiranya dilakukan, hukuman qisas balas bunuh dijalankan kerana yang dibunuh itu muslim bukan lagi kafir. 

Sahih Muttafakuhn Alaigh Usamah b Zaid b Harithah r anhuma. Usamah menyesali perbuatannya kerana Nabi saw tidak berhenti mengulangi soalan "benarkah kamu bunuh musuh yang mengucap kalimah syahadah?" Balas Usamah, "ya, dia mengucap syahadah kerana takut pedangku. Nabi saw marah. "Adakah kamu tahu hatinya ikhlas mengucap kalimah syahadah atau tidak?"


Az-Zukhruf (perhiasan)

43:1-2 Allah bersumpah demi Al-Quran @kitab kebenaran
43:3 Kami turunkan Quran dalam bahasa arab agar kaum Arab mudah faham.
43:4 Quran terpelihara di Luh Mahfuz 30 juzuk dan ia sangat tinggi di sisi Allah sekaligus memansuhkan Taurat, Injil, Zabur dan seluruh kitab terdahulu.
43:5 Perlukah Aku hentikan penurunan Quran akibat sikap manusia yang tidak pedulikan halal haram? 
43:6-7 Setiap Nabi yang Aku turunkan pasti akan dipermain-mainkan kaumnya.
43:8 Sudah banyak kaum-kaum yang lebih hebat mudah Aku musnahkan, inikan pula kaum Arab.
43:9-12 Kaum kafir yang apabila ditanya siapakah yang mencipta alam semesta ini pasti mereka akan menyebut Allah iaitu pencipta langit dan bumi serta sekalian makhluk.

43:13-14 Para Nabi diutus untuk memberi ingatan pada makhluk ciptaaNya agar semuanya bersyukur dan kepada Allah segalanya kembali. 

43:15-17 Sesetengah Kafir mengatakan mala'ikat itu anak perempuan Allah.
43:18-21 Bagi mereka ini, seksaan di neraka. Ini kerana mereka tiada di lokasi sewaktu kejadian mala'ikat dan tiada kitab mengatakan malaikat adalah anak perempuan Allah.  
43:22 Kaum kafir yang tewas berhujah mengakui mereka hanya ikut agama nenek moyang mereka.
43:23 Mereka diberi pilihan samada mengikut Quran Hadis atau kekal dengan ikutan nenek moyang.
43:24-25 Kesudahan mereka yang berdegil dengan agama ikutan nenek moyang mereka ini adalah seksa neraka. 
43:26-29 Bapa Nabi Ibrahim as juga memilih agama ikutan nenek moyang mereka dan menentang Nabi Ibrahim as. Ramai keturunan anak cucu Ibrahim ini tetap Kami lantik menjadi Nabi. 
43:30-32 Apabila Quran disampaikan, kafir Mekah menuduh ia sihir malah perlantikan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul juga dipertikai oleh golongan kaya kafir Quraisyh. 

43:33-35 Dunia ini tiada nilai di sisi Allah, sekiranya Allah mahukan seluruh manusia menjadi kufur, mudah bagiNya. Manusia berbangga dengan kemewahan kediaman buatan emas dan perak mereka, hakikatnya itu semua adalah pemberian anugerah dari Allah. 
43:36 Meninggalkan bacaan Quran dan zikrullah memudahkan tipu daya syaitan. 
43:37 Mereka menyangka dapat hidayah sedangkan mereka dalam kesesatan yang dipandu syaitan. 
43:38-39 Di akhirat, Allah berkata kepada ahli neraka yang sedang memarahi syaitan, "tiada gunanya taubat di akhirat kerana ini hari pembalasan. Dahulu semasa di dunia, kamu berkata Quran Hadis tidak sesuai dengan peredaran zaman moden, kamu kata Muhammad itu manusia biasa sedangkan Nabi saw itu maksum."
43:40 Manusia yang buta hati tidak akan dapat hidayah. 
43:41-42 Wahai Muhammad, Kami akan azab mereka yang menentang kamu di depan mata kamu. Sekiranya Kami wafatkan kamu wahai Muhammad, musuh kamu yang terlepas hukuman di dunia ini tetap tidak akan terlepas dari azab Kami di akhirat. 
43:43-44 Taatlah Quran kerana ia akan ditanya di akhirat. Apakah manusia beramal dengan isi kandung perlembagaannya atau sekadar dinasyid. 
43:45 Ketika malam Isra'Mi'raj di Baitulmaqdiz, Nabi Muhammad saw mengimamkan para Rasul 3 saf diikuti 4 saf para Anbia di belakang. Di belakang Rasulullah saw ialah Nabi Ibrahim as dan kanan Ibrahim, ialah Nabi Ismail as dan kiri Ibrtahim pula ialah Nabi Ishak as. Diikuti Nabi Adam sehingga Isa pada saf seterusnya. "Wahai Muhammad, tanya semua Rasul bermula Adam sehingga Isa, adakah Aku syariatkan sembah yang lain selain dari Aku?" Mereka semua menjawab sebelum kamu hidup wahai Muhammad, kami semua telah diberitahu oleh Allah akan kewujudan kamu dan kamu ialah utusan Allah yang terakhir!


MUSA VS FIRAUN (zukruf 43-56)

43:46-47 Di zaman kegemilangan sihir, FirAun telah menubuhkan sebuah pusat akademi gergasi menghimpunkan para ahli sihir dari seluruh pelusuk dunia. Mereka yang berkemahiran tinggi diberi kehidupan mewah. Ketika Nabi Musa as diutus Allah untuk berdakwah kepada FirAun, Musa membuktikan kekuasaan Allah melalui sinaran cahaya pada tangannya. Baginda Nabi Musa as kemudian dibawa ke dewan pertarungan yang dipenuhi tukang sihir FirAun. Di kala, ular-ular tukang sihir mengerumuni Musa, tongkat Musa tiba-tiba bertukar menjadi ular besar yang menelan setiap ekor ular dari tukang-tukang sihir Fir Aun. 
43:48-50 Rentetan dari kejadian itu, separuh ahli sihir FirAun bertaubat dan separuh lagi masih mengatakan mukjizat Musa itu adalah sihir yang cukup dasyat. Selepas peristiwa pertarungan itu (Surah Al-Araf) Allah turunkan bencana alam kepada kaum FirAun melalui banjir besar, belalang pemusnah tanaman, kutu perosak tanaman, katak-katak yang memenuhi seluruh pelusuk ruang rumah dan kemudahan air yang bertukar menjadi darah. Akhirnya, kaum FirAun merayu kepada Nabi Musa as agar baginda Musa as memohon kepada Allah supaya menarik balik bencana tersebut. Setelah sekian lama, keadaan kembali aman, mereka masih berdegil mengingkari perintah Allah. 
43:51-54 FirAun dan bala tenteranya berjaya mempengaruhi sebahagian besar masyarakat setempat agar menentang Musa. 
43:55-56 Setelah sekian lama Nabi Musa as dan rombongan baginda dikejar. FirAun dan para pengikutnya akhirnya mati lemas ditenggelamkan oleh Allah ke dasar laut sebagai pengajaran buat umat manusia di seluruh dunia hari ini. 


07-01-04 Zukhruf 57-73 ms 54 tafsir Nurul Ihsan syarah Ust Shamsuri

SEKSA PALING RINGAN DIRASAKAN PALING TERUK DI NERAKA

Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi sawPenghuni  neraka yang disiksa paling ringan merasakan dirinya diseksa paling teruk.  Sahih Muslim sabda Nabi saw. Api neraka menyambar mengikut peringkat dosa samada paras buku lali, betis, pinggang dan paras leher.

MISI NABI ISA AS MENDAULATKAN AL-QURAN DAN SUNNAH MUHAMMAD SAW

43:57)Sabda Nabi saw kepada kafir Quraisyh, apa yang disembah selain Allah termasuk penyembahnya akan masuk ke neraka.  
58)Mereka mempersenda, “Kalau begitu, Kristian dan Isa masuk neraka sebab yang disembah masuk neraka.” 
59)Keajaiban Isa Al-Masih ketika bayi baru lahir boleh bercakap itu tanda kekuasaan Allah. 
60)Kalau Allah berkehendak, dunia ini hanya dihuni malaikat. 
61)Misi Isa akhir zaman ialah membunuh dajal 
62)Jangan ragu-ragu kedatangan Isa 
63)Islam jalan lurus 
64)Syaitan musuh nyata 
65)Bani Israel yang sibuk membincangkan status Nabi Isa as di akhir zaman tidak sedar bahawa mereka bakal menjadi penghuni neraka.  
66)Manusia boleh mati dalam penyesalan ketika sedang sibuk dengan urusan dunia.
67)Seperti dua orang rakan yang mati ketika sedang asyik berseronok di jalan maksiat 
68)Mereka saling menyalahi antara satu sama lain apabila berada di neraka 
69)Kecuali kawan karib yang berpegang atas jalan Al-Quran dan Hadis baginda Rasulullah saw. 
70)Mereka ini ke syurga 
71)disamping dikelilingi 70’000 pelayan syurga untuk setiap seorang ahli syurga 
72-73)disamping dikurniakan Allah dengan kemewahan, kegembiraan dan kesedapan yang tiada jangkauan akal fikiran manusia hari ini. 
03-03-04 Zukhruf 74-89 ms 56 tafsir Nurul Ihsan jilid 4 syarah Ust Shamsuri

QARIN, BALA TENTERA SYAITAN, PERGADUHAN, 

HURU-HARA, PERPECAHAN, PERCERAIAN

gambar hiasan kredit Castle Age
Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw. Syaitan putus asa mengajak muslim menyembah selain Allah tetapi akan tetap berusaha supaya muslim saling bermusuhan sesama sendiri. Ibu pejabat Iblis di tengah lautan menghantar bala tenteranya ke seluruh pelusuk dunia untuk mempengaruhi hati dan fikiran manusia. Kejayaan paling membanggakan ialah pergaduhan sesama muslim termasuk perceraian suami isteri.
Sahih Muslim dari Abdillah bin Mas’Ud ra sabda Nabi saw. Setiap manusia diwakilkan qarin iblis syaitan dari spesis jin termasuk para Nabi. Qarin Iblis syaitan yang cuba merosakkan aku itu dikawal dan diislamkan oleh Allah.  Sahih Muslim dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Setiap manusia ada syaitan kecuali aku kerana Allah mengislamkan qarinku. 

RAYUAN AHLI NERAKA 

43:74)Kafir kekal neraka 
75)Penghuni neraka merayu malaikat Zabaniah supaya mereka dimatikan kerana tidak tahan
76)Memilih ingkar Allah itu menzalimi diri sendiri 77)Permohonan tersebut tidak dilayan 
78)Akibat semasa di dunia tidak menghiraukan perintah Allah dan Nabi Muhammad saw.
79)Kami tahu perancangan membunuh Nabi Kami dan perlu diingat, Kami juga pemelihara Nabi Kami 
80)Setiap manusia ada malaikat rakib dan atib pencatat setiap perilaku
81)Kalau betul Tuhan ada anak seperti dakwaan Kristian, maka aku Muhammad saw sudah tentu menyembah anak Tuhan 
82)tetapi Allah itu tiada anak 
83)Di akhirat ternyata salah dakwaan Kristian itu 
84)Kaabah simbol perpaduan Islam dan muslim tidak menyembah kaabah. Muslim hanya menyembah Maha Suci Allah. 
85)Semua yang ada kepunyaan Allah dan Allah saja yang tahu tarikh kematian setiap manusia dan tarikh berlakunya kiamat besar. 
86)Syarat pertolongan oleh para Nabi dan para peroleh syafaat ialah mengucap syahadah untuk umat sebelum kelahiran Muhammad saw dan umat akhir zaman yang mengucap 2 kalimah syahadah 
87)Nabi Isa tiada kaitan kekal neraka bersama penganut Kristian 
88)Mereka tahu Al-Quran dan Allah tetapi sengaja tidak beriman 
89)Jangan kecewa sekiranya dakwah tidak berjaya kerana Hidayah itu milik Allah. 

Saturday, September 20, 2003

Cara Tegur

CARA MENEGUR BUKAN KASAR OLEH NABI SAW YANG BIJAK
20-9-03 

Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra.


Ketika seorang Badwi yang sedang kencing ke pinggir masjid, para sahabat marah dan bingkas bangun untuk mengajar Badwi tersebut tetapi dihalang Rasulullah saw sambil bersabda.  Biarkan dia kerana dari terkena banyak tempat lebih baik hanya satu tempat. Selepas selesai Badwi tersebut kencing, Nabi saw meminta sahabat mengambil satu timba air untuk dituang ke atas najis Badwi tersebut. Sabda Nabi saw selepas itu. Ambil yang mudah dan jangan susahkan. Islam langsung tak susahkan penganutnya. Sekiranya mengambil tindakan ke atas kemudaratan, pilih yang ringan mudarat.

Monday, September 15, 2003

Al-Baqarah 92-227

KUDA TERBANG MELINTASI NERAKA


Abi Hurairah ra. Ketika Rasulullah s.a.w. yang menaiki Buraq atau tunggangan kelihatan seperti kuda terbang bersama mala’ikat Jibril, mereka singgah di sebuah lembah. Jibril memberitahu itu bunyi suara neraka jahanam yang meminta pada Allah supaya disegerakan penghuninya. Allah memberitahu akan menjadi ahli neraka mana-mana yang hodoh perangai, angkuh, busuk hati dan tidak percaya hari kiamat. Neraka redha dengan jawapan Allah.

Abi Said Al-Qudri, Amaran Rasulullah s.a.w. Penghuni neraka dikalangan manusia dipaksa menaiki Bukit Sa’ud atau bukit api dimana kaki yang menyentuhnya segera hangus kemudian setelah sembuh seperti sedia kala, manusia dipaksa lagi. Keadaan ini berterusan selama 70 tahun kiraan akhirat bersamaan 70’000 tahun dunia.

PAHALA BERDASARKAN NIAT

20 Jan 03 Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Wahai yazid, pahala diberi berdasarkan niat walaupun duit sedekah itu dipulangkan pada anak kamu dan duit tersebut jadi hak anak kamu.

SEDEKAH SELEPAS KEWAJIPAN

Sahih Muttafakun Alaigh sabda Nabi saw pada Saad Abi Waqaz, sedekah selepas memenuhi kewajipan keperluan anak isteri.


MENGHAPUS DOSA

17 feb 03 HR AtTirmizi Abi Zar & Muaz b Jabbal r anhuma sabda Nabi saw. Buatlah kebaikan kerana kebaikan boleh hapuskan dosa. Pastikan akhlak baik bila bergaul.

Orang baik ialah bertaubat, beriman dan beramal baik akan diganti dosa dengan kebaikan-Allah

HR AtTirmizi Ibnu Abbas sabda Nabi saw. Pelihara Allah dengan jaga perintahNya dan laranganNya, maka Allah pelihara kamu dari kejahatan orang lain. Mintalah pada Allah bukan minta pada manusia. Seluruh manusia tidak dapat beri manfaat pada kamu kecuali dengan izin Allah.

ERTI SEDEKAH

17 Mac 03 Sahih Muttafakhun Alaigh Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Muslim mesti sedekah setiap hari. Sedekah bukan setakat derma duit tetapi sedekah juga seperti cakap elok, tolong angkat barang, melangkah ke tempat baik dan mengalihkan paku dari tengah jalan.

Sahih Muttafakhun Alaigh Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Wahai wanita-wanita Islam, jangan mengata jiran yang memberi sesuatu walaupun hanya sebelah kaki kambing.

Sekiranya kita habis mengaji Quran dan Hadis ni tiada ayat Quran Hadis membenarkan sesuatu yg menyakitkan menegnakan fitnah yg menjadi amalan budaya masyarakat kita. Yang menilai itu ialah Allah pemilik keredhaan dan pemilik syurga bukan manusia.
2:115 Setiap kebaikan dinilai Allah Al-Zalzalah 7 Setiap amal kebaikan walaupun sebesar zarah maka kebaikan untuknya Al-Jatsiah 15 Pahala untuk yang melakukan kebaikan. 
pengajaran: Sekiranya kita mengutip pendapat manusia, satu pun kita tak boleh buat. Allah penilai bukan manusia.

DOA TIDAK MAKBUL

21 April 03 Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah menerima doa selagi mana hamba tersebut tidak minta doa tidak baik dan terburu-buru iaitu putus asa setelah banyak kali berdoa tetapi masih tiada hasil.
HR Imam Ahmad Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Doa dimakbul dengan syarat tidak melibatkan doa perkara tidak baik. Sekiranya doa tidak dimakbul di dunia, kebaikan digandakan di akhirat atau dipalingkan musibah dari kena pada yang berdoa.
Sahih Bukhari Nuqman b Bashir ra sabda Nabi saw. 2 golongan satu menaikkan Islam dan satu buat kemungkaran, sekiranya tidak dijaga maka musnah semuanya termasuk doa tidak dimakbulkan.

JIHAD FISABILILLAH

19 Mei 03 Sahih Muslim Abu Qatadah ra sabda Nabi saw. Beriman tapi tiada semangat jihad pada jalan Allah akan mengundang kebinasaan diri. Jihad fisabilillah dengan sabar, harap redha Allah, mara tanpa berundur serta tidak berhutang akan mendapat keampunan dosa dari Allah.

MUFLIS DALAM ISLAM

Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Muflis dalam Islam ialah pahalanya ditolak oleh dosa mulut dan perbuatan sehingga dicampak ke neraka.

LELAKI SEMPURNA IMAN
16 Jun 03 HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Sempurna iman ialah akhlak baik. Sebaik-baik lelaki ialah yang baik pada isterinya.

DOA MALA'IKAT SETIAP PAGI 

21 Julai 03 Sahih Muttafakhun Alaigh Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Setiap pagi, 2 mala'ikat turun berdoa, seorang berdoa agar gantikan yang disedekah hamba tersebut dengan yang lebih baik. Seorang lagi mendoakan kebinasaan pada yang kedekut.

BELANJA HARTA KELUARGA LEBIH BAIK DARI INFAK HARTA JALAN ALLAH 

Sahih Muslim sabda Nabi saw. Sedekah belanja yang paling besar pada jalan Allah ialah belanja keluarga.

BACA BIZMILLAH MAKAN TANGAN KANAN 

Sahih Muttafakuhn Alaigh Omar b Abu Salamah ra. Rasulullah s.a.w. mengajarku makan dengan tangan kanan dan bizmillah sebelum makan. Dari kecil hingga dewasa aku sentiasa amalkannya.

MANUSIA IBARAT PENGEMBALA 

Sahih Muttafakuhn Alaigh sabda Nabi saw. Manusia ibarat pengembala. Seorang lelaki bertanggungjawab pada anak isteri. Setiap amanah akan ditanya Allah di akhirat. (anak-anak tidak solat, tidak pandai mengaji Quran atau rosak akhlak -segalanya ditanya Allah) Seorang wanita bertanggungjawab dalam soal kerja dalam rumahtangga. Pekerja bertanggungjawab pada harta tuannya.

MAKI IBUBAPA ORANG LAIN IALAH MAKI IBUBAPA SENDIRI

18 Ogos 03 Sahih Muttafakuhn Alaigh Abdillah Amru Al-Az sabda Nabi saw. Antara dosa besar ialah seorang maki ibubapa orang lain hakikatnya dosa derhakanya sama seperti dia maki ibubapanya sendiri.

Sahih Bukhari sabda Nabi saw. Antara dosa besar ialah 
1. Syirik dengan Allah iaitu percaya Allah kemudian percaya sesuatu yang berkuasa selain Allah. 
2. Derhaka ibubapa. 
3. Bunuh orang atau bunuh diri.  
4. Sengaja sumpah bohong. 

Sahih Muttafakuhn Alaighh Abi Bakrah ra sabda Nabi saw. Antara dosa besar ialah
1. Syirik dengan Allah. 
2. Derhaka ibubapa.
3. Cakap bohong 
4. Saksi palsu  

ISLAM MESTI PRAKTIKAL

15 Sept 03 Sahih Abu Daud AtTirmizi AnNasa'e dari Abi Bakar As Siddiq ra sabda Nabi saw, Al-Ma'idah 5:105 Betulkan diri dari asyik jaga tepi kain orang kerana jaga diri akan tidak mudah dikelirukan atau disesatkan. Tetapi jangan biarkan kemungkaran berlaku kerana bala Allah kena semuanya.

ISI PERUT TERBURAI 

Sahih Muttafakhun Alaigh Usamah b Zaid b Haritah ra sabda Nabi saw. Jangan menyeru kebaikan tetapi diri sendiri sebaliknya kerana di neraka, dirinya akan dikisar hingga isi perutnya terburai.
As Saf 61:2-3 Semua yang mengaku Islam akan ditanya di akhirat, kenapa sekadar bercakap kerana sesungguhnya Allah sangat murka pada yang hanya sekadar bercakap tetapi tidak beramal.

RAHMAT ALLAH UNTUK YANG SOLAT

20 Okt 03 Sahih Abu Daud Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Allah akan memberikan rahmat pada suami atau isteri yang bangun mengajak pasangannya solat sunat tahajud.
Sahih Muslim sabda Nabi saw, tidur dulu sehingga bersedia untuk beribadah.

21 Okt 02 Sahih Muttafakuhn Alaigh Ibnu Abbas ra. Nabi saw manusia paling pemurah bersedekah lebih-lebih lagi apabila baginda bertadarus Quran bersama mala'ikat Jibril setiap malam Ramadhan. 

Sahih Bukhari Abu Sirwa'ah ra. Setelah selesai solat Asar, Nabi saw tidak selesa sekiranya ada barang berharga di rumah baginda, maka baginda bergegas balik rumah untuk sedekahkan pada yang miskin. 

Pengajian kitab Nurul Ihsan ms 29 ayat 92 Al-Baqarah 21-01-02
QS 2:92 Sepeninggalan Nabi Musa as bermunajat untuk menerima taurat di bukit Tursina atas perintah Allah, Musa AsSamiri menempa patung lembu emas sehingga disembah para pengikut Musa yang terpedaya. 
2:93 Sekembalinya Nabi Musa as, Allah mengarahkan malaikatNya mengangkat bukit Tursina untuk menghempas kepala bani Israel. Bani Israel takut lalu akur perintah Allah tetapi di hati mereka telah sebati dengan sembahan berhala lembu emas. 
2:94 Sekiranya syurga hak Yahudi, kenapa masih takut pada mati? 
2:95 Sebenarnya, mereka takut ke neraka akibat menolak Nabi Muhamamd saw sebagai Nabi akhir zaman seperti tertulis dalam taurat.  
2:96 Sabda Nabi saw, antara tanda jelas jahat manusia seperti yahudi ialah ego hatinya keras, air matanya susah mengalir, tamak harta dan banyak angan-angan. 
2:97 Yahudi menolak Jibril dan menerima Mikail kerana mala'ikat Mikail pembawa rezeki tetapi Allah memberi amaran sesiapa musuh Jibril maka dia musuh Allah. 
2:98 Allah memberi peringatan pada Bani Israel atau Yahudi dan seterusnya umat akhir zaman barangsiapa melawan salah satu isi kandung Al-Quran maka kafir akan ia. 
2:99 Tidak percaya Quran itu fasik. 
2:100 Tolak Quran dan mengekali taurat itu salah di sisi Allah. 
2:101 Kafir terima Muhammad manusia mulia tetapi bila Muhammad dilantik menjadi Rasul pembawa Quran, mereka menolak. 
2:101 Syaitan hasut yahudi, sekiranya Muhammad mengatakan dia nabi maka dia pun penyihir seperti Sulaiman kerana kitab Sulaiman ialah kitab sihir.
2:102 Hakikatnya, musuh sebenar ialah syaitan bukan Muhammad kerana kitab Sulaiman itu telah dimasukkan 2 baris ayat sihir pada setiap baris ayat kitab Sulaiman.  Rentetan peristiwa itu, Allah mengutus mala’ikat Harut dan Marut untuk memberi peringatan bahawa imu sihir yang dibawa mereka adalah ujian Allah dan siapa amal sihir sebenarnya memilih kesengsaraan akhirat.
2:103 Manusia sekiranya faham, tidak akan memilih neraka sebaliknya memilih Quran Hadis.

2:115 Setiap kebaikan dinilai Allah Al-Zalzalah 7 Kebaikan untuknya Al-Jatsiah 15 Pahala untuknya. 

2:148 Baitulmaqdiz itu qiblat yahudi. Dimana tempat mati disitu tempat pengebumian kerana dimana saja mati berhimpun di satu tempat di akhirat. Mati di mana pun balasan baik tetap pada yang beramal baik dan sebaliknya. Tiada kuasa boleh melemahkan kuasa Allah.
2:149 Di mana saja sibuk macamana sekalipun wajib solat berkiblatkan masjidil haram di Mekah. Tiada manusia terlepas mahkamah akhirat. 
2:150 Jangan terpengaruh dengan mereka yang membantah maka duduklah atas landasan kebenaran.  
2:151 Sempurna Islam ialah dapat memahami kandungan Quran Hadis. Nabi saw bersihkan hati masyarakat Arab sebelum mendidik Islam.
2:152 Syukur dengan patuh undang-undang Allah dan jangan derhaka buat maksiat.  
2:153 Sabar ujian, sabar berzikir dan sabar menunaikan solat fardu kerana Allah beserta dengan orang yang sabar.   
2:154 Syahid bukan sekadar mati tapi sebenarnya ia kehidupan kekal yang indah. 
2:155 Allah menguji mukmin dengan musibah takut pada musuh, kesakitan, kelaparan dan kemiskinan. 
2:156-157 Sabar musibah dengan ucaptama "Innalilla hiwa innalilla hirojiun / kami milik Allah kepada Allah kami kembali" akan dijanjikan syurga kerana keampunan dari Allah.
2:158 Mengerjakan Sa'e Safa Marwah 7 kali dengan kerelaan hati diganjarkan pahala.
2:159 Sembunyikan dan menafikan hukum ketetapan Allah akan dilaknat Allah.
2:160 Maka bertaubatlah sekiranya terlanjur kerana Allah Maha menerima taubat.
2:161-2 Sekiranya tetap bantah maka jatuh kafir dan mati kafir kekal neraka.
2:163 Allah Tuhan yang Esa Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
2:164 Allah pencipta peredaran awan, langit yang tidak bertiang, pertukaran siang malam, turunnya air hujan, pelbagai hidupan makhluk binatang dan jenis tumbuh-tumbuhan yang unik.
2:165 Sekiranya diperlihatkan seksaan akhirat nescaya seluruhnya tidak syirik.
PEMIMPIN SESAT DISANGKA BENAR
2:166-7 Di neraka, pemimpin yang disangka benar tidak mengaku menyesatkan pengikutnya, manakala pengikutnya penuh penyesalan kekal neraka.
MAKAN YANG HARAM 
2:168 Sabda Nabi saw, sesuap benda haram 40 hari Allah tidak terima amalnya. Daging yang terbentuk dari sumber haram maka neraka saja layak baginya.
2:169 Jangan keliru sesungguhnya syaitan itu musuh nyata.
ALLAH AMAT MARAH DAN MENGECAM ORANG JAHIL 
2:270 Mereka berkata,"tok nenek kami orang tua-tua kami buat lama dah, kenapa nak ikut yang Islam cakap ni," Allah tanya pula," Besar sangatkah orang tua-tua kamu kata sehingga kamu menolak apa yang Aku perintahkan? 
2:271 Beritahu orang jahil sebegini ia umpama beritahu pada binatang yang buta pekak tuli.  
2:272 Makanlah yang halal dan syukur ke atas rezeki tersebut.
2:273 Haram makan bangkai, daging babi dan binatang yang mati tidak sebab sembelih kecuali darurat.
TAFSIR AMBIL PENGAJARAN DARI LAFAZ UMUM WALAUPUN AYAT DITUJUKAN PADA PIHAK TERTENTU.  Jangan jawapan menyembunyikan hukum seperti hudud ni sebenarnya tengok keadaan....Jangan! jawapan tersebut menyembunyikan hukum. Hudud hak Allah maka wajib dilaksanakan. Allah menyuruh ceritakan yang sebenar. Atas kapasiti individu tidak boleh dijalankan hanya pemerintah.
2:174-75 Sembunyikan hukum Allah akan menyebabkan mati kekufuran tidak sempat bertaubat. 
2:176 Mereka yang mendapat hidayah ini ditukar menjadi kesesatan.
2:177 Amal segala hukum Allah tanpa persoal itu adalah ketaatan dan kebaikan yang sebenar.
2:178 Qisas hukum balas kadar adil wajib dijalankan seperti dibutakan mata balas dibutakan mata, bunuh senjata tajam dibalas bunuh senjata tajam dan keluarga si mati boleh memaafkan sekiranya keluarga si mati berkehendak.
2:179 Sesunguhnya perlaksanaan hukuman ini adalah jaminan keamanan dari Allah.
2:180 Ayat wasiat ini dimansuhkan apabila turun ayat pusaka.
2:181-182 Sekiranya wasiat kelihatan seperti diubah, pihak mengetahui wajib membetulkannya, sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun bagi mereka yang di atas jalan kebenaran. 
2:183-184 Sahih Bukhari Muslim sabda Nabi saw. Berkahwinlah sekiranya mampu, sekiranya tidak maka berpuasa kerana puasa perisai melakukan maksiat. Diharuskan berbuka puasa wajib Ramadhan sekiranya musafir dan sakit. Sekiranya tidak mampu puasa ganti maka bayar kafarah 1 hari bersamaan menyara makan 1 hari seorang miskin.
2:185 Quran diturunkan 30 juzuk dari luh mahfuz ke langit dunia pada malam Lailatul-Qadar selama 17 hari Ramadhan bertujuan menjadi petunjuk isyarat untuk hidayahkan manusia dari kesesatan membezakan yang hak dari yang batil. Dari langit dunia diturunkan oleh mala'ikat Jibril pada Nabi Muhammad s.a.w. selama 23 tahun melengkapi 30 juzuk di hari Nuzul Quran. Selepas genap puasa sebulan Ramadhan, maka sambutlah dengan bertakbir membesarkan Allah sebagai tanda syukur.
2:186 Allah Maha Mendengar maka adab berdoa nada suara perlahan penuh tawadduk. Taat perintahKu dan beriman padaKu. Mudah-mudahan dengan taat beriman itu mendekatkan hidayahKu.
2:187 Halal hubungan suami isteri selepas berbuka puasa sehingga subuh. Memelihara hukum Allah adalah menghormati Allah.
2:188 Sahih Muslim Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Muflis dalam Islam ialah pahalanya ditolak oleh dosa mulut fitnah dan ambil yang bukan haknya sehingga dicampak ke neraka.
2:189 Diciptakan bulan sebagai kalendar untuk musim haji, musim menuai tanaman, idah cerai dan lain-lain.
2:190 Kebajikan itu ialah takut pada Allah. Jangan cari musuh.
2:191 Sekiranya ditakdirkan jumpa musuh maka berperang. Fitnah dari mulut itu lebih teruk dari membunuh. Sahih Muslim Abu Qatadah ra sabda Nabi saw. Beriman tapi tiada semangat jihad pada jalan Allah akan mengundang kebinasaan diri. Jihad fisabilillah dengan sabar, harap redha Allah, mara tanpa berundur serta tidak berhutang akan mendapat keampunan dosa dari Allah.
2:192-93 Sekiranya musuh bertaubat memeluk Islam maka tawakal terima mereka. (Kuliah 19Mei03)
2:194 Sekiranya sengaja diserang dalam ihram dalam bulan haram, maka dibenarkan serangan balas. Qisas  ialah balas dengan setimpal tanpa berlebih. 
2:195 Teruskan pada jalan Allah kerana meninggalkan perjuangan Islam itu satu kebinasaan.
2:196 Mesti sembelihan sebelum bercukur tahalul kecuali sekiranya ada kemudaratan kulit kepala maka boleh bercukur dahulu sebelum menyembelih. Sebaik-baik dam haji tamattuq ialah sembelihan pada hari raya kurban 10 Zulhijjah selepas melontar jamratul aqabah. Wajib puasa 3 hari pada hari ke-5 niat ihram dan puasa pada 6,7,8 sebelum menunaikan haji. Lebihan 7 hari boleh berpuasa balik di negeri masing-masing sehingga cukup 10 bagi haji Tamattuq dan Qiran. Bagi penduduk Mekah, lakukan haji Ifrad. Taqwa ialah takut pada Allah dan tidak buat larangan Allah.
2:197 Setelah niat hendak mengerjakan haji, dilarang bersetubuh, buat maksiat, tidak tutup aurat dan perkara-perkara fasik yang lain. Sediakan bekal secukupnya untuk bermusafir.
2:198 Tidak salah berniaga ketika mengerjakan haji. Bertalbiah apabila menuju ke Muzdalifah dan zikir di Muzdalifah.
2:199 Banyakkan istighfar kerana Allah Maha Pengampun.
2:200-202 Gantikan puji ibubapa dengan memuji Allah. Jangan doa kebaikan dunia saja. Doakan dunia akhirat. Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan doa kebaikan akhirat saja. Doakan kebaikan dunia akhirat dan dijauhi api neraka. Robbana Atina Fiddunnia Hasanah (Minta kebaikan dunia akhirat-sihat, berilmu, harta, bahagia anak isteri, jauhi musibah dll) Walfil ahirotihasanah (tidak disakiti alam akhirat, berat amal baik dan masuk syurga) Waqina azabannar (selamat dari neraka) Walhamdulillahirobbil alamin. 
2:203 Ikhrimah Abu Jahal ra, sunnah Nabi saw. Takbir raya haji. Keluar dari Mina 12hb Zulhijjah Nafar Awal tidak salah dengan syarat 11 & 12 telah melontar 3 jamrah. Tidak salah menunggu dan melontar di hari 13hb. Taqwa atau takutlah pada Allah dengan patuh segala arahan dan tinggal larangannya. Ketahuilah suatu hari semua manusia dihimpunkan di hadapan Allah untuk hari pembalasan.
2:204 Sesetengah Munafik apabila bercakap dikagumi masyarakat tetapi tidak dengan amalannya.
2:205 Sesetengah Munafik bersifat vandalism atau suka merosakkan harta benda awam.
2:206 Munafik yang kekal sifatnya dan tidak makan nasihat ini hanya sesuai di neraka jahanam.
2:207 Lain pula dengan yang sanggup gadai nyawa seperti Suhaib b Sinan ArRumi meninggalkan harta kekayaan dunianya demi mencari keredhaanKu. (tindakan makhluk manusia seperti Suhaib dipuji Allah dalam QuranNya) Sabda Nabi saw pada Suhaib. "Untunglah Suhaib, Untunglah Suhaib, Untunglah Suhaib" Omar Al-Khattab dan wakil para sahabat menunggu di Madinah ketibaan beliau dari Mekah.
2:208 Wahai ulama Kristian Yahudi apabila datangnya Islam maka beralihlah peluklah Islam. Jangan cenderung pada kesesatan setelah dianugerahkan Islam.
2:209 Allah Tuhan yang Keras azab seksaNya. Sekaranglah masa memeluk Islam kerana tiada guna bila di padang mahsyar baru mahu memeluk Islam.
2:210 Tiba-tiba di mahsyar ketika kesusahan manusia akan berlaku awan gelap terbelah disusuri turun para malaikat beserta pelbagai azab seksa. Percaya atau tidak itu terpulang. Akhirat itu urusan Allah sesiapa tidak boleh mencampuri urusan tersebut. Oleh kerana ini kata Allah dan Rasul maka muslim wajib percaya.
2:211 Terang-terang bukti mukjizat dan azab seperti laut terbelah di depan mata bani Israel tetapi mereka tetap tidak beriman.
2:212 Mata kafir tumpu dunia saja tidak nampak akhirat.
2:213 Ibnu Jarir kitab AtTobari dari Ibnu Abbas ra. Manusia dari zaman adam sehingga Nuh as mempunyai akidah yang satu lebih kurang 1000 tahun. Kemudian berselisihan faham dan berpecah belah. Dibangkitkan para Nabi dengan kitab masing-masing untuk jalan kebenaran menakuti kafir dengan neraka dan menyukakan yang beriman dengan syurga. Sehingga kiamat akan ada yang beriman dan yang ingkar serta ada yang separuh beriman dan separuh kafir. 
Quran kitab rujukan manusia tetapi manusia tidak amal akibat bantah maka rosaklah manusia. Allah beri petunjuk pada sesiapa yang dikehendakiNya. Quran itu kata putus kepada perbalahan manusia.
2:214 Tidak mudah untuk masuk syurga sebelum diuji kerana para sahabat juga diuji kebuluran dan diancam nyawa dihujung tanduk sehingga mereka bertanya, ya Rasulullah saw. bilakah pertolongan Allah. Jawab Rasulullah saw, sabar..insyaAllah bantuan Allah akan sampai.
2:215 Utamakan sedekah pada adik beradik ibu bapa saudara mara terdekat sebelum selain dari mereka.
2:216 Apabila diwajibkan hukum seperti berperang maka taatlah kerana neraka dilingkari nafsu dan syurga bertentangan dengan kehendak nafsu.
TIDAK PERLU RISAU AKAN TERMURTAD APABILA BERSUNGGUH DI JALAN ALLAH 
2:217 Jihad fisabilillah bunuh musuh pada bulan haram sememangnya dosa besar tetapi membiarkan musuh mengancam Islam itu lebih berdosa besar. Murtad menyebabkan terbatal amalan dan kekal neraka.
2:218 Bersungguh pada jalan agama tidak perlu risau dibimbangi murtad kerana akan dirahmati Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
2:219 LANGKAH AWAL ALLAH Arak banyak mudaratnya walaupun ada sedikit kebaikan. LANGKAH ALLAH SETERUSNYA AnNisa 4:43 Jangan solat sekiranya mabuk kecuali sehingga jelas bacaan. LANGKAH AKHIR ALLAH Al-Ma'idah 5:90 Arak, judi, tenung nasib dan sembahan selain Allah ini amalan syaitan dan dosa besar. Mudah-mudahan berjaya dijauhi. Sabda Nabi saw. Sedekah derma adalah lebihan dari keperluan anak isteri dan adik-beradik miskin.
2:220 Bermula harta anak yatim ialah apabila saat kematian bapanya. Peliharah anak yatim dengan penuh kasih sayang dan penuh kesabaran melalui harta sendiri. Jika Allah haramkan bercampur harta anak yatim dengan harta peribadi, ia akan menyusahkan demikianlah Allah tidak begitu tetapi Allah Maha Mengetahui niat manusia terhadap harta anak yatim.
2:221 Jangan menikah kecuali sama-sama Islam kerana kekafirannya mengajak ke neraka.
2:222 Mandi wajib dahulu selepas habis haid sebelum bersetubuh.
2:223 Isteri adalah tempat melahirkan zuriat dan bersetubuhlah dengan cara halal. Sabda Nabi saw. Mulakan dengan bizmillah kerana setiap nafas anak yang lahir itu nanti dikurniakan pahala sehingga keturunan seterusnya yang masih mengamalkan bizmillah sebelum bersetubuh. Takutlah pada Allah kerana semuanya akan menemui hari pembalasan.
2:224 Jangan bersumpah tidak buat baik dan sekiranya sumpah maka mesti bayar denda kafarah.
2:225 Allah Maha Mengetahui apa yang telah dilakukan samada dengan niat atau sengaja.
2:226 Jangan bersumpah tidak bersetubuh dengan isteri selama 4 bulan, sekiranya bersetubuh selepas itu maka bayar denda kafarah dan taubat. Sekiranya masih tidak, isteri boleh menuntut fasakh cerai.
2:227 Jika berazam bercerai sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

Hud 120 Seluruh ayat Quran itu benar.
Al-Kahfi. Raja Zikyanus memaksa rakyatnya mengatakan dirinya tuhan tetapi sekumpulan pemuda tidak dapat menerima kenyataan tersebut lalu melarikan diri dengan bersembunyi di dalam gua sambil berdoa, "ya Allah, kuniakanlah rahmat pada kami dan sempurnakan pada kami petunjuk lurus." Allah menidurkan mereka selama 309 tahun. Setelah terjaga dari tidur, salah seorang keluar mencari makanan. Pekedai jual makanan terkejut kerana duit yang digunakan adalah 300 tahun sebelum. Tidak berapa lama kemudian sekumpulan pemuda tersebut meninggal dunia dan ia menjadi bukti kekuasaan Allah.

Yahudi mengatakan Uzair anak Tuhan manakala Kristian mengatakan Isa itu anak Tuhan. Islam pula Tuhan tiada anak. Firman Allah, itu mereka kata tetapi Aku tiada anak. Aku laknat mereka ini.


Monday, September 1, 2003

Sayangilah akhirat



 
SAYANGI AKHIRAT


01-09-03 Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. 


Setiap manusia berpeluang bersama orang yang dikasihi di akhirat nanti walaupun tidak pernah berjumpa di dunia. 

Zuhud 2003


Syarahan kitab Bahrulmazi jilid 16 bab Zuhud 2003 oleh Ust Shamsuri

MENGAKU & MENYESALI SALAH ITU IKHLAS

14-01-03 Sahih Muslim dari Omar Al-Khattab ra sabda Nabi saw. Pahala penzina yang mengaku dihukum rejam sampai mati boleh membawa penduduk Madinah masuk syurga. 

Sahih Muttafakun Alai dari Abi hurairah ra sabda Nabi saw. Allah tertawa kerana seorang kafir yang menyesal kerana membunuh seorang pejuang syahid kemudiannya memeluk Islam lalu berjihad sehingga syahid dan akhirnya membawa kepada pertemuan mereka berdua di syurga. 

JAGA LIDAH KERANA LIDAH BAWA KE NERAKA

Hasan Sahih AtTirmizi dari Sufian Abdillah As-Saqafi sabda Nabi saw. Dimana jua tidak mengira masa tetaplah hati dengan Allah dan awasi lidah. Beriman itu apabila betul hatinya. Tidak betul hatinya sekiranya lidahnya tidak betul. Tidak akan masuk syurga apabila menyakiti jirannya. Siapa nak selamat dunia akhirat maka diam dari banyak berbual.  

HR AtTirmizi dari Muaz bin Jabbal ra pesan Nabi saw. Beribadah seolah-olah nampak Allah, menyesal setelah mati dan jaga lidah. Dari Sufian bin Salim ra dan Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Sekiranya betul beriman maka diam dan baik perangai.

11-03-03 Sahih Muttafakun Alai dari Utbah Al-Ansari ra. Ketika turun ayat Al-Quran supaya bersedekah. Para sahabat berlumba bekerja keras mencari harta untuk bersedekah. Surat At-Taubah ayat 79. Allah hina orang yang menghina orang lain. 

UTAMAKAN WAJIB NAFKAH KEMUDIAN BARU IBADAH SUNAT

Sahih AtTirmizi dari Abi Safwan ra sabda Nabi saw. Paling terbaik ialah amalan baik sepanjang usia awal muda sehingga habis hayat tuanya. Syarak menyuruh buat ibadah seperti tidur, bekerja mencari nafkah wajib dan menuntut ilmu kecuali ilmu sihir dan syirik.  

Hasan AtTirmizi dari Umu Habibah ra sabda Nabi saw. Kebanyakan manusia bila bercakap akan berdosa melainkan menyuruh buat baik, menegur buat jahat dan zikrullah.

JANGAN BUANG REZEKI & HABISKAN KESEMUANYA

07-04-03 Sahih Muslim dari Jabir ra sabda Nabi saw. Kutip makanan yang jatuh dan bersihkan kembali kemudian makan kerana jangan tinggal sedikitpun walaupun sisa kepada syaitan.  

HATI-HATI JANGAN LANGGAR HUKUM YANG BOLEH MURTAD

Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Di padang mahsyar manusia dibangkitkan dalam keadaan tiada pakaian dan tidak berkhatan seperti asal kejadian menurut janji Allah. Di kalangan umatku, sebahagian yang murtad dilempar ke neraka walaupun aku telah cuba sedaya upaya memberi syafaat kepada mereka.   

JANGAN TANGGUH IBADAH

HR AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Jangan menunggu atau menangguhkan beribadah kerana bala Allah dan maut tidak mengenal waktu.  

BUAT SEMUA PERKARA KERANA ALLAH

13-05-03 Sahih AtTirmizi dari Abu Idris seorang Tabe’in yang berjumpa Muaz bin Jabal ra. Hadis Qudsi sabda Nabi saw menurut firman Allah, Allah sayang kepada mereka yang sayang seseorang kerana Allah, ziarah seseorang kerana Allah dan hadiahkan sesuatu kepada seseorang kerana Allah.

JANGAN MELAMPAU DAN BERLEBIHAN

HR AtTirmizi dari Abdullah bin Amru Al-Az sabda Nabi saw, jangan melampaui ibadat sunat sehingga memudaratkan tanggungjawab seperti tidur, bekerja mencari nafkah, kewajipan berumahtangga, bermasyarakat dan hak fardu yang lain. Buat apa yang disuruh dan menjauhkan dari yang dilarang Allah akan mendapat keredhaan Allah.

JANGAN SAKITI ATAU HINA SAHABAT NABI

10-06-03 Sahih Muslim sabda Nabi saw. Jangan hina atau sakiti para sahabatku kerana generasi paling baik ialah dikalangan sahabatku kemudian generasi akan datang akan lebih teruk dan lebih teruk sehingga akhir zaman. 

AKHIRAT ADALAH DUNIA KITA YANG SEBENAR

Sahih Muslim dari Jabir Abdillah ra sabda Nabi saw. Tidak ada hidup yang benar melainkan hidup di akhirat. 

IKUT NAFSU, KITA BINASA

Sahih Muslim dari Aisyah ra sabda Nabi saw. Allah pelihara mereka yang mengikut perintah Allah walaupun dimarahi manusia dan Allah binasakan mereka yang mengikut kehendak manusia walaupun dimarahi Allah.  

07-07-03 Sahih Muttafakun Alai dari Abu Musa Al-Ash’ari. Nabi saw suka menolong mereka yang kesusahan dan baginda mahu umatnya turut sama membuat kebaikan tersebut.  

SELALULAH MENANGIS TAKUTKAN ALLAH

Sahih AtTirmizi dari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Tidak masuk neraka kerana menangis takutkan Allah.


SENGSARA AKHIRAT TIADA BANDINGAN SEKSA CEDERA PARAH DUNIA


Hasan gharib AtTirmizi dari Abi Zar, Siti Aisyah, Abi Hurairah, Anaz bin Malek dan Ibnu Abbas ra sabda Nabi saw. Seluruh malaikat sujud pada Allah memenuhi segenap lapisan ruang langit. Demi Allah, sekiranya manusia dapat melihat neraka seperti Allah beri lihat padaku nescaya semuanya gentar takut kepada Allah.

SAYANGI AKHIRAT

01-09-03 Sahih Muttafakun Alai sabda Nabi saw. Setiap manusia berpeluang bersama orang yang dikasihi di akhirat nanti walaupun tidak pernah berjumpa di dunia. 

HR AtTirmizi. Ziarah-menziarahi kerana Allah akan mendapat tempat di syurga. Allah memandang dunia ini lebih hina dari manusia yang memandang hina terhadap bangkai anak kambing cacat.

Wednesday, July 23, 2003

At Taubah 9:1-129

INDAHNYA PARA SAHABAT ZAMAN RASUL

26 Jun 02 Quran Al-Hashr 59:9. Orang-orang beriman mengutamakan orang lain walaupun mereka sendiri kemiskinan. Mereka ini mengutamakan makanan pada orang miskin yang bertaqwa, anak yatim dan tawanan demi mencari redha Allah tanpa mengharap balasan dan ucapan terima kasih. Sahih Muttafakuhn Alaigh Abu Hurairah ra. Seorang pemuda miskin kebuluran merayu pada Rasulullah saw agar diberi makan. Malangnya, setiap rumah para isteri Nabi saw juga tiada makanan. Akhirnya Nabi saw menyerahkan kepada mana-mana sahabat yang sudi membantu. Sahabat Ansar pulang meminta isterinya menidurkan anak-anak mereka agar tidur dan terlupa untuk makan. Keesokannya, sahabat Ansar memberitahu Rasulullah saw yang keluarganya sanggup perut kosong demi tetamu Rasulullah saw. Sabda Nabi saw, Allah sangat kagum pada kamu sekeluarga. 

AYAT QURSI

24 Julai 02 Sahih Bukhari Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Syaitan sememangnya pembohong. Amalan baca ayat Qursi sebelum tidur akan dihantar penjaga sepanjang malam oleh Allah agar syaitan tidak berani mendekati. 

SUNNAH RASULULLAH SAW KETIKA MAKAN

28 Ogos 02 Sahih Muttafakuhn Alaigh Nabi saw tidak pernah cela makanan. Kalau baginda suka baginda akan makan, kalau tidak suka maka ditinggalkan saja.

Sahih Muslim Jabir ra. Nabi saw meminta ahli keluarganya lauk untuk dimakan. Keluarganya memberitahu tiada apa kecuali cuka. Sabda Nabi saw tidak persoal. kalau begitu, hulurkan padaku cuka.  

Sahih Bukhari Abu Umamah ra, sabda Nabi saw sambil memuji Allah setelah selesai makan. Jangan perli meremehkan makanan. 

Sahih At Tirmizi Sabda Nabi saw. Sekiranya baca bizmillah sebelum makan, ia cukup untuk 6 orang. 

HR Abu Daud & An Nasa'e Umayah b Baqsyi ra. Aku nampak syaitan makan bersamanya akibat tidak baca bizmillah. Apabila suapan terakhir dibaca Bizmillah, syaitan memuntahkan kembali makanan dalam perutnya. 


ULAR GERGASI MENELAN TIDAK BAYAR ZAKAT

25 Sept 02 Sahih Muslim sabda Nabi saw. Mati tidak bayar zakat akan ditelan ular gergasi yang matanya merah menyala.


JAGA MULUT! JANGAN MENGUMPAT & FITNAH, 
JANGAN MENGAIBKAN & JATUHKAN MARUAH

23 Okt 02 HR AtTirmizi Abu Hurairah ra sabda Nabi saw. Berjaya kawal mulut dan kemaluan akan menempah tempat di syurga. 

Sahih Muslim Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Mengumpat ialah menceritakan keburukan peribadi seseorang dengan tujuan hinaan manakala firnah menipu cerita memburukkan seseorang. 

Hasan Sahih Abu Daud & AtTurmuzi A'isyah r ha sabda Nabi saw. Satu ucap kata tidak elok yang tidak disukai Allah sekiranya dilemparkan ke laut akan mencemarkan seluruh lautan. Jangan bercakap hal orang kerana kita sendiri ada kelemahan. 

HR Abu Daud Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Penghuni neraka yang mencakar diri mereka ini ialah golongan manusia yang semasa hidup di dunia mengumpat, mengaibkan dan menjatuhkan maruah sesama muslim . 

HR AtTirmizi sabda Nabi saw. Setiap pagi, seluruh anggota tubuh badan merayu agar lidah tidak menyebabkan anggota lain diseksa di neraka. 

SABAR PENYAKIT SEHINGGA MATI ITU SYAHID

22 Jan 03 Sahih Bukhari A'isyah r ha sabda Nabi saw. penyakit wabak berjangkit membawa rahmat pada yang beriman dan sengsara pada yang tidak. Jangan keluar dari kawasan tersebut sekiranya kena penyakit wabak berjangkit dan jangan masuk sekiranya belum kena. Sabar penyakit hingga membawa kematiannya adalah syahid. 


SABAR AKAN DIHAPUSKAN DOSA

Sahih Bukhari Anaz b Malek ra sabda Nabi saw Hadis Qudsi. Sabar ujian buta mata dikurniakan syurga. 
Sahih Muttafakuhn Alaigh sabda Nabi saw. Sabar redha musibah kemiskinan, kesusahan kewangan, sakit pelbagai penyakit, penat bekerja, dukacita, difitnah, dikeji, dimarah, sakit terpijak duri akan menghapuskan dosa sebelum. 


YANG BIJAK SELALU MUHASABAH DIRI

26 Feb 03 HR AtTurmizi Abi Yaqla ra sabda Nabi saw. Orang yang bijak ialah yang selalu menghitung amal diri untuk hidup selepas mati. Orang lemah selalu ikut nafsu dan angan-angan dapat syurga tetapi tidak beramal. 


HARI MELIHAT REKOD PERBUATAN

Al-Kahfi Ketika hari melihat rekod setiap sesaat perbuatan semasa kehidupan di dunia. Yang berdosa sendirinya terkejut ketakutan kerana perbuatan yang dia sendiri telah lupa juga dicatat. 



TAAT PEMERINTAH

26 Mac 03 Sahih AtTirmizi & Abu Daud Al-Irbaq b Sariyah ra, Pesan Nabi saw. Takutlah pada Allah, taat pemerintah selagi mana pemerintah tersebut taat perintah Allah dan Rasul. Sekiranya banyak perselisihan pendapat, rujuk Quran dan Hadisku termasuk Khulafa Ar-Rasyidin. Bid'ah atau rekaan dalam ibadah khusus itu sesat.   


MAKAN TANGAN KANAN 

Sahih Muslim Abi Iyaz@Salamah b Amru b Al-Aqwa' sabda Nabi saw. Makan tangan kanan jangan tangan kiri. Seorang sahabat yang sombong dengan tetap berdegil tidak menghiraukan teguran Rasulullah saw itu akhirnya lumpuh tangannya. 


SENGAJA BANTAH HADISKU TIDAK MASUK SYURGA

Sahih Bukhari Abi Hurairah ra sabda Nabi saw. Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang sengaja bantah hadisku. 

JANGAN LEPAK DI JALANAN

23 April 03 Sahih Muttafakuhn Alaigh Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Jangan liar pandangan mata dan jangan berkata apabila terpaksa melepak di jalanan dan kalau boleh jangan lepak di jalanan.

BENCANA ALAM & JENAYAH & DOA TIDAK MAKBUL

Sahih AtTirmizi Huzaifah Al-Yaman ra @penyimpan rahsia Rasulullah saw. Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, sekiranya kamu meninggalkan menyuruh orang buat kebaikan dan melarang kemungkaran, bala Allah turun kena semuanya. Doa penduduknya tidak akan makbul akibat perbuatan kemungkaran di tempatnya.

PEMERINTAH BUAT LARANGAN ALLAH

Sahih Muslim Hindon bt Umaiyah r ha sabda Nabi saw. Akhir zaman akan datang pemerintah yang buat suruhan Allah dan juga buat larangan Allah. Maka tolaklah kemungkaran dengan hati, memadai melepaskan diri dengan seksaan Allah. Sekiranya bercakap maka dia selamat di akhirat. Tetapi sekiranya redha, maka nantikan seksa Allah. Tidak boleh menentang melawan berperang bunuh mereka selagi mana mereka mendirikan solat.

JANGAN HUKUM PADA LUARAN MATA KASAR

28 Mei 03 Sahih Muttafakun Alaigh Sahal b Saad As Sa'idi ra sabda Nabi saw apabila seorang sahabat memandang mulia pada pemuda kaya lagi dihormati masyarakat dan memandang rendah pada pemuda miskin yang lalu di depan. "yang miskin itu mulia di sisi Allah."

SYURGA BERHUJAH DENGAN NERAKA

Sahih Muslim Abi Said Al-Qudri ra sabda Nabi saw. Neraka mengatakan pada syurga, Allah telah beritahuku yang masuk ke dalamku ialah yang keras kepala dan takabur tolak Quran Hadis. Syurga pula membidas, yang masuk ke dalamku pula ialah yang sering diperlekeh masyarakat. Allah berfirman pada syurga dan neraka. Wahai syurga, kamu ialah rahmatKu dan Aku masukkan sesiapa saja yang Aku kehendaki kerana tidak semua orang miskin atau tidak semua orang kaya masuk syurga. Kamu neraka adalah tempat azabKu dan Aku akan gunakan kamu untuk seksa orang yang Aku hendak. AtasKu untuk mengisi kamu berdua. 

3 GOLONGAN YANG DIBENCI DAN DIKASIHI ALLAH dan 
3 GOLONGAN YANG AMAT DIBENCI DAN AMAT DIKASIHI ALLAH

Hadis Riwayat Imam Abu Daud sabda Nabi saw. 3 golongan yang dibenci Allah dan amat dibenci Allah: 
  1. kaya takabur menolak Quran hadis, Allah lagi benci pada miskin takabur menolak Quran hadis. 
  2. yang buat larangan Allah tetapi Allah lebih benci pada yang tahu larangan Allah tetapi masih buat. 
  3. yang bakhil kedekut tetapi Allah lebih benci pada yang kaya raya bakhil kedekut. 
3 golongan yang dikasihi Allah dan amat dikasihi Allah: 
  1. Allah kasih pada yang bertaqwa, Allah lebih kasih pada anak muda bertaqwa, 
  2. Allah kasih pada yang pemurah, Allah lebih kasih pada miskin yang pemurah. 
  3. Allah kasih pada yang rendah diri, Allah lebih kasih pada yang kaya yang rendah diri. 
25 Jun 03 Sahih Muslim Abi Zar ra sabda Nabi saw. 3 GOLONGAN SANGAT DIMURKAI ALLAH
  1. Sombong 
  2. Mengungkit pemberian atau pertolongan 
  3. Tipu berniaga
AMALAN PENGHUJUNG NYAWA ITU PENENTU

23 Julai 03 HR Imam Ahmad sabda Nabi saw. Jangan tergesa-gesa kagum dengan seorang manusia sehingga dapat melihat penutup amalan di hujung hayatnya. 

24 Sept 03 Hadis Qudsi CIRI-CIRI WALI ALLAH
  1. Utamakan seluruh kewajipan Islam (seluruh kewajipan termasuk tutup aurat, tidak berseluar pendek, mulut sentiasa jaga dari bercakap tidak elok, fitnah, mengumpat, menipu, mencaci, maki, mencarut dan cakapnya tidak menyakiti hati orang lain) disamping rajin beribadah yang sunat.
  2. Karamah ialah dirinya dipelihara dari buat maksiat mulut atau perbuatan. 
  3. Permintaannya dimakbul oleh Allah dan dirinya dalam perlindungan Allah. 
AnNalm 27:65, Tidak seorangpun tahu perkara tersembunyi atau akan datang atau ghaib kecuali Allah, Nabi dan Rasul pilihanNya.  

27 Ogos 03 Imam Abu Daud sabda Nabi saw 3 TANDA MEMULIAKAN ALLAH

  1. memuliakan orang tua taat Islam 
  2. memuliakan orang yang hafaz dan mengamal quran (pemikul Quran) 
  3. memuliakan pemerintah adil yang menggunakan quran sebagai urusan pemerintahan
Sahih Bukhari Jabir ra sabda Nabi saw Utamakan yang lebih hafazan Quran.
HR Abu Daud & AtTirmizi Amru b Syuaib dari bapa dan datuknya sabda Nabi saw. Bukan golonganku sekiranya tidak sayang kanak-kanak mahupun tidak hormat yang lebih tua. 
Sahih Muslim Ibnu Omar r anhuma, Nabi saw mengutamakan yang lebih tua dari yang muda. 
HR AtTirmizi Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Sekiranya hormat orang tua maka kita akan dihormati bila hari kita tua. 

AHLI KUBUR LIHAT AMAL AHLI KELUARGANYA

HR Imam Ahmad Anaz b Malek ra sabda Nabi saw. Semua amalan manusia akan ditunjukkan pada kaum keluarga yang sudah mati. Ahli keluarga yang telah mati ini berdoa "ya Allah, kurniakanlah hidayah pada anak cucu kami seperti yang telah engkau berikan pada kami sebelum kami mati dahulu."


LAILATUL QADAR

22 Oktober 03 Sahih Muttafakun Alaigh Nabi saw membenarkan mimpi-mimpi para sahabat iaitu Lailatul qadar jatuh pada 7 malam terakhir Ramadhan. 

Sahih Muslim A'isyah r ha, Nabi saw bersungguh-sungguh berlumba beribadah dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir baginda lebih kuat beribadah dari 20 hari sebelum. Sahih Muttafakun Alaigh Nabi saw bangunkan seluruh ahli keluarga untuk beribadah malam Ramadhan. Nabi saw tidak bersama isterinya 10 malam terakhir. Sahih AtTirmizi sabda Nabi saw sentiasa rajin minta ampun malam Ramadhan. 


At-Taubah
9:1-3 Pada 9 Hijrah, Allah memerintahkan semua peranjian damai antara kafir dan RasulNya dibatalkan dan diberi tempoh 4 bulan agar mudah-mudahan kafir memeluk Islam. Tamat tempoh tersebut, sekiranya sombong berdegil maka kafir dibunuh dan ditawan manakala akhirat diseksa di neraka.
9:4Kafir yang tiada langsung mengancam Islam dilanjutkan tempoh 9 bulan agar mudah-mudahan memeluk Islam”.
9:5 Mana-mana kafir yang bertaubat, memeluk Islam, solat 5 waktu dan menunaikan zakat akan diberi pengampunan Allah”.
9:6Mana-mana kafir yang meminta perlindungan dan penangguhan sementara untuk memahami Islam hendaklah dilindungi.” Kata Allah “Mudah-mudahan Islam akhirnya dia”.
*wuduk itu sunat tetapi bila solat maka wajib ada wuduk. Apabila belajar tidak habis dia akan pakai ayat "tiada paksaan dalam Islam" Sekiranya kenal Rasul akan nampak kecantikan islam. Sebahagian muslim hari ini tidak nampak islam sebenar sehingga was-was mengatakan Islam ini ganas. 


WAHAI MUSLIM, SEKIRANYA BERIMAN MAKA KUATKAN ISLAM

9:7 Kafir mustahil berpegang pada janji, secara senyap perjanjian Hudaibiyah dikhianati. Muslim tidak boleh pencetus pergaduhan seperti kafir, mesti hanya bertahan. 
9:8 Kafir tidak akan raikan muslim sekiranya menang perang walaupun muslim adik beradik mereka. 
Kafir hanya manis mulut tetapi perbuatannya memungkiri janji.
9:9-10 Golongan fasik tersebut bukan setakat jual Quran demi keuntungan dunia malah melarang orang mendekati Islam sekaligus menunggu peluang untuk memusnahkan Islam.
9:11 Sekiranya mereka bertaubat, memeluk Islam, solat 5 waktu dan mengeluarkan zakat maka mualaf ini saudara muslim. Hukum Quran ini adalah terbaik tidak boleh difikir guna akal.  
9:12 Apabila Islam diaibkan, istiharlah perang sekiranya benar beriman. Mudah-mudahan dengan bangkitnya kekuatan Islam, kafir tidak berani mempermainkan Allah dan Rasul. 
9:13 Setelah musuh rancang serang sudara kamu, hina Rasul kamu? Kamu biarkan kezaliman yang tanpa ambil tindakan. Adakah kamu takut dengan musuh? Kamu tidak patut takut dengan musuh. Kamu patut takut denganKu. Apabila kamu takut musuh, maka Aku takutkan kamu dengan musuh kamu. 
9:14 Sekiranya muslim berperang, Aku sertakan tentera malaikat yang turun bersaf-saf dari langit. 
9:15 Allah hapuskan kemarahan di hati muslim agar menerima kafir yang bertaubat memeluk Islam dari bekas kekejaman mereka. 
9:16 Wahai muslim, jangan fikir apabila sudah memeluk Islam maka sudah selesai. Allah akan turunkan ujian pada menunaikan solat dan pelbagai lagi ujian kehidupan. 
MUKMIN YANG BERJAYA UJIAN- 
Sabda Nabi saw. Jangan menyesal kerana anak-anak kamu yang syahid itu di syurga. Wahai Rasulullah saw. Aku bukan menyesal anakku mati. Aku sedih kerana aku sudah tidak ada anak lagi untuk dihantar jihad. 


BERBEZA AMALAN KEBAIKAN MUSLIM DENGAN BUKAN MUSLIM

9:17 Kafir tidak layak sedekah untuk masjid kerana amalannya sia-sia. 
9:18 Syarat mengindahkan masjid mestilah beriman dengan Allah dan hari akhirat, jaga solat 5 waktu, mengeluarkan zakat dan hanya takut pada Allah. 
9:19 Asas kebaikan ialah beriman dengan Allah dan Rasul. Allah tidak akan beri hidayah pada yang zalim.
9:20 Yang beriman serta diangkat darjatnya ialah yang sanggup meninggalkan harta demi hijrah Islam. 
9:21-22 Mereka inilah diredhai Allah dan syurga untuk mereka kekal buat selamanya. 
9:23 Siapa yang tidak sanggup tinggalkan ibubapa dan adik beradik mereka dengan tidak menurut perintah hijrah Allah maka dia menempatkan dirinya bersama keluarganya di neraka. 
9:24 Beritahu mereka wahai Muhammad, sekiranya ibubapa, suami isteri, anak-anak dan urusan perniagaan menjadi penghalang mendekati pada agama nantikan seksa neraka dari Allah kerana Allah tidak akan bagi hidayah bagi mereka yang memilih jalan tidak hijrah.


PERANG HUNAIN "KETENANGAN RASULULLAH"

9:25 Gabungan 10'000 muslim Madinah dan 2'000 muslim Mekah diketuai Rasulullah menyebabkan Muslim terlalu yakin dengan kuantiti tentera mereka. Allah jadikan muslim ketakutan dari musuh sehingga lari bertempiaran meninggalkan Rasulullah saw berseorangan apabila berlaku serangan hendap oleh 4000 kafir. 
9:26 Allah turunkan sakinah atau ketenangan pada baki 100 tentera mukmin yang setia bersama Nabi saw. Sebahagian muslim yang lari kembali menyertai mukmin. 5000 mala'ikat dihantar Allah turun menyerang 4000 kafir. Rasulullah saw menggenggam pasir lalu dilemparkan ke arah musuh. Selepas itu, berlaku ribut pasir menyerang musuh. Perang berakhir dengan 70 kafir mati dan 4 muslim syahid. 6000 wanita dan kanak-kanak kafir ditawan beserta 12'000 ekor unta.  
9:27 Setelah 20 hari, tentera kafir yang melarikan diri kembali berbincang dengan Rasulullah saw untuk menuntut tawanan anak isteri mereka. Mereka bertaubat memeluk Islam dan berjanji mempertahankan Islam. 
9:28 Apabila 9 Hijrah, Allah menetapkan dasar kafir dilarang masuk Mekah, sebahagian muslim tidak yakin kerana hanya saudagar kafir adalah orang kaya. Sedangkan hanya Allah Maha Pemberi Rezeki dan Allah Maha Mengetahui akan tindakanNya.  
9:29 Oleh kerana Yahudi Kristian menolak halal haram Islam dan enggan bayar jizyah sedangkan mereka menumpang di negara Islam maka Allah perintahkan muslim memerangi kafir. 

UZAIR DIAKUI YAHUDI ANAK ALLAH

9:30 Pada zaman penghapusan penghafaz Taurat bani Israel, Uzair dimatikan selama 100 tahun dan kemudian dihidupkan kembali oleh Allah. Uzair membuktikan kebenaran dirinya dengan bacaan tepat Taurat sehingga akhirnya yahudi mengatakan Uzair ini anak Allah.


KRISTIAN MENGAKUI ISA AS ANAK ALLAH 

9:31 Para pendita yahudi tidak dapat menerima hakikat bahawa Allah telah menurunkan wahyu menggantikan Taurat yang dibawa Nabi Isa as. Panglima Bulaz yahudi berazam untuk memusnahkan Nasrani. Setelah membunuh ribuan panglima Nasrani, dia berpura-pura taubat memeluk agama Nasrani. Setelah tamat pengajian injil di gereja, Bulaz melantik 3 anak murid Nasrani dengan yang pertama dihantar ke baitulmaqdis untuk diajar bahawa Allah, mariam dan Isa adalah tuhan. Murid kedua diajar bahawa Isa anak Allah dan dihantar berdakwah di Rom. Murid ketiga diajar bahawa Isa itu sendiri adalah Allah. Setelah 80 tahun kebenaran Injil akhirnya Nasrani berjaya dikelirukan. Bulaz yang gembira dengan kejayaan misinya akhirnya berpuas hati dan membunuh diri. Maha Suci Allah dari apa yang disekutukan mereka ini. 


KAFIR GUNA MULUT CUBA PADAMKAN CAHAYA ISLAM

9:32 Islam tetap bercahaya sekalipun cuba dipadam oleh perkataan kafir. 
9:33 Allah menyuruh RasulNya Nabi Muhammad s.a.w. cahayakan Islam pada manusia. 
9:34 Tujuan campuran adat oleh ulama Taurat dan Yahudi agar mereka jadi pusat rujukan yang dihormati. Allah sindir :"Khabarkan berita gembira akan seksaan neraka bagi yang menyimpan harta."
9:35 Baki harta ahli kedekut yang tinggal semasa di dunia akan dibakar bersama pemiliknya di neraka. 
9:36-37 Haram ubah hukum atau waktu ibadah yang telah Allah tentukan. 


SERUAN JIHAD FISABILILLAH 

9:38 Wahai orang beriman, kenapa keberatan berjihad Perang Tabuk demi selesa dunia padahal selesa dunia itu jauh berbeza berbanding selesa syurga. 
  • Saidina Abu Bakar mendahului pingat Allah dengan sedekah seluruh hartanya 400 dirham.
  • Saidina Omar Al-Khattab sedekah separuh hartanya sebanyak 4000 dirham.
  • Saudagar kaya terkenal Abdur Rahman b Auf juga sedekah 4000 dirham.  
  • Saidina Al-Abbas sedekah dengan sangat banyak hartanya. 
  • Saidina Osman sedekah 10'000 hamba abdi serta tunai 10'000 dinar pendahulu senarai kuantiti. 
  • Para mukminah sedekah barang kemas, para mukmin sedekah 10'000 kuda dan 900 unta.
  • Muhammad b Maslamah menggantikan Rasulullah saw jaga Madinah.  
9:39 Sekiranya kaum yang dimanahkan agamaNya tidak jalankan kewajipan, ia langsung tidak jejaskan kuasa Allah. Allah gantikan kaum tersebut dengan kaum lain dan nantikan seksa neraka. Sekiranya Muhammad berperang seorang diri tanpa bantuan muslim, Allah akan membantu RasulNya manakala yang tidak membantu itu yang binasa. 
9:40 Ingatlah peristiwa hijrah Mekah Rasulullah saw bersama Saidina Abu Bakar As Siddiq. Kata Abu Bakar kesedihan, "ya Rasulullah, saya tidak kisah saya mati dibunuh tetapi saya tidak sanggup Islam ini terkubur". Sabda Nabi saw. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Selepas peristiwa Hijrah, bala tentera mala'ikat turun bersaf-saf dari langit. Islam ini hak Aku, suatu hari Islam akan berdiri dengan jayanya dan ini janjiKu. Allah tetap menang. 
9:41 Keluarlah berperang samada suka atau tidak, samada miskin atau kaya kerana ini perintah Allah dan RasulNya. Janganlah keberatan apabila kedengaran seruan jihad.  


MUNAFIK MAIN-MAIN BILA BERKATA HAL AGAMA

9:42 Munafik sanggup bersumpah menipu demi keuntungan dunia. 
9:43 Allah maafkan kamu wahai Muhammad tetapi kenapa kamu izinkan mereka tidak pergi berperang.
9:44-46 Allah menasihati Muhammad lebih baik munafik tidak pergi berperang kerana akan merosakkan lagi keadaan dengan hasutan mereka pada yang lain.
9:47 Yang mempercayai munafik sesungguhnya memasukkan dirinya sekali dalam kebinasaan. 
9:48 Munafik zahirnya beriman hakikatnya bencikan Islam, mereka merancang menggali lubang agar Muhammad jatuh mati tetapi Allah tetap bantu muslim dalam Uhud yang lepas. 
9:49 Munafik beri pelbagai alasan untuk tidak pergi berperang dan sesungguhnya Allah menyediakan neraka bagi mereka.    
9:50 Munafik seronok bila Islam kalah tetapi bila Islam menang, mereka menuntut harta rampasan perang. 
9:51 Muslim sepatutnya berkata "kita tidak akan kena musibah melainkan takdir Allah." Apapun bertawakal pada Allah. 
9:52 Muslim Mukmin sekiranya berjuang "menang atau syahid (menang syurga di akhirat)"
9:53 Muslim Munafik yang terpaksa memeluk Islam sukar derma untuk Islam. 
9:54 Muslim Munafik solatnya malas kerana hatinya kufur. 
9:55 Jangan memandang harta Munafik yang mewah hakikatnya mereka diuji kegelisahan. 
9:56 Munafik sanggup bersumpah mereka golongan Mukmin hakikatnya tidak.  
9:57 Munafik menunggu peluang untuk mengenakan Rasulullah saw. 
9:58 Munafik sekiranya dapat zakat akan memuji Nabi saw tetapi apabila tidak dapat akan mencerca Nabi saw. 
9:59 Amat baik bagi yang bersyukur memadai cukup hanya Allah dan Rasul. 
9:60 Matlamat zakat ialah meringankan bebanan muslim yang susah termasuk fakir, miskin, amir, mualaf (kafir memeluk Islam), golongan berhutang bukan kerana maksiat tetapi atas tujuan kebaikan, berhutang demi damaikan pergaduhan, yang berperang fisabilillah dan yang kesusahan musafir.  
9:61-63 Muslim munafik yang suka menabur fitnah pada Nabi saw sesungguhnya kekal neraka. 
9:64 Munafik takut sekiranya ejekan dan perli pada Rasul mereka diceritakan Allah dalam Quran. Allah azab 12 muslim munafik mati akibat penyakit bisul dan mereka kekal neraka jahanam. 
9:65 Munafik bila ditanya kenapa mempermainkan sunnah Nabi saw dan Quran Allah, mereka jawab kalau meninggalkan wang harta baru berbaloi ini sekadar wariskan Quran dan sunnahnya.
9:66 Allah menegaskan sekiranya kafir, tidak mustahil tetapi ini muslim yang berkata demikian, maka kes ini tidak boleh dimaafkan kecuali yang betul-betul bertaubat. 
9:67 Munafik samada lelaki atau perempuan ini sama saja iaitu fasik dengan mengajak kemungkaran dan meninggalkan suruhan Allah.  
9:68 Laknat Allah pada munafik dan azab neraka berkekalan
9:69 Munafik akhir zaman yang merasakan mewah harta hari ini sebenarnya amat mudah jika dibencana berbanding munafik umat terdahulu. 
9:70 Lupakah kaum Nuh mati akibat bumi ditenggelamkan banjir, kaum Ad mati kepanasan, kaum Samud mati terkejut, kaum Ibrahim mati kebuluran dan penduduk Madyan mati disambar api!


MUNAFIK MEMELUK ISLAM KERANA TERPAKSA

9:71 Yang beriman ialah menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran. 
9:72 Kejayaan hakiki ialah berjaya akhirat dengan diganjarkan syurga yang mengalir air dibawahnya. 
9:73 Tentanglah Kafir Harbi yang mengancam Islam dan Munafik itu kerana mereka ini kekal neraka. 
9:74 Sayangnya munafik telah memeluk Islam tetapi perbuatan kufur mereka mengundang kepada kesesatan. Keazaman munafik merancang konspirasi mengancam Rasul mereka sesungguhnya tidak akan kesampaian dan pengakhiran mereka ialah rugi dunia akhirat.  


KISAH SA'LABAH

9:75 Sa'labah seringkali tergesa-gesa pulang dari berjemaah kerana kain solatnya hanya sehelai dan dikongsi bersama isteri di rumah. Setelah Sa'labah puas memujuk, akhirnya Rasulullah saw yang menasihatinya agar kekal miskin akhirnya berdoa agar Sa'labah dilimpahkan rezeki.
9:76 Sa'labah yang kemudiannya menjadi saudagar kambing sibuk dengan urusan perniagaan sehingga menolak kewajipan berzakat. Perbuatan Sa'labah dikesali Rasulullah saw sehingga baginda wafat. 
9:77 Allah menyuntik perasaan munafik pada Sa'labah sehingga beliau mati dalam penyesalan.  
9:78 Tidakkah munafik sedar yang Allah Maha Mengetahui isi hati mereka termasuk perkara yang bakal mereka lalui. 


MUNAFIK SUKA SINDIR ISLAM

9:79 Munafik perli "Abdur Rahman b Auf yang sedekah separuh hartanya itu orang kaya riak" dan mengatakan si miskin yang sedekah separuh kurma, "setakat separuh kurma Allah tidak pandang." Yang perli buat itu salah buat ini pun salah tersebut akan Aku azab keras di neraka. 
9:80 Sekiranya munafik seperti Abdullah Ubai b Salul ini didoa keampunan oleh Rasulullah saw walaupun sebanyak 70 kali, jangan harap Aku ampunkan manusia seperti ini!
9:81 Munafik yang seronok ketinggalan perang Tabuk kemudian menghasut muslim lain agar jangan keluar berperang kerana cuaca panas. Katakan pada mereka wahai Muhammad, panas sangatkah berbanding kepanasan neraka?
9:82 Perli Quran Allah & Hadis Rasul sesungguhnya akan menangis sengsara di akhirat!
9:83 Selesai perang Tabuk nanti, katakan pada munafik agar jangan keluar berperang sampai bila-bila.
9:84 Jangan solat jenazah munafik selama-lamanya dan jangan berdoa atas kubur mereka kerana mereka ini kufur lagi fasik!
9:85 Jangan kisahkan kaya harta, anak ramai serta pengaruh mereka kerana mereka ini mati kafir. 


HATI MUNAFIK DIKUNCI ALLAH

9:86-87 Ketika kewajipan berperang, munafik mengelak diri agar dapat bersama warga tua, wanita, kanak-kanak, golongan kurang upaya dan yang uzur. 
9:88-89 Sedangkan yang beriman menggadaikan harta dan nyawa demi mengejar syurga Allah.
9:90 Akibat kemunafikan mereka, hati mereka dibutakan Allah dan seksa Allah menanti mereka. 
9:91-92 Yang tidak berkemampuan dan kurang upaya dimaafkan Allah. 
9:93 Tetapi yang berkemampuan dari segi harta dan sihat tubuh badan ini sanggup berdolak dalih maka hati mereka dikunci mati oleh Allah.
9:94-99 Perbuatan sanggup bersumpah demi melepaskan diri dari suruhan agama itu sangat melampau dan tempatnya ialah neraka jahanam kecuali yang benar-benar insaf serta bertaubat kembali pada jalan Allah dan Rasul. 


AS SABIKUN NAL AWALUN 

9:100 As Sabikun nal Awalun adalah golongan terawal memeluk Islam di saat Islam baru bertapak di dunia. Diikuti sahabat tabi'en yang mengikut para sahabat radialla hu anhum yang telah Allah redha kehidupan mereka dan mereka ini telah redha pada Allah. Mereka ini dijanjikan syurga kekal yang mengalir air di bawahnya. 
9:101 36 munafik yang mengaku Islam tetapi hakikatnya benci Islam disuruh keluar oleh Rasulullah saw ketika kutbah baginda di masjid. Munafik diazab 2 kali. 
9:102 Lain pula kes Abu Lubabah ra dan 10 sahabat yang menambat diri mereka di tiang masjid akibat menyesal ketinggalan perang Tabuk. Mereka menebus dosa mereka dengan sedekah seluruh harta. 
9:103 Turun ayat 103 ini meminta Rasulullah saw menerima 1/3 dari sedekah harta mereka sebagai menebus dosa. Allah meminta Nabi saw berdoa padaNya sebagai adab formaliti agar diampunkan dosa mereka. 
9:104 Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Mengasihani. 
9:105 Buatlah kebaikan kerana akhirat akan ditunjukkan dikalangan manusia apa yang telah dibuat. 
9:106 Kes yang sama dilakukan oleh Kaap b Malek ra dan 2 sahabat yang mengikat tiang di masjid dan kes tersebut terbengkalai selama 50 hari. Turun ayat ini selepas 50 hari, para sahabat menangis kegembiraan memberitahu Kaap dan 2 sahabat akan pengampunan Allah buat mereka. 


MASJID KUFUR

9:107 Masjid Kufur/Masjid Dyrar/Masjid Mudarat dibina oleh 12 munafik yang juga merupakan anak buah seorang paderi Kristian. Masjid Kufur ini didirikan sangat berdekatan masjid Qubak bertujuan memecah belahkan Islam dengan menarik qariah dari masjid Quba. Disamping itu ia dijadikan markas konspirasi bertujuan membunuh Nabi saw. 
9:108 Sekembalinya Rasulullah saw selesai memenangi Tabuk, Allah melarang baginda solat di Masjid Dyrar kerana ia didirikan sebagai ancaman pada Islam. Masjid Dyrar akhirnya dimusnahkan Rasulullah s.a.w. 
9:109-110 Masjid yang didirikan atas rasa takut pada Allah membawa pada ketenangan manakala masjid yang didirikan bukan kerana Allah mengheret ke neraka. 


MEMILIH KAFIR ITU PILIHAN SENDIRI

9:111 Janji pembalasan Allah sangat benar.
9:112 Mukmin ialah sentiasa taubat, rajin zikir, rajin ibadah, rajin belajar agama dan jaga batas dosa.
9:113-114 Akhir kalam Abu Talib, "aku mati atas agama Abdul Muttalib" selepas dinasihati adik kandungnya Abu Jahal. Allah menasihati Rasulullah s.a.w. Bukan kamu saja, bapa Nabi Ibrahim as juga di neraka. Hanya boleh berdoa ringankan azab bagi ahli keluarga mati kafir. 
9:115 Allah tidak sesatkan kaum itu melainkan plihan takdir sesat itu ditangan sendiri akibat malas mencari dan memahami info Islam.    
9:116 Hanya Allah menguasai seluruh alam kepunyaanNya. 
9:117 Sekiranya tersedar, kembalilah bertaubat kerana Allah Maha Menerima Taubat. 


KEAMPUNAN  BAGI YANG BERTAUBAT

9:118 Setelah 80 muslim termasuk munafik menipu alasan, Kaap b Malek sebaliknya memohon kemaafan. Allah menangguhkan kes Kaap diperintahkan Rasulullah saw dipulau seluruh penduduk Madinah selama 50 hari termasuk ahli keluarganya. Setelah turun pengampunan Allah, Kaap diberi hidayah dan beliau sujud syukur disamping sedekah seluruh hartanya tetapi Nabi saw hanya menerima 1/3. 
9:119 Takutlah Allah dengan berkata benar. Sayangilah Allah dan Rasul melebihi nyawa sendiri. 
9:120 Tidak patut mengelakkan diri dari bersama kesusahan yang ditanggung Rasulullah saw.
9:121 Setiap amal walaupun kecil tetap dikira samada baik atau jahat.
9:122 Apabila tiba perintah perang, sebahagian pergi dan sebahagian tunggu. Yang tunggu itu belajar agama agar kemudian dapat mengajar mereka yang terselamat kembali dari medan perang. 
9:123 Perangilah musuh terdekat di kawasan Madinah terdahulu dan Allah berjanji akan menyertai mereka yang takut Allah. 
9:124 Munafik sindir,"dah turun ayat? baguslah belajar Islam, bertambahlah nanti iman."
9:125 Hati munafik itu "sakit kufur" kerana tidak suka pada Quran. 
9:126 Tidakkah ujian bala bencana dan sakit itu sebagai peringatan agar bertaubat. 
9:127 Munafik yang mencari peluang untuk lari dari ceramah agama tersebut sebenarnya berpaling dari hidayah Allah. 
9:128 Di hati Muhammad, baginda mahu seluruh manusia memeluk Islam dan dapat hidayah Allah disamping dapat kedudukan mulia di sisi Allah. 
9:129 Sebutlah wahai Muhammad, "Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan melainkan Allah, aku berserah pada Allah dan aku bertawakal pada Allah. Pemilik Arasyh Maha Besar." (HR Hakim Ubai b Kaap & Abu dardak ra sabda Nabi saw. Amalkan 9:129 Allah bagi ketenangan untuk yang runsing)